Hikmah Allah SWT Menjadikan Manusia Pelbagai Kaum dan Bangsa Bukanlah Untuk Permusuhan Dan Berbunuh-Bunuhan.

Mengapakah manusia dijadikan pelbagai kaum dan bangsa?

 

1 ALLAH SWT PERANCANG TERBAIK

(Nota: Penulisan ini lebih merupakan pendapat peribadi berdasarkan pengamatan dan pengalaman sendiri. Ia bukannya suatu kajian ilmiah mahupun penyelidikan saintifik. Anda disarankan memikirkannya secara kritikal, itupun jika mahu, dan tidak menerimanya secara bulat-bulat apa yang dituliskan di sini)
(Gambar hiasan. Sumber)

Dalam Al-Quran, suraht Al-Hujurat, ayaht 13 yang bermaksud, “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti“.

Ayaht tersebut secara tersuratnya menyatakan bahawa manusia dijadikan berbilang kaum supaya saling mengenal. Saya tidak berhasrat memberi tafsiran selain terjemahan, kerana saya bukan ahli tafsir Al-Quran.
Cuma apabila saya memerhatikan sekeliling dan cuba mendalami ‘intipati’ ayaht tersebut (berdasarkan terjemahannya, dan kemudian dibandingkan dengan cerapan dan berfikir), saya mendapati bahawa hikmah terjadinya pelbagai golongan manusia itu seakan lebih daripada sekadar saling kenal mengenal. Sama ada apa yang saya fahami ini merujuk kepada tafsir ayaht tersebut atau tidak, saya tidak pasti.
Kepelbagaian golongan manusia hakikatnya didatangkan secara pakej dengan kelebihan dan kekurangan. Setiap manusia, masing-masing ada keupayaan dan ketidakupayaan yang berbeza (dan mungkin hampir sama). Selain keupayaan fizikal, keupayaan mental dan naluri juga berbeza (dan ada yang hampir sama) antara manusia. Justeru ‘hikmah’ penciptaan pelbagai kelompok manusia, menurut apa yang saya fahami, antaranya ialah untuk memenuhi kehendak dan keperluan sesama manusia.
Saban hari apabila berinteraksi dengan orang lain, saya dapat merasai mendapat ‘sesuatu yang baharu’ daripada interaksi tersebut. Kadang-kadang orang memberitahu saya suatu perkara yang tidak/belum saya ketahui. Ada masanya saya melihat orang melakukan perkara yang sama sekali tidak mampu saya lakukan. Ada pula orang yang menghadapi suatu perkara yang terlalu ekstrem sehinggakan saya kagum dengannya (kerana saya yakin saya tidak mampu menghadapi keadaan tersebut). Ada orang dapat idea, ilham dan cetusan fikiran yang tidak pernah saya terfikir, dan segala macam kelebihan lagi ada pada orang lain. Justeru dengan adanya orang lain yang mempunyai kelebihan, dapat menampung pelbagai ‘kekurangan’ yang ada pada diri, bahkan yang mungkin saya tidak sedari jika saya tidak berinteraksi dengan orang tersebut.
Namun kelebihan orang lain itu janganlah dieksploitasi pula untuk kepentingan diri sendiri kita semata-mata. Seharusnya kita gunakanlah pula kelebihan yang ada pada diri kita untuk membantu atau memenuhi keperluan orang lain juga jika diperlukan. Dengan adanya timbal-balik yang dilakukan dengan ikhlas, tentunya akan mewujudkan suatu set interaksi dan tindakbalas yang dapat memastikan ‘sistem’ hidup kita berjalan dengan baik.
Wallahua’lam (Allah lebih mengetahui). Rajin-rajinlah belek/baca Al-Quran dan sama-samalah kita renungkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s