KENAIKAN ELAUN PERJALANAN LEBIH DARI 50% – TAHNIAH KERAJAAN PH

1 ELAUN PERJALANAN
Berita baik kepada penjawat awam, selain kenaikan elaun sara hidup yg diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam BAJET 2020, elaun perjalanan juga akan dinaikkan dari RM0.55/km kepada RM0.85/km berkuat kuasa 01 Januari 2020. Kenaikan lebih 50%.

Najib Pergunakan Akta Rahsia Rasmi Untuk Melindungi Perbuatan Jenayah Yang Dilakukan.

1 TG PIAI NASIHAT1 PEMBELA KEJAHATAN1 INSAN BERSYUKUR

Najib arahkan dokumen dimusnahkan untuk tutup rahsia.

Namun saksi, Nor Salwani Mohamad iaitu pegawai Jabatan Audit Negara menyimpan berberapa dokumen penting termasuk merakam perbualan di dalam mesyuarat untuk diserahkan kepada Ketua Audit Negara yang baru supaya jenayah Najib dapat diberi gambaran penuh.

KL Summit 2019: Lebih 400 pemimpin Islam bakal berkampung di Malaysia

KL Summit 2019: Lebih 400 pemimpin Islam bakal berkampung di Malaysia

Selain Dr Mahathir mewakili Malaysia, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan berada di Kuala Lumpur bulan depan bagi memberi idea selain mencari penyelesaian isu-isu yang mendepani umat Islam global.

PUTRAJAYA: Lebih 400 pemimpin Islam, pemikir, cendekiawan dan ulama bakal berkampung di tengah kota raya ini bagi memberi idea selain mencari penyelesaian isu-isu yang mendepani umat Islam global.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) berkata, platform antarabangsa itu menjadi medan kepada pemimpin dunia mencari penyelesaian secara dinamik dan berkesan seiring pemahaman secara kontemporari dan menyeluruh.

“Mereka (peserta) akan memahami masalah yang dihadapi umat Islam dan situasi yang berlaku ketika ini, selain memahami masalah lantaran kemerosotan dan kejatuhan kehebatan Islam kontemporari.

“Ketika ini, kita lihat umat Islam di mana sahaja ditekan, dihalau dan diusir dari negara asal, dipanggil sebagai pengganas, mereka berperang, memusnahkan negara hingga ada negara pentadbirannya lumpuh,” katanya kepada rakan media KL Summit 2019 di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Antara pemimpin dunia yang dijangka hadir adalah Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani; Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

Ujarnya, sidang kemuncak yang julung kali diadakan itu disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha membangkitan semula Islam kontemporari global.

“KL Summit memfokuskan kepada semua masalah tersebut di mana kita akan memahami sebab ia berlaku.

“Kita akan bentangkanya dan mencari cara untuk mengurangkan, jika tidak mampu menghapuskan segala permasalahan mendepani umat Islam,” jelasnya.

Sidang kemuncak empat hari itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula pada 18 Disember ini.

Terdapat tujuh bidang yang menjadi fokus pada perhimpunan pemimpin dunia Islam iaitu pembangunan dan kedaulatan; integriti dan urus tadbir; budaya dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan serta urus tadbir teknologi dan internet.

Astro AWANI merupakan rakan media bagi sidang kemuncak ini bersama media antarabangsa lain seperti Pakistan TV, TVRI, Al Jazeera dan TRT World.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kl-summit-2019-lebih-400-pemimpin-islam-bakal-berkampung-di-malaysia-223267

Kelantan Berubah Menjadi Lubuk Dadah Dibawah Kerajaan Pas

GAYA hidup mewah seorang jurujual kereta membongkar kepada kegiatan pengedaran dadah dijalankannya sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad lalu di hotel terkemuka di Kota Bharu bersama dadah bernilai lebih RM3 juta.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, terdahulu pihaknya menyerbu rumah di Lubok Jong, Rantau Panjang pada 9 pagi hari sama dan menahan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun.

Beliau berkata, polis kemudian ke hotel terkemuka di daerah Kota Bharu untuk menahan suspek utama.

“Polis mengetuk pintu bilik hotel, namun tidak mendapat respon sebelum terpaksa memecah masuk dengan kerjasama pihak hotel.

“Suspek ketika itu sedang bersembunyi di dalam bilik air dan hasil pemeriksaan menemui sehelai seluar panjang jenama Polo di atas katil yang terselit satu foil warna merah/perak berisi pil jenis dadah Eramin 5 di poket hadapan.

“Kami kemudian dibawa ke sebuah kenderaan Lexus NX200T dan menemui empat beg berzip dan satu bungkusan mengandungi 186,000 pil kuda seberat 20.781 kilogram (kg) serta syabu seberat 39.21kg dan nilai keseluruhan sebanyak RM3.76 juta,” katanya pada sidang media di IPK Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, bekalan dadah itu diperoleh dari Thailand untuk pasaran di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Katanya, suspek positif methampetamine dan memiliki sembilan rekod lampau berkait kes curi kenderaan, samun, kesalahan di bawah akta senjata api serta dadah.

“Kami menyita pelbagai barang termasuk enam kenderaan mewah, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, empat beg tangan, seutas gelang tangan keemasan, dua geran mukim dan tujuh buku akaun simpanan yang keseluruhan berjumlah RM540,850.

“Suspek terbabit bersama pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bermula 18 sehingga 24 November.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 11:06 AM

KES PINDA LAPORAN AUDIT Hari ke 4

Image may contain: 1 person, text

KES PINDA LAPORAN AUDIT Hari ke 4
2.05 petang: Mahkamah Tinggi membenarkan perbicaraan ditangguhkan hari itu, dengan prosiding disambung semula pada pukul 9.30 pagi, Rabu minggu depan.
Iklan
Audit 1MDB boleh siap dalam 5 bulan tapi lewat kerana sukar akses maklumat
1.55 petang: Bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang memberitahu mahkamah bahawa audit ke atas 1MDB dan kumpulan syarikatnya pada tahun 2015 boleh disiapkan dalam tempoh lima bulan.
Bagaimanapun, menurut saksi pendakwaan keenam itu, pengauditan yang dijalankan oleh sepasukan 12 pegawai dari Jabatan Audit Negara (JAN) sejak Mac 2015 mengambil masa kira-kira setahun disebabkan kesukaran mengakses maklumat yang diperlukan untuk audit.
“JAN menghadapi limitasi di mana beberapa dokumen asal sama ada ditangguhkan atau tidak pernah diserahkan oleh 1MDB sama sekali.
“Dokumen-dokumen ini adalah penting untuk pengauditan untuk mengesahkan kedudukan sebenar kewangan dan operasi syarikat serta urus niaga yang berkaitan,” katanya kepada mahkamah.
Menurut keterangannya, antara dokumen yang tidak pernah sampai dari 1MDB termasuk penyata bank daripada institusi kewangan luar negara.
Beliau berkata mereka juga tidak mendapat akses kepada komputer atau server syarikat untuk membolehkan pasukan audit JAN menyemak maklumat semasa proses audit.
1.14 petang: Prosiding disambung semula, dengan bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang memberi keterangan dalam pemeriksaan utama.
12.53 tengah hari: Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) Nor Salwani Muhammad buat sementara keluar daripada kandang saksi.
Mahkamah Tinggi membenarkan perkara itu sehingga pasukan pembelaan Najib Razak dan K Arul Kanda memanggilnya untuk soal balas.
Pasukan audit terkejut permintaan ubah laporan 1MDB
11.26 pagi: Anggota pasukan khas audit 1MDB terkejut apabila mereka mendengar rakaman suara mengenai mesyuarat yang membincangkan laporan mereka pada 24 Feb 2016.
Menurut pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) Nor Salwani Muhammad, beliau memutarkan rakaman mesyuarat itu kepada pasukannya sebaik sahaja kembali ke pejabat mereka selepas mengiringi Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan seorang pegawai lain, Saadatul Nafisah untuk menghadiri mesyuarat itu.
Mereka kemudian mendengar butiran perbincangan termasuk permintaan agar Ambrin menggugurkan bahagian-bahagian tertentu laporan audit ke atas 1MDB.
Gopal: Apabila kamu ambil perakam suara dari kotak pensel, apa yang kamu lakukan dengannya.
Salwani: Saya turn off the tape, dan kemudian bawa balik ke pejabat.
Gopal: Apa yang berlaku di sana? Perlahan-lahan jelaskan pada mahkamah apa yang berlaku.
Salwani: Selepas menutup tape berkenaan saya kembali ke pejabat bersama pasukan audit guna kereta jabatan, dan kami jumpa ahli pasukan lain dalam bilik mesyuarat dan dengar apa yang telah dirakamkan bagi mengetahui perkara sebenar berlaku dalam mesyuarat.
Gopal: Selepas kamu dengar rakaman, apa yang kamu lakukan?
Salwani: Selepas mendengar kami sangat terkejut dengan apa berlaku, dan saya salinkan (rakaman suara) dalam hard disk yang dipunyai pasukan audit. Hard disk rasmi.
Gopal: Kenapa terkejut?
Salwani: Dengan apa yang berlaku apabila perkara yang dilaporkan dalam laporan KAN diminta digugurkan termasuk laporan dua penyata (kewangan).
📷
Pegawai JAN selitkan perakam suara ketika mesyuarat sulit bincang audit 1MDB
11.05 pagi: Seorang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) membuat pengakuan menggemparkan di mahkamah, apabila memberi keterangan bahawa beliau menyelitkan perakam suara ketika mesyuarat membincangkan laporan audit 1MDB pada Feb 2016.
Nor Salwani Muhammad memberitahu mahkamah beliau meletakkan perakam suara itu dalam kotak pensil bosnya, Saadatul Nafisah, kerana dia (Salwani) tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.
Ini dilakukan tanpa pengetahuan Saadatul, kata Salwani.
Salwani berkata beliau berbuat demikian kerana perlu mengambil minit mesyuarat itu kerana ia melibatkan perbincangan mengenai laporan audit 1MDB yang disediakan oleh pasukannya.
Salwani adalah penyelaras pasukan khas Jabatan Audit Negara yang ditugaskan untuk menjalankan audit ke atas dana kekayaan berdaulat 1MDB pada tahun 2015. Beliau berkhidmat di bawah Saadatul yang merupakan ketua pasukan.
Untuk makluman, ini adalah rakaman suara mesyuarat pada 24 Feb 2016 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Ali Hamsa.
Turut mengambil bahagian dalam mesyuarat itu ialah Ketua Audit Negara pada ketika itu, Ambrin Buang; Saadatul Nafisah; itu Ketua Setiausaha Sulit kepada Najib, Shukry Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, dan pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad.
Tempoh rakaman suara itu adalah selama kira-kira 2 jam dan 45 minit, yang diputarkan di mahkamah semalam.
Salwani selesai baca kenyataan saksi
10.58 pagi: Pegawai Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad selesai membacakan kenyataan saksi beliau.
Telefon Najib berdering semasa perbicaraan
10.50 pagi: Telefon bimbit milik bekas Perdana Menteri Najib Razak berdering semasa perbicaraan.
Ini menyebabkan pegawai Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad terhenti seketika ketika sedang membaca kenyataan saksi beliau.
Najib kemudian dilihat cepat-cepat mematikan telefon bimbitnya.
Timbalan pendakwa raya, Gopal Sri Ram kemudian mengatakan telefon Najib perlu dirampas.
Nor Salwani kemudian menyambung semula membaca kenyataan saksi beliau.
Ambrin kelihatan sedih terima arahan pinda laporan audit 1MDB
10.23 pagi: Mahkamah Tinggi diberitahu Ketua Audit Negara Ambrin Buang ketika itu kelihatan sedih apabila menerima arahan agar mengeluarkan tiga isu daripada laporan akhir audit 1MDB pada 24 Feb 2016.
Saksi pendakwaan kelima iaitu Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad memberi keterangan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Nor Salwani menjelaskan kepada Akram apa yang dia maksudkan bahawa Ambrin (gambar) ‘tiada senang’ dengan arahan yang diberikan untuk menghapuskan isu-isu daripada laporan audit akhir 1MDB.
📷
“Apa yang saya maksudkan dengan ‘tidak senang’ adalah apabila beliau (Ambrin) kelihatan sedih dan rasa tercabar dengan apa yang berlaku.
“Ia berlaku apabila beliau mengeluarkan arahan itu (kepada Nor Salwani) dan selepas mesyuarat pada 24 Feb 2016,” kata beliau.
Mahkamah diberitahu bahawa pada 24 Feb 2016, mesyuarat itu antaranya dihadiri Ambrin, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan CEO 1MDB pada masa itu, K Arul Kanda.
Dalam mesyuarat itu, mahkamah diberitahu bahawa keputusan dicapai untuk menghapuskan beberapa isu daripada laporan audit akhir 1MDB, antaranya kewujudan dua penyata kewangan 1MDB yang bercanggah bagi tahun 2014.
Saksi dengar Ambrin bersungut ‘apa tujuan pengauditan’
11.17 pagi: Saksi memberitahu beliau mendengar rungutan Ketua Audit Negara Ambrin Buang selepas mesyuarat pada 24 Feb 2016, yang memutuskan pindaan kepada laporan audit akhir 1MDB.
Pegawai Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad memberitahu bahawa Ambrin berkata demikian ketika berada di bilik air, selepas mesyuarat itu.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram, Nor Salwani berkata selepas mesyuarat itu, dia melihat Ambrin dan seorang lagi pegawai JAN Saadatul Nafisah muncul dari mesyuarat itu, dan saksi mengekori Ambrin ke bilik air.
Ram Sri: Kamu perasan AMbrin nampak macam mana? Sikap beliau?
Nor Salwani: Dia kelihatan kecewa dengan apa yang berlaku. Ambrin kelihatan sangat sedih, beliau mengomel sesuatu kerana saya mengikutinya.
Ram Sri: Dia kelihatan susah hati?
Nor Salwani: Saya mengiutnya ke bilik air baginya untuk mencuci mukanya.
Ram Sri: Mengapa kamu berbuat demikian?
Nor Salwani: Saya takut dia mungkin jatuh, dia kelihatan lemah pada masa itu, dia kelihatan susah hati.
Sri Ram: Adakah dia kata apa-apa?
Nor Salwani: Dia mengomel “Apakah tujuan pengauditan”.
Pegawai simpan laporan asal audit 1MDB walaupun diarah musnahkan
10.15 pagi: Mahkamah diberitahu oleh seorang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) bahawa beliau menyimpan salah satu daripada 60 salinan asal laporan audit 1MDB, di sebalik arahan orang atasannya untuk memusnahkannya.
Nor Salwani Muhammad memberi keterangan bahawa salinan itu, yang mempunyai label watermark ’09’ dan dikemukakan di mahkamah hari ini, adalah salah satu salinan yang kemudiannya diberikan kepada Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad (gambar) yang dilantik pada tahun 2017.
📷

Salinan itu juga diserahkan kepada SPRM untuk membantu siasatan terhadap dakwaan meminda laporan audit, yang menjadi subjek perbicaraan ini.
“Laporan audit 1MDB watermark 09 sepatutnya dimusnahkan untuk mengelakkan kebocoran maklumat seperti apa yang telah dilaporkan oleh media pada masa itu, dan saya telah diarahkan oleh Tan Sri Ambrin (Buang) untuk mematuhi perintah CGSO (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan) sebagai Akta Rahsia Rasmi.
“Laporan itu (bagaimanapun) disimpan oleh saya untuk diberikan kepada Ketua Audit Negara yang baru. Dengan niat murni, saya telah menyerahkan laporan watermark 09 itu untuk membolehkan Ketua Audit Negara yang baru mendapatkan gambaran menyeluruh tentang penemuan audit oleh pasukan audit (yang menjalankan audit mengenai 1MDB), “kata Salwani.
Menurut beliau, salinan itu juga disimpan sebagai rujukan sekiranya ia diperlukan, kerana lima salinan lain yang telah diedarkan pada 22 Feb 2016 untuk Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan empat yang lain tidak pernah dikembalikan kepada JAN untuk dimusnahkan.
Empat salinan yang lain itu diberikan kepada Ketua Setiausaha Sulit Najib, Shukry Salleh, Ali Hamsa (ketika itu Ketua Setiausaha Negara), Arul Kanda (CEO 1MDB pada masa itu), Ambrin Buang (ketika itu Ketua Audit Negara), dan Dzulkifli Ahmad (ketika itu pegawai di Jabatan Peguam negara).
Laporan audit 1MDB yang asal dikemukakan sebagai bukti
10.10 pagi: Perbicaraan hari ini bermula dengan pihak pendakwaan mengemukakan laporan asal audit 1MDB, yang telah dicetak oleh Jabatan Audit Negara (JAN) pada 21 Feb 2016.
Ia merupakan satu-satunya laporan asal dalam simpanan Jabatan Audit Negara, yang sepatutnya dimusnahkan dan digantikan dengan versi yang dipinda kemudiannya.
Bukti ini diterima di mahkamah melalui keterangan pegawai JAN Nor Salwani Muhammad pagi ini, yang mengesahkan bahawa ia adalah salah satu daripada 60 salinan yang dihasilkan JAN ketika itu.
Untuk makluman, saksi itu semalam memberi keterangan bahawa JAN hanya membuat 60 salinan laporan itu, enam daripadanya diberikan kepada Najib, yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, ketua setiausaha sulitnya Shukry Salleh, Ali Hamsa (ketika itu Ketua Setiausaha Negara), Arul Kanda (bekas CEO 1MDB), Ambrin Buang (bekas Ketua Audit Negara) dan Dzulkifli Ahmad (ketika itu pegawai Jabatan Peguam Negara) pada 22 Feb 2016.
10.04 pagi: Tertuduh Najib Razak dan Arul Kanda memasuki kandang tertuduh apabila prosiding bermula.
10 pagi: Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi dan mengambil tempat duduk di baris hadapan galeri awam sambil menunggu prosiding bermula.
9.53 pagi: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB K Arul Kanda memasuki Mahkamah Tinggi dan mengambil tempat duduk di baris hadapan galeri awam sambil menunggu prosiding bermula.
Perbicaraan hari ini akan menyaksikan Pengarah Jabatan Audit Negara (sektor tadbir urus) Nor Salwani Muhammad menyambung keterangannya.
Saksi pendakwaan kelima itu akan membacakan kenyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya, Gopal Sri Ram di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan pada jam 10 pagi ini.
Semalam, beliau memberi keterangan bahawa pada Februari 2016, sebanyak 60 salinan draf laporan audit 1MDB dicetak.

https://web.facebook.com/aminAli1234/posts/1815072248623231

Murid SK Lereh harumkan nama Melaka di Korea Selatan

Murid SK Lereh harumkan nama Melaka di Korea Selatan

LEREH 21 Nov. – Beri pendedahan bertaraf antarabangsa kepada murid-murid dan perkenal budaya Malaysia di Korea Selatan, Sekolah Kebangsaan (SK) Lereh harumkan nama Melaka melalui Program Kembara Berbudaya Cakna Sihat.

Guru Besar SK Lereh, Rohana A.Hamid berkata program tersebut adalah hasil kerjasama barisan alumni SK Lereh bersama Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan Tourism Melaka.

Katanya, murid-murid yang terlibat dalam program tersebut turut membuat beberapa persembahan di Nonhyun Elementary School City di Seoul, Korea Selatan serta di pentas terkemuka di Pulau Nami.

“Persembahan yang disajikan di sana merangkumi nyanyian solo dan tarian daripada pelbagai etnik di Melaka bagi menghiburkan dan perkenalkan budaya Melaka di sana.

“Kelab Doktor Muda SK Lereh turut membentangkan inovasi bertajuk ‘The Magic Blanket’ dan mendapat pengiktirafan persembahan terbaik untuk International Multicultural Dance Autumn Festival di sana (Korea),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada MelakaKini, baru-baru ini.

Katanya, program yang berlangsung selama enam hari pada hujung Oktober lalu itu memberi satu kepuasan dan murid-murid turut teruja serta berbangga kerana dapat mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia.

“Pengalaman ini merupakan pengalaman yang sangat bernilai dan tidak akan dilupakan oleh murid-murid yang terlibat,” katanya.

https://melakakini.my/murid-sk-lereh-harumkan-nama-melaka-di-korea/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

MAIM agih lebih RM3 juta bantuan pakaian sekolah

MAIM agih lebih RM3 juta bantuan pakaian sekolah

1 INSAN BERSYUKUR1 BONUS SYUKUR

AYER KEROH 21 Nov. – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mengagihkan bantuan pakaian sekolah bagi asnaf dan fakir miskin di negeri ini bermula 25 November hingga 31 Mei depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sumbangan itu melibatkan peruntukan RM3.015 juta bagi 10,050 penerima bantuan.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,050 adalah fakir dan miskin, manakala 800 orang golongan mualaf.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 13.26 peratus berbanding peruntukan sebelum ini iaitu RM2,661,900 juta bagi 8,873 penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Seri Negeri, hari ini.

Ujarnya, sumbangan itu diharap dapat membantu lebih ramai anak-anak asnaf dan fakir miskin.

“Setiap anak-anak kan menerima RM300 seorang, bilangan agihan ini dilakukan mengikut sesi persekolahan setiap tahun,” katanya.

https://melakakini.my/maim-agih-lebih-rm3-juta-bantuan-pakaian-sekolah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook