Perbicaraan ketiga Najib dijangka bermula esok (Isnin-18/11/2019)

1 JUJUR MEMBAWA KEBAIKAN

KUALA LUMPUR – Perbicaraan ketiga pertuduhan jenayah yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini dijangka bermula esok.

Najib berdepan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Ahli Parlimen Pekan itu ketika ini membuat persiapan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd, membabitkan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC di sebuah lagi Mahkamah Tinggi.

Kes pembelaan beliau akan bermula pada 3 Disember.

Najib, 66, sedang dibicarakan atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama di mahkamah yang berlainan.

Perbicaraan ditetapkan untuk bersambung pada 6 Januari tahun depan.

Sama ada perbicaraan akan bermula esok bergantung kepada keputusan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan yang terlebih dahulu akan membuat keputusan berhubung permohonan Najib supaya tarikh perbicaraan meminda laporan audit itu dilapangkan dan dibawa kepada 13 Januari 2020.

Mohamed Zaini telah pun mengarahkan semua pihak supaya bersedia dengan perbicaraan sekiranya beliau menolak permohonan itu. Beliau sebelum ini menetapkan 18 hingga 29 November tahun ini dan 13 hingga 17 Januari 2020 bagi perbicaraan itu.

Seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya dalam pasukan pendakwaan, Ahmad Akram Gharib berkata, pendakwaan telahpun bersedia dengan tiga hingga lima saksi rasmi sekiranya hakim membuat keputusan untuk memulakan perbicaraan pada Isnin.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan yang turut dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman, Mohammad Al-Saifi Hashim, Ahmad Akram, Rozaliana Zakaria, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Hazmida Harris Lee, Nadia Zulkefli, Tan Song Yan, Fatimah Hannah Abd Wahab, Munira Syahirah Mohamad Kamal, Nur Syakirin Yaccob dan Wafa Zainal Abidin.

Najib diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili peguam, Datuk N. Sivananthan, Jasmine Cheong serta Dhanyaa Shreeya Sukumar.

Dalam permohonan yang difailkan pada 13 November, Najib berkata, jika perbicaraan (meminda laporan audit) itu akan berjalan seperti dijadualkan, beliau akan mengalami prejudis kerana beliau dan barisan peguamnya akan memerlukan masa yang munasabah serta mencukupi untuk membuat persediaan untuk membela dirinya dalam kes SRC.

Beliau turut menyatakan dalam permohonan itu bahawa pasukan pembelaannya pada masa sama turut terbabit dalam membuat persiapan bagi satu lagi kes 1MDB yang bermula pada 28 Ogos dan masih berjalan.

Permohonan Najib bagaimanapun dibantah oleh Arul Kanda yang menggesa mahkamah supaya meneliti kepentingan semua tertuduh, bukan hanya seorang tertuduh dan memohon mahkamah supaya meneruskan perbicaraan itu kerana beliau mahu diberi peluang untuk menyangkal pertuduhan terhadapnya.

Pada 4 Januari tahun ini, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes membabitkan Najib dan Arul Kanda dibicarakan bersama.

Pada 12 Disember 2018, Najib menghadapi pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau dituduh sebagai seorang pegawai awam iaitu Perdana Menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.- Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/57694/BERITA/Mahkamah/Perbicaraan-ketiga-Najib-dijangka-bermula-esok?fbclid=IwAR35b3VMy-EaJM4fgCG3iyfe6MoHkIctwLKQz0xduCqXhJ1xF2aFrq7p6go
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/57694/BERITA/Mahkamah/Perbicaraan-ketiga-Najib-dijangka-bermula-esok?fbclid=IwAR35b3VMy-EaJM4fgCG3iyfe6MoHkIctwLKQz0xduCqXhJ1xF2aFrq7p6go

Ulama PAS, Khadam Umno Sepanjang Hayat Rai Kemenangan Jeck Seng

Seorang ulama PAS mengaitkan rasa gembiranya dengan kemenangan pemimpin MCA di Tanjung Piai semalam dengan sirah pada sahabat Rasulullah SAW berkaitan kemenangan empayar Rom.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mokhtar Senik, berkata sejak menyertai politik beliau tidak pernah berasa gembira dengan kemenangan BN atau MCA.

Namun ulama kanan PAS itu memberitahu kemenangan BN dan MCA itu diraikannya buat kali pertama semalam.

“Kalau ada yang tak faham, pi (pergi) mengaji sejarah kegembiraan pada sahabat Rasulullah dengan kemenangan Rome,” katanya di media sosial petang ini.

Ketua MCA Tanjung Piai diumum sebagai pemenang PRK yang diadakan semalam mengatasi calon PH, Karmaine Sardini, serta empat calon lain.

Kejayaan pembangkang itu dicapai ketika pendirian PAS terhadap MCA dan calon bukan Melayu dipertanyakan sesetengah pihak kerana bercanggah dengan sikap mereka kepada calon bukan Islam dalam PRK di Cameron Highlands.

Kempen di Tanjung Piai juga menyaksikan PAS tidak lagi membawa agenda undang-undang Islam serta isu rang undang-undang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang menjadi perjuangan menonjol parti itu sebelum PRU ke-14 tahun lalu.

Dalam hantarannya itu juga Mokhtar sempat menyindir pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaime Ramle, selepas kedua-dua mereka dilihat berbalas hujah sejak beberapa hari lalu.

Antara lain, Rozaime yang terkenal sebagai ulama yang menguasai bidang hadis mempertikaikan sikap PAS yang dilihat berubah-ubah dalam pendirian politik.

https://m.malaysiakini.com/news/500157?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3XsdZjDHb11ijKYbeAxsAX_KyqSqgisyDx-_k1zJ6AygWDxSTawPZeyiA

Wang Xiang Ming Wang

Perbicaraan kes Zahid seleweng dana Yayasan Akal Budi bermula esok

Image may contain: 1 person, text

Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akal Budi.1 PENJAGA YANG LESAP DUIT RAKYAT1 JGN PEMBELA PENGKHIANAT1 DOA MUSIM HUJAN 11 DOA KETIKA HUJAN

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akal Budi akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Kes Zahid yang juga presiden Umno akan didengar di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Hakim terlebih dahulu akan mendengar permohonan Zahid untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dari segi perlembagaan yang melibatkan tuduhan dihadapinya.

Pada 22 Mac lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran memaklumkan mahkamah pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018, serta 20 Februari tahun ini, Zahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen di sini terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Zahid didakwa menggunakan dana itu membuat enam pembayaran kad kredit sendiri, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman serta sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta sebatan dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Zahid didakwa menerima suapan tiga syarikat, iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan dalam halaman biodata “polycarbonate” Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank, Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 hingga 11 April 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, iaitu boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Zahid juga berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), menjadikan tuduhan yang dihadapinya sebanyak 87 pertuduhan.

Pada 26 Jun lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat berjumlah S$4.24 juta membabitkan Sistem VLN, dua tahun lepas.

Keesokannya, Zahid didakwa dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung sistem sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/17/perbicaraan-kes-zahid-seleweng-dana-yayasan-akal-budi-bermula-esok/?fbclid=IwAR2LgFcZXd5zsnxwGg653T9b27la2j9oCYNI3jh1dGrvZXmJi5h_-0U8_p0

Dr Mahathir akan rasmi kongres minyak sawit terbesar dunia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan kongres minyak sawit terbesar dunia, Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kongres itu berlangsung selama tiga hari bermula 19 November ini.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata Dr Mahathir turut dijadualkan menyampaikan ucaptama di acara itu.

“Perdana Menteri sentiasa menjadi penyokong kuat kepada industri minyak sawit, dan kami memberi penghormatan kepada beliau untuk merasmikan PIPOC 2019, yang bertemakan ‘Balancing Sustainability Pillars’ (Mengimbangi Tonggak Kemampanan).

“Saya percaya kehadiran Dr Mahathir semasa acara itu berlangsung akan memberi isyarat tepat bagi pembangunan industri ini, dan sekali gus pastinya meningkatkan kepentingan PIPOC 2019,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Parveez berkata, Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim akan menyampaikan ucapan alu-aluan untuk memulakan acara antarabangsa itu.

“PIPOC 2019 akan membincangkan aspek penting pengeluaran minyak sawit secara mampan, iaitu membabitkan bumi ini, rakyat dan keuntungan, dengan menumpukan penyelidikan terkini dan amalan dalam industri minyak sawit,” katanya.

PIPOC kali ini dijangka dihadiri lebih 7,000 peserta, terutama penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar serta pakar industri dari seluruh dunia.

PIPOC juga mengetengahkan lima persidangan yang akan diadakan serentak membabitkan pertanian, bioteknologi dan kemampanan; kimia, teknologi pemprosesan dan biotenaga; oleo dan kimia khusus; ekonomi global dan pemasaran; serta makanan, kesihatan dan nutrisi.

Selain itu, pameran dengan lebih 400 gerai yang mempamerkan kecanggihan industri yang baharu, lawatan teknikal serta kejohanan golf turut diadakan.

– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/628767/dr-mahathir-akan-rasmi-kongres-minyak-sawit-terbesar-dunia?fbclid=IwAR2yAu32nP_BESMmA68Yx3eVoj3alB1NRR9wefiRqhMnuX7g4_O89dZfD2M

PH Dapat Jimatkan Bajet RM14.75 Juta

Image may contain: 3 people, people smiling

Segala peruntukan akan di hentikan serta merta .
Jd lepas ni apa2 peruntukan termasuk pakej UMRAH boleh mintak dgn Wee Jeck Seng .

Admin berbual dgn Pegawai khas menteri .
Mereka akan tumpukan kepada kawasan2 yg di tadbir PH

Oleh itu kawasan Parlimen BN pandai2 la Ahli Parlimen tu cari sendiri dana 🤭

Alhamdulillah kurang sikit bajet . Jd segala peruntukan boleh di salurkan di kawasan yg tepat .

 

Permohonan lucut hak RM700,000 Umno Pekan didengar 28 Feb 2020

Permohonan lucut hak wang dana haram 1MdB yang disonglap Najib Razak berjumlah RM700,000 diberikan kepada Umno Pekan didengar 28 Feb 2020

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 28 Feb tahun depan untuk mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang RM700,000 atas nama Umno Bahagian Pekan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman daripada SPRM yang memohon satu tarikh baharu untuk pendengaran hujahan permohonan lucut hak wang itu.

“Pada hari ini ditetapkan untuk notis kepada pihak ketiga dan ia telah disiarkan di dalam warta bertarikh 31 Okt 2019 dalam sistem e-filing. Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada pihak ketiga hadir untuk menuntut harta itu,” katanya.

Dalam prosiding lucut hak sekiranya tiada pihak ketiga hadir menuntut harta tersebut, kes diteruskan dengan pendengaran permohonan lucut hak.

Peguam Amalin Mohd Zahid mewakili Umno Bahagian Pekan.

Hakim Mohd Nazlan mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 17 Feb 2020.

Permohonan lucut hak itu difailkan pihak pendakwaan terhadap yayasan tersebut mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, SPRM memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB di mana SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

Bicara kes rasuah, pecah amanah Zahid mula esok (18/11/2019-Isnin)

1 SERIK

Perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Kes Ahmad Zahid, yang juga presiden Umno, akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Hakim terlebih dahulu akan mendengar permohonan Ahmad Zahid untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dari segi perlembagaan, yang melibatkan tuduhan yang dihadapinya.

Pada 22 Mac, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Pada 19 Okt dan 14 Dis, 2018, serta 20 Feb tahun ini, Ahmad Zahid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen di Kuala Lumpur terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT), lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan CBT, Ahmad Zahid, 66, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya seorang Pegawai Badan Awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian KDN.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama iaitu boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid juga berdepan 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), menjadikan tuduhan yang dihadapinya sebanyak 87 pertuduhan.

Pada 26 Jun lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat berjumlah S$4.24 juta membabitkan Sistem VLN, dua tahun lepas.

Ahmad Zahid kemudiannya didakwa pada 27 Jun lepas dengan 33 lagi pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung sistem sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/500162?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2tEHL4zaC9dlw-TdcTuL5hgIFrRht6graezPNA6axinArj8Pr2-EZB6Io

Yaakob Azman

Lpas dah undi BN ,para pengundi akan terasa hancing menusuk kalbu ,bicara Kes Presiden UmNo Zahid Hamidi ,pekongnya akan dibongkar satu persatu dimahkamah .