Kedai Peduli Amanah

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Alhamdulillah … Amanah Melaka berjaya mewujudkan Kedai Peduli Amanah di Bukit Katil. Kedai ini berkonsepkan jualan amal bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan dengan harga peduli rakyat.

Hari 28: Mata Najib bengkak, bicara sambung Isnin depan

LANGSUNG | Perbicaraan kes jenayah bekas perdana menteri Najib Razak bersambung lagi hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib berhadapan empat pertuduhan rasuah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.28 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Malaysiakini membawakan laporan langsung prosiding mahkamah.


4.05 petang – Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung kami hari ini.

Liputan oleh Hariz Mohd dan Hidir Reduan Abdul Rashid. Gambar oleh Azneal Ishak. Kemas kini media sosial oleh Ewe Linq Yenn.

Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan menyertai program langganan pada kadar serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.


Mata Najib bengkak, tak dapat hadir mahkamah – Peguam

2.55 petang – Bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi tidak dapat menghadiri prosiding mahkamah kerana masalah mata.

Hal ini disampaikan oleh peguam bela tertuduh Muhammad Shafee Abdullah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah ketika persidangan diteruskan petang ini.

Shafee berkata beliau menerima panggilan daripada Najib memaklumkan tentang alahan yang terkena kepada kedua-dua matanya.

Jelasnya, ketika itu beliau sedang menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dari Mahkamah Persekutuan di Putrajaya selepas 11.15 pagi tadi.

“Saya menerima panggilan daripada Najib berkata (dia berjumpa dengan seorang) doktor di ISEC (Pusat Pakar Mata Antarabangsa).

“Dia terpaksa pergi ke sana lagi kerana kedua-dua matanya bengkak, yang menjadi lebih buruk. Mensyaki ia adalah konjuntivitis, dia pergi berjumpa doktor, dan doktor itu pula mencurigai ia bukan konjuntivitis.

“Keputusan ujian menunjukkan bahawa dia alah kepada beberapa hal yang perlu disiasat,” kata Shafee.

Shafee menjelaskan bahawa esok pagi, Najib akan menjalani ujian darah penuh dan bergantung kepada keadaannya, beliau (Najib) mungkin tidak dapat melawat jentera BN di Tanjung Piai yang menghadapi pilihan raya kecil akan datang.

Peguam itu berkata beliau mempunyai Surat Perubatan (MC) cuti satu hari untuk Najib dan gambar-gambar mikroskopis mata bekas perdana menteri, yang telah dikongsi bersama dengan Mahkamah Tinggi serta pendakwaan.

“Gambar-gambar mikroskopik kedua-dua mata, anda boleh lihat di situ, dilampirkan gambar-gambar tersebut.

“Hanya tiga pihak sahaja (termasuk mahkamah dan pendakwaan yang) mempunyai gambar ini.

“Saya harap kami akan melindungi (gambar ini) supaya ia tidak sampai ke Internet dan menjadi bahan Halloween (yang disambut pada 31 Oktober),” kata Shafee.

Shafee berkata Najib meminta maaf kepada mahkamah kerana tidak dapat datang.

Katanya lagi, bengkak di mata Najib itu dapat dilihat di sekeliling matanya sehingga ia tidak dapat ditutup oleh cermin mata hitam.

Ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram tidak menimbulkan sebarang bantahan berhubung hal tersebut, manakala hakim Sequerah membenarkan prosiding hari ini ditangguhkan ke Isnin minggu depan.

Selepas prosiding, Shafee memberitahu media bahawa anak guamnya berada dalam kesakitan akibat keadaan mata beliau.

“Ia amat menyakitkan terutamanya apabila terdedah kepada cahaya atau cahaya matahari. Ia bukan hanya mata, tetapi bahagian sekeliling matanya yang membengkak,” kata Shafee.

Ini bukan kali pertama kesihatan mata Najib menjadi sebab penangguhan perbicaraan kes jenayahnya.

Perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International pada 14 Ogos lalu ditangguhkan akibat konjunktivitis mata, dan perbicaraan kes 1MDB RM2.28 bilion pada 11 September lalu juga ditangguhkan akibat konjunktivitis.


2.45 petang – Prosiding bermula tanpa tertuduh Najib Razak.


2.43 petang – DPP Gopal Sri Ram dan peguam bela Shafee Abdullah keluar dari kamar Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Kelibat Najib Razak masih tidak kelihatan di mahkamah


Najib belum kelihatan di mahkamah

2.35 petang – Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah dan ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram kelihatan memasuki kamar Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Tertuduh bekas perdana menteri tidak kelihatan di mahkamah setakat ini.


Perbicaraan kes Najib yang masuk hari ke-28 dijangkakan bermula jam 2.30 petang ini dan bukan seperti biasa pada jam 9.30 pagi.

Semalam, peguam bela tertuduh Muhammad Shafee telah memohon tarikh perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah.

Shafee memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau perlu menghadiri rayuan di Mahkamah Persekutuan pagi ini berhubung dengan kes pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Apabila prosiding di hadapan hakim Sequerah disambung semula pada petang ini, Shafee akan meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kesembilan, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

 

https://www.malaysiakini.com/news/498073?fbclid=IwAR2OS7mM36Fa1wpOJzD6uyhhPMyKu7Xb6OxCdyg4JndRDuJJ86FjMGB0WBo