Abu Chin Peng: Pejabat Liew akan lapor polis artikel Raja Petra

1 UMNO HANCUR

1 ROSMAH

1 PENGKHIANAT

5 CHINA3 CHINA

PETALING JAYA: Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong akan membuat laporan polis terhadap artikel penulis blog, Raja Petra Kamaruddin tentang abu mayat pemimpin komunis, Chin Peng.

Ia menepis artikel “The Fake Ashes of Chin Peng” bertarikh 3 Dis 2019 sebagai fitnah, mengatakan artikel itu mendakwa tindakan membawa masuk abu mayat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu perancangan Liew.

“Timbalan menteri pertahanan tidak pernah membuat sebarang komen tentang perkara terbabit dan memandang serius tulisan fitnah Raja Petra,” katanya dalam kenyataan.

Ia juga meminta semua pihak bertenang dan tidak menyebarkan artikel tersebut.

Abu mayat Chin Peng menjadi perbualan selepas media melaporkan abu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu dibawa masuk ke negara ini dan ditabur di laut berhampiran Lumut, Perak dan di banjaran Titiwangsa.

Pendedahannya pada 26 Nov lalu mengundang kemarahan beberapa pihak dan membawa kepada siasatan polis.

GEMPAR! NAJIB LIBATKAN SULTAN MIZAN?

MENARIK DALAM RENTASAN 603
1. PENEROKA DAPAT RM5 RIBU, ISA SAMAD DAPAT RM3.09 JUTA?
2. AZMIN PERTAHAN PEMIMPIN DISYAKI RASUAH?
3. HANYA WARISAN PATUT BERTANDING DI KIMANIS
4. RM4 BILION BUAT NAJIB SAKIT PUNGGUNG LAGI *
RALAT TAJUK 2 AZMIN PERTAHAN PEMIMPIN DISYAKI RASUAH? MINIT 9:42
*Mohon SPRM fokus kepada kes rasuah, termasuk dakwaan terbaharu Sarawak Report pada 28 Oktober 2019,tentang dana RM3.5 juta yang didepositkan ke dalam akaun parti tertentu untuk Pilihan Raya Umum ke-14.
Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid samad Facebook : https://www.facebook.com/jomchannelon… Youtube : https://www.youtube.com/c/Jomchannel Twitter : https://twitter.com/Jomchannel Website : https://jomchannel.tv/ #NajibRazak #SRC #KandangSaksi #RentasanBerita #JomChannel

BERSYUKUR KEPADA TUHAN, BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

1 BERSYUKUR BONUS

“Dari Asy’as bin Qais bahwasanya Nabi SAW. bersabda :” Sesungguhnya manusia yang paling banyak bersyukur kepada Allah yang Mahasuci lagi Mahatinggi adalah orang yang lebih banyak bersyukur (berterima kasih) kepada sesama manusia.” Pada riwayat lain :”Tidaklah bersyukur kepada orang yang tidak berterima kasih kepada sesama manusia.” (HR Ahmad, Tirmizi, dan Abu Daud).” Dalam hidup, kita pasti pernah merasakan susah, lantas apakah karena kesulitan tersebut kita menjadi tidak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah?.

Hendaknyalah kita berpikir bahwa keluh kesah yang kita lontarkan sangatlah tidak pantas. Ingatlah nikmat Allah yang begitu besar, kesulitan yang kita rasakan sangatlah tidak setara dengan apa yang telah diberikan-Nya. Sesungguhnya Allah tidak memerlukan ucapan terima kasih dari hambanya. Namun, hendaknyalah manusia bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya. Bersyukur itu perlu, karena Allah telah menjanjikan nikmat yang lebih bagi umatNya yang bersyukur. Sebaliknya, Allah akan memberikan azab yang pedih bagi umat yang mengkufuri nikmatNya. Kini mari kita sadari bahwa kita masih diberi-Nya nikmat berupa iman dan islam, serta kesanggupan untuk menarik hikmah berbuah hidayah…maka kenapa kita tidak bersyukur kepada Allah??? Dalam hadist yang diriwayatkan oleh H.R Ahmad, Tirmizi, dan Abu Daud, Rasulullah menganjurkan manusia untuk berterima kasih kepada sesama manusia. Hal ini menunujukkan bahwa rasa terima kasih kepada sesama manusia amatlah penting. Setiap waktu yang kita lewati tidak lepas dari bantuan orang lain, hal itu adalah wajar, karena manusia adalah mahluk sosial. Banyak hal yang tidak dapat kita lakukan tanpa orang lain. Bantuan yang kita dapat dari orang lain tidak dapat dihitung, bahkan tidak terhingga jika kita harus menghitungnya satu persatu. Tidak dapat dibayangkan perbandingan bantuan yang orang berikan dengan ucapan terima kasih yang terucap.

Terkadang, kita berpikir jasa yang orang lain berikan adalah suatu hal yang memang sudah menjadi tugasnya. Tapi, tidakkah kita sadari? Bila tidak ada mereka, bisa berbuat apa kita?. Walau ucapan terima kasih yang terucap terasa sebagai hal yang kecil, tapi terkadang ucapan terima kasih bisa memberikan penghargaan batin kepada orang yang diterimakasihkan. Juga dapat memberikan kesan ramah kepada orang yang mengucapkannya, sehingga orang lain tidak segan membantu lagi apabila kita butuh bantuan. Lepas dari terima kasih, manusia juga banyak menunutut. Biasanya orang yang tidak mau berterima kasih adalah orang yang banyak menuntut. Mereka tidak menyadari pentingnya keberadaan orang lain dan pentingnya menghargai orang lain. Padahal, jika mereka tahu, sesungguhnya beterima kasih kepada manusia adalah bagian dari bersyukur kepada Allah. Tanyakan pada diri anda, sudahkah anda mengucapkan terima kasih kepada orang lain?

Syukur kepada Allah, terima kasih kepada manusia

Bantuan kerajaan di musim tengkujuh pada pekebun kecil getah Kelantan

1 SYUKUR GETAH

1 BANTUAN PEKEBUN KECIL 2

Kerajaan akan menyalurkan bantuan lebih RM29 juta kepada pekebun kecil getah di Kelantan menerusi Bantuan Musim Tengkujuh.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Mohd Radzi Md Jidin berkata bantuan itu akan mula diberikan kepada 49,328 pekebun kecil bermula Disember ini.

“Kelantan merupakan antara negeri yang paling banyak menerima peruntukan ini berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) peringkat Kelantan yang turut dihadiri Pengarah Risda Kelantan Mohd Zulkifli Hassan di Kota Bharu, hari ini.

Katanya bantuan itu akan diagihkan menerusi RISDA kepada pekebun kecil getah yang telah lulus permohonannya.

“Peruntukan sebegini membuktikan kerajaan komited untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat dan kita juga sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat dan akan sentiasa membantu bergantung kepada kemampuan kerajaan,” katanya.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/501890?fbclid=IwAR1Hue9t3ySlcuwkM8pOei-RmmjyioudlXesO-gsshDVItz5MHtVjNYIekc

Kes bicara hari ketujuh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, saksi ke-13 beri keterangan

1 3 TENGKEROK HANGUS

KUALA LUMPUR – Hari ketujuh kes perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bekas Timbalan perdana Menteri Datuk Seri dr Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga ada mengambil empat jenis polisi insurans dengan syarikat Allianz General Insurance.

Perkara itu dimaklumkan oleh Saksi Pendakwaaan ke 13, Pengurus Cawangan Allianz General Insurance, Fat Suat Lim.

Antara polisi tersebut ialah polisi kenderaan persendirian dan polisi motosikal yang mana keduanya merupakan perkhidmatan insurans biasa kepada pemilikan kereta dan motosikal persendirian.

Disamping dua lagi polisi insurans yang berkaitan iaitu.

Polisi “enhanced road warrior” dan Polisi “Bike Warrior”.

Datuk Seri Ahmad Zahid dan Isteri, serta tiga orang anak mereka turut merupakan penama kepada polisi insurans yang dimiliki.

Semalam, saksi pendakwaan ke 12, Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zaharudin Zainuddin, memberitahu mahkamah bahawa Datuk seri Ahmad Zahid dan isteri mempunyai 20 buah kenderaan peribadi yang 18 daripadanya kenderaan mewah.

Antara kenderaan mewah yang dimiliki Datuk Seri Ahmad Zahid dan isterinya adalah Mercedes Benz CLS 350, Toyota Land Cruiser, Toyota Vellfire, BMW 320i (A), AUDI Q7, termasuk motosikal jenis Harley Davidson, Ducati Diavel dan BMW R1200 GS.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadapi 47 pertuduhan, 12 daripanya bagi pecah amanah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi penggubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

SELAMAT BERKONVENSYEN

SELAMAT BERKONVENSYEN

Pilihlah siapapun untuk memimpin Parti Amanah Negara ini. Asalkan:

1. Mengutamakan kepentingan ummah berbanding kepentingan peribadi, tembolok dan perut sendiri.

2. Mengamalkan syura dan mengambil keputusan darinya serta berpegang teguh dengannya.

3. Sesi yang akan datang, semua pimpinan perlu serius melaksanakan tarbiyah dan pembentukan kader demi kesinambungan dakwah.

………………………
Saya memohon kemaafan daripada sahabat dan pimpinan kerana tidak dapat hadir dan memberi undi sebagai melunaskan tanggungjawab kepada parti walaupun saya menjadi perwakilan Kawasan Ketereh.

Impian masyarakat India lihat sekolah Tamil ada asrama tercapai

Borhan Aman Shah dan Xavier Jayakumar melawat bilik asrama SJKT Ladang Midlands pada Majlis Perasmian Pembukaan Bangunan Asrama sekolah itu di Seksyen 7, Shah Alam, pada 5 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

SHAH ALAM, 5 DIS: Impian masyarakat India memiliki asrama untuk kemudahan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) bagi golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah berkata, hasrat masyarakat India itu tercapai apabila Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukan RM4 juta untuk membina bangunan asrama di SJKT Ladang Midlands.

“Asrama di SKJT ini adalah satu projek terulung di Malaysia dan sekali gus mencatat sejarah untuk rakyat Selangor

“Impian masyarakat India untuk melihat ada asrama di SJKT benar-benar menjadi kenyataan hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor berkata demikian pada Majis Perasmian Pembukaan Bangunan Asrama di SJKT Ladang Midlands, di sini, hari ini.

Borhan berkata, Kerajaan Negeri berharap kemudahan asrama yang disediakan ini mampu membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid sekolah terbabit.

Katanya, ini kerana asrama serba lengkap ini menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif bagi memastikan murid dapat fokus kepada pelajaran masing-masing.

Nak Sewa Kereta Mewah, Sila Hubungi Zahid Hamidi Aswaja Ya Banana

Image may contain: 1 person

Dana Yayasan Akalbudi yang sepatutnya di gunakan untuk orang miskin.

Barua betul tibai duit orang miskin kumpul harta

RM1.4 Bilion Dalam Akaun Datuk Seri Salahuddin Ayub ?

‘ADUH, SEKIRANYA RM 1.4 BILION DALAM AKAUN SAYA…”

‘ADUH, SEKIRANYA RM 1.4 BILION DALAM AKAUN SAYA…”

JOHOR BAHRU, 5 DIS: “Aduh, sekiranya RM 1.4 billion masuk dalam akaun saya, wah bukan main lagi saya pada hari ini”

Demikian luahan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditanya berkenaan isu berkisar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang mengaitkan dirinya.

Kata Salahuddin, matlamat dan perjuangan beliau hanyalah untuk membela para peladang dan petani yang berjumlah 910,000 orang.

Menurut Salahuddin, RM 1.4 billion yang disebut itu adalah peruntukan projek pembangunan untuk para peladang dan petani di seluruh Malaysia.

“Duit masih ada di perbendaharaan untuk saya membantu peladang dan petani miskin. Bukan saya perjuangkan tauke atau mereka yang jauh berkemampuan.

“Apa yang akan dilakukan adalah untuk memulangkan RM 1.4 billion itu kepada peladang dan petani miskin di seluruh Malaysia,” kata Salahuddin kepada Johorkini, menjelaskan perkara tersebut apabila pembangkang membangkitkan perkara itu di DUN Johor baru-baru ini.

Adun Simpang Jeram itu berkata, dana berkenaan masih berada di Kementerian Kewangan dan bukan masuk ke akaun lain seperti yang berlaku dalam beberapa skandal di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Manakala NAFAS bukan persatuan biasa dan ia ditubuhkan di bawah Akta Peladang serta dilindungi kerajaan.

Jelasnya, apa yang dilakukan beliau mengikut peraturan selagi tidak dimuktamadkan Kementerian Kewangan.

“Di zaman Tun Razak, berlakunya pemisahan antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan supaya tidak berlaku pengaruh Perdana Menteri terhadap Menteri Kewangan.

“Dengan tatacara yang betul, ini menunjukkan bagaimana integriti pada zaman tersebut.

“Setelah saya cabar untuk membuktikan tuduhan tersebut ianya tidak berjaya dilakukan oleh pihak yang menuduh,” kata Salahuddin.

Beliau turut menjelaskan pelantikan barisan kepimpinan NAFAS dalam memastikan peranannya sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

“Ada yang cakap kita lantik mereka yang bekerja di bawah kita ini sebagai suatu yang baharu.

“Pembangkang usah buat-buat lupa dengan perkara ini – seperti jawatan dari punca kuasa – yang sebelum ini (pun) mereka tahu.

“Ini bergantung kepada doktrin ‘Goverment Of The Day’ – yang memerintah akan memilih mereka yang benar-benar dipercayai,” jelas Salahuddin.

Beliau turut bertanyakan kepada pembangkang, yang suatu ketika dahulu menjadi kerajaan – berkenaan hal berkaitan pelantikan syarikat berkaitan kerajaan .

“Pembangkang dahulu sewaktu menjadi kerajaan – adakah saya boleh mengharapkan dilantik?

“Apa yang penting, yang dilantik hari ini perlu menunjukkan yang mereka mampu, bertanggungjawab serta memikul amanah yang diberikan.

“Kalau tidak rakyat akan maki, tolak dan benci kita,” kata Salahuddin lagi.

JohorKini

NAJIB TAK TAHU

Aduh, sekiranya RM 1.4 billion masuk dalam akaun saya, wah bukan main lagi saya pada hari ini”

Demikian luahan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika ditanya berkenaan isu berkisar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang mengaitkan dirinya.

Kata Salahuddin, matlamat dan perjuangan beliau hanyalah untuk membela para peladang dan petani yang berjumlah 920,000 orang.

Apa yang akan dilakukan adalah untuk memulangkan RM 1.4 billion itu kepada peladang dan petani miskin di seluruh Malaysia,” kata Salahuddin