Duit Lesap Dan Rumah Tiada

No photo description available.

DUIT LESAP, RUMAH TIADA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2018 YANG
DIKELUARKAN PADA ISNIN (2 DISEMBER 2019)
MENDEDAHKAN:

Felda hanya bina 1,498 buah rumah, padahal ia sepatutnya bina 20,000 buah di bawah Projek Rumah Generasi Baru Felda (PGBF).

Paling mengejutkan! 87% daripada peruntukan telah diguna tetapi Felda tidak bina rumah.

Dalam pada itu, dari 1,498 unit yang dibina, cuma 792 buah telah diserahkan. Ini bermakna, hanya 4% daripada 20,000 buah rumah itu telah diserahkan peneroka Felda. Satu tamparan ke muka orang Melayu yang telah mengundi Barisan Nasional (BN) selama berpuluh tahun.

Peneroka Felda Bangsa Melayu — Rumah Generasi Pertama

Ini menunjukkan bahawa RM757.86 juta telah dibelanjakan untuk membina 1,498 buah rumah itu. Jadi, kos sebuah rumah RM505,914 ! Rumah bernilai setengah juta ringgit tentulah sebuah rumah agam atau banglo mewah untuk keluarga peneroka di kawasan pedalaman.

Namun apa yang menyedihkan, kalangan peneroka bukannya mendapat rumah mewah sebaliknya hanya memperolehi sebuah rumah berharga tak sampai RM50,000 akibat ketirisan di bawah rejim lama.
Berdasarkan peruntukan RM870 juta untuk membina 20,000 rumah kepada peneroka Felda, kos sebenar sebuah rumah secara puratanya lebih kurang RM43,500. Oleh itu perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk membina 1,498 rumah PGBF sepatutnya cuma RM65 juta.

Namun apa yang berlaku kini menunjukkan 1,498 buah rumah itu dibina dengan kos RM757.86 juta. Itu bermakna RM692 juta lesap dalam projek ini!

Laporan audit itu turut mendedahkan bahawa syarikat pemaju projek PGBF itu dilantik secara rundingan terus, tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun (1982 hingga 2004), telah dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 oleh Pejabat Perdana Menteri ketika pentadbiran Najib Razak. Shahrir Abdul Samad menggantikan Isa pada Januari 2017 setelah Felda rugi bertahun-tahun. Isa sekarang menghadapi satu tuduhan pecah amanah dan sembilan dakwaan terima rasuah.

Najib Melibatkan Maruah Kerajaan Arab Saudi Dalam Kegiatan Jenayah Rasuah Dan Pecah Amanah Yang Dilakukan

Sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.2 bilion) daripada pihak Arab Saudi dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmBank milik bekas Perdana Menteri Najib Razak antara 2011 hingga 2013.

#TolakNajib
#TolakRasuah
#PertahankanMalaysia

 

Siasat pihak keluarga bekas menteri dalam kes NFC, kata Rafizi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini berharap peguam negara akan bertindak terhadap pihak keluarga bekas menteri dalam kes National Feedlot Corporation (NFC).
Komen ini menyusuli tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasannya daripada tuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).
Rafizi dan bekas pegawai bank, Johari Mohamad dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lepas.
“Saya harap peguam negara bersungguh-sungguh juga buka kes dan siasat pihak keluarga bekas menteri. Sehingga sekarang seorang pun belum didakwa,” katanya di Twitter hari ini.

Rafizi juga memutnaik notis pendaftar mahkamah meminta beliau hadir ke mahkamah pada 9 Mac tahun depan bagi bicara.
Kerajaan pada Jun memfailkan saman terhadap NFC, ketua pegawai eksekutifnya dan para pengarah serta 6 anak syarikat bagi mendapatkan kembali RM253.6 juta yang dipinjamkan kepada mereka.
CEO syarikat itu adalah suami kepada bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil, Salleh Ismail. Anak-anak Shahrizat iaitu Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah adalah pengarah.
Kerajaan sedang mendapatkan pengisytiharan bahawa keluarga Salleh bertanggungjawab terhadap pembayaran semula itu.
Ia juga menuntut keuntungan yang timbul daripada dana yang dipinjamkan, dan hak hartanah yang dibeli menggunakan dana daripada pinjaman.
Rafizi dituduh mendedahkan akaun bank manakala Johari dituduh berkomplot dengannya di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.
Mahkamah Sesyen mendapati mereka yang pada awalnya dituduh bawah Bafia, yang kemudian digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan, bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas kedua-duanya.
Berikutan rayuan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi kemudian membebaskan mereka selepas memutuskan beberapa dokumen yang dihasilkan semasa perbicaraan tidak dapat diterima kerana tidak berada dalam bentuk asal.

https://malaysiabaru-2018.blogspot.com/2019/12/siasat-pihak-keluarga-bekas-menteri.html?fbclid=IwAR0obHYG4-ihDloQCVxmiiuq4-tlZeY8gz5hdn70bi1gS7G7xva4uqUmgZo

‘Lebihan bayaran deposit keselamatan AS$790,354,855 masuk ke akaun Najib

1 SERIK

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa lebihan bayaran deposit keselamatan berjumlah AS$790,354,855.00 kepada Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) yang dibayar oleh 1MDB dimasukkan ke akaun milik Najib Razak untuk tujuan penyelewengan. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada hari ke-15 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB. Loading… “Kesimpulannya, pengambilalihan Genting (Genting Sanyen) telah selesai melalui pembiayaan menggunakan bridging loan berjumlah RM700 juta dan terbitan Bon berjumlah AS$1.75 bilion. “Saya akui memang terdapat lebihan yang sangat banyak daripada hasil pembiayaan untuk pengambilalihan tersebut,” katanya. Bagaimanapun saksi pendakwaan kesembilan menegaskan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu bahawa lebihan wang untuk pembayaran deposit keselamatan berjumlah AS$790,354,855 kepada Aabar adalah untuk diseleweng oleh pihak lain. “Pembayaran deposit keselamatan itu dibuat secara penuh percaya berdasarkan dokumentasi yang disediakan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB) Terence Geh (Pengarah 1MDB) dan Tim Leissner (Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Asia). “Setelah penyiasatan dilakukan barulah saya tahu yang deposit keselamatan ini diaturkan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) untuk membolehkan wang 1MDB masuk ke dalam akaun yang dikawal olehnya untuk tujuan penyelewengan yang seterusnya dimasukkan ke akaun milik Najib. “Sekali lagi, Jasmine Loo sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan, telah datang kepada saya untuk membentangkan dapatan dan dokumen yang banyak bagi menunjukkan aspek teknikal kewangan dan proses pelaburan sepertimana sebelum ini, pemerolehan Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB). “Beliau menunjukkan dokumen yang meyakinkan saya bahawa 1MDB perlu membayar kepada Aabar Investment PJS Ltd sebanyak AS$790,354,855 yang ditanggung melalui lebihan terbitan Bon AS$1.75 bilion sebagai deposit keselamatan kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang merupakan penjamin Bon tersebut,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram. Saksi penting pendakwaan itu berkata itu merupakan tindakan yang sama sepertimana beliau menyatakan alasan dalam remittance TEHSB sebelum ini yang 1MDB perlu lagi sekali membayar deposit keselamatan kepada anak syarikat IPIC iaitu Aabar sebagai cagaran dan akan dipulangkan semula selepas tawaran awam permulaan (IPO). Beliau berkata seperti transaksi TEHSB sebelum ini, beliau beranggapan yang bayaran itu sudah dipersetujui oleh dua-dua belah pihak iaitu IPIC dan pemilik saham 1MDB dan Perdana Menteri iaitu Najib. “Ini adalah kerana rundingan jaminan ini diterajui oleh PMO. Kemudiannya, saya telah dimaklumkan oleh Jasmine Loo bahawa dokumen remittance yang berjumlah AS$790,354,855 telah ditandatangani oleh Terence Geh dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, untuk dibayar ke akaun Aabar Investment PJS Ltd di BSI Bank SA, Lugano, Switzerland daripada akaun Falcon Private Bank (Hong Kong) milik syarikat 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) (anak syarikat 1MDB). “Sekali lagi, saya tidak tahu siapa yang menentukan jumlah pembayaran AS$790,354,855 tersebut yang pada pendapat saya adalah sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Bond yang diterbitkan sebanyak AS$1.75 bilion bagi pembelian IPP Genting Sanyen. “Namun, saya tidak curiga dan tidak mempersoalkannya kerana pada masa itu saya menganggap ini adalah sesuatu yang sudah dipersetujui oleh Najib dan pihak IPIC, berdasarkan pelan tindakan dan perbincangan saya dengan Jho Low,” katanya. Shahrol Azral berkata beliau juga percaya pada masa tersebut bahawa wang deposit keselamatan berkenaan akan dikembalikan semula kepada syarikat apabila IPO bagi perniagaan tenaga syarikat dibuat untuk penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE). Katanya walaubagaimanapun, wang tersebut tidak pernah dikembalikan semula kepada syarikat walaupun setelah 1MDB gagal melaksanakan penyenaraian perniagaan tenaga ke KLSE. Saksi itu berkata bayaran AS$790,354,855 kepada Aabar Investments PJS Limited dibuat pada 19 Okt 2012. Beliau berkata proses pengambilalihan Genting, pada pandangannya dibuat dalam keadaan sangat tergesa-gesa jika dibandingkan dengan pengambilalihan TEHSB. Katanya semua kelulusan hanya melalui Director Circular Resolution (DCR) tanpa dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB. “Keadaan tergesa-gesa ini disebabkan tekanan Jho Low yang menyatakan pinjaman dan jaminan daripada pihak IPIC ini harus disegerakan kerana ada faktor kerjasama G2G (kerajaan dengan kerajaan) dan juga mesti diselesaikan sebelum PRU ke-13 untuk memastikan cukup perhatian daripada Najib sebelum beliau akan sibuk berkempen. “Selepas daripada itu, saya telah dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan jawatan CEO telah diambil alih oleh Hazem Abdul Rahman. “Saya tidak tahu menahu secara terperinci kenapa opsyen Aabar telah ditamatkan kerana saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam sebarang perbincangan dan urusan pihak terbabit. Walau bagaimanapun, saya hanya tahu maklumat ini secara am sahaja melalui media,” katanya. Shahrol Azral dilantik sebagai pengarah di Pemandu yang merupakan unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 15 Mac 2013. Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama. Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama

‘Lebihan bayaran deposit keselamatan AS$790,354,855 masuk ke akaun Najib’

Artikel Penuh https://www.malaysianupdate.my/…/lebihan-bayaran-deposit-k…/ | Malaysian Update – Berita Terkini Untuk Anda

Tajuddin Abdul Rahman ‘ditegur’ oleh MIC kerana ‘menghina’ kepercayaan penganut Hindu

Image may contain: 1 person, smiling, text

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ‘ditegur’ oleh MIC kerana ‘menghina’ kepercayaan penganut Hindu yang mencalit abu atau vibuthi di dahi.

Walaupun Tajuddin hanya sekadar bertanya tentang vibuthi di dahi Ahli Parlimen Jelutong (DAP), RSN Rayer adakah abu bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng telah menghina masyakat India yangb beragama Hindu di negara ini.

Menurut Setiausaha Penerangan MIC Pusat merangkap Ketua Biro Muafakat Nasional, A Subash Chandrabose, tindakan Tajuddin akan mencetuskan rasa marah serta kecewa dalam kalangan penganut agama Hindu.

“Kita kini dalam proses membaik pulih persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Janganlah kamu burukkan keadaan lagi bak kata ‘menuang minyak tanah dalam api’.

“Ini hanya akan memudaratkan kita secara keseluruhan apatah lagi seandainya sokongan masyarakat India juga kini mula beralih arah kepada BN.

“Sebagai Ahli Parlimen yang telah lama bergelumang dengan dunia politik berbilang bangsa ini, sepatutnya beliau sudah boleh menghormati kepercayaan, budaya dan agama masing-masing.

“Perbuataan ‘bergurau senda’ tentang isu yang menyentuh sensititiviti perkauman seperti ini perlulah dielakkan seboleh mungkin,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Rayer mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sama ada kementerian itu bersetuju memasukkan tokoh politik Pakatan Harapan seperti Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal singh dalam silibus Sejarah.

MGF20112019_PARLIMEN-MALAYSIA12
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Pada masa itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang menepuk meja sambil berkata `komunis! komunis! komunis’.

Tajuddin kemudian mencelah bertanya Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Ini menyebabkan beberapa wakil rakyat kerajaan berdiri termasuk Ahli Palimen Batu Kawan, P Kasthuriraani meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu kerana  menghina penganut agama Hindu.

Rayer berkata, Barisan Nasional suka membangkitkan isu perkauman menyebabkan beberapa wakil rakyatnya berdiri mengatakan dakwaan Tajuddin bersifat individu dan tidak mewakili parti berkenaan.

Tajuddin kemudian menjelaskan beliau bertanya soalan itu kerana tidak mahu Rayer dituduh menggunakan abu mayat Chin Peng didahinya.

Subash yang juga Exco Pemuda MIC Kebangsaan turut mengingatkan bahawa Ahli Parlimen merupakan platform yang digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukan sebaliknya.

“Parlimen adalah untuk melakar polisi, membawa isu rakyat, negara, usul sesuatu permasalahan selain mencari penyelesaian bagi perkara yang membabitkan rakyat.

“Tolonglah, tolonglah berbahas dengan fakta bukan emosi. Bahaslah dengan logik akal demi rakyat dan untuk rakyat.

“Jangan sehingga ada keperluan untuk memalukan kaum, kepercayaan, agama seseorang itu. Itu sangat tidak baik dan langsung tidak menunjukkan sifat seorang pemimpin.

“Muafakat sebenarnya akan terbentuk jika kita memahami dan menghormati sesama kita terlebih dahulu,” ujarnya. –MalaysiaGazette

MIC SUDAH BUNYIK.. 😁
______________

Ahli Parlimen Pasir Salak (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ‘ditegur’ oleh MIC kerana ‘menghina’ kepercayaan penganut Hindu yang mencalit abu atau vibuthi di dahi.

https://malaysiagazette.com/2019/12/03/tajuddin-ditegur-mic-isu-abu-di-dahi/

 

Hakeem cipta sejarah dunia

 

TIADA pengetahuan asas dalam bidang perakaunan sedikit pun tidak menghalang Hakeem Mohammad Akmal, 18, untuk mendapat skor penuh 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transactions sekali gus mencipta sejarah dunia dengan berada di tempat pertama bagi subjek berkenaan.

Penuntut program Certified Accounting Technician (CAT) Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh skor penuh berkenaan bagi sesi Julai – Disember 2019 seterusnya berjaya mengekalkan kecemerlangan selepas memperoleh keputusan 9A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Hakeem berkata, dia tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan yang dikurniakan oleh badan profesional perakaunan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom memandangkan dia tiada asas dalam perakaunan berbanding rakan kuliah lain yang lebih berpengalaman.

“Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di peringkat sekolah menengah, namun saya buat keputusan tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.

“Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan apabila dikelilingi rakan serta tenaga pengajar yang banyak membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Berkongsi tips belajar, anak ketiga daripada lima beradik itu masih keluar bersama rakan melakukan aktiviti seperti menonton wayang dan bersukan, namun dia meletakkan had supaya tidak leka.

“Jangan lagho (leka) sangat, kena pandai ‘control’. Tugas kita sebagai penuntut harus belajar sampai dapat yang terbaik, jangan pula terbaik dalam melepak.

“Saya juga bertuah kerana pensyarah yang mengajar kertas ini banyak membantu biarpun di luar waktu kelas. Saya pula seorang yang tidak akan puas selagi tidak faham sesuatu perkara.

“Di sini, saya dapat lihat kerjasama daripada tenaga pengajar dan penuntut amat penting untuk sama-sama berjaya kerana jika sebelah pihak saja yang bersungguh-sungguh mungkin tidak akan ke mana,” katanya yang berasal dari Langkawi, Kedah.

Katanya, dia merancang melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM melalui ACCA memandangkan jurusan itu agak mencabar dan mempunyai peluang pekerjaan yang luas.

“Zaman sekarang kita perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar untuk memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk mengubah masa depan.

“Kelilingi juga diri dengan orang yang positif dan rajin. Itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. Insya-Allah, kejayaan akan menyusul selepas kita lakukan yang terbaik di samping menjaga hubungan dengan keluarga dan Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, UiTM memuat naik ucapan tahniah kepada Hakeem selepas diumumkan penuntut terbaik dalam kertas FA1 Recording Financial Transaction.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/524125/hakeem-cipta-sejarah-dunia?fbclid=IwAR2ml0vUq0XD8NhgZZcbw3NJpSHfTD1hMiGi4CzEhIAFcGSXGrAK_20gcbc

NAJIB TIADA PEMBELAAN BERMERIT

NAJIB TAK TAHU

Najib cuba alihkan kesalahan kepada Jho Low, eh kata dulu kata tak kenal Jho Low?

Kalau skandal 1MDB kerja Jho Low, kenapa Najib pecat Peguam Negara, Muhiyddin dan Mukhriz yang persoalkan tentang 1MDB?

Bukankah Najib sendiri bersubahat dengan cina Jho Low ini?

JHO LOW MEMBUAT FITNAH KEPADA PUTERA SAUDI – KERAJAAN ARAB SAUDI SEPATUTNYA MEMBUAT TINDAKAN.

Image may contain: 2 people, people smiling, text

JHO LOW MEMBUAT FITNAH KEPADA PUTERA SAUDI – KERAJAAN ARAB SAUDI SEPATUTNYA MEMBUAT TINDAKAN.

KERAJAAN MALAYSIA SEPATUTNYA MEMAKLUMKAN PERKARA TERSEBUT KEPADA KEDUTAAN ARAB SAUDI DAN TINDAKAN SEGERA KERAJAAN ARAB SAUDI PERLU DIBUAT BAGI MENJAGA MARUAH SEBUAH KERAJAAN ARAB SAUDI YANG BERDAULAT DAN DEMI MENJAGA MARUAH INSTITUSI BERAJA DI ARAB SAUDI.