Azan mengganggu penduduk P.Pinang bukan Islam – Fitnah Jahat Umnopas

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

FAKTA SEBENAR:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan memanggil Pengerusi Masjid Jalan York berhubung notis waktu operasi masjid tersebut yang dihadkan antara jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam sahaja.

Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim menyatakan bahawa semua masjid perlu dibuka untuk solat fardu.

“Setiap peraturan baharu yang hendak dilaksanakan di masjid perlu mendapat persetujuan daripada JHEAIPP dan MAINPP.

“Peraturan kita, semua masjid mesti dibuka untuk solat wajib sekurang-kurangnya lima waktu. Setiap peraturan baru yang nak dibuat di masjid, perlu mendapatkan persetujuan daripada MAINPP dan JHEAIPP.

Perodua Alza menanti pengunjung bertuah Melaka River Cruise 2020

Perodua Alza menanti pengunjung bertuah Melaka River Cruise 2020

Perodua Alza menanti pengunjung bertuah Melaka River Cruise 2020

Fuh Perodua Alza. Merecik mat!

BANDA HILIR 31 Dis. – Sebuah Perodua Alza bakal menanti pengunjung bertuah Melaka River Cruise menerusi program ‘Cruise & Win’ sepanjang tahun 2020 nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, hadiah perdana itu disediakan bagi cabutan bertuah tahunan, khas untuk mana-mana pengunjung yang membeli tiket bernilai RM200 ke atas.

Jelasnya, selain kereta, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa lain termasuk sebuah motosikal dan lapan hadiah misteri yang lain menerusi cabutan bertuah bulanan.

“Jika kita lihat, hadiah tahunan kereta yang kita tawarkan berbeza pada setiap tahun. Pada 2017 lalu pemenang utama membawa pulang Perodua Axia, manakala 2018 sebuah Perodua Myvi dan Proton Iriz pula diterima pemenang utama pada 2019. Jadi, tahun ini kita sediakan hadiah kereta yang lebih besar iaitu sebuah Perodua Alza buat pengunjung yang membeli tiket Melaka River Cruise bernilai RM200 dan ke atas.

“Selain itu, kita juga menyediakan hadiah istimewa lain berupa sebuah motosikal dan lapan lagi hadiah misteri untuk cabutan bertuah bulanan. Caranya amat mudah untuk menyertai cabutan bertuah bulanan iaitu pengunjung hanya perlu membeli tiket bernilai RM50 dan ke atas.

“Program cabutan bertuah bulanan ini akan bermula seawal Januari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyaksikan pelancaran peraduan Cruise & Win 2020 bertempat di perkarangan Menari Taming Sari semalam.

Upacara perasmian peraduan itu telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Mengulas lanjut mengenai peraduan itu, Azlan berkata, ia diteruskan dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik bagi menarik kehadiran pengunjung dan sebagai tanda penghargaan pihak PPSPM kepada mereka banyak memberi sokongan kepada sektor pelancongan di negeri ini, selain akan merancakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).

Jelasnya, untuk tahun 2020 ini, pihaknya menyasarkan nilai kutipan tiket berjumlah RM25 juta daripada pengunjung.

“Jumlah itu merangkumi sasaran seramai 1.2 juta pengunjung yang akan menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise untuk tahun 2020 ini,” katanya lagi.

https://melakakini.my/perodua-alza-menanti-pengunjung-bertuah-melaka-river-cruise-2020/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Kronologi inisiatif Kerajaan Negeri Melaka di bawah Pakatan Harapan sepanjang 2019

Kronologi inisiatif Kerajaan Negeri Melaka di bawah Pakatan Harapan sepanjang 2019

TAHUN 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan kita akan memasuki era tahun 2020. Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) berterusan melaksanakan segala inisiatif terbaik buat rakyat menerusi pelbagai pelaksanaan serta inisiatif yang memberikan faedah buat semua amnya.

Malah Ketua Menteri, Adly Zahari menitikberatkan soal kebajikan rakyat yang dilihat lebih diutamakan, dan tidak lupa juga kepada pembangunan negeri yang terus lestari sejajar dengan slogan ‘Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih’.

MelakaKini menyenaraikan antara beberapa inisiatif penting yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sepanjang tahun 2019.

 

18 November 2019 – Hutang awam Kerajaan Negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas. Jumlah hutang awam kerajaan negeri Melaka pada tahun lepas menurun RM3.6 juta atau 0.4 peratus kepada RM839.69 juta, berbanding RM843.29 juta pada 2017, kata Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid. Beliau, menerusi kenyataan tentang Laporan Ketua Audit Negara, berkata menurut laporan itu  pengauditan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Melaka 2018 mendapati tunggakan bayaran balik hutang awam meningkat RM56.69 juta kepada RM516.67 juta tahun lepas berbanding RM459.95 juta pada 2017.

8 November 2019 – Aplikasi Respon Rakyat permudah rakyat salurkan aduan. Aplikasi Respons Rakyat (RR) akan menjadi pemangkin kepada tindak balas kerajaan negeri untuk menyelesaikan segala aduan yang direkodkan dengan lebih pantas. Medium aduan rasmi kepada kerajaan negeri itu juga diwujudkan agar rakyat dapat berhubung terus kepada kerajaan terhadap sesuatu isu.

 

25 Oktober 2019 – Pinjaman perumahan khas untuk anak Melaka. Kerajaan Negeri Melaka akan membuka skim pinjaman perumahan di bawah dana hartanah bumiputera kepada rakyat negeri ini yang layak bermula 1 November 2019. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pinjaman untuk perumahan pertama itu bukan sahaja untuk anak negeri ini yang berumur antara 21 hingga 60 tahun, bahkan ia juga akan dibuka kepada mereka yang telah bermastautin lebih lima tahun di negeri ini.

 

23 Oktober 2019 – Penerbangan Antarabangsa Melaka-Jakarta-China dijangka beroperasi awal tahun 2020. Laluan penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) ke Jakarta, Indonesia dan China bakal beroperasi awal tahun hadapan. Ketua Menteri, Adly Zahari menjelaskan kerajaan Indonesia telah bersetuju dengan perancangan terbabit sekali gus memberi manfaat besar di antara Melaka-Indonesia.

15 Oktober 2019 – Melaka, NS muktamadkan hak persempadanan maritim. Melaka memuktamadkan hak persempadanan maritim dengan Negeri Sembilan sejauh tujuh kilometer dari muara Sungai Linggi ke had perairan wilayah negeri.

 

3 Oktober 2019 – Melaka tandatangani perjanjian pembangunan bercampur bernilai RM1 bilion. Ketua Menteri, Adly Zahari menandatangani perjanjian pembangunan dan pembinaan resort banglo, villa air, hotel, taman tema air, dan tempat perayaan melibatkan kawasan konsesi 100 ekar di daerah Melaka Tengah antara Syarikat Bitara Niaga Development Sdn. Bhd bernilai RM1 bilion di Seri Negeri, pada 3 Oktober lepas. Kerja-kerja pembangunan akan dijalan dalam tempoh enam bulan selepas proses dokumentasi berkaitan selesai dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun.

1 Oktober 2019 – Kerajaan negeri lulus RM1.7 juta untuk bantuan susu pesakit terlantar. Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan peruntukan RM1.7 juta untuk bantuan kepada pesakit terlantar yang perlu bergantung kepada susu sebagai pemakanan utama. Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata seramai 361 penerima bakal menerima manfaat daripada inisiatif tersebut berdasarkan data-data yang sedia ada.

 

18 September 2019 – Melaka terima RM1.7 juta laksana projek fertigasi pintar. Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.7 juta kepada Melaka bagi pelaksanaan projek fertigasi pintar di negeri ini. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, projek fertigasi pintar berasaskan Internet of Things (IoT) itu akan membolehkan petani memantau bacaan suhu, kelembapan udara dan tanah bagi tanaman mereka serta kawasan fertigasi.

 

1 September 2019 – Kota Tun Fatimah mula beroperasi. Kota Tun Fatimah (dahulunya dikenali sebagai Kota Fesyen) kini secara rasminya beroperasi selepas dirasmikan Ketua Menteri Adly Zahari, pada 1 September (Ahad) lepas. Kawasan berkenaan yang dibangunkan lebih 10 tahun lalu dengan kos RM52 juta dan berkeluasan 4.16 hektar akan menjadi lokasi para usahawan menjalankan perniagaan.

26 Ogos 2019 – RM1.4 juta untuk lampin pakai buang dewasa. Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM1.4 juta bagi Skim Lampin Pakai Buang Dewasa di negeri ini tahun ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya menyasarkan seramai 2,240 penerima dengan fasa pertama seramai 1,308 penerima telah mendapat manfaat tersebut.

14 Ogos 2019 – Miliki geran tanah dalam tempoh 1 jam. Rakyat Melaka boleh mendapatkan geran pemilikan tanah dalam tempoh satu jam di setiap pejabat tanah di negeri ini. Inisiatif itu telah dilaksanakan sejak awal Jun 2019 melalui portal e-Tanah yang diwujudkan.

 

10 Ogos 2019 – Hab e-sukan pertama negara mula beroperasi. Melaka menjadi peneraju hab e-sukan pertama negara selepas perasmian Ancient Galaxy E-Sport Hub di Kota Syahbandar dirasmikan Exco Komunikasi, Multimedia, badan bukan kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee pada 10 Ogos 2019. Hub berkenaan yang dilengkapi peralatan komputer serba canggih dan teknologi dunia realiti maya (VR) turut akan menjadi lokasi pemilihan akhir atlet e-sukan Melaka ke Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

31 Julai 2019 – Melaka negeri pertama guna sistem undian pilih ahli MPKKB . Melaka dijangka muncul sebagai negeri pertama menggunakan kaedah memilih ahli Majlis Perwakilan Komuniti Kampung Baru (MPKKB) Machap Umboo menerusi sistem undian. Sistem baharu itu yang akan dilaksanakan di Machap Umboo, bakal menjadikan Melaka sebagai negeri perintis kepada sistem berkenaan yang dijangka bermula tahun ini (2019).

25 Julai 2019 – 23 unit Rumah Peduli Fasa ke-2 lulus . 23 unit Rumah Peduli fasa kedua telah diluluskan merangkumi empat pemohon bagi daerah Melaka Tengah, tiga bagi daerah Alor Gajah dan 16 bagi daerah Jasin.

23 Julai 2019 – Kerajaan negeri ambil alih UTC . Kerajaan Negeri Melaka menerusi Tabung Amanah Melaka mengambil alih pengurusan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka daripada Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bermula 1 Ogos 2019.

15 Julai 2019 – Melaka terima RM3 juta peruntukan tambahan bina 84 unit Rumah Peduli. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan menambah peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi pembinaan rumah peduli sebanyak RM6 juta.

1 Julai 2019 – AirAsia : Laluan baharu ke Pulau Pinang kini dibuka. Lapangan Terbangan Antarabangsa Melaka (LTAM) sekali lagi menjadi saksi kepada 174 penumpang dari Pulau Pinang yang menjadi perasmi kepada pembukaan laluan baharu ke negeri ini.

27 Jun 2019 – Melaka bakal bina Resort Harapan untuk warga emas. Kerajaan negeri bakal mewujudkan pusat penjagaan warga emas atau Resort Harapan dalam usaha membantu menampung keperluan warga emas terpinggir di negeri ini. Inisiatif tersebut bakal dilaksanakan selepas kerajaan negeri menganggarkan Melaka akan menjadi ‘ageing state’ dengan penambahan bilangan warga emas mencecah 15 peratus menjelang 2023.

17 Jun 2019 – Melaka tersenarai sebagai lokasi projek Universiti Wakaf.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyenaraikan Melaka sebagai antara negeri pelaksanaan projek Universiti Wakaf. Menurut Ketua Menteri, Adly Zahari, perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, baru-baru ini. Pembangunan universiti wakaf dilihat  sebagai pemangkin kepada golongan asnaf untuk keluar daripada garis kemiskinan.

14 Jun 2019 – Luaskan mesej ‘Ini Rumah Kita’. Kerajaan negeri komited meluaskan kesedaran masyarakat mengenai kebersihan menerusi jenama ‘Ini Rumah Kita’ sejak dilancarkan Aidilfitri lalu.Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, secara asas orang Melaka sentiasa dikenali dengan persekitaran dan suasana rumah yang bersih dan dijaga baik. Menurutnya, ia satu sikap terpuji yang mana harus disebarkan mesejnya.

28 Mei 2019 – RM143 juta hutang dihapuskan, Melaka bina saluran air baru. Kerajaan Negeri Melaka akan menjalankan projek pembinaan penyaluran air dari Tasek Biru, Chinchin ke Empangan Durian Tunggal yang dianggarkan bernilai RM23 juta bagi mengatasi masalah bekalan air yang sering berlaku secara tahunan di negeri ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata tindakan itu susulan langkah Kerajaan Persekutuan menghapuskan pinjaman projek bekalan air luar bandar. Katanya, keputusan daripada Putrajaya itu dengan menghapuskan hutang Melaka sebanyak RM143 juta secara tidak langsung mampu meningkatkan lebih banyak projek pembangunan di Melaka termasuk mengurangkan hutang bagi pembinaan infrastruktur air di negeri ini.

9 Mei 2019 – Potongan sewa 50% buat peniaga di bulan Ramadan. Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata inisiatif itu diberikan kepada peniaga di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT). Ia bertujuan meringankan beban kos sewaan selepas peniaga terbabit tidak dapat berniaga pada waktu siang.

4 Mei 2019 – 6 bulan sewa percuma untuk usahawan wanita. Pelbagai inisiatif diberikan kepada golongan usahawan wanita di Melaka bagi memperkasakan pembangunan sektor terbabit. Ia termasuk menjenamakan semula kawasan perniagaan Kota Fesyen di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

3 Mei 2019 – Rumah Peduli pertama dibina. Berita baik buat rakyat Melaka apabila Ketua Menteri, Adly Zahari mengumumkan Rumah Peduli pertama kini dalam proses pembinaan.

25 April 2019 – Kapal kontena pertama belayar selepas 45 tahun. Sambil disaksikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. melakukan pelayaran pertamanya di negeri ini selepas 45 tahun terbinanya Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas. Pelayaran itu merupakan kapal kontena pertama berlabuh di Melaka bagi memasarkan produk syarikat terbabit ke Humen, China.

24 April 2019 – Hospital wanita, kanak-kanak akan dibina di Melaka. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan Melaka akan mempunyai sebuah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WCH) yang bernilai RM500 juta.

21 April 2019 – ‘Belon Udara Panas’ bakal terbang di Melaka. Perkhidmatan Belon Udara Panas bakal menjadi tarikan baru apabila sebuah syarikat berhasrat mengadakan perkhidmatan itu di Melaka tidak lama lagi. Ia akan menjadi pengalaman baru bagi pelancong untuk menikmati pemandangan negeri Melaka dari udara.

21 April 2019 – Melaka bakal capai pelaburan Halal Global RM3 bilion. Kerajaan Negeri Melaka mencatat sejarah apabila menandatangani perjanjian pemegang saham dalam industri Halal Global, Pelancongan Islam dan dakwah di daerah XunDian, Yunnan, China, baru-baru ini. Ia akan menjadi pemangkin kepada penubuhan sebuah syarikat usahasama syarikat tujuan khas (SPV) bagi menjalankan urusan perniagaan di antara dua negara.

15 April 2019 – Melaka cadang sedia susu formula buat warga emas. Kerajaan negeri akan  menyediakan makanan tambahan seperti susu formula untuk warga emas di negeri ini. Ia antara makanan tambahan utama yang diperlukan buat golongan uzur.

14 April 2019 – Projek naik taraf Sungai Melaka capai 80 peratus. Kerja-kerja naik taraf itu melibatkan pemasangan pelbagai lampu hiasan sepanjang laluan bot Melaka River Cruise (MRC), sekali gus menarik tumpuan pelancong.

11 April 2019 – Melaka bina 60 unit rumah nelayan. Nelayan di kawasan Kuala Sungai Baru berpeluang miliki rumah berharga RM45,000 seunit.

8 April 2019 – RM15 juta setahun peruntukan Dermasiswa TAPEM bantu pengajian luar negara. Peruntukan akan disalurkan melalui pembiayaan pinjaman pendidikan dan Dermasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian pelbagai bidang ke luar negara khususnya pengajian di negara Timur Tengah.

22 Mac 2019 – Melaka peroleh nilai pelaburan RM3.252 bilion. Daripada jumlah itu, RM2.47 bilion merupakan pelaburan tempatan sementara pelaburan asing sebanyak RM773.1 juta.

19 Mac 2019 – Penerbangan Air Asia Melaka – PP mula Julai depan. Penerbangan pertama syarikat itu ke Pulau Pinang menjadikan AirAsia syarikat terbaharu yang akan beroperasi di LTAM selepas Malindo Air yang kini beroperasi di empat laluan iaitu Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu dan Pekanbaru, Indonesia.

14 Mac 2019 – Pelancong ke Melaka meningkat 17.02 juta – Adly. Melaka mencatat peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 1.34 peratus iaitu seramai 17.02 juta pada tahun lalu berbanding 16.79 juta pada 2017. Dari jumlah tersebut pelancong domestik kekal sebagai penyumbang terbesar iaitu seramai 11.33 juta iaitu 66.59 peratus berbanding pelancong asing 5.68 juta (33.41 peratus).

4 Mac 2019 – Dua persimpangan jimat masa 20 minit. Rakyat di negeri ini dapat menjimatkan masa perjalanan 20 minit melalui Projek Menaiktaraf Jalan Ayer Keroh ke Bandar Melaka di dua Persimpangan Peringgit dan MITC. Penjimatan masa itu adalah 10 minit bagi setiap persimpangan dari Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka.

21 Februari  2019 – 60 unit Rumah Peduli percuma. Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 60 unit Rumah Peduli diberikan secara percuma kepada rakyat yang memerlukan bagi 2019 di negeri ini.

 

8 Februari 2019 – Rumah Belia : Melaka negeri pertama laksana – Adly. Pembinaan dijangka bermula tahun ini melalui dua fasa melibatkan 524 unit rumah.

8 Februari 2019 – 30 unit Rumah Berkat untuk pasangan baru kahwin. Kerajaan negeri memperkenal 30 unit rumah di Pangsapuri Kampung Padang sebagai rumah transit atau Rumah Berkat bagi membantu pasangan suami isteri yang baru berkahwin di negeri ini.

6 Februari 2019 – Malindo Air buka laluan baharu ke Langkawi & Kota Bharu. Syarikat penerbangan Malindo Air mengumumkan dua laluan baharu ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Melaka (LTAM) iaitu dari Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi, Kedah ke Melaka. Laluan terbabit yang bermula pada 1 Mac 2019 akan beroperasi tiga kali seminggu pada hari Rabu, Jumaat dan Ahad.

30 Januari 2019 – Kerajaan negeri tawar 30 % kuota : Sasar usahawan baharu dan muda. Penetapan kuota ini merupakan peluang terbaik bagi membantu golongan tersebut mendapat tempat dan peluang di peringkat kerajaan.

1 Januari 2019 – TMM 2019 misi utama promosi Melaka ke persada antarabangsa. TMM 2019 yang dilancarkan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari bertujuan merealisasi sasaran 20 juta pelancong, sekali gus menyokong  pelaksanaan TMM 2020.

https://melakakini.my/kronologi-inisiatif-kerajaan-negeri-melaka-di-bawah-pakatan-harapan-sepanjang-2019/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

10,208 Sekolah Mula Nikmati Internet Pantas.

KPM telah menghapuskan budaya monopoli dan membuka pembekal internet kepada lebih banyak syarikat.

Hasilnya, kelajuan internet dapat ditingkatkan kerana pembekal internet saling berlumba-masuk untuk masuk dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

KPM juga memastikan kesemua 10,208 sekolah di seluruh Malaysia dapat menikmati kelajuan internet minimum.

30 mbs dan 100mbs (fiber) kepantasan internet agar murid dan guru boleh menggunakannya untuk mengakses maklumat dan bahan bantu pembelajaran.

PH Mendahulukan Rakyat, Umnopas Mengutamakan Najib Dan Jho Low

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, teks

Kenapa masa BN memerintah tak banyak isu? Bagus sangat ke BN?

Sebenarnya masa BN dah banyak berlaku ketidak stabilan. Antara contoh ialah isu pembekuan pengambilan penjawat awam. Begitu juga kenaikan banyak harga barangan. Jangankan kata bawang, tisu tandas pun naik harga zaman BN.

Kalau nak cerita janji BN yang tak ditepati, memang panjanglah senarainya. Kalau tak, takkanlah keluar ‘slogan JANJI DICAPATI’. Belum kira projek terbengkalai yang cuma tinggal papan tanda sahaja.

Tapi apa juga yang berlaku di zaman BN, ianya tidak se-havoc sebagaimana sekarang, ketika PH memerintah. Kenapa ya? Adakah kerana BN pandai mentadbir?

Bukan… Bukan kerana BN bagus. Tapi kerana pembangkang ketika itu, yang menjadi kerajaan sekarang ini, bersikap rasional.

Memang pembangkang ada menaikkan isu yang disebutkan. Tapi tujuannya adalah untuk membetulkan kerajaan. Berbeza dengan pembangkang sekarang.

Pembangkang sekarang tidak rasional dan bolehlah digelar sebagai dungu. Mereka menaikkan isu bukan untuk menegur kerajaan tetapi untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

Pembangkang dahulu matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat. Pembangkang sekarang pula matlamatnya untuk mendapatkan kuasa. Rakyat sejahtera atau tidak, itu bukan concern mereka.

Sebab itu sekarang ini kita lihat bila ada sahaja isu, ia akan menjadi besar. Pembangkang akan cuba bangkitkan segala macam sentimen, daripada bangsa ke agama, untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Walaupun sekadar isu yang remeh.

Segala isu ini bukan petanda kelemahan pentadbiran PH. Kalau ada kelemahan PH pun, dari segi penyampaian maklumat. Tapi segala isu ini adalah bukti bahawa pembangkang kita benak dan berhati hitam serta jahat. Bahkan tidak ada sifat dan rasa bertanggungjawab terhadap kestabilan negara.

Anda yang selalu terpengaruh dengan dakyah pembangkang, tanya diri anda sendiri. Adakah anda sanggup benarkan puak ini mentadbir negara? Apakah akan terjadi kepada negara jika diuruskan oleh puak yang penting diri dan haloba pada kuasa ini?

Fikirkan masa depan negara, masa depan anak cucu cicit kita. Mahukah kita wariskan negara yang musnah kepada mereka? Bolehkah mereka yang tidak punyai rasa tanggungjawab kepada negara seperti pembangkang hari ini pertahankan kemakmuran negara?

Jika sayangkan negara kita, wajib tolak dakyah pembangkang. Usah layan isu remeh. Itu akan jadi penanda aras buat mereka yang isu bodoh yang mereka utarakan tidak ditelan oleh rakyat.

Setelah itu berlaku, diharap mereka akan ubah teknik dan mulai menjadi rasional. Selagi rakyat melayan isu remeh dan bodoh yang mereka naikkan, selagi itu mereka tidak akan sedar, semakin naik lemak dan akhirnya, masa depan generasi kita yang terancam.

Fikirkan…

Kredit : Berita Politik Terkini

Pas Gesa Singkir MCA Dari Muafakat Nasional

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan mencadangkan agar MCA digantikan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai rakan Muafakat Nasional.

Nasrudin berkata demikian ketika beberapa pihak termasuk MCA mengkritik tindakan polis mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang kongres membantah Jawi yang dianjurkan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

“Jika MCA tak selesa dengan Muafakat Nasional atau MCA nak jadi rasis macam DAP, Muafakat (Nasional) boleh cari alternatif lain.

“Saya cadang PCM ganti MCA,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dong Zong yang tidak setuju dengan pengenalan tiga muka surat pelajaran Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah Empat telah bersetuju untuk membatalkan kongres berkenaan susulan injunksi mahkamah berkenaan.

Semalam, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon mempertikaikan tindakan polis menghalang kongres Dong Zong.

Cong turut membandingkannya dengan kongres Maruah Melayu yang diadakan pada Oktober lalu.

“Kerajaan boleh menganjurkan Kongres Maruah Melayu, tapi persatuan Cina tak boleh mengadakan perjumpaan tertutup?

“Bukankan orang Cina juga mempunyai hak untuk berhimpun? Adakah menteri Cina sedang bercuti sekarang? Mereka semua senyap dan tidak berani bersuara?” katanya.

Muafakat Nasional adalah pakatan politik antara Umno dan PAS yang telah dirasmikan pada September lalu.

Susulan itu, PAS mengambil pendekatan mesra dengan rakan sekutu Umno dalam BN, iaitu MCA dan MIC. PAS turut berkempen untuk calon MCA pada pilihan raya kecil Tanjung Piai baru-baru ini.

Untuk rekod, PCM ditubuhkan pada 2009 dan dianggotai oleh bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan. Parti itu menjadi “ahli gabungan” BN pada April 2019.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/505136#.XgbfbQMLL7c.whatsapp

https://www.mhdaily.net/2019/12/pas-gesa-singkir-mca-dari-muafakat.html?fbclid=IwAR25r6Oj3iz8rtaSNSATBWR6CtOw_H7PTZSaGFOt899wOPplA66VEig4O7g

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Nor Adam

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Lokman Nor Adam

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyifatkan kenyataan Datuk Lokman Noor Adam yang tersebar di media sosial baru-baru ini sebagai tindakan serius yang melampau dan keterlaluan.

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, ia merupakan serangan yang tidak wajar terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan parti.

Beliau turut menggambarkan Lokman kini umpama anai-anai yang menggigit rapuh keutuhan parti yang telah dibina semula selepas kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Ini adalah tindakan kebudak-budakan dan sama sekali tidak mencerminkan keperibadian seorang Ahli MT UMNO.

“Ini bukan kali pertama “serangan” secara terbuka Lokman terhadap kepimpinan parti, bahkan pelbagai tuduhan beliau lemparkan terhadap kepimpinan UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, ketua Pemuda Malaysia dan Pemimpin-pemimpin UMNO lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hairi menambah, sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.

Menurutnya, sebagai pimpinan tertinggi parti, beliau perlu menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan bukannya menyerang pucuk pimpinan parti umpama budak tidak matang tanpa sebarang asas.

”Kita boleh berbeza pendapat, tapi perbezaan itu harus diurus dengan baik mengikut saluran parti.

“Beliau boleh mengemukakan pertanyaan ataupun melontarkan kritikan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi mengapa pilih media sosial?

“Tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO dan mengambil peluang untuk merosakkan imej parti seperti parasit,” katanya.

Mohd. Hairi berkata, gerak-geri dan tindakan sebegini tidak boleh dibiarkan lagi kerana jika tidak dibendung ia boleh merosakkan parti.

”Pemuda UMNO Johor menggesa tindakan tegas diambil terhadap Lokman dengan memecat beliau sebagai ahli MT dan juga ahli UMNO.

“Tindakan tegas ini penting kerana ketika UMNO sedang membina kembali kekuatan, ia tidak boleh diganggu gugat ataupun dirosakkan oleh parasit ataupun anai-anai dari dalam parti sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Makin banyak bala yang menggoncang Parti Sarang Penyamun UmNo..
Baguss…..

Mohd. Hairi menambah, sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.