Kertas siasatan pembelian 6 helikopter sudah dibuka, kata KP SPRM – Tahniah SPRM dan Latheefa

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata kertas siasatan berhubung isu enam helikopter tempur ringan yang belum diterima sudah dibuka.
1 6 ROMPAKAN UMNO ASWAJA1 HELI1 LTAT

TERBUKTI PARTI UMNO DAN PAS MENGKHIANATI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata kertas siasatan berhubung pembelian enam helikopter tempur ringan bernilai RM300 juta yang masih belum diterima sudah dibuka.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut dan memberitahu kes itu sedang berlangsung.

“Kami akan memberitahu sebaik sahaja kami selesai (siasatan),” katanya kepada pemberita selepas persidangan mengenai jenayah kewangan di sini hari ini.

FMT pada Mei lalu mendedahkan enam helikopter tempur ringan McDonnell Doughlas MD530 yang dibeli melalui ejen yang dikaitkan dengan pegawai kanan Kementerian Pertahanan masih belum diterima.

Dua helikopter sepatutnya diterima pada Jul 2017 manakala empat lagi pada Dis 2018.

Sebuah syarikat tempatan dilantik sebagai ejen untuk pembelian, sebelum hak pengedarannya dikatakan dibatalkan oleh pengeluar dari Amerika Syarikat (AS), MD Helicopters.

Dilaporkan sebanyak RM112.65 juta telah dibayar terlebih dahulu bagi tujuan pembelian helikopter itu.

Kementerian Pertahanan pada Jun membuat laporan kepada SPRM dan Menterinya, Mohamad Sabu pada minggu lepas berkata kerajaan akan membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya enam helikopter berkenaan masih belum diserakan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/05/kertas-siasatan-pembelian-6-helikopter-sudah-dibuka-kata-kp-sprm/?fbclid=IwAR3g2RLAJayG9l9m_puYINP9p9AHb5YzTlTWUoW4pz2vMz9A3bPuBKHX5Jw

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s