Pulau Pinang umum terima RM13.3 bilion pelaburan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang menerima RM13.3 bilion pelaburan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat 247 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jumlah itu menjadikan Pulau Pinang negeri kedua yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi, sekali gus menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah pelaburan sektor pembuatan negara.

“Jumlah pelaburan itu membabitkan 113 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan ia berjaya mencipta kira-kira 15,013 peluang pekerjaan baharu.

“Selain itu, jumlah pelaburan RM13.3 bilion itu juga melebihi purata pelaburan tahunan negeri yang dicatatkan sebelum ini iaitu hanya RM6.6 bilion setahun,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, RM12 bilion daripada jumlah itu adalah pelaburan langsung asing (FDI) bagi sektor pembuatan.

Katanya, FDI utama adalah dari Amerika Syarikat (AS), Singapura dan United Kingdom (UK) dan antara syarikat termasuk Micron Technology, Jabil Circuit dan Smith+Nephew.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada agensi Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kerana tanpa insentif yang diberikan, tempat kita mungkin akan hilang tarikan kepada pelabur.

“Pulau Pinang meneruskan usaha untuk menguatkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi pelabur walaupun perkembangan keadaan ekonomi global adalah tidak menentu, termasuklah disebabkan oleh perang dagang antara AS dan China,” katanya.

KETUA Menteri, Chow Kon Yeow pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown, hari ini. – Foto Ramdzan Masiam
Oleh Siti Sofia Md Nasir

Jenamakan Pulau Besar sebagai pulau bebas cukai patuh syariah berteknologi hijau

Jenamakan Pulau Besar sebagai pulau bebas cukai patuh syariah berteknologi hijau

AYER KEROH 3 Dis. – Pulau Besar bakal dijenamakan menjadi pulau bebas cukai patuh syariah berteknologi hijau sedikit masa lagi. Rancakkan lagi industri pelancongan Melaka

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan berkata, projek pembangunan dan penjenamaan semula ini bakal menyaksikan Pulau Besar dan pulau-pulau sekitarnya akan dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan baharu yang mampu menarik pelancong datang ke sini.

Tambahnya, melalui penjenamaan ini juga, pelbagai tarikan aktiviti, produk dan perniagaan baharu yang baharu bakal diwujudkan untuk membangunkan semula pulau ini dan merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka.

“Tujuan membangunkan Pulau Besar dan pulau-pulau sekitar ini adalah kerana kita perlukan satu destinasi pelancongan baharu memandangkan kita tidak boleh hanya bergantung kepada produk sedia ada. Jika kita hanya bergantung kepada yang ada sahaja, lama-lama orang akan jemu dan cari alternatif lain.

“Jika kita lihat kembali rekod, Pulau Besar sehingga hari ini tidak dapat tarik ramai pelancong walaupun mempunyai resort penginapan, padang golf dan pelbagai tarikan lain. Kenapa? Jawapan itulah yang kita perlukan.

“Oleh sebab itulah Pulau Besar dan pulau-pulau sekitarnya ini memerlukan satu penjenamaan baharu melalui aktiviti berkaitan pelancongan dan pengenalan produk pelancongan dan perniagaan baharu dan bersesuaian untuk merancakkan lagi kehadiran pelancong.

“Untuk itu, kerajaan negeri telah mencadangkan beberapa pembangunan yang sesuai melalui penjenamaan baharu ini seperti status pulau bebas cukai patuh syariah berteknologi hijau, penjualan coklat, pembinaan terminal jeti baharu, pembinaan masjid terapung, aktiviti sukan air, taman tema dan rekreasi serta infrastruktur lain seperti jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak di Seri Negeri, sebentar tadi.

Hadir sama Rektor UiTM cawangan Perak, Dr. Md Yusof Hamid.

Hasim berkata, MoU yang terjalin itu ialah sebagai satu kerjasama di antara kerajaan negeri dan UiTM cawangan Perak berhubung penyediaan Masterplan Pembangunan dan Penjenamaan Semula Pulau Besar.

Jelasnya, pemilihan UiTM cawangan Perak untuk menyediakan masterplan ini adalah bertepatan memandangkan mereka mempunyai tenaga pakar dalam bidang seni bina, perancang bandar dan ukur, selain turut mendapat pelbagai pengiktirafan dalam bidang ini.

“Selain bertidak sebagai penyediaan masterplan, pihak UiTM juga akan bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) yang ditubuhkan kerajaan negeri dan bertanggungjawab membentangkan cadangan dan perancangan pembangunan selain berperanan menetapkan ciri infrastruktur yang akan dibangunkan.

“Memandangkan kerajaan negeri telah menubuhkan MPPM ini, masterplan yang telah siap ini kelak dijadikan dokumen oleh MPPM dan pemilik tanah untuk memacu pembangunan Pulau Besar dan pulau-pulau sekitar secara sistematik, terancang serta selamat selaras dengan konsep Pulau Bebas Cukai Patuh Syariah Berteknologi Hijau,” katanya lagi.

https://melakakini.my/jenamakan-pulau-besar-sebagai-pulau-bebas-cukai-patuh-syariah-berteknologi-hijau/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

AHMAD DUSUKI ABD RANI BELUM PUAS MEMBUAT FITNAH – MENGUMPUL BEKALAN AZAB DI ALAM BARZAKH

Image may contain: text

1 MALAIKAT MENGUNDI DI TG PIAI1 BAHAYA FITNAH

Lebai Dusuki nie bicaranya sangat jahat. Jubah agamanya tidak mampu menyembunyikan kebusukan hatinya.

 

Yayasan Akalbudi miliki 7 akaun simpanan tetap berjumlah RM17.95j – Saksi

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Yayasan Akalbudi, organisasi yang mana Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan pengasasnya, mempunyai tujuh akaun simpanan tetap masih aktif berjumlah RM17.95 juta pada 2016.

Royasmin Mohd Roddy, 43, kerani Affin Bank cawangan Jalan Bunus di Kuala Lumpur, berkata maklumat itu diperoleh ketika beliau diarahkan oleh pegawainya, Narimah Miswadi untuk menyediakan borang permohonan kiriman wang dari yayasan itu.

“Semasa saya menyediakan borang kiriman wang tersebut saya telah menyemak akaun-akaun Yayasan Akalbudi dan mendapati Yayasan Akalbudi mempunyai tujuh simpanan tetap yang masih aktif berjumlah RM17,953,191.04,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt.

Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan hari keenam kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi 47 pertuduhan jenayah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Ketika merujuk kepada borang permohonan kiriman wang Affin Bank bertarikh 23 Jun 2016 itu, Royasmin yang berkhidmat dengan bank tersebut sejak 1996, mengesahkan bahawa ia adalah permohonan kiriman wang daripada Yayasan Akalbudi berjumlah RM17,953,185.21 kepada Messrs Lewis & Co.

“Berdasarkan kepada borang kiriman wang tersebut, saya juga ada menyediakan satu banker’s cheque (cek jurubank). Saya telah menyerahkan borang kiriman wang dan banker’s cheque yang masih belum ditandatangan kepada Puan Narimah Binti Miswadi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Narimah yang merupakan saksi pendakwaan keenam dalam keterangannya sebelum ini berkata Ahmad Zahid mengarahnya mengeluarkan wang berjumlah RM17,953,185.21 dalam akaun simpanan tetap yayasan itu bagi membuat pembayaran kepada Messrs Lewis & Co iaitu pemegang amanah yayasan berkenaan semasa berjumpa dengan Ahmad Zahid pada 16 Jun 2016 di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Ahmad Zahid, 66, mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-10, Naib Presiden Kanan Ambank Berhad (Ambank) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kad kredit dan kawalan penipuan, Yeoh Eng Leong, 58, berkata beliau tidak tahu sama ada Ahmad Zahid menandatangani 35 cek untuk membayar kad kreditnya kepada Ambank.

Semasa pemeriksaan balas peguam utama Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, Yeoh berkata beliau tidak tahu sama tandatangan di 35 cek yang dibayar kepada bank dibuat menggunakan cap dan bukan tulisan tangan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/502262?fbclid=IwAR2yxzf1-VXtCSW0cbIrZKUQX3ic1EO6WT1-ROPH7gDsUGPKM3sbOOh4ROM#.XeY2gMx308k.facebook

Duit Masuk Akaun Tak Sedar Tetapi Semua VVIP Negara Dipecat Dalam Keadaan Sedar..

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people, people smiling, text

PEGUAM YANG HANYA ADA DI MALAYSIA SAHAJA.

Sedar pulak masa berbelanja mewah duit itu guna kad kredit kat luar negara.

SABAH PIKAT SYARIKAT JEPUN BANGUNKAN SEKTOR BIOFUEL

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
TOKYO, JEPUN: Sabah mempunyai sumber mentah daripada sawit yang cukup banyak untuk membolehkan negeri ini  melabur dalam industri biofuel dan biodiesel melalui kepakaran daripada syarikat terkemuka Jepun yang telah menceburi bidang itu dengan cemerlang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata, Pelabuhan Industri Kluster Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu sudah tersedia untuk membangunkan industri berkenaan, justeru langkah yang perlu diambil sekarang adalah memastikan pelaksanaannya walaupun memerlukan modal yang besar.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat hampir dua jam dan mengadakan lawatan di kilang pemprosesan biofuel milik Euglena Corporation Limited (Euglena) di Yokohama, Jepun hari ini.

“Saya yakin dengan adanya inisiatif yang dilakukan oleh pihak syarikat ini kalau adanya kerjasama dengan negara kita khususnya Sabah kita yakin bukan hanya sumber baharu minyak bahkan juga untuk memastikan kegunaan kelapa sawit negara kita dapat dipertingkatkan serta meningkatkan lagi permintaan produk kelapa sawit di negara kita.

“Di samping itu sudah pasti akan dapat membantu daripada segi harga yang boleh kita kekalkan stabil serta dapat membantu masyarakat bukan hanya industri tetapi masyarakat luar bandar yang berkecimpung dalam produk ini,” katanya.

Euglena adalah syarikat peneraju industri biofuel dan biodiesel Jepun yang menghasilkan minyak mesra alam Green Oil untuk menggerakkan kenderaan, minyak jet serta enzim untuk penghasilan makanan menggunakan bahan mentah daripada sawit serta alga.

Mohd Shafie berkata, sekiranya kerjasama dengan Euglena berjaya, nilai pelaburan bersama syarikat itu di POIC boleh mencecah sehingga RM2 bilion dalam jangka masa panjang.

Sehubungan itu katanya, beliau telah mempelawa pemilik Euglena, Mitsuru Izumo untuk datang ke Sabah bagi melihat sendiri peluang pelaburan yang ada dan membincangkan kerjasama yang boleh dijalin.

“Saya yakin dengan adanya tanaman sawit yang begitu luas di negara kita, kita perlu melihat alternatif kegunaan apa dia untuk memastikan harga dan permintaan di peringkat dunia dapat kita tingkatkan dan ini adalah salah satu produk yang telah dilakukan kaji selidik di Universiti Tokyo dan mereka juga mengeluarkan enzim yang bukan hanya untuk dimakan tetapi menghasilkan biofuel.

“Saya telah mempelawa pemilik syarikat untuk datang ke negara kita melihat bagaimana kerjasama sebaik mungkin untuk kita realisasikan, mereka memang berminat pasal mereka tahu bahawa sebagai negara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia selain daripada Indonesia dan mereka melihat bahawa Malaysia sebagai satu pilihan utama,” kata beliau.

Sementara itu, Mitsuro ketika ditemubual berkata, syarikatnya mempunyai perancangan untuk melabur di Sabah dan akan menghantar rombongan ke sana tidak lama lagi bagi perbincangan lebih lanjut.

“Kami sangat teruja dapat bermesyuarat dengan Ketua Menteri Sabah dan merancang melawat Sabah tidak lama lagi untuk menikmati apa yang ada dan mengambil langkah seterusnya untuk kerjasama antara Jepun serta Malaysia khasnya Sabah.

“Hari ini adalah permulaan sebelum kita membuat keputusan besar, terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada kami,” katanya.

Pada hari yang sama, rombongan perdagangan dari Sabah turut mengadakan lawatan ke Tokyo Factory Automation Technical Centre yang diurus oleh Mitsubishi Electric Corp.

Mitsubishi Electric Corp merancang untuk membuka satu kemudahan di Malaysia bagi mempamerkan sistem automotif serta kebolehan kilang mereka.

Ketua Menteri kemudian menghadiri taklimat yang diberikan oleh Tsuneishi Shipbuilding Co Ltd bagi mengakhiri sesi lawatan hari ini.

Sabah Pikat Syarikat Jepun Bangunkan Sektor Biofuel

SENARAI 20 BUAH KENDERAAN MEWAH MILIK PRESIDEN UMNO AHMAD ZAHID HAMIDI

1 ALLAH GAGALKAN NAJIB
1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI
1 AZAB DI AKHIRAT PEDIH
SENARAI 20 BUAH KENDERAAN MEWAH MILIK PRESIDEN UMNO AHMAD ZAHID HAMIDI
(Patutlah mati-mati tak nak isytihar harta)
1. Lexus URJ201R SUV (SAB 38 M) – RM900K
2. Lexus LX 460 (W 767 R) – RM800K
3. AUDI Q7 S Luxury Sport (QC 38) – RM600K
4. Mercedes Benz CLS350 RM570K
5. Toyota Land Cruiser (SAB 3 A)- RM400K
6. Toyota Vellfire (BEN 38) – RM350K
7. Toyota Vellfire (KDN 38) – RM350K
8. Toyota Vellfire (DCB 38) – RM350K
9. Chrysler Jeep Wrangler (J 38) – RM300K
10. BMW 320i (MBD 38) – RM250K
11. Honda Odyssey (BAM 38) – RM250K
12. Harley Davidson (JLC 38) – RM250K
13. Harley Davidson (G1M 38) – RM250K
14. Ducati Diavel Carbon (QMR 38) – RM150K
15. Ducati Hypermotard 796 (BEA 38) – RM80K
16. BMW R1200GS (JHD 38) – RM130K
17. BMW R1200RT (AFU 38) – RM130K
18. BMW C600 Sport (SAS 38) – RM70K
19. Kawasaki KLX 250V (WEX 38) – RM25K
20. Honda C100 (WVH 4851) – ?

Jumlah nilai kereta-kereta mewah Zahid melebihi RM6 juta.
Korang pakai kapchai dan kereta berapa ringgit?

Nota: Pendedahan senarai kenderaan dan nombor plat dibuat oleh salah seorang Penolong Pengarah JPJ berdasarkan rekod JPJ, manakala nilai kenderaan pula saya ambil sejam buat kajian berdasarkan maklumat-maklumat yang diberi oleh syarikat-syarikat kenderaan berkenaan. Bantu sebarkan jika sudi. Maklumat ini perlu sampai ke seluruh negara.

Compiled by twitter.com/adrianlimcheeen

Hide or report this
No photo description available.
Bersangka baik
Yayasan akal budi menggunakan kenderaan mewah untuk kegunaan asnaf Dan anak yatim untuk tujuan dakwah Subhnallah

Wang Asnaf Yang Telah Dirompak Oleh Zahid Hamidi Aswaja

Image may contain: 1 person, smiling, standing

1 SERIK

ASNAF PALING KAYA DIDUNIA.

SEJAK BILA ISTERI PRESIDEN UMNO TERGOLONG SEBAGAI ASNAF ?

Macam ni. Semalam didedahkan, wang Yayasan Akal Budi untuk golongan asnaf, telah Wak Jahid pakai untuk bawa isterinya berbelanja mewah di seluruh dunia.

Stefano Ricci New York Amerika: RM130K
Ermenegildo Zegna London United Kingdom: RM55K
Brioni New York Amerika: RM45K
Harrods London United Kingdom: RM28K
Burberry Kowloon Hong Kong: RM27K
LV Kuala Lumpur Malaysia: RM27K
LV Southbank Australia: RM19K
Burberry New York Amerika: RM17K
Giorgio Armani Melbourne Australia: RM10K

Wang utk golongan asnaf telah disalahguna oleh Zahid dan isteri untuk bermewah di…
New York, Amerika
Melbourne, Australia
London, United Kingdom
Kowloon, Hong Kong
Kiev, Ukraine
Milan, Itali
Dubai, UAE
Jakarta, Indonesia
Seoul, Korea Selatan
Vietnam
China

Ini bukan fitnah kerajaan ue. Ini kenyataan bersumpah Naib Presiden Kanan Kumpulan AmBank yang bersertakan rekod-rekod transaksi dan kenyataan bank di mahkamah.

Lagi seperkara. Kejap lagi Zahid akan buat wayang dan meroyan kononnya dizalimi kerajaan sebab disekat dari mengerjakan umrah. Nak sucikan diri lettew!

Wang Asnaf Yang Telah Dirompak Oleh Zahid Hamidi Aswaja

Image may contain: 1 person, smiling, standing

1 SERIK

ASNAF PALING KAYA DIDUNIA.

SEJAK BILA ISTERI PRESIDEN UMNO TERGOLONG SEBAGAI ASNAF ?

Macam ni. Semalam didedahkan, wang Yayasan Akal Budi untuk golongan asnaf, telah Wak Jahid pakai untuk bawa isterinya berbelanja mewah di seluruh dunia.

Stefano Ricci New York Amerika: RM130K
Ermenegildo Zegna London United Kingdom: RM55K
Brioni New York Amerika: RM45K
Harrods London United Kingdom: RM28K
Burberry Kowloon Hong Kong: RM27K
LV Kuala Lumpur Malaysia: RM27K
LV Southbank Australia: RM19K
Burberry New York Amerika: RM17K
Giorgio Armani Melbourne Australia: RM10K

Wang utk golongan asnaf telah disalahguna oleh Zahid dan isteri untuk bermewah di…
New York, Amerika
Melbourne, Australia
London, United Kingdom
Kowloon, Hong Kong
Kiev, Ukraine
Milan, Itali
Dubai, UAE
Jakarta, Indonesia
Seoul, Korea Selatan
Vietnam
China

Ini bukan fitnah kerajaan ue. Ini kenyataan bersumpah Naib Presiden Kanan Kumpulan AmBank yang bersertakan rekod-rekod transaksi dan kenyataan bank di mahkamah.

Lagi seperkara. Kejap lagi Zahid akan buat wayang dan meroyan kononnya dizalimi kerajaan sebab disekat dari mengerjakan umrah. Nak sucikan diri lettew!