Tender bekal baja subsidi mungkin diberi kepada NAFAS

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah melawat kilang baja NPK Fertilizer Sdn Bhd di Gurun, hari ini. – Foto BERNAMA

GURUN: Tender membekal baja menerusi skim subsidi negara dijangka diberi secara terus kepada kilang milik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) iaitu NPK Fertilizer Sdn Bhd.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata walaupun pemberian tender terbuka adalah polisi di bawah Pakatan Harapan (PH), namun kerajaan juga melihat kepada keperluan tertentu dalam pelaksanaan sesuatu tender.

“Bila kata demikian (tender terbuka) bukan tidak ada langsung kemungkinan berlaku rundingan terus kepada pembekal kerana ia berdasarkan kepada sesuatu keperluan.

“Sebagai contoh, keperluan pembekalan peralatan pertahanan negara yang kita tidak boleh buat ‘request of proposal’ sebab kita perlu ia menjadi rahsia (pertahanan negara) bagi mengelak diketahui ramai, jadi kita perlu terus kepada pembekal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat kilang baja NPK Fertilizer Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Amiruddin berkata, terdapat keperluan untuk tender pembekalan baja padi itu diberikan secara terus kepada kilang NAFAS berikutan lebih 90 peratus pesawah padi adalah ahli Pertubuhan Peladang yang kemudian bergabung semuanya di bawah NAFAS.

“Sebenarnya ini produk dihasilkan kilang (NAFAS), kemudian ia kembali kepada ahli itu sendiri.

“Kerajaan mengambil berat perjalanan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kerana ia memberikan faedah apabila dapat keuntungan dan apabila kilang membuat keuntungan, ia membayar dividen kepada ahli,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, isu pemberian tender itu masih pada peringkat perbincangan antara kementeriannya bersama pihak berkaitan termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum sebarang keputusan dibuat.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/527573/tender-bekal-baja-subsidi-mungkin-diberi-kepada-nafas?fbclid=IwAR0wCRxeEmaHas8x8Nb7A7wVDbUr6cuKDEEmd-BWuuIFpJQ0_6oabG9AcB0

SPRM tak benar Najib lihat dokumen diserah Justo

Bekas perdana menteri, Najib Razak.
NAJIB KE PENJARA, MALAYSIA HARMONI DAN RAKYAT KAYA RAYA 

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa Najib Razak hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk mendapatkan dokumen yang diberikan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mustaffa Mohamad Kunyalam berkata, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sudah mengesahkan satu afidavit untuk menafikan akses Najib ke atas dokumen itu.

“SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kandungan kerana ia adalah maklumat sulit di bawah Akta Keterangan,” katanya.

Dalam sebutan kes hari ini, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim, Collin Lawrence Sequerah, anak guamnya akan memberi respons kepada Azam menerusi satu afidavit.

“Kami akan failkan afidavit itu menjelang Selasa,” katanya.

Sequerah kemudiannya menetapkan perbicaraan bagi permohonan Najib pada 3 Dis ini dan meminta semua pihak memfailkan penghujahan mereka menjelang 30 Nov ini.

Najib mahu mendapatkan maklumat itu untuk membantunya membela diri dalam perbicaraan 1MDB yang akan bersambung 6 Jan depan.

Justo ialah pengarah yang berpangkalan di pejabat PetroSaudi di London antara Februari 2010 dan April 2011.

Beliau dilapor menyerahkan sekotak dokumen dan fail pada 2 Nov tahun lalu selepas dipanggil untuk memberi keterangan oleh penyiasat SPRM berhubung skandal kewangan 1MDB.

Beliau mendapati nama Najib disebut beberapa kali dalam 227,000 dokumen yang dimilikinya membabitkan 1MDB. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan nama Najib disebut dalam konteks apa.

Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank beliau antara Februari 2011 hingga Disember 2014 dan menggunakan wang itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/21/sprm-tak-benar-najib-lihat-dokumen-diserah-justo/?fbclid=IwAR2zFjc7xpxe9yeZMY7LT0t-CcLv_cYu_wf9DNtM_slWIi1BDVw5Cau5MQI

 

Tak payah dok kalut nak tengok bukti la.. Belum kluar lagi bukti tu..
Lebih baik persiapkan diri tak payah cari jalan nak putar belit jika betol Jiblis tak salah… Buktikan 😀

Rekod kad kredit Zahid didedah di mahkamah – Memerangi Rasuah Adalah Tugas Mulia Para Nabi.

1 SERIK1 JUJUR MEMBAWA KEBAIKAN1 ELAUN PERJALANAN1 SYUKUR BONUS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini meneliti rekod penggunaan dua kad kredit dan satu kad caj milik bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Rekod itu dibentangkan Naib Presiden (ketua pengurusan penipuan dan pertikaian), Malayan Banking Berhad (Maybank), G S Anoop Singh di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam perbicaraan dana Yayasan Akalbudi melibatkan Ahmad Zahid yang masuk hari keempat.

Anoop merupakan saksi kesembilan pendakwaan dalam kes perbicaraan pecah amanah dana milik Yayasan Akal Budi.

Ketika membacakan pernyataan bertulisnya, Anoop mengesahkan Ahmad Zahid memiliki tiga kad, iaitu dua kad kredit Visa Platinum (Visa), Mastercard Gold (Mastercard) dan satu kad caj American Express (Amex).

Katanya, penyata bank untuk kad Visa dan Mastercard dikeluarkan pada 24 haribulan setiap bulan, dan mengandungi aktiviti atau penggunaan bulan tersebut contohnya penjelasan mengenai transaksi dan jumlahnya, serta bayaran diterima untuk setiap kad.

“Setakat pengetahuan saya dan berdasarkan rekod bank, bank tidak ada menerima sebarang pertikaian mengenai pengebilan mahupun aduan terhadap transaksi tidak sah yang dibuat oleh pemegang kad,” katanya.

Menurut rekod yang dibacakan Anoop, penyata kad kredit Mastercard menunjukkan pembayaran berjumlah RM10,080 dibuat sebelum kad itu ditutup pada 16 April 2014, manakala penyata kad kredit Visa menunjukkan penggunaan berjumlah RM13,504.90, manakala bayaran pula adalah sebanyak RM24,606.03

Manakala, untuk kad Amex pula, sebanyak RM34,257.12 penggunaan direkodkan manakala pembayaran dibuat pula sebanyak RM30,635.80.

Daripada jumlah ketiga-tiga kad itu, sejumlah RM40,051.36 digunakan untuk perbelanjaan di luar negara, melibatkan beberapa perbelanjaan runcit dan pasaraya di Kiev Ukraine dan Korea Selatan.

Selain kat Mastercard yang ditutup pada 16 April 2014, kedua-dua kad yang lain masih aktif sehingga hari ini.

“Secara rumusannya, sembilan cek dikeluarkan kepada Pusat Kad Maybank antara Februari 2014 hingga Julai 2015 untuk membayar kad-kad kredit dan kad caj Amex milik Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

“Daripada sembilan cek, satu dipulangkan kepada pembayar,” katanya lagi.

‘Keputusan Yayasan Akal Budi dibuat Zahid’ 

Terdahulu, dalam prosiding sama, saksi kelapan, bekas pegawai Zahid dan bekas ahli lembaga pemegang amanah (BOT) Yayasan Akal Budi sejak 2012 sebelum diminta meletakkan jawatan pada 2016, Muhammad Nabil Saleh memberi keterangan di mahkamah.

Menurut kenyataan bertulis saksi, segala keputusan Yayasan Akal Budi diuruskan sendiri oleh Zahid.

“Sepanjang saya dilantik sebagai BOT Yayasan Akalbudi saya tidak pernah dibentangkan berkaitan sumbangan, perbelanjaan, penyata-penyata kewangan atau membincangkan apa-apa aktiviti yang dilaksanakan oleh Yayasan Akal Budi kerana segala perkara-perkara ini diputuskan dan diuruskan sendiri oleh Dato Sri Ahmad Zahid Bin Hamidi sendiri dan diluar pengetahuan saya sebagai BOT,” kata saksi.

Muhammad Nabil juga beranggapan sumbangan daripada Ahmad Zahid adalah datang dari sumber Yayasan Akalbudi.

Selepas membacakan pernyataan bertulisnya di mahkamah, Nabil disoal peguam bela Ahmad Zahid, Ahmad Zaidi Zainal semasa sesi pemeriksaan balas tentang beberapa projek yang dibiayai oleh Yayasan Akal Budi.

Untuk sebahagian projek yang dibangkitkan, Nabil mengaku tahu mengenainya dan mendakwa ia ditaja oleh “Zahid dan Yayasan Akalbudi”, manakala sebahagian lagi adalah di luar pengetahuannya.

Bagaimanapun, dalam sesi pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya Lee Keng Fatt, Nabil mengakui jawapannya ketika pemeriksaan balas hanyalah anggapannya.

Nabil menjadi pembantu khas kepada Ahmad Zahid selaku anggota parlimen Bagan Datuk pada 2010 selepas tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara, sebelum dilantik menjadi setiausaha bahagian Bagan Datuk dan pegawai khas Ahmad Zahid pada 2013.

Dia melepaskan jawatan-jawatan tersebut pada 2016.

Katanya, penglibatannya dalam Yayasan Akalbudi bermula pada tahun 2012 apabila dia “diarahkan” menjadi BOT yayasan tersebut bagi menggantikan BOT sebelum itu, sebelum diminta menandatangani surat peletakan jawatan oleh peguam Ahmad Zahid, yang dikenali sebagai Ustaz Faisaluddin.

“Saya diminta menandatangani satu surat peletakan jawatan sebagai BOT Yayasan Akalbudi kerana Dato Sri Ahmad Zahid Bin Hamidi hendak melantik BOT yang baru,” katanya.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan jenayah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara tidak kurang dari 20 tahun dan sebatan serta denda.

Perbicaraan bersambung 2 Disember.

https://www.malaysiakini.com/news/500742?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR20luUhVyTRpO2vQx2X2bW33vCoT4HalfyXHw92q3kI-Ys99SOCbLQcoFY

MCA Persoalkan Tender Baja Kepada ‘ Nafas’ – Bukti Umnopas Khadam MCA

1 PAS KHADAM MCA1 ELAUN PERJALANAN

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 6 people, people smiling, text

*We Ka Siong MARAH Kerajaan Pakatan Harapan nak bagi kat NAFAS? Nafas ni bukannya syarikat Sdn Bhd yang kamu tengah pertahankan!*

NAFAS ini Pertubuhan Peladang Kebangsaan, ahli Peladang seluruh negara 920,000 orang yang majoritinya Melayu Islam. Pertubuhan Peladang Negeri ada 14 buah dan Pertubuhan Peladang Kawasan ada 279 buah di seluruh Malaysia. 20% sahamnya pula dimiliki oleh anak syarikat PETRONAS yang memang profesional dalam pembuatan baja Urea.

NAFAS menguruskan Baja Padi Subsidi ni sejak 22 tahun lepas lagi, untuk ahli-ahli Peladang seluruh Malaysia. Kilang Baja Padi paling besar di Malaysia, pengeluarannya dalam 8% daripada industri baja Negara.

Kapasiti pengeluaran setahun dalam 310,000 MT, sedangkan baja subsidi cuma 250,000 MT – 280,000 MT setahun. NAFAS memang mampu buat.

Untuk jaga kepentingan Pertubuhan Peladang, Kerajaan Malaysia sebelum ini bagi kepada NAFAS, Tun Dr Mahathir Mohamed yang arahkan kilang ini dibuat di Gurun, Kedah sebelum ini.

Keuntungan daripada Kilang Baja Nafas inilah diagihkan Dividen 8% kepada Ahli Peladang dan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Ahli Peladang.

Malah NAFAS juga mengeluarkan zakat purata dalam RM10-12 juta setahun kepada ahli peladang dalam kategori Asnaf, biasiswa kepada anak-anak ahli yang cemerlang, menyalurkan kepada Yayasan Pelajaran Peladang untuk membantu masa depan anak ahli peladang, meletakan duit di Dana Peladang Kebangsaan bagi ahli ahli peladang membuat pinjaman. Melalui duit inilah Pertubuhan Peladang dan ahli seluruh Negara berkembang.

Pada masa sama daripada keuntungan itulah NAFAS giat mengadakan program pembangunan dan latihan ahli Peladang seluruh Negara, demi masa depan sektor pertanian Negara.

MCA dan BN baru menang PRK Tg Piai, sudah berani bersuara lantang untuk mengugat satu satu nya Pertubuhan Peladang yang menjaga kebajikan ahli Peladang seluruh Negara yang majoritinya Melayu miskin di Seluruh Negara.

Kononnya kamu mendedahkan skandal? Skandal apa?? Skandal sebab NAFAS dapat kontrak baja subsidi yang sudah 22 tahun NAFAS uruskan kah? Biar rasional! Kami memiliki kilang sendiri yang mampu mengeluarkan baja sendiri untuk ahli kami di seluruh Negara. Kenapa kamu beria-ria nak bagi kepada syarikat SDN BHD?

NAFAS zaman kamu dalam regim BN lagi dasyat, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS majoritinya pemimpin UMNO/BN.

42 kesalahan serius ditemui hingga Nafas digantung pada 2018 lalu dengan pelbagai isu penyelewengan yang kini tengah disiasat SPRM.

Mohon Rakyat Malaysia menilainya semula untuk memberi Undi kepada mereka, adakah anda ingin membiarkan nasib petani miskin yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang ini berkubur?

Ataupun anda semua mahukan kontrak itu diberikan kepada syarikat SDN BHD yang tiada lansung kaitan dengan Peladang? Cuba Netizen SIASAT syarikat mana yang beliau pertahankan itu? Ehem!

Bagaimana kah Nasib Petani di bawah sana? Kamu jangan nak mempolitikkan isu ini hingga boleh ‘’membunuh’ NAFAS dengan sentimen kamu yang tidak berasas.

Terima kasih Pakatan Harapan kerana Membela Peladang, Terima kasih YAB Tun Dr Mahathir, Terima Kasih YB Dato Seri Salahuddin Ayub, Terima Kasih YB Sim Tze Tzin, Terima kesemua yang membela Pertubuhan Peladang.

Jika anda sayangkan Pertubuhan Peladang mohon Viralkan. Terima kasih.

Syam Ghaz

#Moa #Nafas #KontrakBajaSubsidi #PertubuhanPeladang #KilangPadi

 

Nilai FDI negara meningkat 10.3 peratus kepada RM667.5 bilion pada suku kedua 2019 berbanding RM605.1 bilion setahun lepas. 

Begitu banyak kejayaan yang telah dicapai kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh kurang dua tahun, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak sampai kepada rakyat ekoran kerajaan PH kurang mahir dalam skil komunikasi bagi menyebarluaskan mesej mengenai usaha dan dasarnya yang baik.

Sebagai contoh, pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia adalah lebih besar berbanding sebelum ini.

“FDI kini lebih besar berbanding dahulu dan kita patut gembira.

“Kerajaan ini tidak pandai berkomunikasi dan memberitahu apa yang telah dilakukan.

“Namun percayalah, kerajaan sudah melakukan lebih banyak perkara berbanding mana-mana kerajaan lakukan dalam tempoh masa yang singkat, satu setengah tahun,” katanya seperti dipetik Bernama.

Nilai FDI negara meningkat 10.3 peratus kepada RM667.5 bilion pada suku kedua 2019 berbanding RM605.1 bilion setahun lepas.

Selain itu, Malaysia juga mendapat tempat ke-12 dalam kalangan 190 ekonomi dunia, berbanding tangga ke-15 tahun lepas, mengikut Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020 baru-baru ini.

 

 

Banyak kejayaan dikecapi negara di bawah kerajaan PH, kata PM

“Kerajaan sudah melakukan lebih banyak perkara berbanding mana-mana kerajaan lakukan dalam tempoh masa yang singkat, satu setengah tahun,” katanya.

Nilai FDI negara meningkat 10.3 peratus kepada RM667.5 bilion pada suku kedua 2019 berbanding RM605.1 bilion setahun lepas.

Selain itu, Malaysia juga mendapat tempat ke-12 dalam kalangan 190 ekonomi dunia, berbanding tangga ke-15 tahun lepas, mengikut Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020 baru-baru ini.