Lebih 50 Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda Kedah dan Perlis Menyatakan Sokongan Kontrak Diberikan Kepada NAFAS – Tahniah Kepada PH Dan Takziah Untuk Khadam.

1 SALAHUDDIN HERO

GURUN: Lebih 50 Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda Kedah dan Perlis menyatakan sokongan supaya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberi kontrak secara rundingan terus.

Wakilnya, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad, berkata kontrak berkaitan padi wajar diberikan kepada NAFAS bagi membela dan menjaga kebajikan lebih 900,000 ahli pertubuhan itu.

“NAFAS bukan milik individu tetapi milik peladang..pulangannya nanti bukan dapat kepada orang lain tetapi kepada peladang itu sendiri.

“Perkara ini tiada isu pun sebenarnya kerana amalan sebelum ini iaitu sejak 22 tahun lalu, memang kontrak diberikan secara terus kepada NAFAS,” katanya pada sidang media di Malaysian NPK Fertilizer, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sekiranya kontrak itu diberikan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pendapatan lebih 1,000 pekerja NAFAS.

“Sejak 1999 kilang di sini membantu pekerja dan janganlah kerana mainan politik, golongan ini menjadi mangsa.

“Kami berharap kontrak ini diberikan secara terus kepada NAFAS, biar ahli peladang merasainya dan bukan menguntungkan individu tertentu,” katanya.

Mohd Ridzwan berharap kerajaan tidak tunduk kepada desakan pembangkang yang cuba melakukan sabotaj dalam isu ini.

“Sebelum ini pada zaman Barisan Nasional (BN) pun diberikan secara terus kepada NAFAS dan berdasarkan maklumat 2018 pun ada cubaan (tender terbuka) ini tetapi tidak berjaya.

“2019 berlaku lagi..kita tidak tahu di mana silapnya dan kita berharap kerajaan dapat menyiasat siapa yang bertanggungjawab dalam isu ini,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631734/sokong-kontrak-diberikan-kepada-nafas?fbclid=IwAR15Ea-Dy44qN5Ie3HA_MiIYiGEW5TT4hVpsvKlSzl4rWyAMvOUp7QgS_8s

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s