Hakim, pendakwa dan peguam diheret ke mahkamah esok

SPRM dijangka mengheret seorang hakim Mahkamah Sesyen, timbalan pendakwa raya dan peguam ke mahkamah esok atas dakwaan rasuah.

Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam kira-kira jam sembilan pagi esok bagi berdepan pendakwaan bawah Akta SPRM SPRM 2009.

“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” menurut kenyataan ringkas SPRM hari ini.

Malaysiakini tidak menamakan mereka buat masa ini sementara menunggu mereka dituduh di mahkamah.

Dipercayai, ini kali kedua dalam sejarah Malaysia seorang hakim yang sedang berkhidmat diheret di mahkamah susulan pertuduhan jenayah.

Kes ini dipercayai mempunyai kaitan dengan siri penangkapan SPRM pada Julai lalu.

https://m.malaysiakini.com/news/498684?fbclid=IwAR2RsSq2Yvb9v8Zp9WxrIT1uwYZMK6rPWWev4tiPY5EUWrXoCNK0CDGQ1_8#.XcE9i8MKCHI.facebook

SPRM siasat 16 projek tukar tanah milik kerajaan

Latheefa menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2019, di Kuala Lumpur, hari ini. – NSTP/Asyraf Hamzah

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat 16 kes projek pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan yang didakwa menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata pihaknya memerlukan lebih masa untuk menyiasat kes itu, selain mengakui berdepan kesukaran untuk mendapatkan sebahagian bukti berkaitan.

“Urusan pertukaran tanah yang diberi membabitkan senarai kes panjang sejak lebih 25 tahun lalu.

“Dalam tempoh itu, ia membabitkan Menteri Pertahanan yang berlainan dan ramai penjawat awam bertukar. Ia (siasatan) bukan begitu mudah dengan hanya menyerahkan kepada kita laporan audit kerana kita perlu tahu kenapa urusan itu dilakukan.

“Kes itu masih dalam siasatan dan saya percaya bukan setiap kes akan membawa kepada pendakwaan, jadi kami memerlukan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2019 bertema ‘Membina Kepercayaan dan Ketelusan: Bekerjasama, Mempercepat, Memperkukuh’ di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, semalam bahawa SPRM hanya membuka satu kertas siasatan daripada 16 kes projek pertukaran tanah Kementerian Pertahanan.

Berhubung isu pembelian enam helikopter tempur ringan MD530G bernilai RM321.9 juta yang belum diterima, Latheefa berkata, kertas siasatan mengenainya sudah dibuka.

“Ia adalah kes dalam siasatan. Kita akan beritahu apabila sudah selesai,” katanya.

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata kementerian itu sedang mengadakan rundingan akhir berhubung tindakan bakal dikenakan terhadap pihak yang terbabit dalam isu pembelian enam helikopter tempur ringan MD530G bernilai RM321.9 juta yang belum diterima.

Katanya, rundingan itu membabitkan pejabat Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan SPRM dan satu keputusan mengenainya akan diambil secepat mungkin.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/625166/sprm-siasat-16-projek-tukar-tanah-milik-kerajaan?fbclid=IwAR3wOi6SrwuQKHlc71WlQKNYNVDN0TNT-TYf7LCe_WhIkfMCLTYVi-pbUOE

Menteri Aswaja Umnopas Yang Menghilangkan 6 Buah Helikopter ATM

Image may contain: 2 people

LEBIH RM300 JUTA sudah dibayar utk pembelian 6 buah helikopter tempur ringan MD530G pada 2015, tetapi hingga sekarang SEKETUL HELIKOPTER MD530G PUN BELUM DITERIMA LAGI, kenapa ??!

Malah sebelum ‘order’ dibuat, terdapat kenaikan harga sebanyak AS$10 juta daripada AS$60 kepada AS$70 juta hanya dlm tempoh 3 bulan.

KENAPA TIBA-TIBA ADA KENAIKAN AS$10 JUTA ??!

SIAPA MENTERI PERTAHANAN ketika itu ??!.. Menteri Pertahanan Mat Sabu kah ?

KINI.. kertas siasatan berhubung pembelian 6 helikopter tempur ringan bernilai RM300 juta PON SUDAH DIBUKA !!

 

Kit Siang Seru Rakyat Menghukum Pembangkang Bersalah Kerana Terbukti Skandal Jahat 1MDB Memang Berlaku

1 MATI MENIPU RAKYAT

Kit Siang seru pengundi Tg Piai buktikan pembangkang salah, 1MDB bukan berita palsu

Pengundi Tanjung Piai mengalas tugas penting dalam pilihan raya kecil pada 16 November nanti bagi menghantar mesej yang jelas kepada pembangkang bahawa skandal 1MDB yang kini dalam perbicaraan di mahkamah bukanlah suatu berita palsu seperti yang didakwa mereka.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan pemimpin Muafakat Nasional dan Barisan Nasional (BN) di Parlimen yang mendakwa skandal 1MDB adalah berita palsu kerana kononnya belum dibuktikan.

“Amat mengejutkan apabila pemimpin Muafakat Nasional dan BN mendakwa bahawa skandal 1MDB masih belum dibuktikan, meskipun negara terpaksa berjimat cermat untuk membayar RM9 bilion hutang 1MDB sejak dua tahun lalu, dan hutang 1MDB kini mencecah RM50 bilion.

“Jika Malaysia tidak perlu membayar berbilion-bilion ringgit hutang 1MDB sejak dua tahun lalu, dan berbilion-bilion ringgit lagi bunga terkumpul daripada hutang 1MDB untuk tahun-tahun akan datang, wang-wang ini boleh dibelanjakan untuk membina lebih banyak jalan raya, sekolah dan hospital bagi meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.”

“Justeru, pengundi Tanjung Piai mengalas tugas nasional dalam pilihan raya kecil pada 16 November nanti bagi membuktikan Muafakat Nasional dan BN salah, kerana skandal 1MDB bukanlah berita palsu sebaliknya merupakan suatu babak terburuk dalam sejarah Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Kit Siang, sehingga kini, sejumlah RM925.1 juta dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB telah berjaya dikembalikan, yang mana tidak termasuk penjualan kapal layar persiaran mewah, Equanimity bernilai RM529.2 juta.

Malah, watak penting skandal 1MDB, Jho Low juga telah memulangkan aset AS$1 bilion yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

“Jika skandal 1MDB adalah berita palsu dan cerita rekaan pemimpin Pakatan Harapan, maka dari mana datangnya berbilion-bilion ringgit dana berkaitan 1MDB, yang telah dikembalikan dan akan dikembalikan, itu?

“Biar ahli Parlimen dan pemimpin politik Muafakat Nasional dan BN menjawab persoalan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri. – Roketkini.com

Kit Siang seru pengundi Tg Piai buktikan pembangkang salah, 1MDB bukan berita palsu