MCA AMAT BERBAHAYA KEPADA UMAT ISLAM

Image may contain: one or more people and text

Betul ke MCA tak ekstrim? Ini bukti menunjukkan MCA sebuah parti ekstrim.

1.Tahun 2011,MCA pernah menyaman Kerajaan Kelantan isu penutupan premis judi.

2.Tahun 2014,MCA menubuhkan Jawatankuasa khas terdiri dari 100 orang peguam untuk menghalang enakmen hudud diluluskan di Kelantan.

3.Akbar milik MCA pernah menyiarkan karikatur monyet memakai serban yang bergayut diatas pokok 355,dengn tujuan menghina RUU355 yang diperjuangkan oleh PAS.

3.Tahun 2016,Ahli Parlimen Tanjung Piai,Datuk Wee Jeck Seng memberi amaran kepada UMNO jika Hadi sekali lagi membentangkan RUU355 di Parlimen akan melanggar semangat Barisan Nasional dan MCA akan keluar daripada BN.

4.Ogos 2019,Timbalan Presiden MCA,Dr Mah Hang Soon mendesak DAP memberi tekanan kepada kerajaan isu tulisan jawi.

DAP pun tak ekstrem macam MCA.

Saksi Mengaku bayar RM400,000 Untuk Mendapatkan Mykad dan Pasport Malaysia.

Image may contain: one or more people

Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi George Town bahawa beliau membayar sebanyak RM400,000 untuk memiliki pasport dan MyKad warga Malaysia.

Wang De Qun, 58, berkata dia bersetuju dengan pembayaran tersebut dan mahu membuat pasport warganegara Malaysia bagi tujuan pelaburan serta memudahkannya untuk menjalankan urusan perniagaan di negara ini.

“Saya mahu memiliki pasport yang sah di sisi undang-undang di negara ini bagi memudahkan saya menjalankan urusan perniagaan kerana jika tiada, saya mempunyai banyak sekatan dan masalah untuk ke Malaysia,” kata saksi pendakwaan itu pada prosiding deposisi kes enam individu yang berdepan pertuduhan mengeluar dan menjual sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Individu berkenaan ialah Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 43; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36, dan ahli perniagaan Lai Chin Wah, 56.

 — with Johan YamiNick KhairulSaleh KamilAzura Man Azura ManBersatu MacheMohd Mat NasirFadh NorHunter Panji SemirangAnna Dyamia Dyania NikitaAzem OsmanSa MaMohd Ropi Mat Sin and Zack Zainal Abidin.

PERTUBUHAN YANG DIPIMPIN OLEH GOLONGAN KORUPSI TIDAK WAJAR DIBERI UNDI.

Image may contain: 4 people, people smiling, glasses and text

Selagi sesuatu organisasi itu dibayangi oleh pemimpin korupsi, maka tidak wajar diberikan undi. -Dr Maza

Bekas hakim, pendakwa dan peguam didakwa terima suapan

1 RASUAH MAZA

Bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, 45 hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM17,500 sebagai upah dia hanya mengenakan denda terhadap tujuh warga asing yang melakukan kesalahan Imigresen, pada Julai lalu.

Selain bekas hakim tersebut turut didakwa adalah Khairul Azhwa Yusrie, 32, yang juga bertugas sebagai timbalan pendakwa raya di mahkamah sama serta peguam Noor Amirul Nazreen, 31.

Azmil kini bertugas sebagai pegawai undang-undang di Istana Kehakiman di Putrajaya manakala Khairul Azhwa Yusri bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, antara jam 9.30 pagi hingga 2.45 petang pada 17 Julai lalu di mahkamah sama.

Dipercayai, ini kali kedua dalam sejarah Malaysia seorang hakim yang sedang berkhidmat diheret di mahkamah susulan pertuduhan jenayah.

Kes ini dipercayai mempunyai kaitan dengan siri penangkapan SPRM pada Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai sebanyak RM17,500 daripada Wong Chiew Hoong, 40, sebagai upah kepada Azmil untuk menjatuhkan hukuman denda sahaja ke atas tujuh pendatang asing yang melakukan kesalahan di bawah perenggan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, antara 9.30 pagi hingga 2.45 petang, 17 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut perenggan 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

TPR SRPM, Allan Suman Pillai menawarkan wang jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta memohon syarat tambahan iaitu pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Barisan peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu antara RM2,500 hingga RM12,000 setiap seorang.

Azmil diwakili peguam Gregory Santiago, A Sheelan, Ridha Abdah Subri dan Jagesh M Lingam manakala Khairul Azhwa Yusri diwakili Zulkepli Omar dan Nur Fathin Muhammad Zain. Noor Amirul Nazreen pula diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan dan Noorhidayah Mohd Saad.

Hakim Rozilah Salleh kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Di mahkamah sama, Azmil turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh bagi dirinya sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, wang tunai RM5,000 yang didepositkan ke dalam akaun banknya daripada Soo Seng Kok, 36, melalui Zumairi Othman, 37, seterusnya melalui Ahmad Feisal Mohd Azmi, 37.

Wang itu adalah sebagai upah kepada tertuduh kerana melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu menjatuhkan hukuman denda terhadap enam individu yang melakukan kesalahan di bawah subsekyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka (Akta 289).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank, Jalan Meru, Klang, pada 10 Mei 2018 mengikut Seksyen 17(a) SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali jumlah rasuah terbabit atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Azmil juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi kesalahan serupa iaitu menerima bagi dirinya RM5,000 tanpa balasan daripada individu sama.

Bagi pertuduhan itu, Azmil dibenarkan diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 16 Disember untuk sebutan semula kedua-dua kes.

https://www.malaysiakini.com/news/498803?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2Oj-vhbQZVlYXKVzDYzMi6qv9rAKvs2iMuW8bkYNcFtKOFp6G4jY2SzK8

Pertuduhan pecah amanah terhadap Najib lengkap, kata pendakwaan

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.

MEMERANGI RASUAH ADALAH PERINTAH ALLAH SWT DAN TUGAS MULIA PARA NABI.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak lengkap apabila wang RM42 juta diseleweng daripada SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berhujah dalam kes pecah amanah, kesalahan itu lengkap apabila terdapat penyelewengan yang tidak jujur berhubung dana RM42 juta tersebut.

“Kami menyatakan wang itu telah disalahgunakan daripada SRC International Sdn Bhd. Jadi kesalahan itu lengkap…persoalan mengenai resit wang itu tidak timbul. Ia tidak penting, tiada siapa yang kerugian atas kehilangan itu,” katanya dalam hujahan di akhir kes pendakwaan yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Sithambaram menjelaskan kes CBT dan pengubahan wang haram dua pertuduhan yang berbeza yang memerlukan elemen yang berbeza untuk membuktikannya, dan mereka tidak membuat pertuduhan yang tidak betul.

“Kerugian/kehilangan salah atau keuntungan salah bukanlah ‘ramuan’ yang perlu dibuktikan dalam CBT dan isu yang berkaitan dengan resit yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan bukanlah ‘bahan’ yang perlu dibuktikan dalam CBT.

“Resit itu bahan bagi kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). Sama ada ia adalah sama dengan RM42 juta dalam kes CBT bukanlah satu pertimbangan memandangkan bahannya berbeza,” katanya.

Menjawab hujah pihak pembelaan berkaitan kesahihan dan kebolehterimaan dokumen yang dikemukakan pihak pendakwaan sebagai bukti, Sithambaram berkata berdasarkan Seksyen 71 AMLA, membolehkan pendakwa raya atau pihak berkuasa untuk mendapatkan apa-apa dokumen atau salinan dokumen bawah akta itu.

“Undang-undang membenarkan ia untuk diterima,” katanya dan menambah Parlimen yang meluluskan undang-undang itu membuat perbezaan jelas mengenai bagaimana bukti itu ditunjukkan bawah akta ini, iaitu pertuduhan yang dihadapi Najib.

Najib, 66, berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/23/pertuduhan-pecah-amanah-terhadap-najib-lengkap-kata-pendakwaan/?fbclid=IwAR28U4-S7xPGVAcUJT4uwPv48Tr8jf5DU5vmLNIYyjT2u14Qr___iUKS9pY