NAJIB BAKAL ADA PENGAWAL PERIBADI BARU ?

No photo description available.

Alhamdulillah.. Hari ini Hakim Mahkamah Tinggi KL,Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membuat keputusan, hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan dengan bukti dan keterangan mengaitkan Najib Razak dalam kes SRC, wujud prima facie bagi kes SRC..

Ya memang Benar.. Pendakwaan dalam kes Najib ini amat kukuh.. Bukti dan keterangan pendakwaan Melampaui keraguan yg munasabah.. Tugas pendakwaan kini selesai dalam kes SRC, Kini giliran Najib buktikan dia tak bersalah..

Tapi tak tahu siapa saksi untuk Najib membela diri, Sebabnya Pegawai tertinggi KWAP, KWSP hatta SRC sendiri memberi keterangan menentang Najib.. bukan saja berkaitan SRC hatta pegawai Najib sendiri meletakkan kesalahan kepda Najib..

Mungkin Najib boleh guna keterangan Ulama PAS seperti Haji Hadi untuk membela diri..Sebab Haji Hadi boleh membersihkan Dosa dan kesalahan sesiapapun hatta MCA yang kuat menentang Hudud PAS dulu.. Mungkin kepakaran haji Hadi boleh digunakan.. 

Ipohmali

Dr M: Saya terkejut bila Najib terkejut

( TUN M TERKEJUT KERANA SATU KES SAHAJA NAJIB SUDAH TIDAK MAMPU MEMBELA DIRI SEDANGKAN KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA DAN BANYAK LAGI KES-KES LAIN SEDANG MENUUNGGU NAJIB… )

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak berkongsi sentimen yang sama dengan bekas presiden Umno Najib Razak yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela dirinya terhadap tujuh pertuduhan berkaitan salah guna dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam bela utama bekas perdana menteri, Muhammad Shafee Abdullah berkata Najib terkejut dengan keputusan mahkamah itu.

Ketika ditanya mengenai hal itu pada sidang akhbar pada malam ini, Dr Mahathir berkata: “Beliau (Najib) terkejut? Saya juga terkejut (bila) beliau terkejut.”

“Seluruh dunia tahu Najib bersalah. Tetapi kami perlu mengikuti kedaulatan undang-undang.

“Kami menghantarnya ke mahkamah untuk melihat sekiranya beliau mempunyai kes, dan (kini) beliau perlu menjawab,” kata Mahathir selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir turut menegaskan Najib telah dibenarkan ikat jamin, tidak seperti orang yang ditangkap sebelum ini kerana mendedahkan skandal 1MDB, termasuk peguam Matthias Chang dan ahli politik Khairuddin Abu Hassan.

“Beliau (Najib) mendapat sakit mata dan beliau masih boleh berkempen… Tetapi tidak boleh hadir ke mahkamah.

“Semua hal-hal karut ini kami dapat daripada beliau kerana kami bersikap lembut dan kami mematuhi kedaulatan undang-undang,” kata Mahathir merujuk penampilan Najib di Tanjung Piai untuk berkempen bagi calon BN, Wee Jeck Seng pada pilihan raya kecil yang sedang berlangsung.

Terdahulu hari ini, Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendakwa wujud campur tangan Dr Mahathir membabitkan kes dihadapi Najib.

“Saya hadir hari ini hanya untuk memaklumkan bahawa, Mahathir akan menjadi perdana menteri pertama yang kematiannya akan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

“Kezaliman Mahathir tidak akan berhenti hingga nyawanya dicabut malaikat maut.

“[…] Saya daripada awal sudah tahu memang ada campur tangan daripada Mahathir, kalau tidak ada campur tangan sudah pasti kes ini sudah lama digugurkan,” kata Lokman.

Bagaimanapun, Dr Mahathir pada malam ini menafikan dakwaan Lokman itu.

“Jika beliau dapat membuktikannya maka beliau boleh berbuat demikian (membuat dakwaan itu). Saya tidak pernah campur tangan dengan mahkamah,” jelasnya.

Lokman antara seratus penyokong bekas perdana menteri yang berkumpul di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan Najib membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC.

[Baca berita asal]

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

 

https://www.malaysiakini.com/news/499455?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3kgr1LA7pyfq80_mrm0xBWUqG5lOJQR5Zhl66jJZiTOnbnYSsy-B5P9XM

AirAsia henti jual rokok, rancang henti jual arak pula

MGF11112019_Pelancaran-Global-No-Smoking-Campaign_10

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyerahkan Blue Ribbon kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes pada Majlis Pelancaran Global No Smoking and Dengue Campaign di Red Q, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2),Sepang. foto IQBAL BASRI, 11 NOVEMBER 2019

SEPANG – Kumpulan AirAsia menghentikan penjualan produk tembakau sama ada dalam penerbangan mahupun melalui platform atas talian, Ourshop sejak bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu bakal kehilangan pendapatan produk tembakau bernilai RM9 juta setahun susulan langkah terbaharu itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau mahu mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya kepada golongan muda.

AirAsia juga menurut Tony sedang dalam perancangan untuk menghentikan penjualan arak, namun beliau tidak memberikan sebarang tempoh masa secara khusus.

“Kami tidak mahu tergesa-gesa untuk menghentikan penjualan arak kerana kami mahukan melakukannya dengan betul tetapi AirAsia memang mahu mempromosikan gaya hidup sihat.

“Tiada arak di bangunan ini (RedQ).

“Satu lagi perkara yang kami mahu fokuskan di dalam penerbangan adalah makanan yang kami hidangkan supaya ada pilihan yang lebih sihat.

“Kami lihat sudah ramai orang yang mulai sedar (kepentingan menjaga kesihatan).

“Selama ini, jika saya mengetahui apa yang saya tahu sekarang iaitu mengenai gula, garam dan minyak mungkin saya tidak kelihatan seperti ini (lebihan berat badan).

“Tetapi untuk saya ianya sudah terlambat, cuma saya harap pekerja-pekerja saya yang lebih muda (dapat mengamalkan gaya hidup sihat),” katanya semasa sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran Kempen Larangan Merokok AirAsia di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama yang melaksanakan dasar bebas penjualan produk tembakau dalam penerbangan di samping mengenakan larangan merokok dengan jarak 500 meter dari premis pejabatnya di seluruh dunia.

Di atas inisiatif berkenaan, syarikat penerbangan tambang murah itu dianugerahkan Anugerah Pencapaian Cemerlang Kempen Blue Ribbon oleh Kementerian Kesihatan.

Anugerah Blue Ribbon diberikan kepada individu yang membuat sumbangan penting dalam memulakan dan menyumbang kepada persekitaran bebas asap rokok.

Selain melaksanakan zon larangan merokok, AirAsia turut menyediakan program bantuan kesihatan seperti klinik berhenti merokok, kaunseling dan rujukan untuk membantu kakitangannya berhenti daripada habit buruk tersebut

Menurut Tony, beliau sentiasa mahu melihat persekitaran hidup yang sihat dapat dinikmati oleh setiap individu.

“Jika anda dapat berhenti merokok, mungkin ini boleh menjadi ikutan kepada anak-anak.

“Saya lihat kini, terlalu ramai kanak-kanak yang sudah mula merokok dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah, sama ada suka-suka atau untuk kelihatan bergaya,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

AirAsia henti jual rokok, rancang henti jual arak pula

PBT diarah pasang papan tanda peringatan meski tiada larangan minum arak

Meskipun tiada undang-undang yang melarang untuk mana-mana individu meminum arak di kawasan awam, kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang papan tanda peringatan bagi menjaga keselesaan dan ketenteraman orang ramai.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata menerusi langkah itu, PBT akan mengambil tindakan tegas terhadap peminum arak yang menimbulkan kekecohan di kawasan berkenaan.

“Polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya seperti dilapor Berita Harian Online.

Bagaimanapun, kata Ng tiada larangan untuk mana-mana individu meminum arak di taman awam di negeri ini.

“Ini selaras dengan ketetapan Undang-Undang Kecil Taman 2005,” katanya.

Ng berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chua Wei Kiat (PKR-Rawang) dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Chua sebelum itu bertanya tentang tindakan kerajaan Selangor dalam mengatasi kekecohan yang dilakukan peminum arak di kawasan awam.

https://www.malaysiakini.com/news/499421?fbclid=IwAR3eI86Oe1MgIKUHgqA3PXnIiV9r9MB87qd9mAwf0jN52YJ98FT11H6mjoQ#.XckoNZQiLJc.facebook

NOTA : MOHON PASANG JUGA PAPAN TANDA ” MEMERANGI RASUAH ADALAH AMALAN MULIA PARA NABI ” ATAU ” DOSA MAKAN RASUAH LEBIH BESAR DARI DOSA MAKAN KHIZIR “.

Peguam Najib Sendiri Memiliki 4 Pertuduhan Di Mahkamah

1 PEMIMPIN YANG BODOH1 JANGAN SOKONG PENGKHIANAT NEGARA

Shafee mengaku tidak bersalah 4 tuduhan

KUALA LUMPUR: Peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak hasil aktiviti pengubahan wang haram serta membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Muhammad Shafee didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

Mahkamah membenarkan Muhammad Shafee diikat jamin RM1 juta dengan jumlah jaminan RM500,000 dibayar hari ini manakala bakinya pada Selasa depan.

Mahkamah juga memerintahkan pasport milik Muhammad Shafee diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai

Mahkamah menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/473065/shafee-mengaku-tidak-bersalah-4-tuduhan?fbclid=IwAR1y3AWFScETE5JVGi0KJELiQ0xV1t0W7GvHqqQWf2W0bZfEUDYhTjvFGBI