Kes terowong dasar laut, tiada tindakan pihak berkuasa terhadap Abdul Azeez

1 PENGKHIANAT NEGARA1 PEMIMPIN YANG BODOH1 JANGAN SOKONG PENGKHIANAT NEGARA

Pada Mac tahun lepas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim memfailkan saman mendakwa Guan Eng mengeluarkan dua kenyataan fitnah mengaitkan beliau dengan bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2019.

AHLI Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak dikenakan sebarang tindakan daripada pihak berkuasa susulan notis tuntutan yang mendakwanya bersubahat dengan seorang individu bagi memperoleh RM3 juta berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Beliau berkata notis tuntutan yang dikeluarkan oleh syarikat pemaju projek mega itu, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, telah ditarik balik dan seterusnya kes itu sudah pun selesai.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/197442?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR22baG4xrCjzCrUuclCpsbQW5pxXnwZXBDMb4gZOuQRnEoL3S8ena–p24

Bantuan Khas RM2,000 Dan Insentif Umrah Antara Bakal Diterima Penjawat Awam Perak

Bantuan Khas RM2,000 Dan Insentif Umrah Antara Bakal Diterima Penjawat Awam Perak

IPOH: Dalam Belanjawan Perak 2019, kerajaan negeri meneruskan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam Negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata inisiatif yang akan diterima lebih 10,000 orang penjawat awam termasuk Orang Besar Jajahan negeri itu akan dibayar sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

Katanya lagi pemberian insentif khas kepada para pesara kerajaan negeri sebanyak RM2.0 juta juga diteruskan.

“Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1.0 juta bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan tahap pendidikan di bawah skim Hadiah Latihan Negeri.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan RM0.1 juta sebagai insentif menunaikan umrah bagi penjawat awam yang beragama Islam dan lawatan ke luar negara bagi yang bukan beragama Islam,” katanya.

Tambahnya lagi, sebanyak RM5.0 juta peruntukan disediakan bagi pembayaran perubatan penjawat awam kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Selain itu, ujar Ahmad Faizal, Bantuan Khas Kewangan RM1,000 turut dipanjangkan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih, Pekerja Sambilan Harian, Guru Tadika Islam JAIPk, Imam, Bilal, Siak, Ketua Kampung serta Tok Batin di negeri ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengumumkan beberapa inisiatif baharu melalui Belanjawan Perak 2020.

Antaranya peruntukan sebanyak RM3.0 juta bagi Kemahiran Teknik Dan Vokasional (TVET) serta perbelanjaan sebanyak RM0.5 juta bagi penubuhan Institusi Pembangunan Sosial.

“Penubuhan institusi ini merupakan satu inisiatif kesinambungan program-program kebajikan, pembangunan wanita dan kesejahteraan sosial kepada rakyat Perak yang memberikan impak yang tinggi dalam kalangan rakyat khususnya kepada kumpulan sasar,” katanya.

Bantuan Khas RM2,000 Dan Insentif Umrah Antara Bakal Diterima Penjawat Awam Perak

Arul Kanda Akan Buka Rahsia 1MDB

Lawan Tetap Lawan!
Arul Kanda nak berak semua details berkenaan hal busuk dalam 1mdb akubat Najib dalam mahkamah! Sebab tu Najib minta masa nak tangguh. Nak bagi pujuk mujuk pada Arul Kanda supaya jangan expose diri Najib.

Lawan Tetap Lawan!

Lokman perlu segera dikenakan tindakan menghina mahkamah – peguam

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

1 PAPA JAHAT1 ADU DUMBA 21 ADU DUMBA1 PEMIMPIN YANG BODOH1 JAGA LISAN

KUALA LUMPUR – Peguam Negara perlu segera mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Lokman Noor Adam berikutan kenyataannya menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang memerintah Datuk Seri Najib Razak membela diri.

Peguam Mohamed Haniff Khatri berkata, kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tidakan lanjut kerana ia merupakan penghinaan mahkamah pada tahap tertinggi.

Katanya, Lokman bukan pengamal undang-undang bertauliah secara salah dan curang mencadangkan kononnya ada campur tangan salah kepimpinan tertingi negara dalam keputusan mahkamah semalam.

“Dalam erti kata lain Lokman Noor Adam hendak timbulkan persepsi jahat dan curang bahawa mahkamah kononnya dipergunakan oleh kerajaan yang dipimpina Dr Mahathir dalam membuat keputusan itu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Haniff menyifatkan kenyataan jahat dan curang seperti itu bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika tidak diambil tindakan tegas oleh peguam negara melalui prosiding pengkomitan terhadap Lokman.

Katanya, Najib belum pun didapati bersalah dan masih berpeluang memberi keterangan serta memanggil saksi dalam menampilkan pembelaannya sebelum mahkamah membuat keputusan di hujung perbicaraan kelak.

Menurut Haniff, kata-kata kesan yang dilemparkan Lokman merupakan kenyataan manusia yang tidak waras menzahirkan niat beliau untuk menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap keputusan mahkamah yang belum selesai pun perbicaraannya.

“Justeru, peguam negara sebagai penjaga kehormatan dan martabat keadilan dan kehakiman, wajib bersifat tegas dengan serta merta dalam memulakan tindakan pengkomitan terhadap Lokman Noor Adam ini,” katanya.

Semalam Lokman mendakwa tindakan tidak memanggil tiga saksi utama dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang mengaitkan Najib membuktikan wujud campur tangan daripada Perdana Menteri.

Tiga saksi penting yang dimaksudkannya ialah ahli perniagaan Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Artikel berkaitan: SRC: Lokman Adam pertikai tidak panggil 3 saksi penting

Sementara itu Dr Mahathir ketika ditanya tentang dakwaan Lokman berkata, beliau tidak pernah campur tangan dalam mana-mana keputusan mahkamah dan mencabar Lokman mengemukakan bukti.

Semalam Mahkamah Tinggi memerintah bekas perdana menteri keenam membela diri bagi kesemua tujuh pertuduhan terhadapnya selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie bagi setiap pertuduhan. – MalaysiaGazette

Lokman perlu segera dikenakan tindakan menghina mahkamah – peguam

Sebanyak 101 Inisiatif Dalam Buku Harapan Telah Dipenuhi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

NOTA: Rencana berikut adalah daripada kolum saya dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Terima kasih.

SAYA telah beberapa kali menulis di sana sini mengatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak gagal.

Malah, jika dibandingkan dengan kerosakan besar yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kejayaan kerajaan PH memulihkan keadaan adalah amat menggalakkan.

Cuma banyak orang kita tidak tahu kerana mereka tidak lagi membaca, menonton dan mendengar maklumat daripada saluran formal seperti surat khabar, televisyen dan radio.

Mereka tersalah tafsir atau sengaja tidak mahu menggunakan saluran maklumat formal apabila berpindah dan bergantung kepada saluran media sosial untuk mendapatkan berita.

Daripada pengamatan saya, berdasarkan pengalaman bekerja dalam media sejak 1969 dan bergiat dalam media sosial dari 2006, saluran maklumat yang lengkap dan bertanggungjawab masih berupa surat khabar, televisyen dan radio atau laman-laman web rasmi organisasi media.

Jadi, saya rayulah kepada orang ramai supaya mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran-saluran ini sama ada secara langsung atau melalui versi atas talian mereka.

Dalam bahasa yang mudah, dunia tanpa pengarang adalah memesongkan, jahil dan berbahaya.

Berbalik kepada pencapaian PH, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika ulang tahun pertama pemerintahan PH pada 9 Mei lalu bahawa bagi tempoh 10 Mei 2018 hingga 30 April 2019, sebanyak 39 peratus janji ‘membina negara dan memenuhi harapan’ telah ditunaikan.

Beliau berkata, pencapaian itu diukur melalui status kemajuan sebanyak 464 inisiatif yang berupa dasar dan tindakan-tindakan khusus seperti yang dinyatakan dalam setiap janji.

Setakat itu sebanyak 53 daripada 128 inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan. Sebanyak 283 inisiatif atau 60.99 peratus lagi berada di peringkat perancangan.

Sejak itu kejayaan yang dicapai telah berlipat ganda. Maklumat mutakhir sehingga 30 September lalu menunjukkan sebanyak 101 inisiatif atau 21.77 peratus telah berjaya ditunaikan.

Sebanyak 239 inisiatif atau 51.51 peratus lagi sedang dalam pelaksanaan.

Ia menjadikan pencapaian keseluruhan janji kerajaan sebanyak 73.28 peratus, manakala 124 inisitif atau 26.72 peratus lagi adalah di peringkat perancangan atau belum dimulakan lagi.

Ia adalah prestasi yang cukup baik bagi sebuah kerajaan yang baru mengambil alih selama 17 bulan daripada sebuah kerajaan yang memerintah lebih 60 tahun dan meninggalkan banyak masalah serta kerosakan.

Kita kena ingat bahawa PH tidak berkata semua janji akan ditunaikan serentak.

Ada tiga tempoh masa bergantung kepada jenis janji. Ada yang akan ditunaikan dalam masa 100 hari hingga satu tahun, satu tahun hingga tiga tahun dan tiga tahun hingga lima tahun.

Kalau kita masih ingat, Buku Harapan yang berupa manifesto PH mengandungi lima teras dan lima iltizam khusus, 107 janji dan 464 inisiatif.

Lima teras tersebut adalah meringankan beban kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik, merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan

Perjanjian Malaysia 1963 dan membina Malaysia yang iklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

Lima iltizam khusus pula adalah untuk warga Felda, masyarakat India, wanita, anak muda dan warga emas.

Bagi teras pertama, sebanyak 25 peratus telah ditunaikan, teras kedua (23.81 peratus), teras ketiga (21.43 peratus), teras keempat (31.71 peratus) dan teras kelima (16.42 peratus).

Di sinilah peranan media Malaysia Baharu yang telah dibebaskan daripada belenggu kerajaan kleptokrasi dan ‘wahyu Putrajaya’ membuat penyiasatan dan pendedahan.

Atau adakah mereka masih takut dan tidak berdaya? Atau menteri PH pun sama juga dengan menteri BN yang tidak toleransi dan manganggap media sebagai orang suruhan?

Saya harap tidak tetapi kalau ada wajib didedahkan. Wallahuaklam.

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/11/sebanyak-101-inisiatif-dalam-buku.html?m=1&fbclid=IwAR04FByowFCyev3ZyUSBJjPJjUDHulSK0rra0h2_JBuz6GZe__2QwC6KGmg

Pemimpin Pas Kelantan Kaya Raya Dan Bergaya Mewah Tetapi Rakyat Kelantan Papa Kedana

Dulu nombor kereta ni duduk kt Honda Arcord sekarang tukar masuk kt merc,sekat boleh duit Royalti dari kerajaan pusat terus tukar kereta,royat kata nk bayar gaji kaki tangan Awan.Kerajaan PH KENA BODO KE KERAJAAN KELANTAN GITU JAH (ini kereta EXCO air kelantan)..
Sebb tu rakyat kelantan hidop dlm kemiskinan pemimpin ada duit sikit hidop bermewah rakyat dibawah tido dalam reban ayam.
Rakyat kelate akan terus hidop dalam kemiskinan selagi Pas merintah kelantan.

Majlis Khatam Quran dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PPD Kota Bharu 2019, Dewan Tok Kadok, SK Kadok.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 5 people, including Zaidi Ab Halim, people standing

Image may contain: 5 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, people standing

11.00 am, Merasmikan Majlis Khatam Quran dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PPD Kota Bharu 2019, Dewan Tok Kadok, SK Kadok.

Terima kasih dan tahniah Ust Mohd A’zizi bin Nik Muhammad, Pen Pegawai PPD Kota Bharu dan En Mohd Zulkhairi bin Ismail, Guru Besar SK Kadok di atas kejayaan majlis pada hari ini.
…………..

Mohon maaf kepada Guru Besar, PK HEM dan seluruh warga SK Kedai Piah kerana tidak sempat hadir ke majlis khatam quran di sekolah tuan yang dijadualkan berlangsung pada masa yang sama.

……………….
Alhamdulillah anak-anak kita hari ini berpeluang meraikan majlis khatam quran sebagai acara wajib penutup sesi pembelajaran terutama kepada murid Tahun 6.

Semoga ia menjadi pemangkin kepada pemahaman dan penghayatan Islam sebagai agama yang membawa rahmah di dalam kehidupan.

 

Program Mutiara Hati anjuran bersama YADIM Kelantan & Unit Disiplin MSMP/ Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Maahad (P) Syamsul Maarif Pulai Chondong.

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people

Di Machang, hari ini juga berlangsung Program Mutiara Hati anjuran bersama YADIM Kelantan & Unit Disiplin MSMP/ Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Maahad (P) Syamsul Maarif Pulai Chondong. Program disertai seramai 150 pelajar dan 5 guru.

Pada majlis ini, YADIM menampilkan Ustazah Wan Norazam bt Wan Abd Aziz, Duta Rahmah bagi mengisi ceramah bertajuk Wanita: Antara Kaca dan Permata.