Apabila Geng Lawyer Buruk Kelantan Berbicara

Image may contain: 2 people, text

KERAJAAN PH TELAH BANYAK MEMBAZIRKAN  MASA, MELAYAN  KEBODOHAN PEMBANGKANG. MOHON BERTINDAK SEGERA, MASA 5 TAHUN TERLALU SINGKAT.

SESIAPA SABOTAJ PKR AKAN DIPECAT – ANWAR IBRAHIM

UMNO kalah PRU14 kerana ahli2nya menyertai politik hanya untuk mengejar kepentingan peribadi, keluarga dan kroni-kroni. Cuba UMNO cerdik sikit dalam bab menyorok kelemahan diri. Dah berpengalaman menyamun la katakan.

Apa yang berlaku pada kongres AMK PKR baru-baru ini sebenarnya cermin kepada ahli2 UMNO sendiri yang tidak melihat politik sebagai wadah memperjuangkan agenda nasional dan negara.

Kami setuju jika Sdr Anwar akan mula bertegas dan bertindak. Kita tak mahu sifat buruk UMNO meresap ke dalam PKR mahupun mana2 komponen dalam Pakatan Harapan.

Yang paling penting adalah PENGUNDI, bukan ahli parti. Kerana sebuah parti yang bersih, tulus dan amanah akan sentiasa dapat sokongan dari pengundi dan penyokong yang bukan ahli. Jangan ikut perangai UMNO PAS yang hanya rakus mengumpul ahli, bukannya penyokong.

Admin sendiri tidak berparti. Disebabkan itu, admin mampu berobjektif dalam penilaian dan tidak akan taksub pada mana2 pemimpin atau idealism.

BERSIHKAN PKR SEBELUM TERLAMBAT.
JANGAN BIMBANG AHLI KURANG KERANA PENGUNDI ATAU PENYOKONG SBENARNYA ASAS KEJAYAAN MANA2 ORGANISASI.

Pulau Pinang terus agresif pasar produk halal ke luar negara terutama Singapura

JADILAH PENULIS YANG MAMPU MENARIK PELABURAN KE DALAM NEGARA MALAYSIA TERCINTA.

Laporan Eksklusif Oleh: Massita Ahmad

SINGAPURA, 7 Dis — Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus agresif memasarkan produk-produk Halal keluaran usahawan tempatan di luar negara, terutama Singapura.

Bagi Halal International 2019 anjuran Mega Xpress International yang sedang berlangsung selama empat hari bermula 5 Dis, kerajaan negeri telah membawa 12 lagi usahawan dari Pulau Mutiara itu bagi mendapatkan pendedahan yang lebih kompetitif.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dan kompetitif,” kata Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Perdagangan Dalam Negeri & Antarabangsa Negeri Pulau Pinang, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq kepada Bernama hari ini.

Khaliq Mehtab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam ditemui selepas merasmikan Promosi Produk Usahawan Bumiputera Pulau Pinang sempena Halal International 2019 yang berlangsung di Singapore Expo, Changi sehingga 8 Dis ini.

Menurutnya kerajaan negeri akan sentiasa menyokong usahawan tempatan sehingga mereka dapat berdiri atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan pada masa hadapan.

Menurut kenyataan yang disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang, enam usahawan Industri Asas Tani dengan 40 unit penyimpanan stok (SKU) di bawa menyertai Halal International kali ini.

Dua lagi usahawan adalah dari agro pelancongan dan baki empat usahawan membawa 10 menu makanan popular Pulau Pinang.

FAMA Pulau Pinang menyasarkan jualan tunai sebanyak RM120,000 sepanjang Halal International 2019 berlangsung dan sasaran kontrak jualan berjumlah RM150,000.

Menurut Khaliq Mehtab produk usahawan Pulau Pinang tidak akan terhenti di peringkat ekspo begini malah akan turut dipasarkan di rangkaian pasar raya termasuk yang terkini HAO Halal Mart yang mempunyai 46 outlet di sini.

“Saya berkesempatan bertemu dengan pihak pengurusan HAO di sini semalam. Kerjasama ini diharapkan dapat melonjakkan ekonomi usahawan tempatan kita,” katanya.

Program Pemasaran Luar Negara bagi usahawan Pulau Pinang khususnya di republik ini telah memasuki tahun ke empat bermula Ogos 2016 lagi dengan penglibatan seramai 37 orang usahawan dengan 122 SKU produk telah mendapat peluang pasaran di sini.

Ia melalui penyertaan eskpo dan memasuki pasaran Singapura melalui Agrobazaar Malaysia Singapura di Malaysia Halal Centre, Pasaraya Big Box dan Global Halal.

Nilai jualan terkumpul dari 2016 hingga Oktober 2019 berjumlah RM511,033.31.

Darpada keseluruhan bilangan usahawan Pulau Pinang tersebut, 27 orang dengan 87 SKU dikenal pasti masih mendapat permintaan di pasaran Singapura.

— BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1797366&fbclid=IwAR26lX3La06qIqtLTWFnt_TPzIeEI-G-9YeL4VR2bmPs09ywB4mR8ai-6Pw

 

Masalah Nelayan Klebang Sejak 10 Tahun Selesai – Datu Gue Teck

Image may contain: 1 person

KLEBANG 2 Dis. – Nelayan-nelayan di Klebang yang sebelum ini berdepan kesukaran mencari rezeki ekoran masalah sungai cetek kini boleh menarik nafas lega apabila ia bakal diselesaikan sedikit masa lagi.

Masalah yang berlaku di Sungai Klebang itu bukanlah suatu isu yang baharu, sebaliknya ia sudah berlaku lebih 10 tahun, namun tidak pernah diselesaikan oleh kerajaan terdahulu BN.

Difahamkan, sebelum ini, kira-kira 30 nelayan yang berdaftar di pengkalan itu berdepan kesulitan untuk turun ke laut dan pulang ke pangkalan berikutan sungai yang terlalu cetek terutama ketika air surut.

Gue Teck yang ditemui ketika meninjau kawasan muara sungai berkenaan berkata, projek mendalamkan sungai itu sudah bermula sejak dua minggu lalu dan mungkin dijangka siap pada minggu hadapan.

“Saya difahamkan kerja-kerja mendalamkan sungai ini tidak pernah dilakukan sejak lebih 10 tahun dahulu yang mana ia telah menjejaskan nelayan yang ada sejak sekian lama.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan sekarang kerja-kerja menggorek lumpur untuk mendalamkan Sungai Klebang ini sudah pun bermula.

Sementara itu, Pengerusi Jeti Nelayan Sungai Klebang, Md Said Adam yang ditemui pada sesi tinjauan itu merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha yang dilakukan Gue Teck dan kerajaan negeri untuk membela nasib nelayan.

“Saya mewakili nelayan-nelayan di kawasan ini berterima kasih kepada Datuk Gue Teck dan kerajaan negeri yang telah berusaha untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai yang tidak pernah dilakukan sejak lebih 10 tahun. Diharap usaha-usaha membela nasib nelayan akan terus dipandang serius bagi membangunkan sektor ini ke arah yang lebih baik,” katanya.

Jumlah Sebenar Masuk Akaun Najib Adalah RM3.2 Billion.

Image may contain: 1 person, text

Patut la beriya benar kata 2.6Billion tu Fitnah.

Yang ni Admin mmg ngaku kalah. Macai Najib yg betol. Korang menang.

Di sini admin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dato Seri Najib Razak sbb selalu mendendangkan RM2.6 Billion.

Jumlah sebenar adalah RM3.2 Billion

#Matilanak

Keuntungan Pelaburan SSPN Meningkat 25.9 Peratus.

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Hutang RM50.5 bilion 1MDB langsai 2039

1 ALLAH GAGALKAN NAJIB1 TAATLAH KPD TUN1 BERIBADAT DGN DUIT HARAM

PUTRAJAYA – Hutang syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM50.5 bilion akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan RM13.9 bilion untuk membiayai hutang-hutang 1MDB dan juga SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak tahun 2017 sehingga 2020.

“Jumlah pembayaran RM13.9 bilion untuk 1MDB dan SRC yang dibuat kerajaan merupakan kerugian ditanggung oleh rakyat yang sepatutnya dibelanjakan demi kebajikan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memperbetulkan salah faham mengenai hutang luar negeri yang timbul di kalangan rakyat.

Katanya, hutang luar negeri adalah berbeza daripada hutang langsung kerajaan.

“Hutang luar negeri terdiri daripada pinjaman luar pesisir, deposit bukan pemastautin serta hutang individu, syarikat dan kerajaan yang dipegang oleh orang bukan pemastautin,” katanya.

Menurutnya, hutang langsung kerajaan pula adalah hutang yang diterbitkan oleh kerajaan secara langsung.

“Seperti yang diterbitkan oleh Bank Negara, jumlah hutang luar negeri adalah sebanyak RM931.1 bilion pada akhir-Jun 2019,” katanya.

Beliau berkata, daripada nilai tersebut, hanya RM190.0 bilion merupakan hutang langsung kerajaan.

“Tambahan lagi sehingga akhir-Jun 2019, hutang langsung telah meningkat sebanyak RM94.1 bilion sejak Pakatan Harapan menerima mandat membentuk sebagai sebuah kerajaan.

“Jumlah RM94.1 bilion tersebut telah membiayai perbelanjaan pembangunan, defisit fiskal serta pembayaran balik hutang (termasuk hutang 1MDB).

“Ia jauh berbeza berbanding dakwaan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan bahawa hutang langsung telah meningkat sebanyak RM245 bilion,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/60677/BERITA/Nasional/Hutang-RM505-bilion-1MDB-langsai-2039?fbclid=IwAR3bZNYNZrS50DzT8mKf7hl6YybmFjhtU3e9sCebV_G4_1oE06dIqEnjjuo