Inti pati perbicaraan pinda audit 1MDB dari 18 hingga 21 Nov

KES PINDA AUDIT 1MDB

Kes terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibicarakan bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy bermula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di mana seorang saksi membuat pengakuan mengejutkan bahawa beliau secara rahsia merakamkan butiran mesyuarat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dakwaan meminda laporan itu.

Tiada siapapun tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat pada 24 Feb 2016, sekiranya Nor Salwani Muhammad, 52, Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (JAN) tidak membuat rakaman dengan memasukkan alat perakam suara ke dalam kotak pensel wakil JAN dalam mesyuarat itu, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, yang merupakan pegawai atasannya, tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sejurus sebelum mesyuarat itu bermula.

Hari pertama perbicaraan itu turut mendengar Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam kenyataan pembukaannya, antara lain berkata pihak pendakwaan akan membuktikan Najib melakukan perbuatan itu bagi mengelak pertuduhan sivil atau jenayah terhadap dirinya sebagai pengarah bayangan 1MDB, serta kedudukannya, untuk memperoleh ganjaran sebagaimana peruntukan Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib 66, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Audit 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam melakukan kesalahan itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Berikut adalah ringkasan keterangan saksi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Sri Ram dalam kenyataan pembukaannya antara lain memberitahu Mahkamah Tinggi pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mengarahkan maklumat penting dikeluarkan daripada laporan akhir audit 1MDB.

Beliau berkata 1MDB adalah syarikat yang Najib mempunyai kepentingan material dan bekas perdana menteri itu memiliki sahamnya.

“Beliau juga pemegang saham keutamaannya dan menggunakan kuasa tertinggi ke atasnya. Tertuduh (Najib) mengambil kira dirinya dalam urusan 1MDB,” katanya.

Sri Ram berkata wang milik 1MDB mengalir masuk ke akaun Good Star Limited, syarikat yang dikawal oleh Low Taek Jho atau Jho Low, yang amat dilindungi tertuduh.

“Sebahagian daripada wang itu juga diperoleh anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz. Najib juga menerima sejumlah besar wang milik 1MDB. Walaupun beliau tahu bahawa wang yang dikatakan itu milik 1MDB, beliau berbohong kepada dunia bahawa wang berkenaan adalah derma daripada Arab Saudi,” katanya.

HARI 1 (18 Nov):

Sri Ram berkata walaupun laporan yang disediakan oleh Ketua Audit Negara telah sedia untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, Najib mengambil langkah memastikan beberapa petikan yang berkenaan dengannya diubah atau dikeluarkan dalam satu mesyuarat 24 Feb, 2016, atas arahannya.

Beliau berkata Arul Kanda melalui kelakuannya, sebelum mesyuarat yang dikatakan, pada pertemuan itu dan susulannya, bersubahat dengan tertuduh.

“Menjadi tugas saya untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada peringkat yang sesuai pendakwa raya akan memohon secara bertulis mengikut Seksyen 63 Akta SPRM untuk memanggil tertuduh, Arul Kanda untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwaan. Kami akan memaklumkan kepada mahkamah mengenainya pada peringkat yang sesuai,” katanya.

HARI 2 (19 Nov):

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memberitahu Mahkamah Tinggi Najib tidak berpuas hati dengan kandungan laporan audit 1MDB yang diperlu dibentangkan kepada PAC pada 24 Feb 2016.

Ali, 64, yang menyandang jawatan itu sehingga Ogos 2018, berkata perkara itu dimaklumkan oleh bekas perdana menteri ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016. Beliau berkata turut hadir dalam pertemuan itu ialah bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

(Dalam pertemuan itu) Datuk Seri Najib menyatakan beliau tidak mahu dua penyata kewangan berlainan bagi 1MDB dikemukakan dalam Laporan Audit 1MDB. Pada masa itu, saya tidak tahu apa masalahnya dengan penyata kewangan tahunan 1MDB,” kata saksi keempat pendakwaan itu.

Dalam keterangannya itu, Ali berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau membangkitkan terlalu banyak soalan berkaitan dengan dana kekayaan berdaulat, 1MDB, pada tahun 2015.

Beliau juga berkata bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat daripada jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Najib telah hilang keyakinan terhadap ketua penasihat undang-undangnya.

Saksi itu berkata Ambrin membangkitkan isu itu dalam mesyuarat penyelarasan Laporan Audit 1MDB, yang diadakan atas arahan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Feb 2016, bagaimanapun tiada minit mesyuarat yang direkodkan.

Katanya Arul Kanda Kandasamy hadir dalam mesyuarat itu dan beliau membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh JAN kerana perkara itu “bukanlah fakta dan semata-mata hanyalah dengar cakap”, oleh itu beliau meminta supaya perkara seperti itu dikeluarkan daripada laporan berkenaan.

Kata Ali, Arul Kanda menegaskan bahawa versi bercanggah tidak boleh dimasukkan dalam Laporan Audit 1MDB dan meminta supaya siasatan polis diadakan.

“Mesyuarat turut membangkitkan tentang isu kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB berkaitan pelaburan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN).

“Ia dibangkitkan dalam Laporan Audit 1MDB kerana ketelitian Jabatan Audit Negara mendapati Jho Low tidak memegang sebarang jawatan atau melaksanakan sebarang peranan dalam 1MDB, oleh itu kehadirannya dilihat sebagai perlu diberi perhatian,” katanya.

HARI 3 (20 Nov):

Rakaman audio mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB yang dipengerusikan Ali, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi.

Mereka yang menghadiri mesyuarat pada 24 Feb 2016 ialah Arul Kanda, dua wakil daripada Jabatan Audit Negara iaitu Ambrin dan Saadatul Nafisah, Tan Sri Shukry Mohd Salleh daripada Pejabat Perdana Menteri serta Datuk Seri Mohamad Isa Hussain daripada Perbendaharaan.

Transkrip rakaman itu diberi kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dan peguam dalam perbicaraan itu.

HARI 4 (21 Nov):

Nor Salwani mengaku di mahkamah beliau membuat rakaman mesyuarat itu dengan memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensil milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah, tanpa pengetahuannya ( Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.

Saksi kelima pendakwaan itu berkata beliau berbuat demikian sebagai persediaan untuk membuat minit mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB berkenaan kerana beliau tidak dibenarkan berada di dalam bilik mesyuarat itu.

“Saya dilantik sebagai penyelaras penyediaan laporan audit 1MDB. Disebabkan itu saya perlu mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit kerana saya tidak boleh menyertainya (mesyuarat).

“Saadatul Nafisah tidak tahu yang saya menyimpan perakam dalam bekas pensil miliknya. Selepas mesyuarat habis, saya ambil perakam itu daripada bekas pensilnya sebelum membawanya ke pejabat,” katanya.

Semasa pemeriksaan balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak sempat memberitahu Saadatul Nafisah mengenai tindakannya meletakkan perakam tersebut ke dalam bekas pensil serta tidak berniat untuk melakukannya secara diam-diam.

“”Apabila saya diarah keluar dalam keadaan tergesa-gesa sebelum mesyuarat itu bermula, saya nampak bekas pensil di atas meja dan saya terus masukkan perakam ke dalamnya,” katanya.

Nor Salwani turut memberitahu mahkamah beliau dan pasukan audit khas 1MDB terperanjat apabila mereka mendengar bahagian (dalam rakaman suara itu) di mana terdapat permohonan (dalam mesyuarat laporan audit) untuk mengeluarkan penyata kewangan 1MDB.

Ambrin, 70, sementara itu berkata laporan audit 1MDB dan kumpulan syarikatnya sepatutnya boleh disiapkan dalam tempoh lima bulan namun mengambil masa hampir setahun kerana kesukaran mengakses maklumat.

Saksi keenam pendakwaan itu berkata beliau juga mengarahkan laporan akhir audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mengelak ia daripada disensasikan sebelum dibentangkan kepada PAC.

Amrin, yang menyandang jawatan Ketua Audit Negara sejak 2006 berkata proses pengauditan yang dijalankan oleh sepasukan 12 pegawai daripada JAN sejak Mac 2015 mengambil masa kira-kira setahun disebabkan kesukaran mengakses maklumat yang diperlukan.

“JAN mengambil masa yang lama kerana menghadapi limitasi dalam mendapatkan sebahagian dokumen asal dan penting, lewat diserahkan atau tidak diserahkan sama sekali oleh 1MDB bagi tujuan pengesahan transaksi dan sebagai bukti audit,” katanya.

“Antara dokumen penting yang tidak pernah sampai daripada 1MDB adalah akaun pengurusan kumpulan itu bagi tahun berakhir 31 Mac 2015 dan penyata bank daripada institusi kewangan luar negara.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini bersambung Rabu depan.

– Bernama

Inti pati perbicaraan pinda audit 1MDB dari 18 hingga 21 Nov

https://m.malaysiakini.com/news/500957?fbclid=IwAR1Ii2DgzSpb5t2lIpQpvQQp9eb7_1gMIbMVngIgVcUwDoPZJ_MLLmTgU-E

https://m.malaysiakini.com/news/500957?fbclid=IwAR1Ii2DgzSpb5t2lIpQpvQQp9eb7_1gMIbMVngIgVcUwDoPZJ_MLLmTgU-E

 

Pemimpin Umnopas Amat Jijik Sehingga Tidak Ada Lagi Rakyat Yang Ingin Bersalaman Dengan Mereka.

Image may contain: 1 person, text

1 SERIK

Pemimpin Umno lompat parti seperti najis berat. Fatwa terbaru Kiyai Zahid yg didakwa belanja wang orang miskin melalui Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pemimpin parti itu yang meninggal parti itu selepas pilihan raya yang lalu kini telah menyesal dengan tindakan mereka apabila sedar keberadaan mereka dalam Pakatan Harapan tidak dipedulikan.

Tambahnya, malah lebih buruk apabila masyarakat setempat dan pengundi di kawasan yang dimenangi pemimpin yang meninggalkan UMNO dianggap kotor seperti najis yang berat hingga selepas solat Jummat tiada siapa mahu bersalam. – MG / Shah Alam

Video viral lelaki Indonesia dibelasah adalah kes samun

KUALA LUMPUR: Rakaman video viral memaparkan insiden seorang lelaki warga Indonesia yang dibelasah sekumpulan individu baru-baru ini tiada kaitan dengan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 antara skuad Harimau Malaya dan Garuda.

Sebaliknya, polis mengesahkan insiden berlaku dipercayai berkaitan satu laporan berhubung kes samun yang dilaporkan berlaku di Bukit Bintang, di sini pada awal pagi Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya menerima satu laporan dibuat seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Fuad Naji pada 8 malam Rabu lalu.

“Mangsa melaporkan bahawa dia dipukul sekumpulan individu dipercayai rakyat tempatan sekitar jam 2 pagi hari sama. Hasil siasatan dijalankan mendapati insiden itu tiada kaitan dengan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes samun mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Setakat ini siasatan mendapati mangsa kehilangan pasport dan sejumlah wang dalam insiden berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan awal pagi ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, motif kejadian tidak dapat dipastikan berikutan pegawai penyiasat tidak dapat merekodkan keterangan mangsa.

“Mangsa menghilangkan diri selepas dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sebaik selesai membuat laporan di pondok polis hospital. Usaha mengesan lelaki itu di kawasan penginapannya juga menemui jalan buntu.

“Justeru, polis menggesa mangsa dan rakannya tampil berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi siasataan lanjut. Polis juga meminta bantuan dari kedutaan Indonesia untuk memaklumkan perkara ini kepada mangsa,” katanya.

Huzir berkata, berkenaan siasatan terhadap penyebaran video pergaduhan berkenaan, polis sedang mengesan dan mengenal pasti individu yang merakam serta menyebarkannya.

“Individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/631447/video-viral-lelaki-indonesia-dibelasah-adalah-kes-samun?fbclid=IwAR2w1y21VzCgXwYKNP6ecedLJsYyeVw7v5e_ILLfXX29OkX8siB21MtDZoc

Buat insan yg bernama Salwani

Image may contain: 1 person, smiling

1 NOR SALWANI1 RAZMAN MUNAFIK1 BAHAYA LISAN1 HADI MUNAFIK1 HADI ULAR

Buat insan yg bernama Salwani :

“Di sinilah letaknya maruah tulen Melayu jati.
Maruah yg hilang dan dicari-cari
Oleh 4 profesor universiti

Bukan di Stadium Melawati.
Bukan pada profesor yg menjerit atas pentas mcm kena sawan gila babi.

Bukan dgn Tabung Haji,
Yg menaranya megah dan tinggi,
Tapi isinya rapuh dgn korupsi.
Dan untungnya hanya dlm mimpi,
Yg dicipta oleh akauntan Muslim tidak berintegriti.

Bukan dgn FGV,
Yg nilai syernya menjunam dgn teruk sekali,
Dan minyaknya India enggan beli lagi.

Bukan dgn 1MDB,
Yg bosnya tidak ada malu mencuri,
Dan hutangnya digerenti,
Tidak habis dibayar oleh 7 generasi.

Bukan dgn yayasan filantropi,
Yg derma kpd tuannya sendiri.

Bukan dgn projek pertanian berintegrasi,
Yg membela lembu dlm pangsapuri.

Bukan dgn mufti negeri,
Yg mempertahankan firaun berkorupsi.

Di sinilah letaknya maruah tulen Melayu yg dicari.
Pada seorang wanita, insan bernama Salwani.”

Courtesy of Mawar Putih

Syed Husin gesa Dr Mahathir undur secara berhemah 9 Mei tahun depan

Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali menggesa Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim.

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad diseru menyerahkan jawatan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 9 Mei 2020 seperti dijanjikan dalam kalangan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Pengasas bersama PKR dan bekas timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali berkata, sehingga kini tiada tarikh tertentu ditetapkan berkait peralihan kuasa itu seperti dipersetujui dalam PH, namun Mahathir dilihat terus berdolak-dalik berhubung isu tersebut.

“Sekarang ini soalnya adakah Mahathir akan berpegang pada janji? Kita lihat dia berdolak-dalik. Sekejap dia kata dua tahun, sekejap dia kata mungkin tiga tahun, sekejap dia kata sampai hujung tahun 2020.

“Setidaknya sebelum 9 Mei tahun depan beliau haruslah berundur dengan cara baik, berhemah dan mulia,” katanya ketika mengulas tajuk perbincangan “Peralihan Kuasa Menyempurnakan Misi Reformasi: Misi atau Realiti?” pada Konvensyen Reformis 2019 di sini, hari ini.

Anwar sebelum ini mendakwa wujud perjanjian bertulis yang mempersetujui bahawa beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir.

Mahathir juga berulang kali berkata, beliau akan mengotakan janji dengan meletakkan jawatan selepas tempoh pentadbiran dua tahun.

Isu peralihan kuasa perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar terus menjadi pertikaian dalam PH dan terus panas tanpa kata putus berhubung tarikh sebenar ia akan berlaku.

Kekalahan besar calon PPBM-PH Karmaine Sardini dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai awal bulan ini di tangan calon MCA-BN Wee Jeck Seng dengan majoriti lebih 15,000 undi terus menghangatkan keadaan.

Syed Husin dan beberapa pimpinan PH berkata, kekalahan itu merupakan satu referendum terhadap pentadbiran Mahathir, sekali gus mendesak beliau berundur.

Dalam pada itu Syed Husin berkata, wujud pihak dari dalam PKR yang cuba mensabotaj peralihan kuasa itu hingga sanggup bersekongkol dengan parti luar bagi membina sokongan kepada Mahathir.

“Tapi ada golongan yang nak memastikan janji Anwar jadi PM ke-8 disabotaj. Ada pula parti luar yang membina sokongan kepada perdana menteri sekarang kerana takut Anwar mungkin akan melakukan reformasi dan membuat perubahan yang lebih besar,” katanya, merujuk kepada pertemuan antara timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan beberapa orang ahli Parlimen Umno di rumah beliau awal minggu ini.

Azmin dan pemimpin Umno terbabit, termasuk bekas naib presiden parti itu dan juga ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan berkata, pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan projek pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing.

Syed Husin bagaimanapun percaya dengan sokongan rakyat, gerakan reformasi akan dapat “menentukan” tarikh peralihan kuasa seperti dijanjikan oleh PH sebelum ini.

Konvensyen sehari aktivis veteran gerakan Reformasi 1998 itu dengan ucaptama disampaikan oleh Anwar dan penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail antara lain meluluskan resolusi menuntut tarikh peralihan kuasa dan penyerahan jawatan perdana menteri kepada Anwar ditetapkan selewat-lewatnya pada 10 Mei tahun depan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/24/syed-husin-gesa-dr-mahathir-undur-secara-berhemah-9-mei-tahun-depan/

Tender Nafas: Pemimpin Amanah dedah KSU kementerian sabotaj Salahuddin

1 SALAHUDDIN HERO

Terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai Kementerian Pertanian dan Asas Tani terhadap Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah mendedahkan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Asas Tani mensabotaj Salahuddin Ayub berkaitan isu tender tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion.

“KSU bawa naik tender baja tanpa pengetahuan menteri, lepas tu bila dapat ke syarikat Cina, Nafas merayu kepada menteri MOA dan MOF untuk dapatkan tender baja tu kerana jika tak dapat, ianya beri kesan besar kepada perjalanan Nafas sebagai induk pertubuhan peladang yang punya 900,000 ahli.

“Menteri MOA pun tulis surat kepada PM mohon supaya tender diberi pada Nafas. Tapi sampai sekarang Nafas tak dapat pun surat tawaran tender yang dikatakan RM1.4 bilion tu,” tulisnya di Facebook.

FMT sedang menghubungi pemimpin dan KSU tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai kementerian dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin.

Terdahulu, Salahuddin mengakui beliau menulis surat kepada perdana menteri mengesyorkan tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion diberi kepada Nafas.

Beliau berkata tidak salah menulis surat sokongan itu kerana tender itu belum diputuskan dan akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada 920,000 ahli Nafas dan bukan untuk perkayakan dirinya.

Sebelum itu, Presiden MCA Wee Ka Siong meminta pengesahan dalam Dewan Rakyat mengenai seorang menteri menulis surat sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mempersoalkan pemberian projek pembekalan input pertanian sektor padi kepada Nafas, yang melibatkan peruntukan RM1.4 bilion, mendakwa ia diberi secara rundingan terus walaupun tewas dalam persaingan tender terbuka.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/24/tender-nafas-pemimpin-amanah-dedah-ksu-kementerian-sabotaj-salahuddin/?fbclid=IwAR1EW-6yKXtpZpL7c5FO5JMBppFuIP-o157D7Y-Jfk4B1_uW7IVPrcN__Ww

PKR pecat bekas setiausaha politik Baru Bian kerana disyaki rasuah

PKR hari ini memecat dua ahlinya kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

Dua individu itu ialah Zakaria Abd Hamid yang merupakan bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya Baru Bian dan ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi.

Pengerusi lembaga disiplin parti Ahmad Kassim berkata keputusan itu dicapai semasa mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) di Petaling Jaya hari ini.

“Sebagai sebuah parti yang konsisten terhadap salah laku rasuah, dan juga untuk memberi mesej yang jelas kepada seluruh anggota dan rakyat bahawa parti tak akan berkompromi dengan mana-mana anggota, oleh itu MPP hari ni buat keputusan untuk memecat keanggotan Zakaria dan Ismail.

“Kedua-duanya berhak untuk kemukakan rayuan,” kata Ahmad pada sidang media hari ini.

Siasatan SPRM berhubung perkara itu dibuat susulan laporan yang difailkan oleh penyelaras Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razak pada September tahun lepas.

Zakaria, yang juga ketua PKR cabang Bera, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Baru dilaporkan berkata bahawa jika tuduhan itu benar, ia perlu disiasat.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata PKR sebelum ini mendapat surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 23 Oktober 2019 yang menasihati untuk meneliti dakwaan terhadap dua ahli mereka.

“SPRM meminta kita melihat perkara ini dan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya.

“Lembaga disiplin mencadangkan keanggotaan kedua-dua anggota ini dikenakan tindakan pemecatan serta-merta, dan MPP setuju dengan cadangan dari lembaga disiplin tersebut,” katanya.

Ketika ditanya sama ada SPRM dijangka mendakwa kedua-duanya dalam masa terdekat, Fahmi berkata: “Itu terpulang pada SPRM. Tapi SPRM telah menasihati (untuk mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya)”.

Kata Fahmi, PKR hanya akan menghantar surat pemecatan kepada Zakaria dan Ismail selepas ini kerana keputusan itu baru dicapai.

https://m.malaysiakini.com/news/501078?fbclid=IwAR281VOUXev7JuH_JiubHRP10hMKv70UqszkNQpcWQDheiuUW9u_xFGILKA#.XdpxdTS_9UU.facebook

Hadi yang minta calon MCA di Tg Piai, kata Zahid

1 NAFAS UMNOPAS KHADAM MCAGENG LAWYER BURUK KELANTAN

Presiden Umno Abdul Hadi Awang mendedahkan keputusan meletakkan calon MCA dibuat kerana permintaan PAS. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 November, 2019.

KEPUTUSAN meletakkan calon MCA yang menyebabkan Barisan Nasional menang besar di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai adalah kerana permintaan PAS, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Dedahnya, permintaan itu dibuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepadanya sebaik saja pengumuman kekosongan kerusi tersebut.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/199849?fbclid=IwAR1jyeiNMm6J-wwk9pmqVL31po3EAcVj7vzn8d9wXshFrXEs2zQqnkmrwr0

 

Birokrat yang jahat

Umum memahami bahawa kuasa politik dianggap sebagai unsur paling dominan bagi membentuk wajah perjalanan sebuah kerajaan.

Tanggapan itu sebenarnya separuh benar.

Ahli politik wujud sejak bermulanya tamadun manusia yang bersosial serta membentuk sistem pemerintahan. Pembentukan struktur dalam masyarakat memunculkan kelompok yang disebut sebagai kakitangan kerajaan ataupun birokrat.

Kelayakan dan tugas ahli politik dan kaum birokrat berbeza.

Kelayakan utama bagi ahli politik ialah memperolehi sokongan dan membina kepercayaan umum kepada kepimpinannya. Kelayakan kaum birokrat pula berdasarkan sistem pendidikan, latihan dan kemahiran yang diperakui oleh pihak berkuasa.

Kaum birokrat bekerja mengikut sistem birokrasi yang dicipta demi kelangsungan pentadbiran. Ia memiliki hierarki dalam menentukan bentuk dan sistem arahan bekerja.

Kuasa kepimpinan terbahagi kepada tiga jenis. Pertama dikenali sebagai kuasa – atau autoriti – tradisi. Kedua, kuasa yang diperolehi perundangan dan ketiga, kepimpinan atau kuasa yang diperolehi dari sumber karismatik dalam sesuatu entiti atau individu.

Ada pengaruh, rangkaian sendiri

Kaum birokrat secara umumnya datang dari tradisi dan perundangan.

Istilah “kakitangan kerajaan” sendiri memberi makna cukup kuat dalam pemikiran masyarakat. Sistem birokrasi di jabatan kerajaan yang ada pada hari ini adalah tinggalan rejim Najib Razak dan partinya selama berdekad-dekad.

Ia membina tradisinya yang tersendiri.

Sistem birokrasi ini telah lama membina rangkaian perhubungan yang sangat kompleks.

Semakin lama seseorang menjawat di sesuatu jabatan maka semakin kuat pengaruhnya. Segala peraturan dan panduan jabatan yang ada kadangkala sekadar papan slogan yang digantung di dinding sebagai azimat.

Peraturan itu dapat difahami mengikut sejauh mana besarnya pengaruh atau kedudukan seseorang birokrat berada. Pengarah atau ketua setiausaha, kerani atau pemandu kereta jabatan mampu mengurus perjalanan pentadbiran mengikut pengaruh dan rangkaian perhubungan mereka.

Contohnya, sesuatu peluang tender projek kerajaan yang akan ditawarkan kepada umum, perincian projek diketahui awal oleh kakitangan yang bekerja dalam sesuatu jabatan.

Secara teknikal, sesuatu tender terbuka atau tertutup tetap membuka ruang manipulasi.

Mengikut peraturan am, kakitangan kerajaan tidak boleh memasuki tender. Namun biasanya mereka akan mewujudkan wakil bagi pihak masing-masing.

Ulah di pejabat tanah

Kakitangan terbabit akan berkongsi maklumat bagi memastikan pada akhir proses, projek tersebut akan ditawarkan kepada mereka.

Dalam jangka pendek, ia tidak melibatkan transaksi kewangan. Ia lebih kepada satu persefahaman antara mereka.

Untuk projek yang lebih besar, mereka memerlukan rangkaian dan berpengaruh yang lebih kuat. Akhirnya mereka membina satu kartel yang mempunyai wakilnya di setiap bahagian atau jabatan.

Contoh lain yang selalu berlaku ialah di bahagian tanah. Kakitangan jabatan tanah jauh lebih maklum tentang kedudukan aset yang strategik dalam kawasannya.

Pencerobohan tanah kerajaan biasanya akan diakhiri dengan proses pemberian geran yang sah.

Hal itu kerana biasanya yang menceroboh tanah kerajaan ialah mereka yang tahu benar-benar status tanah tersebut.

Orang miskin yang menumpang tanah simpanan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Keterapi Tanah Melayu dan lain-lain semakin bertambah.

Orang yang kaya semakin memiliki tanah dan semakin kaya apabila dianugerahkan tanah oleh kerajaan kesan keberkesanan sistem kartel mafia dan birokrasi berjalan.

Birokrat yang jahat boleh berlaku di jabatan agama dan bahasa. Segala kelembapan dalam pentadbiran banyak dikaitkan dengan birokrat yang culas melaksanakan tanggungjawab dan mengambil kesempatan daripada kuasa yang ada.

Mereka meraih laba peribadi dan mengabaikan kepentingan masyarakat. Akhirnya pentadbiran agama, bahasa atau bidang lain dilihat lembab dan lembam.

Birokrat yang jahat membentuk kartel yang bersifat seperti mafia. Mafia kartel boleh muncul dengan wajah-wajah yang rencam.

Mereka mungkin berjubah, berjaket atau berpenampilan sederhana seolah-olah sosialis sejati.

Mafia birokrat menjalani hidup seperti biasa. Pergi bersembahyang di masjid, bersosial dengan jiran tetangga serta berbudi bahasa.

Kawan berundur diam-diam

Kemenangan rakyat melalui undi bukanlah jaminan faedah kepada rakyat. Kuasa rakyat tidak boleh melangkaui kuasa kaum birokrat. Perubahan politik tidak memberi kesan terus kepada kaum birokrat.

Kaum birokrat tidak akan hilang kuasanya sebagaimana yang berlaku kepada ahli politik yang kalah dalam pilihan raya. Kaum birokrat dilingkungi kuasa birokrat yang mereka bina sendiri.

Kejatuhan regim BN meletakkan kaum birokrat dalam transisi – sama ada meneruskan kerjasama dengan rejim lama atau berubah kepada yang baru. Dalam tempoh setahun dua ini, kaum birokrat bersikap tunggu dan lihat.

Dulu kaum birokrat terikat dengan kuasa politik yang memaksa mereka bekerjasama untuk memperolehi kepentingan bersama.

Slogan PH yang mahu memberi kebebasan kepada kaum birokrat adalah pintu untuk mereka bebas membolot faedah daripada jabatan masing-masing.

Pada peringkat ini, slogan tersebut sebaliknya menyukarkan PH sendiri untuk menguasai kaum birokrat. Tambahan pula hubungan yang baru hendak dibina.

Gambar hiasan

Keserasian bukan mudah untuk ditemui dalam jangka pendek. Birokrat mengambil peluang itu untuk membina kekuasaan mereka secara perlahan tetapi berterusan.

Pada peringkat jangka panjang kerjasama antara ahli politik dengan kaum birokrat pasti terjalin. Dalam tempoh yang ada sekarang, kedua-dua kelompok masih berada situasi berhati-hati.

Selepas edah nanti barulah tempoh berhati-hati lupus, dan tunggulah wajah sebenar ahli politik dan birokrat.

Ahli politik boleh membuat sebarang dasar dan undang-undang. Namun proses penyediaan dan pelaksanaan undang-undang terletak di bawah kuasa birokrat.

Ahli politik tiada pilihan lain kecuali bekerjasama dengan birokrat atau mereka akan berhadapan kerenah yang pelbagai.

Gambar hiasan

Ahli politik yang ada kuasa dan memegang jabatan tertentu mulai dikelilingi birokrat yang memiliki jalur pemikiran dan pendekatan yang serupa bagi membentuk kerjasama baru.

Hubungan di antara ahli birokrat dan ahli politik adalah hubungan timbal balik.

Dengan jumlah kakitangan kerajaan ataupun birokrat lebih tiga juta orang, ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kaum birokrat sangat berkuasa.

Jalur kerjasama di antara ahli politik dengan birokrat melewati perbezaan warna kulit, agama atau wilayah. Kerjasama wujud pada jalur kepentingan yang serupa.

Inilah ajaran asas kapitalis dalam sebuah sistem demokrasi.


Baca Penjilat, tukang kipas di keliling pinggang menteri


Kaum birokrat yang sedia berkuku dalam sistem pentadbiran negara akan membuat kaloborasi dengan ahli politik yang baru berkuasa. Kerja jahat kaum birokrasi lebih mudah jika dapat makan bersama.

Dalam proses inilah ahli politik terpaksa bersikap pragmatik dengan kaum-kaum birokrat yang jahat demi mengelakkan natijah yang lebih menyukarkan dalam melaksanakan kerjanya.

Secara perbandingan, ahli politik yang baru berkuasa mulai menerima pengaruh lingkaran kawan baru, iaitu kaum birokrat jahat.

Kawan lama yang berpegang dengan idealisma perjuangan, yang berkongsi sudah dan derita, mulai beransur-ansur mengundur diri atau menjauhi.

Mula-mula secara diam-diam. Lama kelamaan, kritikan dan kecaman secara terbuka mula merengangkan hubungan. Akhirnya pertikaman paling klasik antara Hang Tuah dengan saudaranya Hang Jebat pun berulanglah.

Kaum birokrat jahat membuka ruang fitnah dan prasangka sesama ahli politik. Jika ahli politik gagal mengurus permainan birokrat jahat, rakan seperjuangan mereka sendiri akan menjadi seteru baru.

Bukan tiada birokrat yang baik, ikhlas dan berintegriti. Ada.

Tulisan ini cuma amaran tentang angkara birokrat jahat dalam Malaysia Baru. Awasi kaum birokrat jahat itu, kawan!


DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.

Rencana ini tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Malaysiakini.

 

https://m.malaysiakini.com/columns/470534?fbclid=IwAR08yQjyO2V9gycj0Qyx9H2svkBJunBCU6MUWwOyCg1irMSKBefeyeSIq0g#.Xdoxx_8VcYA.facebook

https://m.malaysiakini.com/columns/470534?fbclid=IwAR08yQjyO2V9gycj0Qyx9H2svkBJunBCU6MUWwOyCg1irMSKBefeyeSIq0g#.Xdoxx_8VcYA.facebook