Keluar kata kesat, Ahli Parlimen boleh dihalau keluar Dewan – Speaker

Keluar kata kesat, Ahli Parlimen boleh dihalau keluar Dewan - Speaker

1 JAGA LISAN

MOHAMAD ARIFF: Semua Ahli Parlimen hendaklah mengikut peraturan mesyuarat.

KUALA LUMPUR: Mana-mana Ahli Parlimen yang didapati mengeluarkan kata-kata kurang sopan akan dikenakan tindakan tegas termasuk dihalau keluar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk satu tempoh tertentu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menegaskan tindakan tersebut diambil bagi mewujudkan suasana yang tenteram dalam Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen sedang berbahas.

“Sesiapa sahaja yang timbulkan riuh rendah di dewan ini dan gunakan perkataan yang kurang sopan harus diambil tindakan tegas tidak kira dari pihak mana. Semua Ahli Parlimen hendaklah mengikut peraturan mesyuarat.

“Sekiranya ada sesiapa yang menyebut perkataan sebegini (bodoh, stupid) dan apabila ditegur atau disuruh oleh Speaker atau Timbalan Speaker untuk tarik balik, namun enggan berbuat demikian dan terus menimbulkan kekecohan, saya ikut nasihat ramai untuk singkir mereka keluar dewan bagi satu tempoh tertentu,” katanya.

Dilaporkan Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar melemparkan perkataan ‘bodoh’ kepada Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer kerana mencelah ketika beliau membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 atau Belanjawan 2020 pada 16 Okt lepas.

BACA: Panggil Speaker Dewan Rakyat ‘berat sebelah’, MP Baling digantung dua hari

BACA: Istilah “rompak” kecohkan Dewan Rakyat

BACA: Dewan Rakyat kecoh gara-gara p*****k

BACA: Parlimen kecoh kerana ‘kepala bapak’

BACA: Dewan Rakyat tercemar dengan kata-kata kesat 

Rayer dilaporkan turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap Noh ketika mencelah semasa perbahasan tersebut.

Susulan itu, Mohamad Ariff mengarahkan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut supaya menarik balik kata-kata kurang sopan yang dilemparkan dan kemudiannya ditarik walaupun berlaku sedikit kekecohan antara mereka.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/keluar-kata-kesat-ahli-parlimen-boleh-dihalau-keluar-dewan-speaker-224026

Malaysia raih pelaburan RM149 bilion Jan-Sep 2019

1 BONUS SYUKUR

1 ELAUN PERJALANAN

Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan menarik dengan mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM149 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama bagi tempoh sembilan bulan 2019. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan menarik dengan mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM149 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama bagi tempoh sembilan bulan 2019, meningkat 4.4 peratus berbanding RM142.6 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama 2018.

Pelaburan itu membabitkan 4,025 projek dan akan mewujudkan tambahan 93,841 peluang pekerjaan, demikian kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Beliau berkata, majoriti pelaburan adalah dari sumber domestik, yang menyumbang RM82.7 bilion atau 55.5 peratus daripada jumlah pelaburan.

Katanya, pelaburan langsung asing (FDI) mewakili 44.5 peratus atau RM66.3 bilion, dengan jumlah FDI yang diluluskan bagi tiga sektor utama meningkat sebanyak 6.5 peratus kepada RM66.3 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2019 berbanding RM62.2 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

“Dari segi sektor, sektor perkhidmatan menarik RM85 bilion membabitkan 3,299 projek diluluskan berbanding RM74.9 bilion membabitkan 2,931 projek diluluskan pada tempoh sama tahun lalu. Projek ini akan menjana lebih 38,800 peluang pekerjaan.

“Daripada jumlah itu, 72 peratus atau RM61.2 bilion adalah dari sumber domestik, manakala baki 28 peratus atau RM23.8 bilion lagi adalah pelaburan asing,” kata Leiking dalam satu kenyataan.

Sektor pembuatan pula memperlihatkan sebanyak 671 projek diluluskan bernilai RM57.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan 2019 berbanding 467 projek dengan pelaburan sebanyak RM57.5 bilion pada Januari-September 2018.

Pelaburan domestik berjumlah RM18.5 bilion atau 32.1 peratus, peningkatan 81.7 peratus daripada RM10.2 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sementara itu, sektor utama pula menyumbang RM6.3 bilion atau 4.2 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada Januari hingga September 2019.

Subsektor perlombongan terus mendahului dengan pelaburan diluluskan sebanyak RM5.9 bilion, diikuti perladangan dan komoditi sebanyak RM275.2 juta dan pertanian RM135.1 juta.

Pelaburan asing mendominasi pelaburan yang diluluskan bagi sektor itu yang berjumlah RM3.3 bilion, manakala sumber domestik menyumbang RM3 bilion.

“Di sebalik pertikaian perdagangan berterusan yang menyaksikan pertumbuhan yang perlahan, kita akan mengekalkan haluan dan terus menarik rakan strategik untuk melabur di Malaysia.

“Ini akan menjana limpahan positif kepada ekonomi menerusi ekosistem pertumbuhan rantaian bekalan tempatan dan meningkatkan tenaga kerja rakyat Malaysia,” kata Leiking.

Sehingga September 2019, beliau berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang berunding secara aktif membabitkan 682 projek dengan cadangan pelaburan sebanyak RM37.6 bilion.

Ia termasuk 242 projek dalam sektor pembuatan (RM26.6 bilion) dan 440 projek dalam sektor perkhidmatan (RM11.0 bilion).

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/633322/malaysia-raih-pelaburan-rm149-bilion-jan-sep-2019?fbclid=IwAR0UfzguPTg_r8M8atgeYHpGbsoaOIlFcd38-oI_yWLD7ykq4YH36rZdKa4

#BMF Membawa Sial Kepada Mokhtar Senik

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=694854164371008&set=a.101917830331314&type=3&theater

Bmf katakan…pulun sakan sampai terlinguk cina Dap.

 

Ketagihan dadah, jika tidak dibendung, negara kerugian tenaga belia – Muhyiddin

Muhyiddin bersama Alwi (kiri) dan Zulkifli (kanan) menunjukkan Pelan Tindakan Jom Hijau AADK 2019-2021 pada perasmian Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2019 hari ini. --fotoBERNAMA

Muhyiddin bersama Alwi (kiri) dan Zulkifli (kanan) menunjukkan Pelan Tindakan Jom Hijau AADK 2019-2021 pada perasmian Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2019 hari ini. –fotoBERNAMA

BANGI: : Seramai 85,575 orang belia berumur antara 19 dan 39 tahun dikesan menjadi penagih dadah sejak tahun 2014 hingga 2018, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jumlah tersebut adalah 73.6 peratus daripada 116,206 orang penagih yang dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tempoh lima tahun berkenaan.

“Golongan belia adalah golongan yang paling ramai terlibat penyalahgunaan dadah. Jika ia tidak dibendung, negara kita akan mengalami kerugian tenaga belia.

“Mereka yang seharusnya produktif membangunkan negara, terpaksa menanggung pelbagai masalah sosial akibat penyalahgunaan dadah,” katanya pada majlis perasmian Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan di Dewan Seri Akasia, Ibu Pejabat AADK, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, trend penyalahgunaan dadah di negara ini konsisten dengan trend dunia dan serantau.

“Daripada Januari hingga Disember lepas, dadah jenis methaphetamine seperti syabu dan pil kuda adalah yang paling banyak disalah guna iaitu sebanyak 61.9 peratus daripada keseluruhan dadah.

“Ia diikuti dadah jenis heroin sebanyak 23.3 peratus. Dan trend ini agak berbeza daripada tahun 2017 yang mana heroin lebih banyak digunakan berbanding methamphetamine,” katanya.

Dalam konteks ini, tegas Muhyiddin, peranan keluarga amat penting bagi mencegah golongan remaja daripada terlibat dengan gejala dadah.

Katanya, banyak kajian menunjukkan pengawasan dan sikap mengambil peduli tentang aktiviti anak-anak serta anggota keluarga boleh mencegah mereka daripada terjebak gejala berisiko.

Menurutnya, antara usaha memerangi dadah ialah dengan membuat pengekalan kepulihan klien Orang Kena Pengawasan (OKP) di dalam komuniti.

“Berdasarkan pemantauan dan penilaian AADK, didapati kadar kepulihan bekas-bekas klien yang telah menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti untuk tempoh dua tahun, adalah seramai 8,449 orang atau 55 peratus daripada 15,249 OKP yang dinilai.

“Ini melebihi sasaran 40 peratus yang telah ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama kementerian ini bagi tahun lepas,” katanya.

Muhyiddin berkata untuk membantu bekas penagih dadah pulih sepenuhnya, stigma terhadap penagih dadah yang telah dirawat harus dikikis.

Pada tahun lepas sahaja, tambahnya, seramai 4,654 orang klien dibebaskan dari pusat pemulihan.

“Untuk mengekalkan kepulihan dan membolehkan mereka diterima masyarakat, sokongan komuniti setempat amat penting dalam menerima mereka ini agar tidak mengulangi penagihan apabila merasakan diri mereka tersisih.

“Pencegahan penagihan berulang antara komponen rawatan dan pemulihan dadah yang penting. Statistik menunjukkan sejak tahun 2014 hingga Disember lepas, hanya 25 peratus kes dikesan merupakan penagih dadah berulang,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Selepas dinafikan dana RM30 juta, MCA jual gincu, tiket konsert bantu TAR UC

 

Heng Seai Kie (tengah, duduk) bersama Cheng Tsu Sun (dua dari kanan, duduk) dan ahli lain menunjukkan gincu serta tiket konsert untuk mengutip dana bagi TAR UC.

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie melancarkan program kutipan dana untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) selepas kerajaan berhenti memberi peruntukan kepada institusi pengajian tinggi swasta itu.

Katanya, sayap itu akan menjual gincu dan tiket konsert pada majlis makan malam perhimpunan agungnya malam ini dan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung esok.

Beliau berkata, seorang individu bernama Cheng Tsu Sun menyumbang 600 gincu buatan sendiri, manakala seorang lagi lelaki membeli 100 tiket sebuah konsert Cina yang akan diadakan pada 14 Dis ini di Stadium Bukit Jalil dan menyumbangnya kepada Wanita MCA untuk dijual.

Katanya, mereka menyasarkan untuk mengumpul kira-kira RM17,000 daripada jualan itu.

“Ini ialah permulaan kepada kempen derma itu. Kami menggesa orang ramai, termasuk badan bukan kerajaan dan usahawan menghubungi kami, jika mereka mahu mengambil bahagian dalam kutipan dana itu,” katanya pada sidang media di Wisma MCA.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, MCA patut melepaskan penguasaan ke atas TAR UC sebagai syarat untuk menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM30 juta.

Pemimpin MCA, termasuk Presidennya, Wee Ka Siong membidas Lim berhubung pendirian itu.

Pada 23 Nov lalu, Lim dilaporkan berkata, kerajaan meluluskan peruntukan tahunan sekurang-kurangnya RM30 juta kepada tabung amanah yang diuruskan Persatuan Alumni Tunku Abdul Rahman (TAA).

“Tabung amanah ini terdiri daripada ahli TAA, wakil pelajar TAR UC dan seorang wakil Kementerian Kewangan,” katanya sambil menambah RM30 juta akan disalurkan sebaik saja tabung amanah itu ditubuhkan.

Beliau berkata, wang itu hanya akan disalurkan tabung amanah berkenaan kepada TAR UC jika pemimpin MCA melepaskan kuasa milikan, pentadbiran dan jawatan dalam lembaga pemegang amanah dan pengarah IPTS itu.

Katanya, syarat itu sejajar prinsip dana awam tidak patut disalurkan kepada perniagaan, syarikat media, badan bukan kerajaan dan institusi pendidikan yang dikuasa parti politik.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/29/selepas-dinafikan-dana-rm30-juta-mca-jual-gincu-tiket-konsert-bantu-tar-uc/?fbclid=IwAR2R0WSqJF-PO7BMgmho0-_tYr3DdnNpcxWlfeyc4PAaLs8Pb7ihu0-AbLA

PEDULI REMAJA: AL QUR’AN DI HATIKU.

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people, crowd and indoor

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, shoes

PEDULI REMAJA: AL QUR’AN DI HATIKU.
Sedang berlangsung sekarang di Kolej Matrikulasi Kelantan.

Ucaptama oleh YBhg Ust Nik Omar, YDP YADIM.

YADIM menampilkan YBhg Ust Muhammadi, Imam Tua Masjid Lundang untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang huffaz.

Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak Warga Kolej Matrikulasi Kelantan.

Ust Nik Omar menziarahi beberapa orang penduduk yang terlantar dan mengalami keuzuran di Kg Tasek Berangan.

1 NIK OMAR

Kg Tasek Berangan, Ust Nik Omar diiringi Dr Shah Jihan dan Abe Aziz menziarahi beberapa orang penduduk yang terlantar dan mengalami keuzuran.

Menariknya dalam program ziarah kali ini kita membawa bersama tim perubatan dari Hospital Pasir Mas untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi khidmat nasihat.

Contoh Prima Facie Sebenar

1 NAJIB WANITA & WANG1 AZAB DI AKHIRAT PEDIH

1 PAS BERSUBAHAT

Contoh prima facie sebenar…

Antara yang disimpulkan oleh Justice Nazlan dalam kes SRC:

1) Pinjaman dari KWAP tidak mungkin akan diluluskan tanpa jaminan kerajaan dan pembayaran awal tidak dapat dibuat jika tertuduh (Najib) bukan seorang Perdana Menteri atau Menteri Kewangan ketika itu.

2) Tertuduh memiliki kuasa dalam SRC dan Artikel 117 memberikan beliau kawalan ke atas SRC.

3) Menteri Kewangan Kedua (Husni) cuba campurtangan dalam SRC tetapi dihalang oleh tertuduh.

4) Tertuduh mempercepatkan pembayaran oleh KWAP kepada SRC dan semenjak itu SRC telah gagal melunaskan pinjaman kepada KWAP.

5) Tertuduh juga telah menghalang SRC dari memeriksa pelaburan mereka di Swiss Bank.

6) Penglibatan tertuduh adalah di luar kebiasaan yang menunjukkan ada kepentingan peribadi.

7) Tertuduh juga meluluskan pinjaman jangka pendek apabila SRC gagal membayar pinjaman kepada KWAP.

8) Tertuduh ada kepentingan dalam SRC yang berada dalam kawalannya yang menyebabkan RM42 juta dimasukkan ke akaun beliau.

9) Elemen penyalahgunaan kedudukan telah berjaya dibuktikan.

10) Tertuduh adalah ‘pengarah bayangan’ SRC di mana beliau memiliki pengaruh sebagai Perdana Menteri dan ada kuasa untuk memecat pengarah.

11) Di atas arahan tertuduh, RM1.8 billion dari pinjaman pertama telah dipindahkan ke dua akaun luar negeri.

12) Dakwaan tertuduh bahwa wang yang didalam akaunnya adalah derma Pak Arab adalah satu yang sukar diterima kerana beliau telah membelanjakannya terlebih dahulu (sebelum derma masuk?)

13) Tertuduh diminta membela diri.

#SRC