Lokman perlu segera dikenakan tindakan menghina mahkamah – peguam

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

1 PAPA JAHAT1 ADU DUMBA 21 ADU DUMBA1 PEMIMPIN YANG BODOH1 JAGA LISAN

KUALA LUMPUR – Peguam Negara perlu segera mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Lokman Noor Adam berikutan kenyataannya menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang memerintah Datuk Seri Najib Razak membela diri.

Peguam Mohamed Haniff Khatri berkata, kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tidakan lanjut kerana ia merupakan penghinaan mahkamah pada tahap tertinggi.

Katanya, Lokman bukan pengamal undang-undang bertauliah secara salah dan curang mencadangkan kononnya ada campur tangan salah kepimpinan tertingi negara dalam keputusan mahkamah semalam.

“Dalam erti kata lain Lokman Noor Adam hendak timbulkan persepsi jahat dan curang bahawa mahkamah kononnya dipergunakan oleh kerajaan yang dipimpina Dr Mahathir dalam membuat keputusan itu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Haniff menyifatkan kenyataan jahat dan curang seperti itu bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika tidak diambil tindakan tegas oleh peguam negara melalui prosiding pengkomitan terhadap Lokman.

Katanya, Najib belum pun didapati bersalah dan masih berpeluang memberi keterangan serta memanggil saksi dalam menampilkan pembelaannya sebelum mahkamah membuat keputusan di hujung perbicaraan kelak.

Menurut Haniff, kata-kata kesan yang dilemparkan Lokman merupakan kenyataan manusia yang tidak waras menzahirkan niat beliau untuk menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap keputusan mahkamah yang belum selesai pun perbicaraannya.

“Justeru, peguam negara sebagai penjaga kehormatan dan martabat keadilan dan kehakiman, wajib bersifat tegas dengan serta merta dalam memulakan tindakan pengkomitan terhadap Lokman Noor Adam ini,” katanya.

Semalam Lokman mendakwa tindakan tidak memanggil tiga saksi utama dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang mengaitkan Najib membuktikan wujud campur tangan daripada Perdana Menteri.

Tiga saksi penting yang dimaksudkannya ialah ahli perniagaan Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Artikel berkaitan: SRC: Lokman Adam pertikai tidak panggil 3 saksi penting

Sementara itu Dr Mahathir ketika ditanya tentang dakwaan Lokman berkata, beliau tidak pernah campur tangan dalam mana-mana keputusan mahkamah dan mencabar Lokman mengemukakan bukti.

Semalam Mahkamah Tinggi memerintah bekas perdana menteri keenam membela diri bagi kesemua tujuh pertuduhan terhadapnya selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie bagi setiap pertuduhan. – MalaysiaGazette

Lokman perlu segera dikenakan tindakan menghina mahkamah – peguam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s