37 bayaran cek berjumlah RM1.3 juta.

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir perbicaraan kes pecah amanah membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi dihadapan Hakim, Collin Lawrance Sequerah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 1, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. NSTP/Eizairi Shamsudin.

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melakukan 37 bayaran menggunakan cek berjumlah RM1.3 juta sebagai pembayaran penggunaan empat kad kredit dimilikinya.

Rekod penyata pembayaran kad kredit menunjukkan terdapat beberapa siri perbelanjaan runcit bagi dalam dan luar negara termasuk di London; Itali; Ukraine; Australia; Hong Kong; China; Indonesia dan China antara Januari 2014 hingga Januari 2016 bagi kad Visa dan Master miliknya.

Rekod itu dibentangkan Naib Presiden Ambank, Yeoh Eng Leong, pada hari kelima perbicaraan kes Ahmad Zahid membabitkan 47 tuduhan termasuk 12 dakwaan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 pengubahan wang haram berkaitan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Eng Leong, 58, berkata Ahmad Zahid dinamakan sebagai pemegang kad utama dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis turut dinamakan sebagai pemegang kedua.

Saksi ke-10 pendakwaan itu berkata, jumlah pembayaran sebanyak RM1,296,715.98 dicatatkan bagi empat kad kredit dimiliki Ahmad Zahid dan isterinya.

“Semua empat kad mempunyai gabungan had kredit berjumlah RM250,000. Bagi kad kredit Visa dan kad Master ia adalah atas nama Ahmad Zahid yang dikeluarkan pada 30 September 2013,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membacakan penyataan saksi dalam prosiding itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Saksi itu berkata, rekod penyata kad kredit Visa berakhir dengan 0419 bertarikh 28 April 2014, milik Hamidah digunakan dalam beberapa transaksi runcit di Hong Kong, Malaysia dan Australia berjumlah RM130,359.83.

“Ini termasuk RM26,893.33 yang dibelanjakan di Burberry Asia Ltd di Kowloon, Hongkong; RM9,500 dibelanjakan di Louis Vuitton di Starhill, Kuala Lumpur; RM7,919.35 di Swarovski di Melbourne, Australia; dan RM18,568.66 di Louis Vuitton yang lain di Southbank, Australia.

“Kad sama turut digunakan untuk pembelian di New York, Amerika Syarikat; berjumlah RM215,542.69 seperti dalam rekod penyata kad kredit bertarikh 28 Jun 2014.

“Selain itu, terdapat juga pembelian berjumlah RM130,313.20 di Stefano Ricci America; RM17,252.34 di Burberry 400 dan RM45,095.60 di Brioni,” katanya.

Dalam prosiding sama, ketika membaca pernyataan saksi, Eng Leong berkata, berdasarkan rekod pembayaran untuk Januari 2014 hingga Januari 2016, Ahmad Zahid membuat 37 pembayaran secara keseluruhan.

“Daripada 37 pembayaran, dua cek dikembalikan dan ia dilakukan menerusi cek tempatan. Jumlah pembayaran yang diterima dari Januari hingga Disember 2014 sebanyak RM534,412.52.

“Selain itu, bagi Januari hingga Disember 2015 adalah RM708,134.47 dan Januari 2016 sebanyak RM54,168.99,” katanya.

Terdahulu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, mengenai individu yang menjelaskan bayaran kesemua kad itu, saksi itu memberitahu pemegang kad utama iaitu Ahmad Zahid

Raja Rozela: Siapa yang membuat pembayaran bagi kad kredit yang mempunyai nama kedua?

Eng Leong: Lazimnya, penama utama kepada kad kredit itu yang juga Ahmad Zahid.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018, serta 20 Februari tahun ini Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 66, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perbicaraan bersambung esok.

 

Berbudi sungguh Yayasan Akal Penyamoon UMNO ini…. 😎

Membantu dua “orang miskin ” shopping sakan di Italy, Ukraine, Australia, China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Indonesia, United Kingdom dan Malaysia.

Branded items pulak tu.

♦️ Burberry Kowloon Hong Kong

♦️ Louis Vitton, Starhill Kuala Lumpur

♦️ Swarovski Melbourne

♦️ Louis Vitton Southbanks Australia

♦️ New York

♦️ Stefano Ricci America

♦️ Burberry 400

♦️ Bioni

Bertuah sungguh “orang miskin” Zahid Hamidi dan isterinya kerana mendapat bantuan shopping jutaan ringgit daripada akal budi Zahid Hamidi. 😎

Kerajaan Mampu Membayar Gaji Kakitangan Awam – Lim Guan Eng

Image may contain: 1 person, text

1 LARANGAN MEMBERONTAK1 JGN SIA UMUR SEDIKIT1 NEGARAKU MALAYSIA1 DOA KEBAIKAN PH1 INSAN BERSYUKUR

Kerajaan Persekutuan sentiasa berupaya membayar gaji penjawat awam dan memenuhi tanggungjawab kewangan yang lain, berbeza dengan situasi dialami kerajaan Kelantan.

#Mof
#KerajaanBaharu
#SayangiMalaysia
#PertahankanMalaysia

Jom Sertai RSY (Rakan Siswa Yadim)

Image may contain: 1 person, smiling, text

JOM SERTAI RSY

Assalamualaikum wmwb

Mahasiswa/Mahasiswi yang dihormati sekalian, 👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓

Rakan Siswa YADIM (RSY) adalah sebuah entiti yang bernaung terus di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang kini diterajui oleh Yang Dipertuanya Al-Fadhil Ustaz Nik Omar bin Nik Ab Aziz.

Kami sedang mencari seramai mungkin keahlian baru Rakan Siswa YADIM (RSY) bagi menyertai program-program dakwah yang berbentuk santai dan ingin membawa satu landskap yang baru kepada alam mahasiswa/i pada hari ini.

Apa yang menarik apabila anda sertai RSY?

💎 Gerbang Pra-Siswa (GPS) YADIM
💎 Multaqa Mahasiswa Antarabangsa (MMA)
💎 Hi Tea bersama Ustaz Nik Omar
💎 Leadership Townhall bersama pimpinan tinggi negara
💎 RSY Hidupkan Ramadhan (RHR)
💎 RSY’s Staycation @kampungorangasli

Ayoh sertai Rakan Siswa YADIM dengan mengisi google form yang tersedia dan anda akan dihubungi sesegera yang mungkin untuk pengesahan.

Sebarang persoalan boleh hubungi :

+60184645155 (En Mirzan)
wasap.my/60184645155/NakJoinRSY!

Link Pendaftaran : https://forms.gle/SBs7q6wvWv5AhTa86

#RSY
#RakanSiswaYADIM
#JomJoinRSY

Kemenangan Anifah Aman batal, satu lagi PRK di Kimanis tidak lama lagi

Kemenangan Anifah Aman batal, satu lagi PRK di Kimanis tidak lama lagi
Kemenangan Anifah pada PRU14 dibatalkan selepas mahkamah mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu. – Gambar fail
Image may contain: 18 people, people smiling, text

KUALA LUMPUR: Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kimanis, Sabah akan diadakan tidak lama lagi berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan pembatalan kemenangan penyandangnya, Datuk Seri Anifah Aman.

Agensi berita Bernama melaporkan, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mendapati mahkamah pilihan raya tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.

Panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat turut mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu.

Oleh itu, perkara berkenaan menjejaskan keputusan pilihan raya di kerusi itu, katanya.

 

Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi menewaskan calon Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

KEPUTUSAN PRU 14 09 MEI 2018

P176
KIMANIS
Anifah Aman
11,942
Karim Bujang
11,786
Jaafar Ismail
1,300
N23
N24
 EMBED
 KONGSI
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN PENUH DAN
TERKINI PILIHAN RAYA

Pada 16 Oktober lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu Lee Heng Cheong mengisytiharkan kemenangan Anifah yang juga bekas Menteri Luar sebagai tidak sah dan terbatal.– BERNAMA

 

Farm Fresh bakal terbit IPO Dan Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia.

 

SERDANG: Farm Fresh Sdn Bhd bakal menjadi syarikat pengeluar tenusu pertama negara disenaraikan di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Operasinya, Azmi Zainal berkata, pihaknya dalam proses permohonan penyenaraian dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO).

“Kami jangkakan IPO diterbitkan pada November 2020 dan sekarang kita masih dalam proses melengkapkan IPO berkenaan.

“Dari segi nilai jualan dan semuanya kita memang sudah layak untuk ke IPO dan kami memang ke arah itu berikutan ramai yang meminta Farm Fresh menerbitkan IPO.

“Sekarang memang sudah sampai masanya bagi kami ke Bursa dan IPO ini mengambil masa setahun untuk dilengkapkan semuanya,” katanya yang ditemui sempena sesi lawatan ke ladang Farm Fresh di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Azmi berkata, menjelang 2020 pihaknya menjangkakan untuk mencapai RM380 juta jualan dengan 20 hingga 25 peratus disumbangkan daripada segmen usahawan Farm Fresh.

Beliau berkata, melangkah ke hadapan pihaknya akan membuka ladang baharu Farm Fresh di Perak dan Pahang pada tahun depan.

“Buat masa ini, kami mempunyai empat ladang di Malaysia dan tiga di Australia yang mana ladang di Malaysia saja mampu menghasilkan kira-kira 20 juta liter susu setahun.

“Kami mengeluarkan lebih kurang 36 peratus daripada pengeluaran susu mentah negara dan bagi menampung permintaan yang sentiasa meningkat, kami turut memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) RM80 juta tahun depan,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/12/522620/farm-fresh-bakal-terbit-ipo?fbclid=IwAR2edI4kfBt79hqORbyT0qJ0AYQ0Om6fFG3d3ZUBor2cIir1cIMKqiNRuwE

‘Belajar silat boleh ceburi kerjaya bidang keselamatan’ – Dr Maszlee

 

Kementerian Pendidikan merancang untuk menjadikan seni silat sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah, selain subjek pilihan berkredit di universiti bagi memartabatkan warisan tradisi berkenaan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya juga merancang agar silat dijadikan salah satu kursus dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), agar pelajarnya boleh diberikan sijil yang dapat digunakan untuk menceburi kerjaya dalam bidang keselamatan.

Katanya, dalam masa yang sama, aktiviti mempromosikan seni silat ini juga akan dilakukan di luar negara melalui Bahagian Education Malaysia.

“Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) bagi mengusahakan silat diwartakan sebagai warisan sejarah dunia.

“Bagi memupuk minat dalam kalangan pelajar, kita juga menggalakkan pihak sekolah untuk mewujudkan kelab silat dengan sasaran sebanyak 5,000 kelab pada tahun depan,” katanya kepada media, di Batu Pahat hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka yang ke-10 di Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Batu Pahat, hari ini.

Hadir sama adalah Naib Canselor UTHM, Dr Wahid Razzaly.

-Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/501906?fbclid=IwAR37Qa39YTjsvaU9NwGPxEJMyy4nLXScEOwZEk4Pce0EwAIVZdSWowOJiwo

Kertas Putih Pertahanan Diluluskan Di Parlimen – Tahniah Mohamad Sabu Pasti Hishamuddin Akan Berputih Mata

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing and suit

Image may contain: 1 person

Alhamdullilah kertas putih pertahanan diluluskan di Parlimen.. Tahniah…Pembahruan daripada Menhan
Terima Kasih kepada yang menjayakan KSU,PAT,Panglima Panglima, SUB dan semua warga mindef yang terlibat.

Trend isu komunis risaukan Muhyiddin Yassin

Trend isu komunis risaukan Muhyiddin Yassin

Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, kata Muhyiddin Yassin. – Gambar fail

PUTRAJAYA: Polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara yang dikhuatiri mengancam keamanan itu tidak boleh dibiarkan berlaku apatah lagi jika pertemuan itu cenderung untuk menghidupkan semula semangat komunisme di negara ini.

“Kita tidak boleh pandang ringan hal-hal sebegini. Negara kita sudah aman, jadi apa perlu hal sebegitu. Ini pandangan di peringkat awal tetapi yang penting jalankan siasat dahulu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen 2019 di sini, hari ini.

Menurut laporan media, kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu semalam, antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Muhyiddin berkata, polis dan Cawangan Khas telah diarah membuat siasatan bagaimana perhimpunan itu diadakan, apakah ia memerlukan kelulusan pihak berkuasa atau adakah ia telah melanggar mana-mana undang-undang yang diperuntukkan di negara ini.

Menurutnya, siasatan itu juga menjurus kepada tujuan sebenar perhimpunan itu sama ada semata-mata untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai seperti didakwa atau ia satu usaha untuk menghidupkan semula semangat komunisme lampau.

Ditanya sama ada bekas ahli PKM boleh melakukan pertemuan seperti itu, Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka perkara itu tidak boleh dihalang tetapi pihak berkenaan juga perlu memikirkan sama ada semangat sebegitu perlu dibangkitkan dalam situasi negara yang sudah aman.

Muhyiddin berkata, Kementerian Dalam Negeri memandang berat perkara seperti itu, apatah lagi keadaan ‘menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat’ kebelakangan ini yang dianggap sebagai merisaukan.

“Saya sebagai rakyat biasa juga risau malah kadang-kadang lebih daripada risau, kenapa mutakhir ini ada trend-trend sebegitu timbul. Tetapi saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, akan pastikan negara kekal aman,” katanya merujuk kepada tindakan pihak tertentu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM, Chin Peng ke Malaysia.  – BERNAMA

Pertemuan bekas anggota Parti Komunis Malaya hanya menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan rakyat’
Polis Sedang jalankan siasatan.
Jika ada sebarang unsur Keganasan ,melanggar undang undang ,ancaman terhadap negara, atau unsur ideologi komunis akan dihidupkan kembali, Polis tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tanpa mengira sesiapa .
#AWANInews #AWANI745