Syarikat Mengurus Visa Pendatang Membayar RM2 Juta Kepada Zahid

1 3 TENGKEROK HANGUS

Saya beri Ahmad Zahid RM2 juta – Pengarah Syarikat.

Seorang pengarah syarikat pemprosesan visa memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima RM2 juta sebagai rasuah daripadanya untuk membolehkan syarikatnya dilantik mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan. — with Ritz Carlos.

Mengadakan Kunjung Hormat dan perbincangan kerja kepada YBhg. En. Nik Mohd Nurul Ihsan, Pengurus Negeri, YAPEIM Negeri Kelantan – Zaidi Ab Halim

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 5 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, people standing

9.00 am: Mengadakan Kunjung Hormat dan perbincangan kerja kepada YBhg. En. Nik Mohd Nurul Ihsan, Pengurus Negeri, YAPEIM Negeri Kelantan.

Saya sangat berbesar hati apabila saranan untuk kolaborasi antara YADIM dan YAPEIM disambut baik oleh beliau.

Lagipun YADIM dan YAPEIM adalah “adik-beradik”.

Terima kasih En. Nik.

Saya beri Ahmad Zahid RM2 jutaZAHID

AZLAN Shah Jaffril

1 3 TENGKEROK HANGUS

Saya beri Ahmad Zahid RM2 juta

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pemprosesan visa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima RM2 juta sebagai rasuah daripadanya untuk membolehkan syarikatnya, dilantik mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan.

Pengarah Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB), Azlan Shah Jaffril, 48, berkata demikian semalam semasa menjawab pertanyaan peguam Datuk RS Sodhi semasa pemeriksaan balas dalam saman sivil yang dibawa oleh bekas Pengarah PRSB, Nor Rosnani Ibrahim sebagai plaintif, terhadap Azlan Shah dan syarikatnya PRSB, sebagai defendan, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ong Chee Kwan.

Sodhi: Tiga tuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid berkait dengan rasuah RM2 juta daripada kamu?

Azlan Shah: Ya, itu yang beliau (Ahmad Zahid) hadapi (pertuduhan).

Azlan Shah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau akan menjadi saksi pendakwaan dalam kes rasuah Ahmad Zahid yang sedang dibicarakan.

Kepada soalan Sodhi, yang mewakili Nor Rosnani, mengenai sebab defendan pertama (Azlan Shah) memberikan wang daripada PRSB kepada ‘Masjid Tapah’, Azlan Shah berkata, beliau menderma wang kepada sebuah masjid setiap bulan, yang didakwa sebagai bayaran kepada ‘pegawai’ di Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk membantu syarikat itu mendapatkan kembali kontrak untuk OSC.

“Saya ada mendapatkan bantuan daripada pegawai di PMO selepas kontrak itu ditamatkan tetapi mereka berkata, “kami tidak mahu wang daripada kamu, dermalah kepada masjid ini setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, Azlan Shah dalam kenyataan saksinya berkata, Kementerian Dalam Negeri membatalkan kontrak PRSB pada 11 November 2015.

“Alasannya ialah Ahmad Zahid, Menteri Dalam Negeri ketika itu, tidak gembira dengan individu di sebalik PRSB dan beliau memaklumkan kepada saya tentang perkara ini apabila saya berjumpa dengannya,” katanya, sambil menambah selepas kontrak itu dibatalkan, beliau terus terbabit dengan kementerian atas inisiatifnya sendiri.

“Saya juga meyakinkan beliau (Ahmad Zahid) bahawa sebenarnya syarikat itu saya miliki 75 peratus dan bukan oleh pihak lain lagi,” katanya, sambil menambah bahawa syarikat itu telah diberikan kontrak untuk memproses penghantaran balik secara sukarela pekerja asing dan aplikasi OSC untuk Nepal dan Pakistan pada pertengahan 2016 selepas beberapa siri rundingan.

Dalam saman yang difailkan pada 8 Mei tahun ini, Nor Rosnani, 43, mendakwa Azlan Shah melanggar perjanjian itu dan meminta defendan pertama memindahkan semula 30 peratus saham dalam PRSB kepada plaintif.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nor Rosnani menuntut Azlan Shah memindahkan semula 30 peratus saham kepadanya selepas beliau (Azlan Shah) menyelesaikan satu masalah yang berkaitan dengan operasi PRSB di Dhaka, Bangladesh.

Nor Rosnani juga mendakwa Azlan Shah enggan mengagihkan perolehan daripada operasi PRSB kepada pemegang saham, termasuk plaintif, mengikut pegangan masing-masing.

Perbicaraan bersambung pada Jumaat. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/632863/saya-beri-ahmad-zahid-rm2-juta?fbclid=IwAR2ZVLZyCvKyy2SnJDlR-VmiXkxQw1LIBWdi1LGDGGGJ1VNQH2GuT9oRwnA

Saya beri Ahmad Zahid RM2 juta – Pengarah syarikat

Saya beri Ahmad Zahid RM2 juta - Pengarah syarikat

1 SERIK

Ahmad Zahid didakwa menerima RM2 juta sebagai rasuah untuk membolehkan syarikat dilantik mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pemprosesan visa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima RM2 juta sebagai rasuah daripadanya untuk membolehkan syarikatnya dilantik mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan.

Pengarah Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB) Azlan Shah Jaffril, 48, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan peguam Datuk R.S. Sodhi semasa pemeriksaan balas dalam saman sivil yang dibawa oleh bekas pengarah PRSB, Nor Rosnani Ibrahim sebagai plaintif, terhadap Azlan Shah dan syarikatnya PRSB, sebagai defendan, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ong Chee Kwan.

Sodhi: Tiga tuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid berkait dengan rasuah RM2 juta daripada kamu?

Azlan Shah: Ya, itu yang beliau (Ahmad Zahid) hadapi (pertuduhan).

Azlan Shah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau akan menjadi saksi pendakwaan dalam kes rasuah Ahmad Zahid yang sedang dibicarakan.

Kepada soalan Sodhi, yang mewakili Nor Rosnani, mengenai sebab defendan pertama (Azlan Shah) memberikan wang daripada PRSB kepada ‘Masjid Tapah’, Azlan Shah berkata beliau menderma wang kepada sebuah masjid setiap bulan, yang didakwa sebagai bayaran kepada “pegawai” di Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk membantu syarikat itu mendapatkan kembali kontrak untuk OSC.

“Saya ada mendapatkan bantuan daripada pegawai di PMO selepas kontrak itu ditamatkan… tetapi mereka berkata, ‘kami tidak mahu wang daripada kamu, dermalah kepada masjid ini setiap bulan,” katanya.

Sementara itu, Azlan Shah dalam kenyataan saksinya berkata Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan kontrak PRSB pada 11 November 2015.

“Alasannya ialah Ahmad Zahid, Menteri Dalam Negeri ketika itu, tidak gembira dengan individu di sebalik PRSB dan beliau memaklumkan kepada saya tentang perkara ini apabila saya berjumpa dengannya,” katanya, sambil menambah selepas kontrak itu dibatalkan, beliau terus terlibat dengan kementerian atas inisiatifnya sendiri.

“Saya juga meyakinkan beliau (Ahmad Zahid) bahawa sebenarnya syarikat itu saya miliki 75 peratus dan bukan oleh pihak lain lagi,” katanya, sambil menambah bahawa syarikat itu telah diberikan kontrak untuk memproses penghantaran balik secara sukarela pekerja asing dan aplikasi OSC untuk Nepal dan Pakistan pada pertengahan 2016 selepas beberapa siri rundingan.

Dalam saman yang difailkan pada 8 Mei tahun ini, Nor Rosnani, 43, mendakwa Azlan Shah melanggar perjanjian itu dan meminta defendan pertama memindahkan semula 30 peratus saham dalam PRSB kepada plaintif.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nor Rosnani menuntut Azlan Shah memindahkan semula 30 peratus saham kepadanya selepas beliau (Azlan Shah) menyelesaikan satu masalah yang berkaitan dengan operasi PRSB di Dhaka, Bangladesh.

Nor Rosnani juga mendakwa Azlan Shah enggan mengagihkan perolehan daripada operasi PRSB kepada para pemegang saham, termasuk plaintif, mengikut pegangan masing-masing.

Perbicaraan bersambung pada Jumaat. – Bernama

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-beri-ahmad-zahid-rm2-juta-pengarah-syarikat-223892

YBhg En Mohd Yuzre bin Mohamed Zaid, Pengurus Bahagian Timur Bank Muamalat Malaysia Mengunjungi Yadim, Kelantan.

Image may contain: 2 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, people standing and indoor

11.00 am, Menerima kunjungan daripada YBhg En Mohd Yuzre bin Mohamed Zaid, Pengurus Bahagian Timur Bank Muamalat Malaysia.

Saya merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau bertandang ke ofis hari ini.

MCA beri amaran boleh tendang Umno keluar dari BN

DATUK LIOW TIONG LAI: BN mesti terus berpegang pada prinsip perpaduan budaya dan mempertahankan keharmonian kaum di Malaysia. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai, memberi amaran bahawa Umno boleh ditendang keluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN) jika parti itu bergerak ke arah politik teokratik (hukum agama menjadi dasar kerajaan).

Berucap pada konvensyen MCA Selangor kelmarin, Datuk Liow berkata BN mesti terus berpegang pada prinsip perpaduan budaya dan mempertahankan keharmonian kaum di Malaysia.

Beliau berkata jika Umno mengamalkan pendekatan bersifat perkauman dan keagamaan, BN sama ada akan dibubarkan atau MCA akan mengeluarkan Umno daripada gabungan tersebut.

“BN akan berpegang pada prinsip-prinsip kesederhanaan. Jika mana-mana parti komponen, termasuk Umno, bergerak ke arah perkauman, agama, teokrasi atau ekstremisme, maka mereka akan mempunyai hanya dua pilihan.

“Pilihan pertama ialah membubarkan Barisan Nasional kerana ia tidak lagi menjadi perhimpunan kaum yang harmoni. Pilihan kedua ialah menendang keluar Umno.

“Kami (MCA) ialah parti yang mengamalkan kesederhanaan. Jadi mengapa kami harus meninggalkan BN? Kenapa kami tidak boleh tendang keluar Umno?” ujarnya.

Datuk Liow berkata semasa ditanya mengenai pandangannya tentang kerjasama baru Umno dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), bahawa MCA tidak bersetuju dengan hala tuju baru itu.

“Umno telah memberi jaminan bahawa mereka (Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS)) akan bekerjasama hanya dalam isu-isu tertentu, dan tidak akan membentuk satu penggabungan.

“Saya sebenarnya telah menyatakan pendirian ini kepada Umno, bahawa kami tidak bersetuju akan sembarang pakatan atau usaha untuk mengarahkan parti itu (Umno), khususnya sebagai parti komponen BN, ke arah kaum dan agama,” katanya.

Datuk Liow berkata walaupun kerjasama antara pembangkang mengenai isu tertentu boleh diterima, ia tidak seharusnya membawa kepada sembarang penggabungan rasmi.

“Kami ialah sebuah parti sederhana. Seperti yang saya katakan, BN sederhana. Jika ada kerjasama mengenai beberapa isu, maka biarkanlah. Lagi pun, kita semua adalah sebahagian daripada pembangkang,” kata Datuk Liow.

BN menyaksikan parti Gerakan dan lapan parti komponen lain dari Sabah dan Sarawak keluar daripada gabungan itu berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei lalu.

Gabung itu sekarang terdiri daripada Umno, MIC dan MCA, dengan status Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) belum diketahui berikutan krisis kepimpinan dalamannya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Umno dan PAS memulakan kerjasama dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis dan Seri Setia, di mana dua parti itu berkempen bagi calon satu sama lain menentang gabungan Pakatan Harapan yang memerintah.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membawa dua parti itu lebih dekat dengan menghadiri muktamar tahunan PAS di Kuala Terengganu awal bulan ini. Langkah itu dijangka dibalas oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang telah menunjukkan bahawa beliau mungkin menghadiri perhimpunan agung Umno yang akan datang. – NST.

“Kami (MCA) ialah parti yang mengamalkan kesederhanaan. Jadi mengapa kami harus meninggalkan BN? Kenapa kami tidak boleh tendang keluar Umno?”
– Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA).

https://www.beritaharian.sg/dunia/mca-beri-amaran-boleh-tendang-umno-keluar-dari-bn?fbclid=IwAR1iDHbJkh3IeeCpLofrxUse21AMGRF009MaDH6KcpsPXs5nTtZM-4iwCew

Bicara Dakwah Rasulullah – Yadim Kelantan

Image may contain: 2 people, including Zaidi Ab Halim, people standing and text

Program Hujung Minggu Ini:

29 Nov 2019 (Jumaat):
1. 9.00 pagi – Kuliah Dhuha dan penyampaian sumbangan di Surau RTC bersama Ust Nik Omar dan Ust Dr Mohd Sha’roni Mohd Na’im.

2. 4.30 petang – Ziarah asnaf di sekitar Tasik Berangan, Pasir Mas.

3. 7.00 malam – Bicara Dakwah Rasulullah bersama Ust Nik Omar di Masjid Mahmudi, Tasik Berangan, Pasir Mas

30 Nov 2019
8.30 pagi – Ceramah “Kelebihan dan Teknik Menghafaz Al Quran” oleh Ust Muhammadi, Imam Tua Masjid Lundang bertempat di Kolej Matrikulasi Kelantan.