Bangunan penuh penipu [METROTV]

MENGHAIRANKAN apabila sebahagian besar 680 warga China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di sini, semalam tidak memiliki dokumen perjalanan atau pasport.

Semua mereka ditahan kerana disyaki anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian termasuk tukaran matawang asing atau forex.

Apa yang lebih mengejutkan, sindiket terbabit yang dipercayai berpusat di China itu menyewa keseluruhan bangunan enam tingkat terbabit dengan kadar sewa RM360,000 sebulan.

Turut dirampas 8,230 unit telefon bimbit, 174 unit komputer riba dan 787 unit komputer peribadi dirampas.

Premis disewa itu dipercayai berfungsi sebagai pusat panggilan dengan kawalan keselamatan ketat di setiap tingkat dan hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh memasuki premis berkenaan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan keluar dan masuk.

LEBIH 100 suspek sempat melarikan diri. FOTO Luqman Hakim Zubir

Semasa serbuan, bangunan itu hanya dipenuhi oleh warga China.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, modus operandi sindiket menyasarkan mangsa di China dengan janji keuntungan yang tinggi dan pantas.

Katanya, anggota sindiket itu akan menghantarkan satu kod kepada pelanggan dari laman web tertentu yang menggunakan bahasa Mandarin dalam aplikasinya.

“Semua urusniaga dan pembayaran dilakukan melalui WeChat Pay atau bank di China.

“Semasa serbuan pada jam 11 pagi semalam selepas intipan dilakukan selama hampir dua bulan, mereka sedang menjalankan aktiviti berkenaan.

“Dalam operasi ini seramai 680 warganegara China terdiri daripada 603 lelaki dan 77 wanita yang berusia antara 19 dan 35 tahun ditahan di setiap tingkat yang diserbu di bangunan itu dan sebahagian besar mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pasport.

KHAIRUL Dzaimee (tiga dari kanan) melihat barangan dirampas dalam serbuan sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Cyberjaya pada sidang media yang di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. FOTO Luqman Hakim Zubir

“Semua mereka dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian yang berpusat di China yang disyaki telah berjalan lebih kurang enam bulan selain menyasarkan rakyat republik itu,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media khas di sini semalam.

Khairul Dzaimee berkata, siasatan awal mendapati mereka tinggal di negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial (PLS).

Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan lmigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, Seksyen 6 (1)(C) Akta lmigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15 (1)(C) Akta lmigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa.

Katanya, tindakan penyitaan mengikut peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) terhadap barang-barang rampasan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, semasa anggota operasi menghampiri lokasi serbuan, berlaku provokasi oleh suspek sebelum mereka bertindak merempuh dan menyerang anggota JIM.

SEBANYAK 8,230 unit telefon bimbit dirampas. FOTO Luqman Hakim Zubir

“Dianggarkan seramai lebih 100 suspek berjaya melarikan diri dengan merempuh kepungan pegawai lmigresen.

“Akibatnya, ada dalam kalangan mereka yang tercedera dengan mengalami luka-luka dalam usaha mereka melarikan diri begitu juga anggota JIM.

“Walaubagaimanapun, keadaaan terkawal dengan bantuan daripada JIM Selangor dan JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, sehingga kini tiada wakil atau individu yang hadir mengemukakan pasport mereka dan pihak Kedutaan China di sini juga sudah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, semua suspek akan direman selama 14 hari.

Katanya, JIM juga akan mengesan dan memburu dalang sindiket berkenaan dan menyalurkan maklumat berkaitan kepada agensi
lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi yang berkaitan.

SEBAHAGIAN barang rampasan. FOTO Luqman Hakim Zubir
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 6:15 AM

Dr. Mujahid Memantau Perkembangan Pembinaan Hospital Parit Buntar

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, sitting, screen and indoor

Alhamdulillah akhirnya pembangunan Hospital Parit Buntar semakin jadi kenyataan untuk keselesaan penduduk Parit Buntar yang tidak lagi perlu berulang jauh ke Taiping untuk mendapatkan rawatan di sana.

Hari ni saya bersama para pegawai JKR Daerah Kerian dan pegawai pusat khidmat telah turun meninjau bagi mendapatkan penjelasan mengenai progres pembinaan hospital tersebut.

Hospital Parit Buntar, Perak ini dibina dengan anggaran kos projek sebanyak RM 136,676,309.16.

Saya akan terus memantau dari semasa ke semasa agar pembinaan hospital ini tidak tertangguh lagi demi keselesaan semua penduduk Parit Buntar.

Pembinaan hospital ini telah diumumkan sejak tahun 2008 oleh Kerajaan BN tetapi tertangguh beberapa kali atas pelbagai sebab dan faktor. Saya terus perjuangkan isu ini di parlimen semenjak menjadi ahli Parlimen di sini. Ini kerana projek ini telah melibatkan dua kali pecah tanah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Insha Allah…semoga usaha pembinaan Hospital Parit Buntar ini akan menjadi kenyataan dan direalisasikan kali ini.

NAJIB UMNOPAS KENCING MERATA,60 JANJI 21 SAHAJA TERLAKSANA- SYED HAMID ALBAR

 

1 PAS KHADAM MCA

Image may contain: 3 people, text

 

PH Gagal tunai manifesto?
BELUM GAGAL LAGI..
kita masih ada mandat 3 tahun lebih lagi..
baru 1 tahun setengah mentadbir..

tetapi BN telah habis mandat dan telah pun terbukti gagal.

Wirawati Malaysia, Puan Nor Salwani Mohd – Tahniah

Image may contain: 1 person

Wirawati Malaysia, Puan Nor Salwani Mohd. Berani mendedahkan kebobrokan pentadbiran Jiblis Umno BN. Semoga Allah melindungi beliau.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/630732/perakam-suara-diletak-dalam-bekas-pensel-ketika-mesyuarat-laporan/amp

NAFAS Membuktikan Umnopas Amat Dayus Dan Menjadi Khadam Kepada MCA

1 PAS KHADAM MCA

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 6 people, people smiling, suit and text

Walaun tokpek and cai geger isu i.4b ..tak tahu crita sebenar tapi lebih suka sebar fitnah

NAFAS

Gegak gempita diparlimen tadi bila MP Air Hitam mendakwa pihak MOA telah melakukan yang beliau anggap sebagai skandal bilamana dianggap kononnya pihak MOA telah membatalkan keputusan tender terbuka dengan menganugerahkan kontrak secara rundingan terus kepada NAFAS.

Sebelum kita pergi jauh memahami kekeliruan yang dihasikan pihak pembangkang dalam isu ini adalah lebih elok kita semua memahami apa itu NAFAS?

NAFAS adalah satu entiti yang diwujudkan dibawah Pertubuhan Peladang yang dianggotai oleh 920,000 orang yang majoritinya Melayu. Pertubuhan Peladang Negeri ada 14 buah dan Pertubuhan Peladang Kawasan ada 279 buah di seluruh Malaysia.

Sahamnya pula 20% dimilikki oleh anak syarikat PETRONAS yang memang diakui profesional dalam pembuatan baja Urea.

NAFAS secara asasnya adalah satu pertubuhan yang berfungsi bagi untuk menambah pendapatan ahlinya yang terdiri dari para peladang. Setiap tahun NAFAS membayar sebanyak 8% sebagai dividen kepada ahlinya bergantung kepada nilai saham yang dimiliki.

NAFAS sewaktu dibawah penguasaan kerajaan BN telah ditemui 42 kesalahan serius hingga NAFAS digantung pada 2018 lalu dengan pelbagai isu penyelewengan yang kini masih dalam disiasat SPRM.

Berbalik kepada isu yang dikemukakan oleh MP Air Hitam.

Menjadi kehendak pembangkang untuk melihat pihak kerajaan lemah dan menjadi kemarahan rakyat. Mereka menggunakan sepenuhnya FAKE FAKTOR dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.

Keputusan jawatankuasa tender adalah rahsia. Proses memilih yang layak adalah dikira selesai sekiranya surat menganugerahkan projek telah berlaku.Dalam keadaan sekarang,masih diperingkat proses di MOF setelah jawatankuasa tender bersidang dan belum pun mengistiharkan keputusan.

Anggapan dan tuduhan dengan segala hal disebut sebagai cakap dengar hanyalah berselindung dibalik imuniti sebagai seorang MP diparlimen.

Dipersoalkan kenapa kerajaan melantik ahli politik dari pihak kerajaan kedalam NAFAS? Habis pembangkang nak yang macamana,dilantik ALP NAFAS dari BN PAS baru ok? Apa kejadahnya bodoh hal begini dipertikaikan,kerajaan dah tentu menjaga kepentingannya sebagaimana BN dan PAS menjaga kepentingan dinegeri-negeri yang diperintahkan oleh mereka,as simple as that!

Baja untuk petani,kalau kerajaan tak bagi kepada Nafas, UMNO akan canang hak melayu telah dihakis.

Kalau kerajaan beri kepada Nafas, MCA akan bantah sebab Nafas 100% dimiliki oleh Melayu.

Samada UMNo yang bantah atau MCA yang tentang, kedua duanya akan disokong oleh Pas sebagai khadam baru BN.

Kalau pun ada rundingan terus kepada NAFAS dilakukan,keuntungan bukan kepada individu tetapi kepada ahlinya yang terdiri dari peladang,apa masalah? Bagi BN baru ok? Kerajaan kendalian Pakatan Harapan bukan bodoh!

NAFAS menguruskan Baja Padi Subsidi ni sejak 22 tahun lepas lagi, untuk ahli-ahli Peladang seluruh Malaysia. Kilang Baja Padi paling besar di Malaysia, pengeluarannya dalam 8% daripada industri baja Negara.

Cubaan untuk mempalitkan pihak kerajaan kononnya telibat dengan skandal ini sesuatu yang kelakar dan tiada asasnya.Kalau menolong rakyat itu skandal,gelarlah lebih kerap lagi asal sahaja pemegang taruhnya mendapat hasil darinya. Menolong rakyat satu kebanggaan bagi Kerajaan kendalian PAKATAN HARAPAN.

Biarlah kebimbangan pihak pembangkang kerana kerajaan membantu rakyat ini dianggap pengkhianat setelah “hantu kartel-kartel” yang menguasai NAFAS selama ini telah dinyahkan.

Apakah Wee Ka Siong ingin melihat kerajaan membiarkan nasib petani miskin yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang ini berkubur baru beliau puashati???

Ataupun beliau mahukan kontrak itu diberikan kepada syarikat SDN BHD yang tiada langsung kaitan dengan Peladang tetapi penyumbang dana kepada BN dan PAS?

DEMI UNTUK RAKYAT,RAKYAT TETAP BERSAMA KERAJAAN YANG MENJAGA KEBAJIKANNYA.

HERO RAKYAT ADALAH DS SALAHUDDIN AYUB DAN MEDAN PELADANG TERANIYAI DIBAWAH BN SELAMA INI ADALAH NAFAS!!

Nyamuk Menggigit
21 Nov 2019

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan – Saksi

KERAJAAN PH PATUT MENOBATKAN PUAN SALWANI SEBAGAI WARAWATI NEGARA

JIBLIS UMNO ARAH PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB UNTUK TUTUP KEMUNGKARANNYA MENYELEWANG WANG DANA 1MDB NEGARA

KES PINDA AUDIT 1MDB | Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau dan anggota pasukan khas audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terkejut apabila mendengar rakaman suara meminta menggugurkan penyata kewangan 1MDB semasa mesyuarat membincangkan laporan audit syarikat itu.

Nor Salwani Muhammad, 52, berkata beliau mendengar rakaman mesyuarat itu bersama pasukannya sebaik sahaja kembali ke pejabatnya selepas mengiringi bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan seorang pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad untuk menghadiri mesyuarat itu pada 24 Feb, 2016.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Gopal Sri Ram pada hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan audit akhir 1MDB.

“Selepas mendengar rakaman itu, kami terkejut dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat. Antara yang memeranjatkan kami adalah apabila diminta menggugurkan dua penyata kewangan 1MDB supaya ia tidak dilaporkan dalam laporan audit,” katanya.

Iklan

Saksi berkata, selepas mendengar rakaman audio itu yang dirakam menggunakan perakam, beliau telah memindahkannnya ke dalam cakera keras rasmi milik JAN dan ‘thumb drive’ untuk tujuan keselamatan.

Jelas beliau lagi, rakaman asal audio tersebut telah dipadam kerana beliau bimbang akan diambil tindakan berikutan tindakannya merakam mesyuarat itu tanpa memaklumkan kepada pengerusi mesyuarat.

Mesyuarat itu turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, Arul Kanda, Shukry Mohd Salleh daripada Pejabat Perdana Menteri serta Mohamad Isa Hussain daripada Perbendaharaan.

Selasa lepas, ketika memberi keterangan, Ali menegaskan bahawa mesyuarat 24 Feb, 2016 itu diadakan atas arahan Najib yang mahu penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.

Nor Salwani berkata, sepanjang 22 tahun bekerja, pengalaman mendengar rakaman mesyuarat bertarikh 24 Feb 2016 itu adalah yang pertama bagi beliau di mana kandungan rakaman itu sangat mengejutkan.

Sri Ram: Dari segi kebiasaan, bagaimana kamu menerangkan keadaannya (mesyuarat 24 Feb, 2016)?

Nor Salwani: Tidak normal

Terdahulu, saksi itu mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 24 Feb 2016.

Katanya beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik Saadatul Nafisah tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula bagi tujuan membuat minit mesyuarat kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Najib, 66, diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili oleh peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan jawatannya mengarahkan supaya laporan audit akhir 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau dituduh, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Pengauditan akhir 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Rabu depan.

[https://www.malaysiakini.com/news/500723](https://www.malaysiakini.com/news/500723)

 

https://www.malaysiakini.com/news/500723?fbclid=IwAR3g3pMNVW64Tm1W1Mt0w42LksiX4A1K13M4P4l676SBTRdYVR7k3baQ2no