Mahkamah Tinggi Benarkan Tulisan Jawi Diajar Di Sekolah Cina dan Tamil Di Seluruh Negara – Tahniah PH

Mahkamah Tinggi benar tulisan jawi diajar di sekolah Cina, Tamil

Amarjit Serjit Singh berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. – Gambar fail

No photo description available.

Ada tulisan Khat Jawi dalam duit kertas negara China seperti dalam gambar ini, kenapa di Malaysia ianya jadi perosak minda?

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan parti Gerakan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Pada September lepas, Gerakan telah memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Gerakan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai menamakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Timbalannya Teo Nie Ching dan kerajaan Persekutuan sebagai responden.

Gerakan diwakili peguam Tan Lee Kiat dan Mak Kah Keong.

Mak ketika dihubungi di sini hari ini berkata jawatankuasa pusat Gerakan akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tinggi-benar-tulisan-jawi-diajar-di-sekolah-cina-tamil-224021

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s