Muka masam, Najib diperintah bela diri 7 tuduhan SRC.

1 SERIK1 JUJUR MEMBAWA KEBAIKAN

Muka masam, Najib diperintah bela diri 7 tuduhan SRC.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes ‘prima facie’ bagi kes berkenaan.

Najib, 66, berdepan masing-masing tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Menurut Mohd Nazlan, Najib mempunyai kepentingan dalam SRC dan mempunyai kawalan keseluruhan menyebabkan RM42 juta didepositikan ke dalam akaunnya bagi kepuasan beliau.

“Ia adalah bagi tertuduh (Datuk Seri Najib Razak) untuk menangkis bukti dan saya mendapati bahawa elemen menggunakan kedudukan berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Sehubungan itu ‘prima facie’ berjaya dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah mendapati pindahan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun bekas Presiden UMNO itu telah menyebabkan SRC mengalami kerugian.

“Walaupun mengetahui terdapat wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya, tertuduh (Najib) tidak mengarahkan supaya laporan polis dibuat.

“Mahkamah mendapati tertuduh tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menentukan wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada aktiviti pengubahan wang haram,” katanya.

Mengenai satu daripada tiga tuduhan pecah amanah itu, Mohd Nazlan berkata, tertuduh tidak berhak memasukkan wang RM42 juta ke akaun persendiriannya.

“Wang RM42 juta yang dipindahkan ke akaun tertuduh adalah keuntungan yang salah dibuat tertuduh dan digunakan untuk tujuan peribadi (di mana) cek peribadi berjumlah RM10.7 juta (dikeluarkan) dan disahkan oleh penerima,” kata hakim itu.

Seramai 57 saksi dipanggil memberi kenyataan sepanjang 58 hari perbicaraan, termasuk bekas Pengurus Perhubungan Awam AmBank Bhd, Joanna Yu, serta bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 10 hari iaitu 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Disember ini untuk Najib dibicarakan.

Sementara itu, Najib memilih untuk membela diri terhadap semua tujuh yang dihadapinya itu menerusi keterangan bersumpah di kandang tertuduh.

Dengan memilih demikian, beliau boleh disoal balas oleh pasukan pendakwaan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama..

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi. – BH

Dr. Maszlee merupakan individu bermaruah yang mempunyai aspirasi murni untuk menambahbaik pendidikan negara.

Image may contain: 2 people, people smiling, text

1. Laman FB saya kali ini dibanjiri berita gembira rakan-rakan yang dapat bertukar penempatan bertugas sebagai guru terutama ramai yang sudah berkhidmat bertahun-tahun di Sabah dan Sarawak sejak awal posting, kini telah pulang semua ke kampung asal atau negeri berdekatan.

2. Sepertinya kebanjiran berita pada kali ini lebih ramai dan lebih meriah berbanding pada waktu sebelum ini.

3. Saya kira wajar kita ucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan dan KPM yang nampak cakna tentang isu penempatan guru.

4. Selain daripada label #menterikasuthitam, kita juga harus menerima bahawa menteri pendidikan baru kita telah berjaya membawa beberapa perubahan lain.

5. Salah satunya isu dukalara guru. Selain itu, banyak juga tugas pengkeranian berpusat yang berjaya dihapuskan seperti LINUS dan beberapa laporan yang sebelum ini diwajibkan untuk dihantar kepada PPD atau JPN secara berkala, kini guru tidak lagi perlu menghantar laporan berkala sebaliknya cuma melakukan dokumentasi secara dalaman di peringkat sekolah.

6. Perubahan-perubahan ini cuma dirasai oleh guru yang terlibat bekerja dan sudah tentu masyarakat luar masih ada yang dibuai isu kontroversi seperti kasut hitam dll.

7. Tahniah kepada team Dr. Maszlee kerana berjaya membawa perubahan walaupun berdikit-dikit. Semoga YB Menteri Pendidikan terus diberikan kekuatan dan mendapat sokongan untuk meneruskan angin perubahan yang bertiupan.

8. Apapun kata orang politik, saya percaya sosok Dr. Maszlee merupakan individu bermaruah yang mempunyai aspirasi murni untuk menambahbaik pendidikan negara. Sama ada beliau terus mampu bekerja dengan keras mencapai visi serta objektif atau dipaksa tunduk kepada desakan politik dan kumpulan opportunis, masa yang akan menentukan.

We need more statesmen, not mere politicians.

KEJAHATAN NAJIB TERBARU

1 NOR SALWANI1 TUN M DAN ANWAR1 TG PIAI NASIHAT1 SERIK1 NAJIB DAN PELACUR

KEJAHATAN NAJIB TERBARU

1. Selepas buat posting berkenaan kejayaan bola sepak malaysia semalam, sekitar jam 1 pagi saya terbaca artikel mahkamah kes najib mememinda laporan audit 1mdb. Asalnya, saya pun hampir tidak.membacanya kerana semua kes di sebut sebelum ini telah pun saya ketahui. Namun, artikel ini kemudian dibuat posting bertanyakan kpd rakan2, apakah tujuan Najib beria-ia item2 ini disorok, baru lah saya faham.

1.1 Artikel ini berkenaan kenyataan saksi penting iaitu Ali Hamsa, bekas KSN di mahkamah.

1.2 Dalam kenyataan saksi beliau, ada 4 item yg Najib arahkan pinda iaitu 2 item berkaitan 2 laporan kewangan yg berbeza disorokkan, 1 item mengeluarkan nama jho low yg hadir dalam mesyuarat 1mdb dan paling menarik dan paling terbaru kita tahu ialah urusniaga perjanjian dengan syarikat Thailand iaitu Country Group Securities Of Thailand ( CGST) dan Aktis Capital Of Singapore (ACS).

1.3 2 sykt ini terbabit dalam membeli rm 5 bilion bon sukuk pertama Aminvestment Bank dgn kadar pinjaman 5.75% ditanggung oleh 1mdb. Transaksi ini bermula pada May 2009.

1.4 CGST membeli rm 3.8 bil sukuk itu dgn harga RM 87 bagi setiap RM 100 bon itu. Manakala ACS juga membeli rm 700 juta dengan kadar kupon yg sama.

2. KEMUDIAN !!!!!! AMINVESTMENT pula bertindak sebagai institusi yg menjual semula bon2 sukuk milik CGST DAN ACS kepada tabung pencen dan institusi insuran di Malaysia semula dgn harga RM 100 ke rm 105.

3. Kesan?

3.1 Ambank melalui Aminvestment buta2 dapat interest akibat pinjaman kerajaan rm 5 bil dgn kadar lebih 5% , juga mendapat fee bagi menjadi agen menjual bon itu semula bagi 2 syarikat di atas. (betulkan jika saya silap).

3.2 Tak pasal2 2 syarikat ini ..syarikat thailand dan spore ini mendapat keuntungan mudah RM 13 ke rm 17 bagi setiap rm100 sukuk tadi. Total keuntungan segera yg dicipta oleh 2 syarikat ini ialah RM 559 juta!!!!! ( 2 syarikat ini juga wajib disiasat peranan jholow dalam syarikat ini).

4. Kemudian, CGST mengarahkan Aminvestment bank , transfer keuntungan tadi ke akaun sebuah lagi syarikat iaitu Acme Time Pte Ltd Spore yg merupakan syarikat kawalan Jho Low dan rakan jholow iaitu Eric Tan Kim Long. Jumlah dipindah kan Usd 113 juta .(hampir jumlah keuntungan tadi)

5. Pada Sep 2009, sykt jholow ini pindah Usd 20 juta ke akaun Tariq Obaid yg terlibat didalam JV antara Petro Saudi dan 1mdb bagi satu lagi perjanjian pelaburan penipuan 1mdb, usd 1 bil.

6. Hanya dari sukuk TIA rm 5 bil diterbitkan pada May 2009 dan Rm 559 juta keuntungan atas angin dibuat oleh jholow pada Sep 2009, ianya hanya mengambil masa 4 bulan sahaja!!!!!

7. Tak terpikir apakah perkataan makian yg patut di ucapkan kpd najib ini. Malam kemenangan Tanjung Piai, aku tak kisah BN menang tetapi najib ini pula dijulang tanpa segan langsung.

8. Jadi barulah saya faham betapa signifikannya Najib mengarahkan 4 item ini dibuang dari laporan Audit Ketua Audit Negara berkenaan 1mdb dulu. Jelas, najib tahu apa berlaku dan menggunakan kuasanya untuk menutup apa yg berlaku.

9. Majoriti melayu? hanya kerana semua mampu memiliki smartphone…najib tahu inilah cara ..menggunakan sentimen politik melayu di sosial media untul menutup minda orang melayu dari ingin memahami apa sebenarnya berlaku.

10. Allah masih sayangkan malaysia..maka runtuhnya kerajaan najib. Dan kita boleh lihat betapa ramainya yg terlibat dalam kes ini.

Betul2 menghilangkan mood kejayaan bola swpak malam tadi.

https://www.theedgemarkets.com/article/1mdb-update-besides-jho-low-who-made-millions-big-flip-2009

Copypaste from mendan sagor

AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS 11 ORANG

1 SALAHUDDIN HERO

AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS 11 ORANG

6 orang – Pakatan Harapan
5 orang – Barisan Nasional

Dato Wee Ka Siong memang ingin merosakan imej Pakatan Harapan dalam NAFAS.

Nafas ini Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

Serangan dibuat kepada 6 orang AJP NAFAS dari Pakatan Harapan sahaja.

Sedangkan 5 orang dari UMNO/BN yang juga AJP NAFAS tidak disentuh lansung.

Kenapa? Sebelum ini semua AJP NAFAS adalah dari UMNO/BN, dan ini dia rahsiakan.

Nampak sangat pendedahan tadi berniat jahat.

Berikut adalah Senarai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS semasa;

PAKATAN HARAPAN

1. YB. DATO’ HAJI PHAHROLRAZI BIN MOHD ZAWAWI
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah

2. YBRS. ENCIK WAN KHARIZAL BIN WAN KHAZIM
Ahli Jemaah Pengarah

3. YBRS. ENCIK MOHD. HISYAMUDDIN BIN GHAZALI
Ahli Jemaah Pengarah

4. YBRS. PUAN NORMAH BINTI YUSOF
Ahli Jemaah Pengarah

5. YB. SENATOR DR. YAAKOB BIN SAPARI
Ahli Jemaah Pengarah

6. YB. TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT
Ahli Jemaah Pengarah

BARISAN NASIONAL

1. YB. DATUK HAJI ABDUL AZIZ BIN DERASHID
Ahli Jemaah Pengarah

2. YBHG. DATO’ HAJI AHMAD BHARI BIN ABD RAHMAN
Ahli Jemaah Pengarah

3. YM. DATO’ TENGKU AZIZ BIN TENGKU JAAFAR
Ahli Jemaah Pengarah

4. YBRS. ENCIK ABDUL KALAM BIN HASSAN
Ahli Jemaah Pengarah

5. YBRS. ENCIK ISHAK BIN TAIB
Ahli Jemaah Pengarah

Mereka menyerang seolah olah NAFAS ini diuruskan oleh 100% dari Pakatan Harapan, padahal PH hanya majoriti 1 kerusi sahaja dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.

Mohon sebarkan info ini. Terima kasih

Syam Ghaz

#Moa #Nafas #Bod #SubsidiBaja

Yang tidak percaya boleh baca disini; http://nafas.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=452&Itemid=389&lang=my

Sokongan Untuk Dr. Maszlee

1 JGN PEMBELA PENGKHIANAT1 ULAMAT JAHAT1 BAHAYA FITNAH

Inbox mesej daripada beberapa orang guru sekolah

1. Walaupun kami turut kurang puas hati dengan kenyataan beliau yang lepas dalam beberapa isu yang agak sensitif, tetapi kami merasakan penyingkiran Maszlee melalui rombakan cabinet ekoran daripada kekalahan PH di Tanjung Piai adalah tidak wajar.

2. Ramai orang hanya lihat perkara yang buruk pada beliau sedangkan selama beliau menjadi menteri pendidikan, beliau tidak membawa pun sebarang implikasi buruk berlaku terhadap sistem pembelajaran kita. Malah, para guru puji beliau sebagai seorang ahli akademik yang baik.

3. Ramai orang kritik beliau tiada pengalaman dalam politik dan sebagainya, tetapi kami nak tanya, hari ini mereka lebih gemar melihat jawatan menteri pendidikan dipegang oleh seorang ahli akademik atau seorang ahli politik.

4. Saya masih ingat betapa sungguh-sungguh menteri ini memberi galakan dan motivasi kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang hadir ke satu program di Johor Bahru melalui ucapannya untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Kerana melalui membaca, kita dapat bentuk generasi yang lebih cemerlang yang akhirnya akan menyumbang dalam agenda pembangunan negara.

5. Mungkin ada pihak yang kurang puas hati dengan beliau dalam isu tertentu, tetapi menukar Maszlee yang kini merupakan menteri pendidikan adalah satu keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Ia pastinya bukan satu solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Kami tak setuju untuk tukar Maszlee!

Sokongan Untuk Dr. Maszlee

1 JGN PEMBELA PENGKHIANAT1 ULAMAT JAHAT1 BAHAYA FITNAH

Inbox mesej daripada beberapa orang guru sekolah

1. Walaupun kami turut kurang puas hati dengan kenyataan beliau yang lepas dalam beberapa isu yang agak sensitif, tetapi kami merasakan penyingkiran Maszlee melalui rombakan cabinet ekoran daripada kekalahan PH di Tanjung Piai adalah tidak wajar.

2. Ramai orang hanya lihat perkara yang buruk pada beliau sedangkan selama beliau menjadi menteri pendidikan, beliau tidak membawa pun sebarang implikasi buruk berlaku terhadap sistem pembelajaran kita. Malah, para guru puji beliau sebagai seorang ahli akademik yang baik.

3. Ramai orang kritik beliau tiada pengalaman dalam politik dan sebagainya, tetapi kami nak tanya, hari ini mereka lebih gemar melihat jawatan menteri pendidikan dipegang oleh seorang ahli akademik atau seorang ahli politik.

4. Saya masih ingat betapa sungguh-sungguh menteri ini memberi galakan dan motivasi kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang hadir ke satu program di Johor Bahru melalui ucapannya untuk membentuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Kerana melalui membaca, kita dapat bentuk generasi yang lebih cemerlang yang akhirnya akan menyumbang dalam agenda pembangunan negara.

5. Mungkin ada pihak yang kurang puas hati dengan beliau dalam isu tertentu, tetapi menukar Maszlee yang kini merupakan menteri pendidikan adalah satu keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Ia pastinya bukan satu solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Kami tak setuju untuk tukar Maszlee!

KEPIMPINAN BARU AMANAH KELANTAN

1 AMANAH KEL1 SALAHUDDIN HERO

KEPIMPINAN BARU AMANAH KELANTAN

1. Che ibrahim Mohammad 98
2. Muhammad bin hussin 96
3. Wan Ahmad Kamil 93
4. Nik Omar Nik Abdul Aziz 93
5. Hashim Mohammad 88
6. Zaidi Abd Halim 86
7. Sanusi Othman 79
8.Zahari Mohd Sidik 79
9. Mohd Noor Mat Yazid 77
10. Rushdan Mustapha 71
11. Omran Sidik 57
12. Zainal Abidin Husin 53
13. Wan Mohd Jahari W.Omar 52
14. Tan Ah Wang 52
15. Hisyam Fauzi 50
16. Syaifol Sharimi 50
17. Wan Shajihan wan Din 48

Pengerusi Amanah Kelantan: Ustaz Mat Husin
Timbalan: Ustaz Che Him
Naib1: Hj Rushdan
Naib II: Wan Kamil

Ajk negeri
1.che ibrahim
2.us mad husin
3.prof w kamil
4.nik omar
5.ustaz hashim
6.zaidi
7.sanusi
8.zahari
9.cg nor yazid
10.rysdan
11.omran
12.zainal abidin
13.w jo
14.tan ah
15.hisham fauzi
16.saiful
17.w shahjihan

Jawapan Untuk Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.

1 SALAHUDDIN HERO1 NAFAS UMNOPAS KHADAM MCA1 6 JAHANAM KHADAM MCA1 HADI BIAWAK1 HADI PIKUL BIAWAK1 HADI WAJIB SOKONG DAP

Jawapan Untuk Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.

1. Kenapa U-Turn sbb #deepstate Bukannya salah Kerajaan Ph, tapi sebab ada talibarut Umno/Bn masih ada dalam Kerajaan.

2. Bab guna Duit Nafas untuk 38 bilik hotel, Ustaz Idris dapat daripada mana Info ini? NAFAS tidak sewa pada 1 – 15 November 2019, iaitu semasa tempoh kempen PRK Tg Piai. Jadi jangan fitnah dan termasuk sama dengan kaki fitnah Wee Ka Siong.

3. Pertubuhan Peladang 921,931 ahli nya seluruh Negara, memang majoriti Melayu. Impak kepada tander ini, Kilang Baja Padi paling Besar di Malaysia milik Peladang terletak di Gurun, Kedah boleh tutup dan akan menjejaskan pendapatan lebih kurang 600 orang pekerja adalah 100% pekerja tempatan.

Kilang itu boleh bungkus jika Kontrak itu diserahkan kepada syarikat Sdn Bhd yang tiada tangungjawab sosial dan menjaga survivor Ekonomi Pertubuhan Peladang, 14 Pertubuhan peladang Negeri dan 279 Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh Negara.

4. Nafas dibawah Kerajaan dulu ada 42 kes Kesalahan, antaranya beli baja tidak ikut spesifikasi Kerajaan bernilai puluhan juta, beli landang sawit di Sarawak di atas nilai pasaran, beli Kilang Dedak di Muar di atas nilai pasaran, bagi Zakat RM200,000 terus kepada Umno Bahagian Kota Belut, Sabah dll. Semua itu dalam siasatan SPRM

5. Jika Skandal Pendedahan Palsu Wee Ka Siong yang nak jaga syarikat siapa tu? Siasat dulu. Elok jangan lah PAS terlibat sama. Nanti tak pasal-pasal Undi Melayu kepada PAS habis. Skandal apa, tander belum award pun lagi. Biar Presiden MCA tu hanyut dengan labu labunya.

Viralkan hingga sampai kepada Ustaz Idris Ahmad dan Ahli-Ahli PAS

Rambo Peladang
Ahli Jemaah Pengarah PPK

KENALI 4 KSU NEGARA MALAYSIA

1 SALAHUDDIN HERO1 TITM MUNAFIK

MAKLUMAN

1. YBhg. Datuk Isham Ishak, KSU MOTAC, PTD Gred Utama A ditempatkan sebagai KSU Kementerian Pengangkutan, berkuat kuasa mulai 25.11.2019. (Jawatan KSU MOTAC kosong dan akan ditanggung kerja).

2. YBhg. Dato’ Jamil Rakon, TKSU (Pengurusan) KDN, PTD Gred Utama A ditempatkan sebagai KSU Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa mulai 25.11.2019.

3. YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan, KSU MOA, PTD Gred Utama A ditempatkan di Jawatan Penempatan Khas, JPA, berkuat kuasa mulai 22.11.2019. (Jawatan KSU akan ditanggung kerja)

4. YBhg. Dato’ Dr. Tan Yew Chong, KSU Kem. Perindustrian Utama, PTD Gred Utama A ditempatkan di Jawatan Penempatan Khas JPA, berkuat kuasa mulai 25.11.2019. (Jawatan KSU akan ditanggung kerja)

Rombakan Kabinet – Siapa Gugur, Siapa Kekal?

1 JUJUR MEMBAWA KEBAIKAN1 JGN PEMBELA PENGKHIANAT

Usai kekalahan teruk Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai, satu persoalan yang kerap timbul adalah tentang desas-desus rombakan kabinet. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bahawa kabinet akan dirombak demi memastikan kerajaan Pakatan Harapan kekal efisien dan lebih kukuh di mata rakyat.

Solidaritas melakukan pungutan suara dalam talian untuk mendapatkan maklum balas dari rakyat Malaysia tentang prestasi 28 orang menteri Pakatan Harapan. Pungutan suara selama 48 jam itu dimulakan pada hari Khamis, 21 November dan telah mendapat respon dari 16,710 responden.

Berikut adalah dapatan dari pungutan suara tersebut:

10 Menteri Dengan Undian Tertinggi Untuk Digugurkan

Dalam dapatan tersebut Menteri Perpaduan Nasional & Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy mendapat undian tertinggi untuk digugurkan dengan 82.6% responden memilih beliau. M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia di tempat kedua dengan 69.4% undian diikuti oleh Mohamaddin Ketapi (Pelancongan, Seni dan Budaya) yang mendapat 53.9% undian.

Tujuh lagi menteri lain dengan undian tertinggi untuk digugurkan mendapat undi yang hampir sama. DAP mendahului senarai dari segi jumlah menteri dengan tiga pemimpinnya tersenarai, manakala dua pemimpin masing-masing dari PKR dan Amanah turut tersenarai. Bersatu dan Warisan masing-masing mempunyai seorang menteri dari parti tersebut dalam senarai. Waytha Moorthy pula dilantik sebagai menteri atas tiket senator dan selaku pemimpin NGO.

10 Menteri Dengan Undian Terendah Untuk Digugurkan

Dari sudut bertentangan pula, Dr. Dzulkefly Ahmad (Amanah) selaku Menteri Kesihatan mendapat undian terendah untuk digugurkan dengan hanya 12.9% undi. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Dalam Negeri berada di tempat kedua dengan 16.3% undi diikuti rapat oleh Saifuddin Abdullah (PKR), Menteri Luar Negeri dengan 16.8% undi.

Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan yang dikhabarkan paling tidak popular oleh sebuah portal media bagaimanapun mendapat undian kelima terendah dengan hanya 22.4%. Bersatu dan PKR mempunyai paling ramai pemimpin tersenarai dalam kelompok ini, masing-masing tiga menteri diikuti dua menteri Warisan dan seorang dari DAP dan Amanah.

Lapan lagi menteri lain berada dalam kelompok pertengahan, dengan julat undi tertinggi dalam kelompok ini dipegang oleh Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (45%) manakalah undi terendah milik Baru Bian, Menteri Kerja Raya dengan 27.1% undi.

Dapatan ini walau bagaimanapun hanyalah satu pungutan suara mudah namun boleh dijadikan asas untuk menilai rombakan kabinet sebenar yang akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan nanti.

NOTA : JADIKAN TEGURAN SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MELAKUKAN TERBAIK.

Rombakan Kabinet – Siapa Gugur, Siapa Kekal?