NAFAS Membuktikan Umnopas Amat Dayus Dan Menjadi Khadam Kepada MCA

1 PAS KHADAM MCA

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 6 people, people smiling, suit and text

Walaun tokpek and cai geger isu i.4b ..tak tahu crita sebenar tapi lebih suka sebar fitnah

NAFAS

Gegak gempita diparlimen tadi bila MP Air Hitam mendakwa pihak MOA telah melakukan yang beliau anggap sebagai skandal bilamana dianggap kononnya pihak MOA telah membatalkan keputusan tender terbuka dengan menganugerahkan kontrak secara rundingan terus kepada NAFAS.

Sebelum kita pergi jauh memahami kekeliruan yang dihasikan pihak pembangkang dalam isu ini adalah lebih elok kita semua memahami apa itu NAFAS?

NAFAS adalah satu entiti yang diwujudkan dibawah Pertubuhan Peladang yang dianggotai oleh 920,000 orang yang majoritinya Melayu. Pertubuhan Peladang Negeri ada 14 buah dan Pertubuhan Peladang Kawasan ada 279 buah di seluruh Malaysia.

Sahamnya pula 20% dimilikki oleh anak syarikat PETRONAS yang memang diakui profesional dalam pembuatan baja Urea.

NAFAS secara asasnya adalah satu pertubuhan yang berfungsi bagi untuk menambah pendapatan ahlinya yang terdiri dari para peladang. Setiap tahun NAFAS membayar sebanyak 8% sebagai dividen kepada ahlinya bergantung kepada nilai saham yang dimiliki.

NAFAS sewaktu dibawah penguasaan kerajaan BN telah ditemui 42 kesalahan serius hingga NAFAS digantung pada 2018 lalu dengan pelbagai isu penyelewengan yang kini masih dalam disiasat SPRM.

Berbalik kepada isu yang dikemukakan oleh MP Air Hitam.

Menjadi kehendak pembangkang untuk melihat pihak kerajaan lemah dan menjadi kemarahan rakyat. Mereka menggunakan sepenuhnya FAKE FAKTOR dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.

Keputusan jawatankuasa tender adalah rahsia. Proses memilih yang layak adalah dikira selesai sekiranya surat menganugerahkan projek telah berlaku.Dalam keadaan sekarang,masih diperingkat proses di MOF setelah jawatankuasa tender bersidang dan belum pun mengistiharkan keputusan.

Anggapan dan tuduhan dengan segala hal disebut sebagai cakap dengar hanyalah berselindung dibalik imuniti sebagai seorang MP diparlimen.

Dipersoalkan kenapa kerajaan melantik ahli politik dari pihak kerajaan kedalam NAFAS? Habis pembangkang nak yang macamana,dilantik ALP NAFAS dari BN PAS baru ok? Apa kejadahnya bodoh hal begini dipertikaikan,kerajaan dah tentu menjaga kepentingannya sebagaimana BN dan PAS menjaga kepentingan dinegeri-negeri yang diperintahkan oleh mereka,as simple as that!

Baja untuk petani,kalau kerajaan tak bagi kepada Nafas, UMNO akan canang hak melayu telah dihakis.

Kalau kerajaan beri kepada Nafas, MCA akan bantah sebab Nafas 100% dimiliki oleh Melayu.

Samada UMNo yang bantah atau MCA yang tentang, kedua duanya akan disokong oleh Pas sebagai khadam baru BN.

Kalau pun ada rundingan terus kepada NAFAS dilakukan,keuntungan bukan kepada individu tetapi kepada ahlinya yang terdiri dari peladang,apa masalah? Bagi BN baru ok? Kerajaan kendalian Pakatan Harapan bukan bodoh!

NAFAS menguruskan Baja Padi Subsidi ni sejak 22 tahun lepas lagi, untuk ahli-ahli Peladang seluruh Malaysia. Kilang Baja Padi paling besar di Malaysia, pengeluarannya dalam 8% daripada industri baja Negara.

Cubaan untuk mempalitkan pihak kerajaan kononnya telibat dengan skandal ini sesuatu yang kelakar dan tiada asasnya.Kalau menolong rakyat itu skandal,gelarlah lebih kerap lagi asal sahaja pemegang taruhnya mendapat hasil darinya. Menolong rakyat satu kebanggaan bagi Kerajaan kendalian PAKATAN HARAPAN.

Biarlah kebimbangan pihak pembangkang kerana kerajaan membantu rakyat ini dianggap pengkhianat setelah “hantu kartel-kartel” yang menguasai NAFAS selama ini telah dinyahkan.

Apakah Wee Ka Siong ingin melihat kerajaan membiarkan nasib petani miskin yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang ini berkubur baru beliau puashati???

Ataupun beliau mahukan kontrak itu diberikan kepada syarikat SDN BHD yang tiada langsung kaitan dengan Peladang tetapi penyumbang dana kepada BN dan PAS?

DEMI UNTUK RAKYAT,RAKYAT TETAP BERSAMA KERAJAAN YANG MENJAGA KEBAJIKANNYA.

HERO RAKYAT ADALAH DS SALAHUDDIN AYUB DAN MEDAN PELADANG TERANIYAI DIBAWAH BN SELAMA INI ADALAH NAFAS!!

Nyamuk Menggigit
21 Nov 2019

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s