Muhammad Hussin ganti Wan Rahim kemudi AMANAH Kelantan

Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husin (kiri) dipilih secara sah sebagai Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan yang baharu bagi sesi 2019-2022 dalam kongres parti itu hari ini. – Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husin kini dipilih secara sah sebagai Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan yang baharu bagi sesi 2019-2022 pada kongres parti itu, hari ini.

Pelantikan itu sekali gus menggantikan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang mengumumkan hasrat melepaskan jawatan berkenaan sejak Julai lalu.

Jawatan Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan yang sebelum ini digalas Muhammad, diganti Che Ibrahim Mohamed, manakala Naib Timbalan 1 ialah Rushdan Mustafa dan Naib Timbalan 2, Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah.

Che Ibrahim berkata, pemilihan kali ini agak berbeza kerana ia dilakukan secara berperingkat.

“Pada peringkat permulaan, perwakilan perlu membuat undian bagi memilih 17 calon daripada 54 yang layak bertanding.

“Sebaik 17 calon itu dipilih, mereka akan bermesyuarat bersama semua Ketua AMANAH kawasan di negeri ini termasuk ketua pemuda bagi menentukan siapa dilantik sebagai Pengerusi, Timbalan dan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Muhammad Husin dan Che Ibrahim dipilih bersama 15 calon lain iaitu Wan Ahmad Kamil; Nik Omar Nik Abdul Aziz; Hashim Mohammad; Zaidi Abd Halim; Sanusi Othman; Zahari Mohd Sidik; Mohd Noor Mat Yazid; Rushdan Mustapha; Omran Sidik; Zainal Abidin Husin; Wan Mohd Jahari W Omar; Tan Ah Hwa; Hisyam Fauzi; Syaifol Sharimi; dan Wan Shajihan Wan Din.

Sementara itu, Wan Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) ketika berucap pada kongres berkenaan berkata, beliau bersedia memberi pandangan dan nasihat walaupun kini tidak lagi mengemudi AMANAH Kelantan.

“Saya bersedia menyantuni anda semua dan yakin anda boleh mengatur satu barisan kepemimpinan yang mampu membawa AMANAH melangkah jauh lebih baik selepas ini,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi AMANAH Kelantan.

Sumber dalaman AMANAH negeri berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab baharu dalam KAFA.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/11/631344/muhammad-hussin-ganti-wan-rahim-kemudi-amanah-kelantan?fbclid=IwAR05cap_2ZOCOyCzbwM7Tu0DvpVlAljeJJUv4_NwXpwzwUUHlFEqYuuVOs8

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s