Amerika Bantu Malaysia Dapatkan Semula USD1 Bilion Daripada 1MDB

No photo description available.

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih US$700 juta yang diperoleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan, DoJ berkata aset itu terletak masing-masing di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.

https://web.facebook.com/pertahankanmalaysia/photos/a.325477701438353/444035876249201/?type=3&theater
#1MDB
#Doj
#PertahankanMalaysia

Arab Saudi setuju beri biasiswa, hantar guru jalani latihan di Malaysia

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau dari Arab Saudi Dr Hamad Mohammed Al Shaikh untuk bertukar pandangan mengenai sistem pendidikan kedua-dua negara. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk memberikan biasiswa kepada 300 mahasiswa negara ini yang terlibat dalam bidang sains dan teknologi.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, negara itu juga bersetuju untuk menghantar guru mereka menjalani latihan di Malaysia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi pendidikan abad ke-21.

“Guru-guru mereka daripada tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan dihantar ke Malaysia bagi mendapatkan pengalaman mengajar di sini.

“Malaysia amat menghargai kesungguhan Arab Saudi dalam perbincangan berkenaan dan yakin kerjasama ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan hubungan baik kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, persetujuan berhubung kedua-dua perkara tersebut dicapai sewaktu kunjungan Menteri Pendidikan Maszlee Malik ke atas raja Arab Saudi, Raja Sulaiman Abdulaziz Al Saud semalam.

Maszlee yang diutus khas oleh perdana menteri untuk pertemuan itu turut mengambil peluang bertemu Menteri Pendidikan Arab Saudi Dr Hamad Mohammed Al Shaikh untuk bertukar pandangan dan buah fikiran mengenai sistem pendidikan negara masing-masing.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/04/arab-saudi-setuju-beri-biasiswa-hantar-guru-jalani-latihan-di-malaysia/?fbclid=IwAR1QiNSC4EmTLbuuSJfY0l4x3BAgN23SHsXC0V473Yebq_EPcAGbtfUWl-0

1MDB bodoh bayar USD1 bilion bagi usahasama 1MDB-PSI – Saksi

1MDB bodoh bayar USD1 bilion bagi usahasama 1MDB-PSI - Saksi

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (kiri) yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan hadir bagi perbicaraan berhubung kes 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bodoh membayar US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus pegangan ekuiti dalam usahasama (JV) 1MDB dan Petro Saudi Holdings (Cayman) Ltd manakala PetroSaudi International Ltd (PSI) hanya menyuntik US$108 juta untuk mendapatkan 60 peratus syer.

PSI Cayman adalah anak syarikat PSI.

Aset minyak dan gas yang dikatakan milik PSI terletak di Argentina dan Turkmenistan, dinilai oleh firma Morse pada harga US$3.625 bilion.

Ketika ditanya oleh peguam utama yang mewakili Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata beliau menandatangani surat perjanjian berhubung JV bagi pihak 1MDB tetapi tidak ingat siapakah yang menandatangani bagi pihak PSI.

BACA: 1MDB adalah Najib, Najib adalah 1MDB – Saksi

Muhammad Shafee: Penanda aras aset Argentina adalah pada US$108,109,651. Adakah anda ingat nilai untuk aset Turkeministan?

Shahrol Azral:US$3.518 bilion.

Muhammad Shafee: Jadi US$3.5 bilion, nilai aset di Argentina hanya US$108 juta.

Shahrol Azral: Ya.

Muhammad Shafee: Anda tahu aset Turkmenistan kemudian terbukti bukan milik PSI?

Shahrol Azral: Saya tidak ingat.

Muhammad Shafee kemudian merujuk satu laporan media kepada saksi tersebut yang menyatakan bahawa aset di Turkmenistan dimiliki oleh Buried Hill Energy (Cyprus) Co Ltd.

Menurut beliau, penerbitan itu telah memperoleh hak untuk semua dokumen yang dicuri daripada syarikat (PSI) oleh bekas eksekutif PSI Xavier Andre Justo sebelum dia melarikan diri ke Bangkok, Thailand.

Muhammad Shafee: Anda setuju dengan saya, jika aset Turkmenistan, bukan aset PSI, 1MDB perlu menyuntik hanya US$108 juta untuk memadankannya dengan aset Argentina.

Shahrol Azral: Betul.

Muhammad Shafee: Menarik, kerana kita kelihatan seperti orang bodoh. 1MDB kelihatan bodoh. 1MDB, seperti orang bodoh, menyuntik US$1 bilion untuk 40 peratus. Mereka (PSI) hanya memasukkan US$108 juta dan memperoleh 60 peratus.

Shahrlol Azral: Betul.

Terdahulu, Shahrol Azral bersetuju dengan cadangan oleh peguam bahawa dia tidak memaklumkan kepada lembaga pengarah 1MDB apabila mengetahui tentang pemilikan sebenar aset PSI Turkmenistan itu.

Muhammad Shafee: Pada suatu ketika, lama dahulu, anda mendapati bahawa ia bukan aset mereka.

Shahrol Azral: Bukan lama dahulu, ia pada tahun 2015 … Saya masih berada dalam Lembaga itu.

Muhammad Shafee: Apabila anda mengetahuinya, adakah anda membawa perkara itu kepada lembaga?

Shahrol Azral: Tidak

Shahrol Azral menambah, lembaga itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada masa itu langsung tidak dimaklumkan tentang maklumat penting itu.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunaan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Selasa.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-bodoh-bayar-usd1-bilion-bagi-usahasama-1mdb-psi-saksi-220945

Najib Sakit Mata Tidak Mampu Hadir Ke Mahkamah Tetapi Mampu Hadir Ke Tanjong Piai – Najib Mempersendakan Mahkamah

Image may contain: 1 person

1 MASIH RAMAI YANG BODOH1 MATI MENIPU RAKYAT

“Mahkamah ini tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa percubaan untuk mengelirukannya. Sekiranya keperluan itu timbul, mahkamah tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman atas penghinaan terhadap mahkamah,” kata Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Ini berikutan tiga kali Jiblis mengambil cuti sakit dengan alasan yang sama ‘sakit mata’ untuk minta tangguh perbicaraan kes jenayah beliau.

Antaranya pada 14 Ogos 2019 pada kes SRC, 11 September 2019 dan 31 Oktober 2019 pada kes perbicaraan 1MDB.