Kerajaan PAS Terengganu menanggung beban hutang kerajaan terdahulu sebanyak RM403.48 juta

1 ALLAH GAGALKAN NAJIB1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI1 SALWANI LEBIH MULIA DARI HADI1 ULAMAK JAHAT1 NAFAS UMNOPAS KHADAM MCA1 NOR SALWANI

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu menanggung beban hutang kerajaan terdahulu sebanyak RM403.48 juta pada belanjawan tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Haji Mamad Puteh berkata, ia menjadi satu beban kepada kerajaan negeri kerana terpaksa membayar wang yang dipinjam oleh pemerintahan terdahulu.

“Kita rasa dengan hutang yang besar ni memanglah menjadi satu beban yang besar kepada kerajaan negeri kerana kita jangka tahun hadapan pendapatan kita dalam RM1.6 bilion sahaja.

“Hutang sahaja RM400 juta bermakna 25 % daripada pendapatan kita kena bayar hutang yang wajib kita bayar. Inilah yang menjadi permasalahan kepada kita dan keseluruhan rakyat negeri Terengganu,” jelasnya.

BINTANG BUCU LIMA SUDAH SUDAH DIGUNAKAN SEMENJAK 2014

Image may contain: one or more people

No photo description available.

Image may contain: 1 person, smiling

1 SALAHUDDIN HERO

 

Rupanya lambang bintang bucu 5 ni telah diwujudkan dizaman BN lagi..Kesian dh makin teruk sakit mata najib..

AJP PELADANG KLUANG SOKONG SALAHUDDIN

1 SALAHUDDIN HERO1 TAATLAH KPD TUN1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI

AJP PELADANG KLUANG SOKONG SALAHUDDIN

JOHOR BAHRU, 26 NOV : Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang (AJP Peladang) Kluang menyatakan sokongan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkenaan dengan kontrak pengurusan baja.

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, beliau serta ahli jemaah yang lain telah sebulat suara menyokong tindakan kontrak pengurusan baja diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Beliau turut menyokong dengan kontrak itu diberikan secara runding terus kepada agensi di bawah Peladang itu.

“Dalam kajian yang telah dibuat, pengalaman serta kemudahan yang dimiliki oleh Nafas seperti kilang dan kemudahan lain telah membuatkan agensi tersebut mampu dipilih untuk memiliki kontrak berkenaan.

“Selain itu, Nafas juga mempunyai asas data yang lengkap berkenaan dengan keperluan ahli seramai 900,000 peladang di negara ini.

“Ahli itu juga sebelum ini adalah mereka yang bernaung di bawah Nafas dan ia membuktikan agensi yang cakna serta mampu untuk mendapatkan kontrak pengurusan baja,” katanya kepada JohorKini.

Beliau turut memberi sokongan penuh kepada tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang membawa serta bertindak pantas memaklumkan isu ini kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad untuk diputuskan berkenaan hal ini.

“Kami juga sebulat suara menggelarkan YBM Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai ‘hero’ atau ‘perwira’ peladang seluruh negara dengan tindakan beliau yang dilihat ikhlas membantu nasib peladang di negara ini,” katanya.

Tambahnya lagi, Nafas juga hari ini mempunyai data yang cukup berkenaan dengan bekalan baja yang diperlukan serta data perkerjaan yang diperlukan oleh peladang di negara ini dan ini membawa kepada banyak penjimatan.

“Ini kerana pengurusan yang terurus seperti Nafas ini dapat mengelakkan beberapa kerugian yang bakal ditanggung oleh kerajaan.

“Seluruh Peladang Kluang juga berhasrat agar pihak Nafas dapat mengkaji semula harga baja yang ditawarkan sekarang dan diharap ia dapat diturunkan untuk jualan akan datang.

“Dengan pengurusan Nafas yang membawa slogas bebas rasuah akan lebih diyakini oleh seluruh rakyat Malaysia bahawa Nafas akan dapat menguruskan kos bahan dengan lebih rendah dan menawarkan harga yang lebih rendah kepada peladang,” katanya lagi.

Sebelum ini Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mempersoalkan mengenai urusan pemberian tender Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara terus kepada Nafas di Dewan Rakyat.

JohorKini

AJP PELADANG KLUANG SOKONG SALAHUDDIN

Hari 5: Ambrin tak anggap Nor Salwani buat salah – Jutaan Tahniah Buat Puan Nor Salwani

1 NOR SALWANI

LANGSUNG | Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, dijangka akan menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Perbicaraan ke atas Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy memasuki hari kelima hari ini. Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Najib diwakili sepasukan peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Peguam lain ialah Harvinderjit Singh, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah.

Arul Kanda, 43, pula diwakili peguam N Sivananthan, Jasmine Cheong serta Dhanyaa Shreeya Sukumar.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, pula bertindak sebagai ketua pasukan pendakwaan.

LANGSUNG

1.55 petang: Prosiding untuk hari ini tamat. Ia akan disambung semula jam 9.30 pagi esok.

Pihak pendakwaan dijangka akan menyambung pendengaran rakaman audio mesyuarat pada 24 Feb 2016 bagi membolehkan saksi, Ambrin Buang, membuat pengesahan suara.


12.57 tengah hari: Rakaman mengenai mesyuarat berlangsung pada 24 Feb 2016 yang melibatkan keputusan untuk menggugurkan beberapa isu kontroversi dari laporan akhir audit 1MDB dimainkan sekali lagi di mahkamah.

Rakaman itu sepanjang dua jam 45 minit.

Ia dilakukan atas permohonan Gopal bagi membolehkan saksi, Ambrin, membuat pengecaman.

Saksi pendakwaan itu kemudian dilihat mendengar rakaman berkenaan sambil merujuk kepada transkrip yang disediakan pihak pendakwaan.


12.39 tengah hari: Pihak pendakwaan dan pembelaan masih belum bersepakat mengenai transkrip versi akhir menyuarat pada 24 Feb 2016 yang membawa kepada pindaan laporan akhir audit 1MDB.

Gopal memberitahu hakim pihaknya berpuas hati dengan transkrip tersebut, namun Shafee dan Sivanantha sebaliknya tidak bersetuju atas beberapa sebab.

Antaranya beberapa fakta yang didakwa sebagai kesilapan dan perkataan-perkataan yang tertinggal.

Akhirnya Sivananthan – yang mewakili Arul Kanda – mencadangkan pihak pendakwaan dan pembelaan menghantar wakil untuk berbincang dan mendengar rakaman suara yang berkenaan serta menulis butirannya.

Cadangan itu diterima semua pihak.

Shafee memberitahu mahkamah, ia mungkin mengambil sedikit masa dan hanya akan tamat menjelang Jumaat ini.


12.14 tengah hari: Ambrin Buang mendakwa beliau pernah berasa tertipu selepas mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung dua penyata kewangan 1MDB yang tidak sekata dan dikeluarkan dari laporan akhir auditnya.

Sebelum itu saksi terbabit menjelaskan Najib pernah memberi jaminan untuk menyiasat kejanggalan tersebut.

“Saya rasa tertipu kerana saya diberikan jaminan (oleh Najib) dan dengan premis itu saya (setuju) menggugurkan dua versi (laporan kewangan 1MDB) dari laporan (akhir audit 1MDB),” katanya di depan hakim, Mohamed Zaini, semasa disoal Gopal.


12.11 tengah hari: Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad, tidak melanggar sebarang kod etika apabila meletakkan perakam suara dalam kotak pensil semasa mesyuarat berlangsung pada 24 Feb 2016.

Menjawab soalan Gopal, Ambrin memberitahu hal itu kerana Nor Salwani adalah seorang daripada anggota pasukan JAN yang menghadiri mesyuarat berkenaan.

Apabila Nor Salwani diiringi keluar dari mesyuarat tersebut, pegawai terbabit tidak dapat membuat catatan. Justeru, kata Ambrin, rakaman berkenaan dianggap perlu.

Gopal: Dia (Salwani) tak dapat menghadiri mesyuarat, dia meletakkan peranti perakam suara itu dalam bekas pensil (juruaudit JAN) Saadatul) Nafisah. Adakah kamu anggap itu melanggar kod tatalaku?

Ambrin: Tidak, sebab jika dia menghadiri mesyuarat, dia tidak melanggarnya (kod tatalaku) kerana dia boleh menggunakannya kemudian untuk mencatat nota bagi kegunaan dalaman (JAN).


12.09 tengah hari: Ambrin Buang memberitahu mahkamah, beliau mempercayai jaminan Najib Razak untuk menyiasat dua laporan kewangan 1MDB yang bercanggahan.

Menjawab soalan Gopal – selaku ketua pendakwaan – mengenai mesyuarat pada 22 Feb 2016, bekas Ketua Audit Negara memberitahu Najib memberikan jaminan untuk menyiasat isu berkenaan.

Gopal: Bila dia (Najib) kata “I will get to the bottom of it”, adakah kamu percaya dia?

Ambrin: Beliau ketika itu seorang perdana menteri. Saya tak ada sebab untuk tak percaya kepada beliau.

Ambrin bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah mendapatkan pengesahan kemudian daripada itu sama ada Najib benar-benar menjalankan siasatan.

Terdahulu saksi pendakwaan itu memberitahu bagaimana dua laporan kewangan 1MDB yang saling bercanggahan dikeluarkan dari laporan akhir audit syarikat terbabit.


11.59 pagi: Bekas Ketua Audit Negara mengakhiri keterangan berdasarkan kepada kenyataan saksinya.


11.50 pagi: Ambrin Buang memberitahu mahkamah hari ini, ada beberapa perkataan seperti “tergesa-gesa” digugurkan daripada laporan akhir audit 1MDB.

Merujuk kepada kandungan laporan audit belum muktamad syarikat pelaburan kerajaan itu bekas Ketua Audit Negara berkata ia berkaitan dengan terbitan Nota Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).


11.19 pagi: Perbicaraan berhenti rehat seketika.


11.17 pagi: Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, mengenal pasti dan mengesahkan perenggan-perenggan yang dipercayai mengandungi laporan audit 1MDB.


10.20 pagi: Menurut Ambrin semasa bermesyuarat pada 24 Feb 2016 itu, beliau bersetuju bahawa kehadiran Low Taek Jho – atau lebih dikenali sebagai Jho Low – dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dikeluarkan dari laporan akhir audit syarikat tersebut.


10.15 pagi: Jabatan Audit Negara (JAN) menerima tekanan supaya mempertimbangkan maklum balas daripada 1MDB mengenai penemuan audit agensi tersebut.

Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, memberitahu keadaan itu berlaku dalam mesyuarat diadakan pada 24 Feb 2016 yang turut dihadiri Dr Ali Hamsa dan Arul Kanda, masing-masing Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada waktu berkenaan.

Menurut Ambrin, Ketua Setiausaha Sulit Najib, Syukry Mohd Salleh, memberitahu semua yang hadir bahawa laporan audit 1MDB mungkin dimanipulasi pembangkang.

Katanya Arul Kanda berpendapat pihak pengurusan 1MDB perlu memberi maklum balas mengenai dapatan audit JAN.

“Mesyuarat itu memberi tekanan kepada JAN untuk mempertimbangkan maklum balas daripada pengurusan 1MDB walaupun masa yang panjang sudah diberikan kepada mereka,” katanya.


10.10 pagi: Menurut Ambrin, Najib – ketika itu berjawatan perdana menteri – mengarahkan beliau tidak memasukkan maklumat berkaitan masalah dialami 1MDB dalam laporan akhir audit mengenai syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Menurut Ambrin, arahan itu diberitahu Najib ketika mereka bertemu sebelum mesyuarat yang diadakan pada 24 Feb 2016.

Ia adalah tarikh mesyuarat penting apabila satu keputusan dibuat untuk memadamkan beberapa isu kontroversi daripada laporan tersebut.

“Najib kemudian meminta saya agar tidak memasukkan dua versi laporan kewangan ke dalam Laporan Audit 1MDB. Beliau berjanji kepada saya bahawa pihak berkuasa akan siasat (isu berkenaan).

We will get to bottom of this (kita akan cari puncanya) secepat mungkin, kata beliau kepada saya,” kata Ambrin.


9.55 pagi: 1MDB mengalami masalah apabila hutangnya lebih tinggi berbanding pendapatan membuatkan syarikat itu mengalami kerugian, kata Ambrin Buang.

Bekas Ketua Audit Negara itu memberitahu mahkamah, jabatan beliau mendapati prestasi 1MDB tidak memuaskan, antara lain disebabkan oleh masalah hutang.

Ambrin berkata demikian semasa membaca kenyataan bertulis saksi ketika disoal timbalan pendakwa raya Rozaliana Zakaria.

“Tadbir urus lemah, pelaburan besar tak dibuat perincian, cara berniaga 1MDB bergantung kepada pinjaman luar negara yang sebenarnya menjadi bebanan kepada 1MDB.

“Pinjaman melebihi pendapatan 1MDB dan 1MDB tak menguntungkan,” katanya.


9.46 pagi: Najib dan Arul Kanda memasuki kandang orang kena tuduh menandakan prosiding akan bermula tidak lama lagi.

Ambrin pula kelihatan bersedia untuk menyambung keterangan.

https://www.malaysiakini.com/news/501404?fbclid=IwAR2qXJ3h2gMJUcpDn6pttyx8ZT1kdyKmxI9rQChdIKrqoetQFymjZU4B_XQ

Lebih 50 Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda Kedah dan Perlis Menyatakan Sokongan Kontrak Diberikan Kepada NAFAS – Tahniah Kepada PH Dan Takziah Untuk Khadam.

1 SALAHUDDIN HERO

GURUN: Lebih 50 Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda Kedah dan Perlis menyatakan sokongan supaya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberi kontrak secara rundingan terus.

Wakilnya, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad, berkata kontrak berkaitan padi wajar diberikan kepada NAFAS bagi membela dan menjaga kebajikan lebih 900,000 ahli pertubuhan itu.

“NAFAS bukan milik individu tetapi milik peladang..pulangannya nanti bukan dapat kepada orang lain tetapi kepada peladang itu sendiri.

“Perkara ini tiada isu pun sebenarnya kerana amalan sebelum ini iaitu sejak 22 tahun lalu, memang kontrak diberikan secara terus kepada NAFAS,” katanya pada sidang media di Malaysian NPK Fertilizer, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sekiranya kontrak itu diberikan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pendapatan lebih 1,000 pekerja NAFAS.

“Sejak 1999 kilang di sini membantu pekerja dan janganlah kerana mainan politik, golongan ini menjadi mangsa.

“Kami berharap kontrak ini diberikan secara terus kepada NAFAS, biar ahli peladang merasainya dan bukan menguntungkan individu tertentu,” katanya.

Mohd Ridzwan berharap kerajaan tidak tunduk kepada desakan pembangkang yang cuba melakukan sabotaj dalam isu ini.

“Sebelum ini pada zaman Barisan Nasional (BN) pun diberikan secara terus kepada NAFAS dan berdasarkan maklumat 2018 pun ada cubaan (tender terbuka) ini tetapi tidak berjaya.

“2019 berlaku lagi..kita tidak tahu di mana silapnya dan kita berharap kerajaan dapat menyiasat siapa yang bertanggungjawab dalam isu ini,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631734/sokong-kontrak-diberikan-kepada-nafas?fbclid=IwAR15Ea-Dy44qN5Ie3HA_MiIYiGEW5TT4hVpsvKlSzl4rWyAMvOUp7QgS_8s

SATU LAGI KONSPIRASI PENYELEWENGAN OLEH NAJIB BAKAL TERBONGKAR DALAM MAHKAMAH TINGGI DI LONDON

Putrajaya wins bid for 1MDB-IPIC open hearing in London

Attorney-General Tommy Thomas says if the hearing is successful, Malaysia will be able to seek recovery of US$3.5 billion of 1MDB funds.

KUALA LUMPUR: Putrajaya’s quest to recover US$3.5 billion (RM14.6 billion) paid out of 1MDB funds to International Petroleum Investment Company (IPIC) subsidiaries has received a fillip at the Court of Appeal in London.

The Court of Appeal has allowed the government’s bid to challenge the settlement between the previous Barisan Nasional government and UAE-owed IPIC and Aabar Investments PJS (Aabar PJS) to be heard in open court.

It made the ruling in overturning a decision of the High Court of England stopping a court application by 1MDB and the Minister of Finance Incorporated (MOFI) to set aside a consent award entered into by the Najib Razak administration with IPIC and Aabar PJS pending arbitration proceedings initiated by IPIC and Aabar PJS in London.

Attorney-General Tommy Thomas said in a statement tonight that as a result of the Court of Appeal’s decision, 1MDB and MOFI’s application to set aside the consent award will now proceed to a hearing in the High Court in London.

The Court of Appeal, comprising Chancellor Geoffrey Vos, Lord Justice Newey and Lord Justice Males, also ordered that the parallel arbitration proceedings commenced by IPIC and Aabar PJS be restrained.

Thomas said 1MDB and MOFI filed court proceedings in October 2018 on the ground that the consent award and underlying settlement deeds were “engineered by Najib Razak and others, as part of a conspiracy to defraud, and that IPIC and Aabar PJS knew that Najib was acting contrary to the interests of 1MDB and MOFI”.

“If Malaysia succeeds, Malaysia will, in addition to other rights, be able to proceed to seek recovery of US$3.5 billion that was paid out of 1MDB funds to IPIC subsidiaries.

“Our setting aside application will now be heard by the High Court in London as part of an open and transparent process enabling Malaysians and the rest of the world to follow the proceedings in court.

“It is our case that the settlement deeds, signed in April 2017, further sought to frustrate any legitimate attempt to challenge the settlement by including a condition that no court proceedings should be brought to set aside the consent award recorded following the settlement deeds,” he said.

Under the settlement deeds, Thomas noted, the penalty for breach included the payment of a substantial sum of money.

Vos, in delivering the unanimous judgment of the Court of Appeal, said that among other observations, “the terms of the settlement deeds represent a clear attempt to fetter the claimants’ exercise of their statutory right to challenge the consent award in the first arbitration under Sections 67 and 68”.

“The pursuit of the second arbitration seeks in terrorem to impose a large financial penalty on the claimants for having sought to exercise their agreed legal rights. In the circumstances of this case, however, the only appropriate exercise of discretion is to grant an injunction to restrain the pursuit of the second arbitration.

“The court applications will proceed to determine the validity of the consent award, and it is just and convenient that the second arbitration should not proceed until that has been determined. The injunction will bring the defendants’ vexatious conduct to an end.”

Thomas said billions of dollars of taxpayer money had been misappropriated in the course of the 1MDB scandal.

“Bringing the perpetrators to justice is a complex and challenging task as these transactions have been carried out over several jurisdictions and involve many persons and entities.

“The Malaysian government is committed, in the public interest, to setting this right and will unrelentingly pursue those who are responsible for this grievous injustice.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/11/26/putrajaya-wins-bid-for-1mdb-ipic-open-hearing-in-london/?fbclid=IwAR2ZahAkCgUwPeRbA-6BT95z69kH2xGfWsgczI6DgZskgNk3cptfyhWIFDQ

SATU LAGI KONSPIRASI PENYELEWENGAN OLEH NAJIB BAKAL TERBONGKAR DALAM MAHKAMAH TINGGI DI LONDON…

Mahkamah Rayuan di UK membenarkan perbicaraan terbuka oleh Kerajaan Malaysia untuk menuntut kembali US$3.5 Bilion (RM14 Bilion) yang dibayar oleh Kerajaan Najib bagi pihak 1MDB kepada IPIC dan subsidiarinya sebagai penyelesaian hutang yang dibuat secara tertutup dan mencurigakan.

Atau dalam bahasa inggeris “a conspiracy to defraud” by Najib’s Government dengan membelakangkan kepentingan negara kita.

Syabas Team Peguam Negara Malaysia !!!

Program “CUCI-CUCI” YADIM Memerlukan Sumbangan Sukarelawan Al Rahmah (SAR)

Image may contain: outdoor

“CUCI-CUCI” merupakan produk YADIM yang boleh dikembangkan ke seluruh negara. Ia digerakkan melalui tenaga sukarela bagi berkhidmat dan menyantuni masyarakat khusus mereka yang berada di kampung dan pedalaman.

Semoga Allah membantu YADIM Kelantan merealisasikan hasrat ini dengan tertubuhnya Sukarelawan Al Rahmah (SAR) nanti.

Kami sangat memerlukan sokongan kewangan dari semua pihak termasuk swasta, syarikat dan korporat, NGO serta individu yang berkemampuan.

Khadam MCA Bertongkat Ke Parlimen

Image may contain: 1 person, smiling, standing and beard

1 BAHAYA FITNAH

Dunia selfie dapat menarik minat kerja seseorang.

Najib perlu contohi Yb Dr Nik Zawawi walau masih bertongkat tetap mahu menjalankan tugas amat berbeza dengan mantan PM Najib Razak yang selalu menggelak perbicaraan di mahkamah.

Najib troll sakit Dr Nik troll sihat.

PETRONAS catat untung bersih RM36.4 bilion untuk tempoh sembilan bulan

1 MUKMIN KUAT1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI

 

KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatat keuntungan bersih RM36.4 bilion untuk tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2019, susut 11 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Syarikat minyak nasional itu berkata ia berikutan keadaan pasaran yang amat mencabar dan harga serta margin keuntungan komoditi yang terus tertekan.

Meskipun begitu, PETRONAS berkata, keputusan kewangan itu menggambarkan daya tahan dan keupayaan perniagaan kumpulan, yang dipacu oleh penumpuan berterusan dalam kecemerlangan operasi dan komersial.

Dalam tempoh dikaji, PETRONAS mencatat pendapatan RM176.2 bilion, susut tiga peratus, berikutan harga purata realisasi produk utama yang lebih rendah.

Ini sebahagiannya diimbangi oleh jumlah jualan yang lebih tinggi terutamanya untuk gas asli cecair (LNG) dan produk petroleum serta kesan ringgit yang lemah terhadap kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat (AS).

“Walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran yang berterusan, prestasi PETRONAS pada suku ini menunjukkan daya tahan dan keupayaannya sebagai peserta tenaga bersepadu dalam mengekalkan operasi yang kukuh dan boleh dipercayai sepanjang tempoh itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

“Kami akan terus memberi tumpuan untuk memacu kecekapan operasi dan kecemerlangan komersial dalam seluruh Kumpulan dalam melaksanakan strategi tiga hala kami.

“Walaupun prestasi kami akan terus dipengaruhi oleh persekitaran yang mencabar, namun kedudukan kewangan PETRONAS dijangka terus kukuh,” katanya.

Wan Zulkiflee menjangka prospek industri akan terus mencabar, dipacu oleh perlahan ekonomi global, ketegangan geopolitik dan isu perdagangan global yang berterusan, sehingga mengakibatkan gangguan permintaan.

Pada suku ketiga 2019, PETRONAS meraih pendapatan RM55.1 bilion, lebih rendah berbanding RM63.91 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya, susulan harga purata realisasi pasaran yang lebih rendah untuk produk utamanya serta penurunan jumlah jualan yang lebih besar bagi minyak mentah dan kondensat.

Walau bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi oleh kesan ringgit yang lemah terhadap kadar pertukaran dolar AS.

Keuntungan bersihnya pula susut kepada RM7.4 bilion pada suku ketiga tahun kewangan semasa berbanding RM14.338 bilion, terutamanya disebabkan hasil yang lebih rendah dan pelarasan bersih ke atas aset, yang mana sebahagiannya diimbangi kos produk dan pengeluaran bersih serta perbelanjaan cukai yang lebih rendah.

Sehingga akhir September, jumlah aset firma itu berkurangan kepada RM621.4 bilion daripada RM636.3 bilion pada 31 Disember 2018.

Ekuiti pemegang saham kumpulan meningkat kepada RM388.1 bilion daripada RM380.5 bilion pada akhir bulan Disember tahun lalu, yang mana sebahagian besarnya disumbangkan keuntungan yang dijana dalam tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi oleh dividen akhir yang diumumkan pada tahun ini.

Nisbah hutangnya menurun kepada 18.9 peratus sebahagian besarnya disebabkan pinjaman yang lebih rendah susulan pembayaran balik pinjaman, manakala pulangan modal purata yang digunakan menurun kepada 10.7 peratus daripada 12.0 peratus pada 31 Disember 2018, sejajar dengan keuntungan yang lebih rendah.

PETRONAS berkata, pelaburan modal dalam tempoh berkenaan adalah berjumlah RM28.9 bilion, yang mana sebahagian besarnya dalam projek huluan untuk menyokong strategi pertumbuhannya.

Sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini, PETRONAS mengeluarkan 2.33 juta tong minyak setara (boe) sehari, sedikit lebih tinggi daripada 2.31 juta boe sehari dalam tempoh yang sama pada 2018.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/11/632326/petronas-catat-untung-bersih-rm364-bilion-untuk-tempoh-sembilan-bulan?fbclid=IwAR13RxGE6KNnOUsQ2n2FDyiG8PSGYDZ0R2WErB8clG3PrB9ykeUJFbKcctI