AHLI Parlimen kerajaan dan pembangkang menyanggah dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib Razak.

Image may contain: 5 people, people smiling, text

AHLI Parlimen kerajaan dan pembangkang hari ini menyanggah dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib Razak.

Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata mustahil wujud campur tangan dalam keputusan mahkamah semalam yang memerintahkan bekas perdana menteri itu membela diri dalam kes SRC International.

Hishammuddin yang juga bekas menteri pertahanan berkata, dakwaan mengenai campur tangan perlu ditujukan kepada agensi yang terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan. Ini kerana badan kehakiman sentiasa mahu menjaga integritinya, tambah beliau.

“Ini bukan tentang spekulasi, siapa pengaruhi siapa, tetapi proses mahkamah akan menentukan future integrity, kebebasan dan kewibawaan hakim yang terlibat dalam perbicaraan ini.

“Kena tanya mereka yang terlibat. Saya tak fikir ada campur tangan. Kita pernah dituduh begitu semasa kita jadi kerajaan.

“Satu-satunya orang yang boleh jawab adalah hakim itu sendiri, pendakwa raya dan agensi (yang terlibat),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas dakwaan Lokman semalam berkenaan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pendakwaan berjaya mebuktikan wujud kes prima facie terhadap Najib dan mengarahkan bekas perdana menteri itu membela diri.

Lokman mendakwa wujud konspirasi antara Dr Mahathir dan badan kehakiman yang mengarahkan Najib membela diri atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International.

Najib dihadapkan dengan tiga tuduhan jenayah pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.

Dakwaan Lokman itu turut ditepis oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Tidak berasas. Mereka boleh dakwa, tetapi proses perundangan adalah bebas dan telus, dan rakyat boleh rujuk kepada kes ini.”

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata dakwaan seperti itu tidak perlu dilayan kerana perbicaraan kes SRC International sedang berjalan.

“Saya fikir dakwaan seperti ini tak usah dilayan, melainkan mereka boleh berikan fakta atau bukti kukuh untuk menyokong (dakwaan). Kalau tidak ada, maka kita kena benarkan proses ini berjalan.”

Najib memilih untuk memberi keterangan bersumpah dan akan disoal balas oleh pendakwaan.

Peguam bela semalam berkata Najib terkejut beliau tidak dilepas dan dibebaskan daripada tujuh pertuduhan berkaitan kes SRC International.

Dr Mahathir kemudian berkata beliau terkejut Najib menyangka akan terlepas dari semua pertuduhan.

“Saya terkejut kerana beliau terkejut,” kata perdana menteri. – 12 November, 2019.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/196578

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s