Kedah terima cadangan tempatkan pegawai SPRM di Pejabat Menteri Besar

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya (tengah) diiringi Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap (kiri) ketika hadir pada majlis perasamian Kempen Pencegahan Rasuah sempadan Malaysia-Thailand di Pejabat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS). NSTP/Amran Hamid

Kedah negeri pertama tempatkan pegawai kanan SPRM di pejabat MB

BUKIT KAYU HITAM: Kedah menjadi negeri pertama yang bakal menempatkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Menteri Besar sebagai salah satu langkah bagi mencegah aktiviti rasuah serta meningkatkan integriti dalam kalangan penjawat awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata pihaknya sedang memperhalusi maklumat pegawai kanan yang bakal ditempatkan dalam tempoh terdekat.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri yang menerima baik cadangan SPRM dan bersetuju untuk meletakkan pegawai integriti berpangkat kanan dalam pejabat menteri besar.

“Sebelum ini kita ada pegawai integriti peringkat kerajaan negeri sahaja, tetapi kini kita bercadang untuk menambah peranan SPRM menerusi penugasan pegawai kanan.

“Dalam pertemuan bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam, beliau bersetuju dan secara prinsip sudah membuat pengumuman mengenainya,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Kempen Pencegahan Rasuah Sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan keselamatan (ICQS) di sini.

Semalam, Mukhriz mengumumkan kerajaan negeri bersetuju untuk untuk menempatkan seorang pegawai kanan SPRM di pejabatnya sebagai usaha pencegahan aktiviti rasuah dan menjaga integriti.

Mengulas lanjut, Latheefa berkata, pihaknya sudah mengesyorkan cadangan itu kepada semua kerajaan negeri.

“Respons yang diterima agak positif, namun setakat ini, kerajaan negeri belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung cadangan itu,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berhubung kekhilafan SPRM yang menghantar surat cadangan tatatertib berhubung salah laku dua ahli PKR, Latheefa berkata isu itu sudah diulas.

“Isu itu sudah diulas sebelum ini dan kami tidak mahu komen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, berhubung 62 Ahli Parlimen pembangkang termasuk Bebas yang masih tidak mengisytiharkan harta Latheefa memaklumkan ia perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

 

 

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah menerima cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan seorang pegawai kanannya di pejabat Menteri Besar sebagai usaha pencegahan aktiviti rasuah dan menjaga integriti.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, persetujuan cadangan itu dilihat sebagai satu tindakan yang menepati dasar kerajaan negeri yang mahu memastikan segala keputusan yang melibatkan tadbir urus negeri dilakukan dengan telus dan berintegriti.

“Peranan serta tanggungjawab pegawai berkenaan akan dibincangkan kemudian di antara kerajaan negeri serta pihak SPRM, dan pegawai berkenaan akan ditempatkan di pejabat menteri besar dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kali ke-44 di sini, hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Beebi Koya semasa melakukan kunjungan hormat kepadanya di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

“Mereka datang ke Kedah hari ini untuk memberi taklimat kepada kakitangan kerajaan negeri mengenai pendekatan baharu yang dilakukan oleh SPRM dalam meningkatkan tahap integriti.

“Pada hari ini juga, kita telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk pastikan semua prosuder yang kita lakukan seperti sebelum ini memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dicadangkan oleh SPRM,” katanya. – Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/60632/EDISI/Utara/Kedah-terima-cadangan-tempatkan-pegawai-SPRM-di-Pejabat-Menteri-Besar?fbclid=IwAR1GB_ACgotp5u_1dmLtga8X2xb27nqSqB_k3svw21OCN5yFgHkkjlruI-o

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/635758/kedah-negeri-pertama-tempatkan-pegawai-kanan-sprm-di-pejabat-mb?fbclid=IwAR3vrXeQDmHXzs-3YwLE294Xqbwmf2jf-Xa6BrUh6MGHY8D1HciP67Y9VUM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s