SELOKA TANJUNG PIAI

No photo description available.

SELOKA TANJUNG PIAI

Dari kitab yang telah di baca,
Undi kafir akan di cerca,
Silap undi masuk neraka,
Pakat ketaq takut belaka.

Di Cameron Highland cerita berlaku,
Cakap pakatan sudah tak laku,
Semua nak ikut cakap tok guru,
Sampai pengundi jadi haru biru.

Di Tanjung Piai fatwa berubah,
Bila MCA demam tak kebah,
Tok guru kata jangan gelabah,
Hukum boleh diubah-ubah.

MCA kita kena bagi undi,
Sebab dia bukan kafir harbi,
Calon Tok Imam tolak ketepi,
Tok guru fatwa kut mana jadi.

Pengundi Tanjung Piai bijak sekali,
Tolak ketepi fatwa Hadi,
Fatwa dia mengikut hari,
Nyata songsang tiada bertepi.

Di Tanjung Piai kita berkampung,
Pengundi Harapan kita kena kepung,
Tolak habisan pembangkang pembohong,
Kelak merana sapa nak tolong.

Dato Mahfuz Omar.
Tanjung Piai

UMNOPAS MENJADIKAN PERASUAH SEBAGAI PEMIMPIN

1 NAJIB PUNCA MALAYSIA BANKRAP

Tahu kah anda ,2.6 Bilion’s belanja 5000 setiap hari ,kita perlukan masa untuk menghabiskan selama 1444 tahun…..! — with Komunikasi Keadilan Terengganu.

1 NAJIB MENYUSAHKAN RAKYAT

Ular, buaya, syaitan: Hadi serang lagi pengkritik RUU 355

1 HADI SYAITAN1 KEPALA BAPAK1 HADI JUARA BOHONG

PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menyerang mereka yang mengkritik usahanya untuk memperkenalkan hukuman lebih berat di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, dengan menggunakan pelbagai perumpamaan membidas penentang rang undang-undang meminda akta itu, atau RUU 355.

“Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan.

“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia,” kata Hadi dalam penulisan terbarunya.

Pada 6 April, Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat, bagi membenarkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.

Ia bagaimanapun disusuli kekecohan apabila beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan bangun mempersoalkan tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menangguhkan sesi Dewan Rakyat tanpa memberi laluan untuk perbahasan.

Hadi memuji tindakan Pandikar, dan berkata ia memberikan peluang supaya RUU itu dibahaskan secara lebih terperinci apabila Dewan Rakyat bersidang lagi pada Julai, sambil menyifatkan kaedah yang digunakan PAS sebagai “proses demokrasi paling lembut perjalanannya”.

Ular dan buaya timbul

Penulisan Hadi yang sarat menggunakan bidalan dan perbandingan itu berkata, RUU itu disokong oleh PAS dan wakil rakyat Umno, “namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya”.

“Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355,” katanya.

Sebelum Hadi berucap membentangkan usulnya pada 6 April, pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen Gelang Patah bangun mendakwa Speaker tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Hadi berkata cadangan melaksanakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah adalah sesuatu yang asas dan menerima sokongan padu umat Islam walau pun yang pegangan agama mereka “sebesar zarah paling halus”.

“RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang.”

Sebaliknya, Hadi menganggap mereka yang menentangnya melakukan demikian secara membabi buta.

“Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis, tiba-tiba buta pula,” kata Hadi.

Menurut Hadi, menghalang RUU merupakan “kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam”.

“Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/16/ular-buaya-syaitan-hadi-serang-lagi-pengkritik-ruu-355/?fbclid=IwAR2at8aNnPlQ8hkTTypHXxj_slO_x_GbgLKBnnpzA8JOhJlGN-QUJdAGvm0

Ugut saksi kes 1MDB: Pengurusan kes prosiding komital Lokman pada 22 Nov

1 NAJIB MENYUSAHKAN RAKYAT

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes prosiding komital dikemukakan Peguam Negara Tommy Thomas terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam kerana didakwa menggugut seorang saksi dalam perbicaraan kes Najib Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi itu ialah Amhari Efendi Nazaruddin iaitu bekas pegawai khas kepada Najib yang merupakan seorang daripada saksi penting dalam kes tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam, bertindak bagi pihak Peguam Negara dan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili Lokman, yang hadir hari ini.

Terdahulu, Wan Aizuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya baru sahaja menerima afidavit tambahan daripada pihak pendakwaan pada 5 Nov lepas.

“Oleh kerana afidavit tambahan itu baru diserahkan kepada kami, jadi pihak kami memerlukan masa untuk meneliti afidavit tersebut dan akan mempertimbangkan sama ada ingin membuat permohonan untuk mengetepikan prosiding komital yang diperoleh (Peguam Negara) atau terus menjawab afidavit berkenaan,” katanya.

Wan Aizuddin turut memohon maaf ke atas ketidakhadiran peguam utama kes itu, Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding hari ini kerana beliau perlu pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengendalikan satu kes bunuh.

Sementara itu, Mohamad Mustafa memaklumkan pihaknya juga akan meminda notis usul berkenaan prosiding komital itu.

Pada 22 Okt lepas, Hakim Sequerah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman.

Pada 10 Okt lepas, Peguam Negara selaku pemohon telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana perbuatannya yang menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 Sept.

Dalam permohonan itu, Peguam Negara memohon perintah supaya Lokman selaku responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.

Peguam Negara berkata pada tarikh itu (25 Sept) responden dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk menggugut saksi, Amhari Efendi kerana memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara berkata beliau juga akan menyiarkan rakaman video berhubung temu bual itu pada pendengaran prosiding komital jika mahkamah memberi kebenaran kepadanya untuk memulakan prosiding berkenaan.

Beliau berkata pada hari yang sama, Lokman telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkenaan keterangan yang diberikannya pada perbicaraan kes Najib.

Objektif atau tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap tertuduh pada perbicaraan, kata Peguam Negara.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/499064?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR15GSSdyXTMDgF-cczqkoZRzrxwxrPenjR8TR2iLMHcPG5c1qOjvfZwCVk

SEJARAH PEMBOHONGAN HADI MENGENAI HUKUM HUDUD DI MALAYSIA

1 HADI JUARA BOHONG

Image may contain: 1 person, meme and text

5 Punca Anak Menjadi Kurang Ajar dan Tak Dengar Cakap

1 SEDEKAH KE NERAKA1 AZHAR SOLAT TIDAK DITERIMA1 DUSTA1 MENIPU1 KESAN BERBOHONG

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak mela wan cakap.

Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni ga rang, tak juga.

Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis mela wan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.

Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab ba ka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.

“Orang kita ni kerap sangat u gut anak perkara yang dia takkan buat pun”

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.

“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang u gut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gi la lah?”

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.

“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”

Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap u gut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap u gut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”

“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”

“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.

Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

2. Jangan suka u gut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”

Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.

Aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.

Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.

5 Punca Anak Menjadi Kurang Ajar dan Tak Dengar Cakap