SPRM ajak media sampaikan mesej antirasuah – Tahniah SPRM

1 TANGAN JADI SAKSI

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya (tengah) bergambar bersama sebahagian Pengarang Kanan pengamal media pada Malam Apresiasi Media Bersama SPRM 2019 di Hotel Zenith. Turut hadir Pengarang Kumpulan Berita Harian, Khaidir A Majid dan Pegarang Berita Kanan Harian Metro, Yusri Malek. – Foto Luqman Hakim Zubir

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengajak media bersama-sama menyampaikan mesej pencegahan rasuah, seterusnya memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menolak perbuatan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata media berperanan besar membawa wadah kesedaran sosial terhadap perkara yang berkisarkan kepada isu kepentingan, kebajikan serta keadilan masyarakat secara keseluruhannya.

“Tugas wartawan bukan sekadar melaporkan berita semata-mata, laporan itu mestilah mempunyai jiwa yang berperanan membawa kesedaran dan mendidik masyarakat terhadap sesuatu isu dan masalah sosial, termasuk isu rasuah.

“Laporkan sesuatu isu rasuah dengan penuh tanggungjawab untuk mendidik masyarakat, dedahkan kepada mereka mengenai bahaya rasuah kepada negara.

“Sampaikan mesej pencegahan rasuah kepada khalayak pembaca dan penonton. Media perlu bersama-sama SPRM khususnya dan kerajaan dalam usaha memerangi rasuah,” katanya berucap pada Malam Apresiasi Media anjuran SPRM, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Ja’afar Mahad.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, serta pengurusan kanan dan pemimpin pertubuhan dan agensi media tempatan.

Latheefa berkata, media harus melaporkan secara bertanggungjawab setiap isu rasuah, menjelaskan kepada umum maklumat sebenar sehingga masyarakat membenci dan jijik dengan rasuah.

“Media juga perlu membantu SPRM dalam menjayakan siasatan dengan tidak melaporkan sesuatu kes masih dalam siasatan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/…/sprm-ajak-media-sampaikan-mese…

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/623954/sprm-ajak-media-sampaikan-mesej-antirasuah?fbclid=IwAR1OcjkKA6JXoo5zNLmtofCN9OaK1-M96LzLpZJigsBE0pKvhqnVNMoOBEo

BENGKEL Halatuju Majlis Amal Islami Malaysia Negeri Kelantan bertempat di Dewan Syarahan YADIM Kelantan

Image may contain: 3 people, including Mohamad Hamzah, text

Image may contain: 2 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, suit and text

Jadual 2 Nov 2019,

1. BENGKEL Halatuju Majlis Amal Islami Malaysia Negeri Kelantan bertempat di Dewan Syarahan YADIM Kelantan. Melibatkan 90 orang peserta dari lebih 50 NGO yang bernaung di bawah YADIM.

2. MAJLIS Penerangan Pembinaan Komuniti Rahmah bertempat di Balaisah Pak Do Saleh, Kubang Kerian. — with Mohamad Hamzah and Hazman Bin Hussin.

Siapa Di Belakang Calon Tanjong Piai

1 RAJA BOHONG1 HELI1 HADI KAHWIN11 tindakan zalim najib

Sebenarnya di belakang calon BN bukan Najib, Hadi, Rosmah dan Jho Low.. Tak betul tu..

Yang betulnya ialah duit.. Salah guna kuasa.. Pecah amanah.. Rakus.. Zalim.. Adu domba dan pelampau agama dan kaum.. Itulah yang ada di belakang calon BN..

Yang menyedihkan kita lagi.. Walaun’s hanya dijadikan sebagai kondom sahaja di dalam melempias nafsu gersang persis binatang buas tidak berkandang..

Selepas ianya digunakan.. Walaun’s akan dibuang dan dipandang jijik oleh sesiapa yang menjumpainya.. Itulah nasib si kondom..

Oh kesian..

Fikirkan…….

Calon PH Tanjong Piai Membaca Khutbah

Image may contain: 2 people

IMAM yg membaca khutbah jumaat kamu TOLAK dan BENCI,tp calon MCA yg paling lantang menentang hudud dlm parlimen kamu SOKONG dan JILAT?
Pejuang Islam versi apa puak2 kamu ni?
 — with Lee Hanz.

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=184552029346127&set=a.113749863093011&type=3&theater

190 anggota polis positif dadah, berdepan tindakan dibuang kerja

Positif dadah, 190 anggota polis berdepan tindakan dibuang kerja

Mohd Khalill (dua kanan) menunjukkan antara hasil rampasan ketika serbuan satu hari Ops Damn Token 2.0 pada 29 Oktober lalu. – Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Enam pegawai kanan adalah antara 190 anggota polis yang ditahan dalam operasi “Ops Blue Devil” yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan sejak 13 Ogos lalu, bertujuan membanteras aktiviti dadah dalam kalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), melibatkan pemeriksaan terhadap 5,385 anggota polis.

Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader, daripada jumlah tersebut, seramai 161 anggota dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

Jelas Mohd Khalil, kesemua mereka kini diletakkan di bahagian pentadbiran bukan operasi (Non-operational) dan berdepan tindakan dibuang kerja sekiranya didapati bersalah.

“Selepas saringan pertama dan apabila mereka didapati positif, kita akan hantar kepada Jabatan Patologis untuk mengesahkan keputusan rasmi saringan.

“Kemudian kita akan sabitkan mereka di mahkamah seperti mana orang awam,” katanya.

Mohd Khalil berkata demikian pada Majlis Pemakaian Pangkat pegawai kanan JSJN di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khalil berkata operasi mencegah aktiviti dadah dalam kalangan anggota polis akan diteruskan sehingga ke akar umbi dan PDRM dapat dibersihkan daripada najis tersebut.

“Dalam pada itu, kita telah mulakan pendidikan di peringkat Pusat Latihan yang mana pucuk pimpinan akan hadir bersama pelatih. Kita mesti terbuka kepada perkara ini dan pelatih harus didedahkan dengan kesan sekiranya mereka tersalah langkah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil turut memaklumkan pihaknya telah menahan reman 2 lelaki warga Nigeria kerana disyaki terlibat dalam merekrut rakyat Malaysia sebagai keldai dadah.

Kedua-dua suspek ditahan menerusi Operasi Alsum yang dijalankan pada 25 Oktober lalu.

“Dalam operasi khas yang dijalankan, kita telah berjaya menangkap 2 lelaki warga Nigeria. Dalam tangkapan tersebut, kita berjaya merampas sebanyak 227 gram (g) kokain yang dianggarkan bernilai RM55,000.

“Kita juga merampas sebuah kenderaan jenis Nissan Sentra dan hasil siasatan kita dapati suspek tiada rekod jenayah dan ujian air kencing terhadap mereka didapati negatif,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa setakat tahun ini, seramai 86 rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara kerana menjadi keldai dadah.

Justeru itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah yang cuba mengambil kesempatan terhadap rakyat negara ini dengan menawarkan sejumlah wang.

“Rakyat Malaysia yang ditawarkan kerja ke luar negara diminta untuk membuat semakan dengan jabatan-jabatan berkaitan kerana mereka yang menawarkan pekerjaan biasanya mengambil kesempatan terhadap desakan kita yang memerlukan wang.

“Apabila diberi bag atau barang-barang untuk dibawa, kamu berhak untuk periksa. Ini kerana, jika kamu ditangkap, kami (pihak berkuasa) tidak dapat membantu kerana ia tertakluk kepada undang-undang negara tersebut.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/positif-dadah-190-anggota-polis-berdepan-tindakan-dibuang-kerja-221515

Ridhuan kecewa BN pilih calon MCA -PRK Tanjung Piai

KUALA LUMPUR : Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah ternyata kecewa dengan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) PRK Parlimen Tanjung Piai.

Ahli akademik itu berpendapat sampai bila UMNO mahu menjadi pengemis kepada Cina ultra kiasu.

“Kecewa yang teramat sangat apabila mendapat berita bahawa UMNO telah memilih MCA untuk bertanding dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, mungkin kerana telah diugut MCA, akan keluar BN sehingga membawa kepada terbubarnya BN.

“Hina sangat UMNO jika termakan dengan ugutan ini.

“Jika benarlah dengan keluarnya MCA akan terbubar BN, semua ahli Parlimen BN akan menjadi tidak berparti atau ahli bebas, redha dan hadapilah dengan penuh tabah. Jika tidak, sampai PRU 15 nanti, pasti politik ‘bodoh’ akan berulang dan menjadi budaya. Budaya yang membodohkan kita sebagai orang Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau merujuk kepada pemilihan wakil MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng sebagai calon BN dalam PRK Parlimen Tanjung Piai.

Mohd. Ridhuan berpendapat, pemilihan itu akan merugikan parti orang Melayu seperti UMNO dan Pas.

“Saya bukan rasis. Saya tetap Cina sampai bila-bila. Semua Cina itu saudara saya. Lebih-lebih lagi ahli keluarga saya.

“Namun, saya masih boleh mengenali mana Cina baik, mana yang ultra kiasu,” katanya.

Menurutnya, Cina yang baik seperti mendiang Profesor Khoo Kay Kim, Prof. Teo Kok Siong dan lain-lain lagi manakala Cina ultra kiasu adalah Cina yang berada dalam MCA, Gerakan dan DAP.

“Jika mereka tidak ultra kiasu sudah tentu mereka akan bersama menjunjung perkara yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial yang telah menghasil perlembagaan negara.

“Contoh-contoh yang telah biasa kita dengar seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan sebagainya.

“Ini tidak, terus dipertikaikan tanpa kesudahan. Kaduk naik junjung,” kata bekas ahli MCA itu lagi.

Menurut Ridhuan, BN sepatutnya mencari calon MCA yang muslin dan tidak ultra kiasu.

“UMNO telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan calon yang telah kalah sebelum ini. Bukan tidak boleh, tetapi politik hari ini masih tidak membenarkan.

“Saya akui, bukan semua ahli MCA itu ultra kiasu, begitu juga parti perkauman yang lain. Banyak lagi baik. Malangnya, yang baik itu tidak memimpin.

“Rata-rata yang memimpin adala ultra kiasu. Mereka ini yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Tidak mahu patuh kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam sosial kontrak,” ujarnya.

 

PRK Tanjung Piai: Ridhuan kecewa BN pilih calon MCA

Bukti Pas Tidak Ada Nilai Apabila Umno Bertemu Geng BN. Pas Akan Dibuang Apabila BN Mendapat Kuasa.

Image may contain: 1 person, on stage

Kehadiran wakil pas di Tanjung Piai macam tak di peduli kan jer…

Kalau ana lah dalam situasi macam tu lana dah ana angkat kaki.

Tapi puak lebai mana tahu malu kan?
Muka tampal kulit babi.

Pas Akan Ditendang Kali Dua Dari UmnoBn Sebagaimana Dalam Sejarah 9 Disember 1977

Polis Johor siasat pengguna FB didakwa aibkan calon PH – Tahniah PDRM Johor

Polis Johor sedang menyiasat laporan mengaitkan pemilik akaun Facebook yang didakwa “mengaibkan” bakal calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Bernama yang melaporkan perkara itu memetik Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din sebagai berkata bahawa laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian pada 29 Okt.

“Sekarang ini masih dalam proses mengenal pasti siapa pemilik akaun peribadi itu dan sekiranya telah dikenal pasti kita akan menjalankan tangkapan ke atas suspek di bawah seksyen itu,” katanya pada sidang media khas di IPD Pontian, Johor seperti dilapor.

Beliau berkata, siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Kamarudin berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada pihaknya menerima sebarang laporan polis berhubung sebarang insiden berkaitan PRK itu.

Laporan itu bagaimanapun tidak memperincikan berkenaan laporan polis yang dibuat.

Terdahulu, tersebar kiriman di media sosial yang dimuat naik pengguna Facebook yang mempersoalkan latar pendidikan dan kerjaya Karmaine.

Susulan itu, Karmaine menjelaskan bahawa diploma lanjutan seni binanya adalah setara dengan Ijazah Sarjana Muda dan diiktiraf industri pekerjaan termasuk kerajaan dan swasta.

Karmaine turut mempersilakan mana-mana pihak untuk menyemak kelulusannya dari pihak universiti.

“Alhamdulillah, terima kasih kerana mengambil berat namun kelulusan saya yang mempunyai Diploma Lanjutan dalam bidang seni bina dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sahih dan ia boleh dirujuk kepada Senat UiTM bagi pengesahan,” katanya dipetik Berita Harian.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan pada 16 Nov ini, manakala penamaan calon akan diadakan esok dan pengundian awal pada 12 Nov.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dr Md Farid mewakili PH memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi).

https://www.malaysiakini.com/news/498207?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR26ucmUKynH1vKNxy3yG0N5BuuQMsh0vM0hjZm69gZkh1p7W7nMSPjPieo

Penjawat awam dapat `durian runtuh’ dua bulan gaji

SHAH ALAM, 1 NOV: Penjawat awam di Selangor bakal menerima ‘durian runtuh’ menerusi Bantuan Khas Kewangan (BKK) dari RM500 sehingga dua bulan gaji pada 24 Disember ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata imbuhan itu adalah bantuan kali kedua berdasarkan prestasi jabatan dan individu yang menelan perbelanjaan RM30 juta.

“Justeru sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan, saya mengumumkan suatu BKK berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan dan Prestasi Individu anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri.

“Sikap profesionalisme dan saling hormat-menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan Selangor kekal unggul,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor2020 di sini hari ini.

BKK kali pertama iaitu insentif sebulan gaji diagih kepada penjawat awam menjelang sambutan Aidilfitri lalu.

Penjawat awam dapat `durian runtuh’ dua bulan gaji