KENYATAAN MEDIA PILIHANRAYA KECIL TANJUNG PIAI – PAKATAN HARAPAN

Image may contain: 1 person, smiling, text

Kenyataan Media Pilihanraya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

Saya ambil maklum keputusan pilihanraya kecil Parlimen Tanjung Piai yang diadakan baru-baru ini.

Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih ke pihak lawan. Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak melebihi dari 2000 undi. Namun keputusan rasmi majoriti kekalahan sebanyak 15,086 undi.

Satu post-mortem yang terperinci, serius dan jujur diperingkat semua parti akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pilihanraya kecil ini.

Terima kasih kepada semua yang bekerja keras sepanjang PRK ini.

Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
18 November 2019

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2510625155815773/?type=3&theater

 

APABILA RASUAH DIANGGAP REZEKI… Nasharudin Mat Isa

1 ULAMAK PECAH AMANAH1 AZHAR SOLAT TIDAK DITERIMA1 RASUAH NASHA DAN MAZA

APABILA RASUAH DIANGGAP REZEKI…

Apakah yang dimaksudkan rasuah?
Rasuah ialah apabila seorang cuba membayar sejumlah wang bagi melepaskan diri daripada saman trafik, dan duit itu pula diterima oleh penguatkuasa sebagai imbuhan untuk melepaskannya.
Rasuah ialah apabila seorang mengambil tawaran daripada seorang pembida agar peluang dia memenangi bida tersebut menjadi tinggi sebagai imbuhan.
Rasuah ialah apabila ada pihak menawarkan duit kepada pengundi supaya pengundi dapat mengundi pihaknya sebagai imbuhan.
Dalam erti kata lain, rasuah sebenarnya ialah tindakan memakan harta orang lain dengan cara yang batil iaitu menerima rasuah atau suap bagi mendapatkan manfaat seperti menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya atau merugikan lawannya, didahulukan urusannya atau ditunda kerana suatu kepentingan atau mendapatkan satu kedudukan dan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan pemberi rasuah daripada mereka di kedudukan berkuasa.
Pengertian rasuah itu sebenarnya amat luas, ia bukan hanya tertumpu kepada masalah kewangan sahaja, tetapi juga termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan.
Yang menyayatkan hati ialah meskipun mengetahui rasuah ialah satu perbuatan jenayah, namun rakyat dan kerajaan telah membiarkan virus ini menular dan menjadi darah daging masyarakat.
Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih menyebut:”Pemberi rasuah, penerima rasuah & orang perantaraan menguruskan rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Hatta di dalam ayat Quran pun disebut rasuah adalah haram di sisi Islam.
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Al-Baqarah: 188
Cuma masalahnya, ramai yang hanya mulutnya menolak rasuah, namun apabila berdepan dengan rasuah, ia pula dianggap rezeki.
Contoh yang paling mudah ialah rasuah kesalahan trafik. Yang memberi rasuah menganggap ia adalah rezekinya untuk membayar ‘denda’ yang jauh lebih rendah daripada sepatutnya manakala penerima rasuah menganggap ia adalah rezeki lebihan kerana berbuat baik melepaskan seorang pesalah trafik.
Perkara yang sama juga berlaku di peringkat yang lebih tinggi, apabila pembida kontrak memenangi bidaan yang tidak sepatutnya dimenangi melalui rasuah menganggap itu adalah rezekinya. Penerima rasuah pula berasa ia adalah rezeki tambahannya kerana ada pembida yang sanggup membayarnya, kerana baginya tiada beza sekiranya projek itu dianugerah kepada pembida A mahupun B.
Ramai juga yang tidak mengerti kesan rasuah. Penerima rasuah merasakan rezeki mereka bertambah sehingga mereka boleh hidup mewah di luar kemampuan mereka. Pemberi rasuah pula selalu mendapat manfaat daripada cara yang batil walaupun mereka tidak layak dan merompak hak mereka yang layak.
Jelas, mereka yang dipandu hawa nafsu, sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat dan tidak bersyukur sehingga melibatkan diri dalam rasuah gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah.
Rasuah bukan sahaja menaikkan kos sara hidup, akan tetapi ia juga mengganggu dan membantu pentadbiran sesebuah kerajaan. Dunia perniagaan menjadi tidak menentu dan menjurus ke arah kerugian. Pelabur hilang minat melabur di negara, dan ini mengurangkan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.
Akhirnya, rakyat yang akan susah kerana sebahagian kos sara hidup mereka telah ditelan oleh rasuah.
Rasuah menjadi punca utama rosaknya rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang bermaruah dan tercemarnya imej Islam. Rasuahlah yang membawa negara ke tahap hari ini. Tidak keterlaluan jika kita menggelar sesiapa yang bersubahat dengan rasuah adalah pengkhianat negara.
Di bulan Ramadan ini, tercetus satu persoalan di minda, bagaimanakah rakyat dapat diajak membenci rasuah? Bagaimana kita boleh bersama mendidik rakyat bahawa rasuah itu bukan satu rezeki?
Di dalam Islam, telah ditekankan bahawa balasan bagi perbuatan rasuah itu tidak lain ialah neraka jahanam. Itulah seksaan dan azab pemberi rasuah dan penerima rasuah. Namun amaran ini dipandang lekeh kerana ramai yang hanya hidup mengejar dunia, tanpa mempedulikan kesannya di akhirat. Malah, sesungguhnya rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah seorang Muslim.
Mereka yang menikmati rasuah sebagai rezeki juga lupa kesannya kepada ahli keluarga yang diberi makan minum dari hasil yang haram tersebut. Sedangkan Rasulullah ada menyebut dalam hadis Baginda akan balasan orang yang memakan makanan yang haram dan tidak halal.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. Al-Baqarah: 168
Kerja memerangi rasuah yang kini menunjang di Malaysia bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, ia tidak mustahil asalkan semua pihak dapat sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Pas akan terus menggunakan pendekatan Islam dan bekerja keras tanpa mengira jemu berjihad menentang rasuah, kerana rasuah adalah satu penyakit yang paling bahaya untuk sesebuah negara dan rakyatnya.
Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden Pas

Berita penuh https://malaysiadateline.com/apabila-rasuah-dianggap-rezeki/

 

BEKAS Timbalan Presiden PAS Dr Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah – Tahniah SPRM & Latheefa.

Nelayan Tanjung Piai terima RM1,000 minggu depan: MB Johor

Datuk Dr Sahruddin Jamal

ISKANDAR PUTERI – Seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan, kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan berikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

“Kawasan yang terlibat (pemberian bantuan khas) termasuk di Gelang Patah dan Pulai (432 nelayan), Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau (537) serta Pontian dan Tanjung Piai (544 nelayan).

“Pembayaran akan dibuat secara tiga fasa bermula pada minggu hadapan tetapi tarikhnya akan dimaklumkan oleh Exco nanti dan biasanya kami akan bagi secara serahan tangan,” katanya kepada pemberita di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini hari ini.

Dr Sahruddin dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa bantuan yang diberikan sebagai ‘gula-gula’ sempena pilihan raya Tanjung Piai dan pemberian bantuan ini tidak tertangguh seperti yang dilaporkan kerana bantuan ini telah diberikan sejak tahun 2015.

“Bantuan khas ini bukanlah bermakna kami (kerajaan) wajib (bagi) setiap tahun, selagi ada wang di Tabung Pembangunan Nelayan Negeri Johor yang ditubuhkan pada 8 Jan 2018, kami akan bagi dan sebetulnya pemberian ini tidak tertangguh sebab data nelayan ini sentiasa berubah, kita tunggu bancian daripada LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia).

“Bantuan ini diberikan kepada nelayan pantai yang terjejas dengan pembangunan di kawasan Johor Selatan dan sepatutnya tidak menjadi isu,” katanya.

Beliau dalam pada itu mengharapkan bantuan yang diberikan dapat mengurangkan beban nelayan yang terjejas berikutan pembangunan di kawasan berkenaan.

Sebelum ini laporan media yang memetik dakwaan segelintir masyarakat nelayan di Tanjung Piai bahawa wang sagu hati atau wang ihsan yang pernah dinikmati sejak 2016, masih belum diterima sehingga kini.

Dakwaan itu antara lain menyebut nelayan telah diberikan wang ihsan sebanyak RM2,000 pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum dijanjikan RM1,000 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55921/EDISI/Johor/Nelayan-Tanjung-Piai-terima-RM1000-minggu-depan-MB-Johor?fbclid=IwAR0GaF2TswHp9aj633w3hsHXAb9PPQwyRUjghotI9WIjYvF3KetcEmr7AZo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/55921/EDISI/Johor/Nelayan-Tanjung-Piai-terima-RM1000-minggu-depan-MB-Johor?fbclid=IwAR0GaF2TswHp9aj633w3hsHXAb9PPQwyRUjghotI9WIjYvF3KetcEmr7AZo

Najib Arah Pinda Laporan Audit 1MDB

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

#PAC
#1MDB
#TolakUmno
#TolakPas
#PertahankanMalaysia

Tiada dana RM31 juta Yayasan Akal Budi diguna bantu orang miskin, kata pendakwa raya

Image may contain: one or more people and text

1 SERIK1 101 INISIATIF PH

Ahmad Zahid Hamidi juga berdepan tuduhan menerima RM17 juta sebagai ganjaran menganugerahkan 3 kontrak kepada beberapa syarikat atas kedudukannya sebagai menteri dalam negeri.

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes membabitkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akal Budi bermula hari ini, dengan pihak pendakwaan berusaha membuktikan wujud kesalahan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa pasukannya akan membuktikan wujud kesalahan pecah amanah melibatkan dana RM31 juta milik Yayasan Akal Budi yang seharusnya digunakan untuk membantu golongan miskin telah disalahgunakan.

“Jejakan wang tunai yang akan dibentang di mahkamah akan mendedahkan tidak ada satu sen daripada RM31 juta itu digunakan untuk manfaat golongan miskin.

“Sebaliknya jejakan wang itu akan menunjukkan sejumlah besar dana digunakan, antaranya untuk membayar kad kredit milik peribadi, bil dan untuk tujuan membeli insurans dan cukai jalan kenderaan milik peribadi.

“Pendakwaan akan membuktikan bahawa wang yang diamanahkan kepada tertuduh adalah atas kapasitinya sebagai pemegang amanah yayasan berkenaan,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Raja Rozela berkata, sekurang-kurang 20 saksi akan dipanggil untuk membuktikan wujud kesalahan pecah amanah, disokong oleh bukti-bukti lain dalam bentuk dokumen.

Bagi pertuduhan rasuah yang berlaku pada 2016 dan 2018 semasa Ahmad Zahid menjawat tugas sebagai seorang menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN), beliau dituduh menerima RM17 juta sebagai ganjaran menganugerahkan 3 kontrak kepada beberapa syarikat.

Beliau turut dituduh menerima sejumlah wang RM4.25 juta daripada seseorang sewaktu menjawat tugas menteri sebagai dorongan untuknya menganugerahkan projek MyEG yang merupakan bidang kuasa menteri dalam negeri.

Dalam kes pertuduhan rasuah terhadap Zahid, pendakwaan akan memanggil 15 orang saksi di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berkait pertuduhan penggubahan wang haram pula, Raja Rozela memberitahu pasukannya akan membuktikan bahawa tertuduh menerima wang yang dianggarkan sebanyak RM65 juta dalam bentuk cek daripada individu yang tertuduh kenali dan tidak kenali.

“Dua buah unit banglo bernilai RM5.9 juta turut dibeli menggunakan wang yang diterima. Setiap urusan adalah di bawah pengetahuan tertuduh. Testimoni saksi dan bukti dokumen akan ditambah untuk membuktikan bahawa tertuduh tahu wang jutaan ringgit yang diterimanya daripada aktiviti haram,” katanya.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018, serta 20 Februari tahun ini, Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen di sini terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Zahid juga berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), menjadikan tuduhan yang dihadapinya sebanyak 87 pertuduhan.

Beliau turut berdepan dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung sistem sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/18/tiada-dana-rm31-juta-yayasan-akal-budi-diguna-bantu-orang-miskin-kata-pendakwa-raya/?fbclid=IwAR283njXtZFzhZTzvhhka-r92HtNVCIOWHSx5f6VFSZ-KTbi8YAhGyNh6sQ

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2510921912452764/?type=3&theater

Syarikat sensor Jerman akan labur RM100 juta di Melaka

Syarikat sensor Jerman akan labur RM100 juta di Melaka

AYER KEROH 18 Nov. – Sebuah syarikat dari Jerman bakal melabur RM100 juta bagi mebina sebuah kilang pembuatan sensor di Melaka.

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PH-Paya Rumput) berkata perkara tersebut telah dimuktamadkan ketika misi pelaburan baharu di Eropah yang diketuainya baru-baru ini.

Beliau berkata syarikat Jerman tersebut merupakan pengeluar sensor optikal yang kelapan terbesar di dunia.

“Pelaburan akan dibuat melalui dua fasa dengan setiap fasa melibatkan pelaburan sebanyak RM50 juta.

“Pelaburan baru ini akan menyediakan hampir 400 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Keempat Belas di sini hari ini.

Sulaiman bertanya pelaburan yang berjaya dimuktamadkan hasil dari misi pelaburan ke Eropah tersebut.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Datuk Gue Teck (PH-Klebang), Mohd Rafiq berkata Melaka telah menerima sejumlah RM327.29 juta pelaburan dari Januari hingga Jun tahun ini.

Beliau berkata dari jumlah tersebut RM99.61 juta adalah pelaburan baharu manakala baki RM227.68 merupakan pelaburan pembesaran operasi oleh pelabur sedia ada.

“Pelaburan baharu itu mewujudkan 301 peluang pekerjaan manakala 102 peluang pekerjaan adalah dari pelaburan pembesaran operasi,” jelasnya.

Gue Teck ingin tahu tentang jumlah pelaburan yang diterima Melaka dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan hasil dari pelaburan tersebut.

https://melakakini.my/syarikat-sensor-jerman-akan-labur-rm100-juta-di-melaka/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Umrah Percuma Eksklusif Untuk Warga Tanjong Piai – Yb Wee Jeck Seng

Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor

No photo description available.

No photo description available.

1 CINA YG BETUL

Image may contain: one or more people

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Makcik Bawang yang kena peluk nangis teresak-esak hari tu di Tanjung Piai bolehlah Mohon segera..

Ketua Dewan Ulama PAS kemalangan

Image may contain: 2 people, text

Mulut tak insurance takper, janji insurance kereta masih valid

1 BAHAYA FITNAH

Macam ada muka yang sama dalam senarai di atas ???

1 RAZMAN MUNAFIK

Image may contain: one or more people, outdoor and nature

Anggota Parlimen Pasir Puteh yang dalam perjalanan dari Perlis ke Kuala Lumpur, cedera ringan selepas kenderaan dipandunya terbabas di KM 350.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di Tapah, hari ini.

Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang juga merupakan ketua Dewan Ulama PAS itu hanya mengalami kecederaan ringan di kaki dan telah dibawa ke Hospital Tapah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 1.02 tengah hari sebelum sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu anggota parlimen berkenaan terbabas di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, Nik Muhammad Zawawi menghadiri Forum Perdana Maulidur Rasul di Kompleks Pendidikan Matin, di Kangar, Perlis, semalam.

Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/500275?fbclid=IwAR1uUjzhpifkmIk2QrSfWY6Ax4vS9ANxpf49tZ4dx0sy3XCpbGQVw3wTLa0

Najib, Arul Tiba Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 8.55 pagi bagi perbicaraan ketiga pertuduhan jenayah dihadapinya yang dijangka bermula hari ini.

Najib berdepan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tiba di kompleks mahkamah 10 minit sebelum itu.

Mereka terlebih dahulu akan mendengar keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan berhubung permohonan Najib supaya tarikh perbicaraan meminda laporan audit itu dilapangkan dan dibawa kepada 13 Januari 2020.

Kehadiran bekas Perdana Menteri itu disambut penyokong setianya yang turut mengambil peluang bergambar dan memberikan sokongan moral.

Ahli Parlimen Pekan itu ketika ini membuat persiapan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd, membabitkan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC di sebuah lagi Mahkamah Tinggi.

Kes pembelaan beliau akan bermula pada 3 Disember.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat meminda laporan itu bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Berita Harian

Najib, Arul Tiba Di Mahkamah