Dakwaan mencabul ? : Anwar nafi, sifatkan niat jatuhkan imejnya

Dakwaan mencabul: Anwar nafi, sifatkan niat jatuhkan imejnya

Anwar melalui Setiausaha Sulitnya, Shukri Saad akan membuat laporan polis hari ini selain peguamnya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff. – Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau telah mencabul Muhammed Yusoff Rawther.

Anwar dalam satu kenyataan kepada media berkata, pada tarikh yang didakwa berlakunya kejadian tersebut, beliau sedang giat berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut.

“Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena PRK Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen,” katanya.

Tegas Anwar, tindakan yang dilakukan bekas penyelidiknya itu adalah muslihat untuk menjatuhkan imejnya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara.

“Keluarga Muhammed Yusoff melalui Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa,” kata Anwar.

Malah, beliau melalui Setiausaha Sulitnya, Shukri Saad akan membuat laporan polis hari ini selain peguamnya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff.

Muhammed Yusoff dalam akuan bersumpahnya bertarikh 19 November lalu mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan lucah semasa kejadian yang didakwa dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di pejabatnya di Petaling Jaya.

MoU Umno dengan Parti Komunis China

Umno siap buat mou dengan parti komunis headquartes lagi , bukan takat taraf chin peng pencacai pkm yg berak tidur dlm hutan mlaysia tu ,,, umno siap ikat mou peluk cium dengan chip komunis peringkat lagi atas kat headquarters komunis sana tau ,,,,,
Punya la cillanat umno ni ,,,,
Ulang , bukan kerajaan mlaysia , tapi umno yg pergi jumpa dan ikat mou kerjasama dgn komunis ,,

NOTA :  PKM ADALAH KOMUNIS DI BERJUANG DALAM HUTAN BELANTARA DAN MCA KOMUNIS YANG BERJUANG DI DALAM BANDAR.

 

Rakyat diberi RM30 menerusi e-dompet tahun depan

1 INSAN BERSYUKUR

1 LARANGAN MEMBERONTAK1 JGN SIA UMUR SEDIKIT1 NEGARAKU MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 5 DIS: Sistem dan perisian e-Tunai Rakyat telah dibangunkan dan sedang giat diuji serta diperhalusi bersama dengan pekhidmatan e-dompet dan agensi kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, usaha ini adalah selaras dengan garis masa yang ditetapkan dalam pelan projek pelaksanaan pemberian RM30 kepada rakyat Malaysia menerusi perkhidmatan e-dompet yang akan bermula pada 1 Januari 2020.

“Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan pekhidmat e-dompet yang terlibat kelak. Sekiranya peruntukan tersebut dituntut sepenuhnya dan berjaya merangsangkan perbelanjaan, Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan.

“Sambutan baik juga akan membolehkan inisiatif ini diulangkan dengan mensasarkan lebih ramai pengguna, pedagang, dan pekhidmat e-dompet,” katanya ketika menjawab soalan daripada Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) yang menanyakan tentang status pelaksanaan pemberian RM30 kepada rakyat menerusi perkhidmatan e-dompet, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

e-Tunai Rakyat merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan bagi mempercepat transformasi ke arah peningkatan penggunaan e-dompet dalam masyarakat dan peniaga, terutamanya perusahaan perniagaan kecil dan runcit untuk menerima bayaran digital.

Lim berkata, kerajaan akan menawarkan secara sekali rangsangan digital bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000, untuk dibelanjakan pada bulan Januari dan Februari.

“Apa yang diperlukan hanyalah akaun e-dompet atau e-wallet dengan identiti yang disahkan melalui penyedia perkhidmatan yang terpilih,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada peruntukan RM50.3 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi tempoh lima tahun, untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan, di antaranya peralihan kepada Ekonomi Digital.

“Daripada jumlah RM50.3 bilion ini, kerajaan telah memperuntukkan RM21.6 bilion untuk Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi menaik taraf dan meluaskan infrastruktur Digital Malaysia.

“Sebanyak RM28.7 bilion pula diperuntukkan untuk pelbagai jenis insentif pendigitalan seperti e-Tunai Rakyat, jaminan dan dana bantuan, termasuk untuk usahawan, perniagaan kecil dan sederhana, dan syarikat Malaysia,” katanya.

Menurut Lim, pelaksanaan inisiatif ini adalah di bawah penyeliaan Khazanah Nasional di mana kerajaan telah menyediakan peruntukan sehingga RM450 juta yang bakal memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Beliau berkata, tujuan inisiatif itu adalah untuk menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai.

– BERNAMA

https://selangorkini.my/2019/12/rakyat-diberi-rm30-menerusi-e-dompet-tahun-depan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&utm_campaign=Feed%3A+selangorkini%2FeCTi+%28Selangorkini%29&utm_content=FaceBook&fbclid=IwAR2IEpAmXhuQ4KYxU8m52fxoUzUYAuaTVgQBdnS3Sp045NG08OU95C6XVAw

 

Harga minyak sawit tertinggi dua tahun, RM2,777 – TAHNIAH KERAJAAN PH

Harga penanda aras, kontrak hadapan penghantaran Februari naik mencecah RM2,777 satu tan pada jam 5.34 petang tadi, tertinggi sejak 16 November 2017. – Foto hiasan

Alhamdulillah ,
Usaha Dari Kerajaan PH Berhasil,,

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun hari ini susulan sentimen positif pelabur terhadap komoditi utama itu serta kebimbangan mengenai kekurangan bekalan.

Harga penanda aras, kontrak hadapan penghantaran Februari naik mencecah RM2,777 satu tan pada jam 5.34 petang tadi, tertinggi sejak 16 November 2017.

Harga komoditi utama itu ditutup pada RM2,764, naik 0.87 peratus berbanding penutup hari sebelumnya.

RHB Research dalam nota penyelidikannya berkata, aliran meningkat harga minyak sawit akan berterusan dan penurunan pada hari sebelumnya adalah faktro sementara iaitu susulan kegiatan pengambilan untung oleh sebilangan pelabur.

NAJIB TAK TAHU DAN BUAT TAK TAHU

NAJIB TAK TAHU

GEMPAR MAHKAMAH HARI INI !!!

Dah 33 hari perbicaraan kes jenayah Najib 1MDB berlangsung, mahkamah hari ini diberitahu selama 1MDB ditubuhkan NAJIB TIDAK TAHU URUS NIAGA 1MDB ??!

Tanya pasal.. Equanimity dibeli dengan dana 1MDB
NAJIB KATA TAK TAHU..

Tanya pasal.. tentang surat kepada CIA
NAJIB KATA TAK TAHU..

Tanya pasal.. wang 1MDB masuk dalam akaun peribadi
NAJIB KATA TAK TAHU..

Tanya pasal.. sumber dana beli barang kemas Rosmah
NAJIB KATA TAK TAHU..

SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU ??!

TANG MANA LAGI NAK TEMBERANG PUTAR BELIT NAJIB !!

Jangan terkejut lps ni berjemaah walaun komen ‘backup’ Najib. 🤣🤣😂

#1MDB
#NajibTemberangLagi
#TakTahu

NAJIB TAK TAHU DAN BUAT TAK TAHU

NAJIB TAK TAHU

GEMPAR MAHKAMAH HARI INI !!!

Dah 33 hari perbicaraan kes jenayah Najib 1MDB berlangsung, mahkamah hari ini diberitahu selama 1MDB ditubuhkan NAJIB TIDAK TAHU URUS NIAGA 1MDB ??!

Tanya pasal.. Equanimity dibeli dengan dana 1MDB
NAJIB KATA TAK TAHU..

Tanya pasal.. tentang surat kepada CIA
NAJIB KATA TAK TAHU..

Tanya pasal.. wang 1MDB masuk dalam akaun peribadi
NAJIB KATA TAK TAHU..

Tanya pasal.. sumber dana beli barang kemas Rosmah
NAJIB KATA TAK TAHU..

SEMUA TAK TAHU, APA YANG NAJIB TAHU ??!

TANG MANA LAGI NAK TEMBERANG PUTAR BELIT NAJIB !!

Jangan terkejut lps ni berjemaah walaun komen ‘backup’ Najib. 🤣🤣😂

#1MDB
#NajibTemberangLagi
#TakTahu

Mispani Ketua Polis Daerah Jasin baharu

Mispani Ketua Polis Daerah Jasin baharu

JASIN 4 Dis. – Timbalan Penguasa Polis (DSP), Mispani Hamdan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Jasin yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas itu daripada Superintendan Arshad Abu yang kini menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Alor Gajah.

Mispani yang juga bekas Ketua Polis Balai Wangsa Maju telah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira 30 tahun.

Pelbagai jawatan telah disandang dan beliau telah bertugas selama 11 bulan sebagai Pegawai Turus Perkhidmatan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sebelum diserap ke jawatan terkini.

“Kepercayaan diberikan kepada saya untuk menggalas jawatan ini saya terima dengan penuh syukur dan rendah diri.

“Sokongan dan bantuan semua pihak lebih menyakinkan saya memastikan Daerah Jasin sentiasa selamat dan aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah/Terima Tugas Ketua Polis Daerah Jasin disaksikan Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di sini.

https://melakakini.my/mispani-ketua-polis-daerah-jasin-baharu/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Hari ke-60: Raja Abdullah derma untuk elak Arab Spring jejas Malaysia – Najib

Kakitangan Awam Malaysia Akan Hidup Selesa Dan Dapat Pencen Awal Jika Najib Segera Kembalikan Wang KWAP Kepada Kerajaan PH.

NAJIB TAK TAHU

KES SRC NAJIB | Perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-60 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung.


5.20 petang: Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung kami hari ini.

Laporan oleh Hariz Mohd dan Hidir Reduan Abdul Rashid. Gambar oleh Azneal Ishak. Kemas kini media sosial oleh Ewe Linq Yenn.

Jika anda suka hasil kerja kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini versi Inggeris serendah RM0.55 sehari.

Butiran di sini.


Perbicaraan ditangguhkan, disambung minggu depan

3.50 petang: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini dan disambung semula pada Isnin depan.

Permohonan itu dibuat oleh peguam Najib, Rahmat Hazlan.


Najib terkejut AmBank berurusan dengan Jho Low

3.47 petang: Najib memberitahu mahkamah bahawa beliau terkejut apabila mengetahui bahawa AmBank telah berurusan Jho Low berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan akaun banknya.

Najib juga memberi keterangan bahawa dia tidak pernah tahu bahawa Nik Faisal Ariff Kamil, yang diamanahkan untuk menguruskan akaunnya, telah mengambil arahan daripada Jho Low berhubung transaksi untuk memulangkan sumbangan daripada keluarga diraja Saudi kepada Tanore Finance Corp.

Najib berkata demikian apabila menjawab soalan yang disediakan peguamnya, Rahmat Hazlan.


Saya kembalikan baki derma AS$620 juta untuk elak dipolitikkan – Najib

3.30 petang: Bekas perdana menteri Najib Razak memberi keterangan bahawa beliau telah mengembalikan baki sumbangan yang tidak digunakan sebanyak AS$620 juta kerana mahu mengelakkan perkara itu dipolitikkan.

Tertuduh mengatakan perkara itu sambil membaca kenyataan kesaksian berhubung pertanyaan sama ada beliau menggunakan sepenuhnya wang yang diterima dalam akaun 694 AmBank miliknya pada 2013.

“Saya juga merasa tidak selesa apabila ada wang yang banyak dalam akaun saya kerana bimbang jika maklumat itu dibocorkan, ia pastinya diputar belit dari konteks politik.

“Saya kemudian memutuskan untuk mengembalikan hampir keseluruhan jumlah sumbangan yang tidak dibelanjakan dan hanya menyimpan sebahagian daripadanya.

“Saya percaya bahawa dengan mengembalikan sebahagian besar sumbangan yang tidak digunakan adalah tanda niat baik kepada keluarga diraja Saudi, yang akan diambil kira oleh mereka dalam memberikan sokongan masa depan kepada saya.

“Akhirnya, sekitar AS$620 juta dikembalikan kepada penghantar dana, Tanore Finance Corp, dan selebihnya RM162 juta telah dipindahkan ke salah satu akaun baru yang dibuka oleh saya pada Ogos 2013,” kata Najib.


Najib: Raja Abdullah derma untuk elak Malaysia terjejas Arab Spring

3.17 petang: Najib Razak memberi keterangan bahawa Raja Abdullah mendermakan AS$680 juta kepadanya untuk mengelakkan kesan dari Arab Spring yang menggoncang Timur Tengah.

Najib mengatakan perkara itu ketika membaca dari kenyataan saksi berhubung soalan sama ada beliau tahu tentang transaksi AS$680,999,976 antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 ke dalam akaun 694 AmBank miliknya.

Najib berkata beliau hanya mengetahui tentang transaksi itu apabila kenyataannya direkodkan oleh SPRM dan selepas peguamnya memperoleh dokumen dari AmBank.

Tertuduh mendakwa bahawa beliau bukan hanya diberitahu bahawa ada wang yang masuk ke dalam akaunnya dari luar negara tetapi dia telah ditunjukkan surat bertarikh 1 March 2013, yang dikatakan dari wakil Raja Abdullah.

Najib berkata surat tersebut menyatakan bahawa Raja Abdullah memberi hadiah wang tunai untuk dibelanjakan atas budi bicara mutlaknya.

“Raja Abdullah tahu tentang pilihan raya umum pada tahun 2013. Baginda tidak mahu kesan negatif dari Arab Spring tersebar ke Malaysia, terutama kerana beliau mempunyai pandangan positif terhadap Malaysia untuk muncul sebagai contoh yang menyerlah untuk sebuah negara yang mengamalkan Islam yang sebenarnya.

“Raja Abdullah berhasrat untuk Malaysia menjadi peneraju bagi negara moden yang mengamalkan Islam,” kata Najib, sambil menambah bahawa Raja Abdullah takut akan kesan domino dari Arab Spring boleh menjejaskan Malaysia.


Najib: Saya tak tahu pasal komunikasi BBM Joanna Yu dan Jho Low

2.39 petang: Najib Razak memberi keterangan bahawa beliau tidak maklum berhubung komunikasi melalui mesej Blackberry (BBM) antara pengurus AmBank, Joanna Yu dan ahli perniagaan Jho Low antara tahun 2011 dan 2013.

“Tidak. Saya tidak tahu tentang perkara ini. Seperti yang saya katakan tentang apa yang saya percaya, Jho Low adalah individu yang menguruskan sumbangan yang diberikan kepada saya oleh keluarga diraja Saudi.

“Azlin (ketua setiausaha sulit Najib ketika itu) mungkin berurusan dengan Jho Low berhubung derma itu. Saya tidak tahu tentang komunikasi antara Jho Low dan Joanna Yu pada masa itu,” kata Najib.

Joanna Yu.

Najib menambah bahawa beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana bank dapat berkomunikasi dengan seseorang yang tidak diberi kuasa olehnya berhubung dengan akaun banknya.

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil merupakan pegawai yang diberi kuasa untuk akaun Najib.


Najib: Saya tak tahu ketika itu Nik Faisal adalah rakan Jho Low

2.33 petang: Najib memberi keterangan bahawa dia tidak tahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil adalah rakan Jho Low.

Beliau berkata demikian semasa membaca jawapan daripada kenyataan kesaksiannya untuk menjawab soalan sama ada tertuduh tahu bahawa Nik Faisal adalah rakan rapat Jho Low sejak tahun 2008 di UBG Bhd.

Nik Faisal didakwa mengenali Jho Low ketika bekerja di UBG Bhd pada 2008.

“Tidak pada masa itu, saya hanya tahu mengenainya selepas membaca tentangnya di akhbar,” kata Najib semasa pemeriksaan utama oleh peguam bela Rahmat Hazlan di peringkat pembelaan.


2.28 petang: Prosiding disambung.


12.57 tengah hari: Prosiding ditangguhkan untuk rehat makan tengah hari, dan akan disambung pada petang ini.


Najib nafi beri kuasa pada Jho Low untuk berurusan dengan Ambank

12.38 tengah hari: Najib mengatakan dia tidak pernah berurusan dengan pengurus hubungan Ambank secara peribadi

Najib memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah berurusan dengan pengurus Ambank Joanna Yu, Daniel Lee dan Krystal Yap, ataupun berkomunikasi dengan mereka secara peribadi.

Untuk rekod, Yu, Lee dan Yap terlibat dalam menguruskan akaun Najib dengan Ambank.

Najib juga menafikan bahawa beliau pernah memberikan sebarang kuasa kepada Jho Low untuk berurusan dengan Ambank berhubung akaunnya yang berakhir dengan digit 694.


Najib: Jho Low yang beritahu tentang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi

12.11 tengah hari: Najib memberi keterangan bahawa Jho Low memaklumkannya pada 2010 bahawa Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, bersetuju untuk memberikan sumbangan antara AS$ 100 juta hingga AS$200 juta kepada bekas perdana menteri itu, sebagai satu bentuk sokongan.

Semasa membaca dari kenyataan kesaksiannya, Najib mengatakan bahawa pada masa itu, beliau tidak dimaklumkan secara spesifik jumlah yang akan disumbang dan bila ia akan disumbangkan.

Namun, kata Najib, Jho Low kemudian memberitahu perincian berhubung derma berkenaan.

“Selepas itu antara 2011 dan 2014, saya menerima sejumlah besar wang yang saya percaya adalah sumbangan dari Raja Abdullah sebagai tanda sokongan darinya.

“Jho Low adalah penghubung dalam perkara ini dan saya percaya bahawa dia mengatur peruntukan sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi.

“Beberapa surat mengenai sumbangan ini juga diterima oleh AmBank dan saya sendiri yang dikirim Jho Low pada masa itu selari dengan sumbangan,” kata Najib.

Najib berkata jumlah yang didermakan mungkin kelihatan besar tetapi menurutnya keluarga diraja Arab Saudi terkenal dengan kemurahan hati mereka, termasuk menyumbang kepada pelbagai yayasan di AS seperti Yayasan Clinton.

Najib juga berkata sumbangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada dasar luar negera dan dasar diplomatik.


Najib: Husni tak puas hati saya pindahkan dia dari MOF

Mahkamah mendengar dari bekas menteri kewangan Najib Razak bahawa bekas menteri kewangan kedua, Husni Hanadzlah mungkin tidak puas hati terhadapnya susulan keputusan memindahkannya ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2016.

Najib kemudiannya mendakwa bahawa Husni menggunakan mahkamah untuk membalas dendam terhadapnya.

“Saya percaya bahawa Husni telah menyimpan rasa tidak puas hati terhadap saya atas keputusan saya untuk memindahkannya dari MOF (Kementerian Kewangan) ke EPU, kerana dia langsung meletak jawatan selepas itu pada 2016.

“Dan dia telah menggunakan kandang saksi sebagai pentas untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya secara terbuka,” kata Najib.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa bahawa keterangan Husni yang mendakwa dia diperlakukan seperti “budak pejabat” oleh Najib bercanggah dengan hasrat Husni untuk kekal di MOF.

“Jika Husni benar-benar merasakan bahawa dia diperlakukan sebagai budak pejabat, pastinya sangat aneh bahawa dia mahu kekal di MOF.

“Ini menunjukkan percanggahan antara apa yang dikatakannya di dalam kandang saksi dan pengalaman sebenarnya,” katanya.


Najib: Husni berniat cemarkan imej saya11.45 pagi: Perbicaraan diteruskan dengan peguam bela Najib menyentuh persoalan mengenai kesaksian bekas menteri kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Husni sebelum ini memberi keterangan terhadap Najib.

Najib mendakwa bahawa keterangan Husni – yang mengatakan bahawa Najib telah menghalangnya ke Switzerland untuk memeriksa akaun bank SRC International – telah diambil dari luar kontek.

Untuk rekod, akaun bank SRC di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa negara itu atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haram.

Ahmad Husni Hanadzlah.

“Saya percaya perkara ini telah diambil dari luar konteks. Husni ada bertanya kepada saya secara tidak formal sama ada dia perlu pergi ke Switzerland untuk menyelesaikan masalah ini. Pertanyaa itu bukan secara rasmi atau permintaan rasmi.

“Dia sebenarnya mengatakan bahawa dia boleh cuba menyelesaikan masalah ini kerana dia tahu beberapa individu di Switzerland yang boleh membantu. Saya mengatakan kepadanya bahawa tidak perlu dia pergi ke sana kerana dari pemahaman saya, sudah ada usaha oleh SRC untuk menangani masalah itu,” kata Najib.

Najib menambah bahawa Husni merupakan individu yang meluluskan Nota Perbendaharaan pada 2015 yang meminta kabinet untuk meluluskan pinjaman jangka pendek untuk SRC, agar syarikat itu dapat menyelesaikan masalah mereka dengan pihak berkuasa Switzerland.

Najib kemudian menuduh Husni telah memberikan keterangan sedemikian terhadapnya dengan hasrat untuk mencemarkan imejnya dan menafikan beberapa kesilapan yang dilakukan Husni terhadapnya.


Najib nafi arah Menteri Kewangan kedua tak terlibat dalam 1MDB

11.42 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa bekas perdana menteri, Najib Razak menafikan pernah mengarahkan Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah agar tidak terlibat dalam 1MDB.

Dalam kenyataan saksinya, bekas menteri kewangan itu berkata demikian berhubung keterangan terdahulu Husni semasa perbicaraan bahawa tertuduh memberikan arahan itu.

“Saya tidak pernah memberitahu Husni begitu. Dokumen-dokumen di dalam perbicaraan ini berhubung dengan SRC jelas menunjukkan bahawa Husni dirujuk dan juga meluluskan beberapa memo penting selaku MOF2 (Menteri Kewangan Kedua), yang termasuk Memo Kementerian Kewangan bertarikh 2 Feb 2012 (Nombor eksibit D526) dan Memo Perbendaharaan bertarikh 4 Nov 4 2015, berhubung peruntukan untuk pinjaman jangka pendek kepada SRC pada tahun 2015 (Nombor eksibit D551).

“Tuduhan Husni bahawa beliau dianggap “budak pejabat “adalah jenaka berdasarkan tandatangannya sebagai MOF2 yang menunjukkan sebaliknya.

“Husni juga menghadiri mesyuarat kabinet pada 8 Feb 2012, di mana jaminan kerajaan kedua (berhubung pinjaman KWAP sebanyak RM2 bilion kepada SRC) diluluskan dan (Husni) tidak membangkitkan sebarang isu,” kata Najib.


11.34 pagi: Prosiding disambung semula.


11 pagi: Prosiding berhenti rehat seketika.


Najib dakwa tak tahu transaksi RM123 juta dari SRC ke akaun IPSB

10.57 pagi: Peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohamed bertanya Najib mengenai 14 transaksi bank antara 2014 dan 2015, yang menyaksikan sejumlah RM123 juta dipindahkan dari SRC International kepada rakan kongsi tanggungjawab sosial korporatnya, Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Wang itu dipindahkan dalam 14 transaksi.

Najib kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengetahui urus niaga itu pada masa yang disebutkan.


Najib pertikai keterangan Suboh Md Yassin

10.48 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak menafikan campur tangan dalam keputusan melantik Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk SRC International dan peruntukan sebanyak RM250 juta disalurkan kepada IPSB.

Beliau juga mempertikaikan keterangan bekas pengarah SRC Suboh Md Yassin, di mana Suboh mendakwa CEO SRC Nik Faisal Ariff Kamil telah memberitahunya keputusan itu dibuat oleh Najib walaupun tanpa kelulusan lembaga pengarah SRC.

“Ini sesuatu yang benar-benar sukar untuk dipercayai. Suboh adalah salah seorang pengarah SRC yang pasti tahu mengenai prosedur tadbir urus korporatnya.

“Bagaimana dia boleh abaikan ini berdasarkan hanya mendengar dari Nik Faisal.

“Saya tidak pernah dimaklumkan mengenai pelantikan IPSB atau peruntukan RM250 juta (kepada IPSB).”

Najib berkata beliau juga tidak dapat memahami bagaimana dua pengarah SRC (Suboh dan Nik Faisal) boleh menandatangani peruntukan RM250 juta tanpa kelulusan daripada lembaga pengarah.

Menurut Najib, Nik Faisal bukan lagi CEO SRC apabila dokumen itu ditandatangani pada September 2014.


Najib tolak dakwaan ada kuasa lantik, pecat pengarah SRC

10.37 pagi: Najib Razak menolak dakwaan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk melantik dan memecat mana-mana pengarah SRC International.

Bekas menteri kewangan itu berkata demikian berhubung dakwaan bekas pengerusi SRC, Ismee Ismail dan bekas pengarahnya, Suboh Md Yassin, bahawa tertuduh mempunyai kuasa sedemikian.

“Perkara ini tidak masuk akal. Kuasa untuk lantik atau memecat mana-mana pengarah biasanya di tangan pemegang saham syarikat.

“Seperti yang saya faham mengenai prinsip tadbir urus korporat, ini tidak mengambil alih kewajipan perundangan dan berkanun pengarah untuk bertindak demi kepentingan syarikat”.

Beliau merujuk kepada keterangan Ismee dan Suboh semasa peringkat pendakwaan.

Najib nafi kawal lembaga SRC

10.24 pagi: Najib Razak menafikan dirinya mendesak kemasukan Artikel 117 Memorandum dan Artikel (M & A) SRC International supaya bekas perdana menteri itu dapat menguasai lembaga pengarah syarikat itu.

Bekas menteri kewangan itu berkata demikian semasa membacakan kenyataan saksinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana soalan dalam kenyataan itu adalah sama ada beliau pernah mencadangkan atau menggesa pindaan M & A SRC.

Terdahulu, mahkamah mendengar bahawa Artikel 117 mewajibkan lembaga SRC mempertimbangkan nasihat Najib, sebagai penasihat emeritus kepada SRC, mengenai perkara-perkara penting dan strategik, antara lainnya.

“Tidak. Pemahaman saya adalah bahawa nasihat oleh penasihat emeritus adalah terhad kepada perkara-perkara yang dibincangkan di bawah Artikel 117 dan bukan untuk operasi SRC dan perkara-perkara lain. Walau apa pun, sebarang nasihat yang diberikan hanya dipertimbangkan oleh lembaga.

“Lembaga tidak terikat untuk mengikuti nasihat dan perlu bertindak demi kepentingan syarikat seperti yang dinyatakan dalam surat saya (P512) (ini merujuk kepada eksibit mahkamah),” kata Najib.

Bekas perdana menteri itu juga menambah bahawa dia tidak melihat Artikel 117 membolehkannya untuk mengawal SRC.


Najib kesejukan

10.08 pagi: Peguam Wan Aizuddin Wan Mohamed menghentikan seketika pemeriksaan utama terhadap Najib Razak yang memberi keterangan dalam pembelaannya dari kandang saksi.

Apabila peguam itu hendak meneruskan soalan ke-130 dalam kenyataan saksi Najib, dia melihat kepada bekas perdana menteri itu dan bertanya keadaannya.

Ahli politik itu kemudian didengar berkata: “Sejuk” sambil melakukan isyarat memeluk tubuh.

Prosiding kemudian diteruskan.


Najib tak pernah dimaklumkan mengenai pelan pelaburan SRC secara khusus

10.07 pagi: Najib Razak berkata beliau tahu Panel Pelaburan KWAP telah bersetuju untuk meluluskan permohonan oleh SRC International untuk mendapatkan pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion yang disalurkan pada satu masa.

Ketika memberi keterangan membela dirinya, bekas perdana menteri itu berkata dari pemahamannya, SRC telah memberikan alasan yang diperlukan mengapa mereka memerlukan dana yang dikeluarkan dengan cepat.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai pelaburan secara khusus,” katanya.


‘Saya tulis surat untuk lantik timbalan setiausaha Perbendaharaan sebagai penasihat SRC’

10.05 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa beliau telah menulis surat pelantikan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Md Nor Nawi sebagai penasihat kepada SRC International.

Menurut keterangannya, Najib menulis surat itu berikutan keputusan yang dibuat dalam satu mesyuarat pada bulan Mac 2012 di antara ketua setiausaha Perbendaharaan, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Timbalannya, Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif  KWAP, Azian Mohd Noh, di mana mereka mencadangkan pelantikan Md Nor.

Wan Abdul Aziz, Irwan dan Azian mengadakan mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri untuk membincangkan permohonan SRC International bagi membolehkannya membiayai pinjaman RM2 bilion daripada KWAP pada satu masa dan bukannya perjanjian terlebih dahulu untuk disalurkan secara berperingkat.

“Saya masih ingat mengeluarkan surat untuk melaksanakan pelantikan (Md Nor), tetapi saya tidak ingat bila,” kata Najib.


Kabinet bukan ‘rubber stamp’: Najib

9.43 pagi: Kabinet bukan semata-mata ‘rubber stamp’ berhubung kelulusan dua jaminan kerajaan secara berasingan berjumlah RM4 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk SRC International, kata bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Semasa membaca kenyataan saksinya, bekas menteri kewangan itu berkata demikian merujuk mesyuarat jemaah menteri pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Dalam kedua-dua mesyuarat kabinet itu, mereka didakwa memberi lampu hijau terhadap jaminan kerajaan kerana ‘terikat’ untuk berbuat demikian memandangkan SRC diberi tumpuan khusus oleh Najib selaku perdana menteri pada masa itu.

“Ini bukan cara kerajaan beroperasi. Untuk menunjukkan bahawa kabinet merupakan rubber stamp pasti akan menjadi satu penghinaan kepada anggota pentadbiran kerajaan.

“Mesyuarat kabinet ditandakan sebagai” Rahsia “(Confidential) bagi maksud membolehkan setiap ahli kabinet untuk bercakap dengan bebas untuk kepentingan kementerian dan kerajaan secara keseluruhannya.

“Saya tidak percaya bahawa mana-mana anggota kabinet akan menghindari tugas awam mereka dengan tidak memberikan sebarang pandangan yang bertentangan.

“Ia adalah perkara biasa bagi menteri-menteri dalam kabinet untuk menyuarakan perbezaan pendapat mereka dengan apa-apa cadangan oleh perdana menteri atau mana-mana menteri lain memandangkan ini menjadi tujuan perbincangan kabinet, “kata Najib.


‘Keputusan berkaitan syarikat-syarikat MoF Inc dibuat untuk kepentingan M’sia’

9.40 pagi: Mahkamah diberitahu oleh bekas perdana menteri Najib Razak bahawa tidak ada menteri kewangan di negara itu yang tidak menyertai perbincangan mengenai syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).

Najib, yang juga bekas menteri kewangan, memberitahu mahkamah bahawa “tidak masuk akal” untuk menyatakan bahawa seorang menteri kewangan harus melepaskan diri mereka daripada perbincangan tersebut yang mana mereka terlibat secara profesional.

“Satu-satunya kepentingan saya adalah untuk memastikan semua keputusan yang berkaitan dengan syarikat-syarikat MoF Inc dibuat demi kepentingan Malaysia,” kata Najib.

“Saya mahu menambah bahawa seorang menteri kewangan tidak pernah mengecualikan dirinya dari mesyuarat mengenai syarikat-syarikat MoF Inc kerana jika mereka tidak, tiada siapa yang akan berada di sana untuk mempertahankan cadangan yang dibentangkan (dalam mesyuarat itu).

“Ia juga tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa seorang menteri kewangan harus melepaskan dirinya sendiri (dari mesyuarat) atas kepentingan profesionalnya,” katanya.

Semasa perbicaraan terdahulu, mahkamah mendengar dari saksi pendakwaan bahawa Najib berada dalam mesyuarat kabinet ketika cadangan untuk jaminan kerajaan kepada SRC International dibentangkan dalam mesyuarat oleh menteri persekutuan.

Selaku menteri kewangan, Najib juga bertanggungjawab terhadap MoF Inc, yang merupakan pemegang saham SRC International.


Najib: Saya tak sembunyikan apa-apa

9.22 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak menafikan beliau menyembunyikan pemindahan dana SRC International kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc) daripada menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah.

Najib selaku tertuduh memberikan keterangan demikian ketika membacakan keterangan saksinya.

“Apa yang dia (Husni) sebut dalam mahkamah adalah dalam hal implikasi D524 (Memo yang dikaitkan dengan pemindahan SRC International dari 1MDB) yang sengaja disembunyikan daripadanya oleh saya.

Saya boleh kata dengan yakin bahawa ia tidak disembunyikan dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa sahaja untuk menyembunyikan daripadanya.

“Ia bergantung kepada (ketika itu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan) Mat Noor Nawi untuk memberitahu dia terlebih dahulu mengikut protokol,” kata Najib.


Prosiding bermula, Najib memasuki kandang saksi

9.14 pagi: Najib Razak memasuki kandang saksi apabila prosiding bermula.

Bekas perdana menteri mengangkat sumpah sebelum menyambung semula kenyataan saksi semasa pemeriksaan utama yang dilakukan oleh peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Najib memasuki mahkamah, duduk di barisan depan galeri awam

8.58 pagi: Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam sambil menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di mahkamah ialah Peguam Negara Tommy Thomas dan ahli-ahli pasukan pendakwaan yang lain, serta anggota pasukan pembelaan bekas perdana menteri.

Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah Negara akan berlangsung di IDCC Shah Alam

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah Negara akan berlangsung di IDCC Shah Alam ini merupakan konvensyen kali ke-4 parti sejak ia ditubuhkan.

Ia akan menghimpunkan perwakilan semua kawasan dan negeri daripada seluruh negara.

Tahun ini juga akan berlangsung pemilihan kepimpinan sesi 2019-2022.

=====================
PENDAFTARAN PEMERHATI
=====================

Pendaftaran Pemerhati boleh dibuat melalui online di :

http://pemerhati.amanah.org.my

===================
NURSERY KANAK-KANAK
===================

Sempena Konvensyen AMANAH Nasional, pihak urusetia Konvensyen turut berbesar hati untuk menyediakan perkhidmatan nursery untuk anak-anak perwakilan dan pemerhati.

Sesiapa yang berminat, boleh membuat pendaftaran disini:

http://bit.ly/daycarekonvensyen

Tempat: Level G, IDCC Shah Alam
Tarikh: Jumaat-Ahad, 6-8Disember 2019
Masa mula: 10.00am Jumaat
Tarikh tutup pendaftaran: Rabu, 4 Dis 19, 12.00PM

 

Najib tidak tahu ada RM3.2 bilion dalam akaun bank – Najib buat tak tahu

1 SEBELUM MATI SENANGKAN RAKYAT1 SEDEKAH KE NERAKA1 AZHAR SOLAT TIDAK DITERIMA1 RASUAH NASHA DAN MAZA

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Sebanyak US$1.05 bilion (RM3.2 bilion) daripada pihak Arab Saudi dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmBank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2011 hingga 2013, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Menurut penyataan saksi Najib, sebanyak US$99,999,976.00 (RM304,329,765.73) dikreditkan pada 2011; US$269,999,985.59 (RM831,919,489.84) pada 2012 dan US$680,999,976.00 (RM2,081,476,926) pada 2013.

Perkara ini timbul semasa Najib, 66, memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ketika ditanya peguamnya Rahmat Hazlan sama ada beliau mengetahui secara tepat transaksi kredit akaun AmBank miliknya yang nombornya berakhir dengan 694 dari tahun 2011 hingga 2013, Najib menjawab: “Saya tidak tahu berkenaan butiran bagi setiap satu dan semua transaksi kredit ke akaun 694 pada ketika itu.”

Ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai jumlah wang yang diterima itu, Najib berkata beliau hanya mengetahui mengenai kesemua transaksi itu apabila keterangannya diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Najib, identiti penghantar wang tersebut semestinya diketahui oleh AmBank dan Bank Negara Malaysia yang turut menerima beberapa surat dari 2011 hingga 2013 sebagai dokumen sokongan yang menyatakan bahawa derma itu akan dibuat beberapa syarikat.

“Saya percaya ini adalah sebab mengapa tiada apa-apa yang mencurigakan dibangkitkan kepada saya pada masa itu,” katanya.

“Saya juga telah ditunjukkan beberapa surat yang dikatakan berasal daripada wakil sah Raja Abdullah yang menyatakan bahawa Raja Abdullah mengurniakan saya wang tersebut sebagai hadiah yang boleh digunakan atas budi bicara mutlak saya,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, pada dasarnya wang tersebut diberikan kerana baginda (Raja Abdullah) tidak mahu kesan buruk seperti Arab Spring merebak ke Malaysia.

Najib berkata surat asal tersebut tertinggal di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri.

Menjawab soalan Rahmat sekiranya beliau membelanjakan keseluruhan wang yang diterima dalam akaun banknya pada 2013, Najib berkata bahawa sehingga Julai 2013, beliau diberitahu terdapat sejumlah besar wang yang tinggal di dalam akaun yang berakhir dengan 694.

Najib berkata sejumlah RM2.02 bilion dikembalikan dan baki sekitar RM162 juta dipindahkan ke satu akaun baharu yang dibukanya pada Ogos 2013.

Pada 11 November lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Isnin.

-BERNAMA

Najib tidak tahu ada RM3.2 bilion dalam akaun bank