KENYATAAN PENUH DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH

1 BIA 31 BIA 2

KENYATAAN PENUH DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH

MULANYA saya tidak mahu menulis artikel ini, tetapi kelewatan mengumumkan calon BN, berbanding PH, menjadikan saya teruja untuk menulis.
Semenjak kematian Allahyarham ahli parlimen Tanjung Piai, tidak semena-mena nama saya menjadi viral, bakal calon BN menentang calon PH, yang akan menggantikan Allahyarham. Malah sehingga artikel ini ditulis, nama saya terus menjadi viral dalam media sosial. Saya hanya tersenyum.

Tanpa henti saya menerima panggilan bertubi-tubi, bertanyakan perkara yang sama, adakah saya akan bertanding menentang calon PH. Saya hanya ketawa seorang diri. Tidak pernah fikir ke arah itu. Saya pun pelik, kenapa nama saya diviralkan. Siapa yang melakukan, hanya Allah yang tahu.

Dalam kepala saya, terus dengan rutin harian sebagai ahli akademik, akan terus menulis, mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan, meskipun berhadapan dengan risiko.

Tidak dinafikan, saya sendiri berlatar belakangkan Sains Politik, bermula daripada Ijazah Sarjana Muda mengkhususkan dalam bidang Sains Politik, diikuti Diploma Pengajian Islam (pasca siswazah), seterusnya Ijazah Sarjana dalam Pengajian Strategi dan Keselamatan. Akhirnya, menamatkan PhD dalam bidang politik dan kerajaan.

Kepakaran saya dalam politik lebih kepada budaya politik, sosialisasi politik, politik silang budaya (ethnography), ditambah dengan sedikit ilmu pengajian pertahanan dan keselamatan. Sebab itulah saya tidak pernah putus mengulas isu politik semasa, kerana saya bukanlah ‘ustaz’ seperti yang selalu dipanggil ke mana saya pergi. Terlalu kerdil rasanya membicarakan hal ini. Sesungguhnya ilmu yang ada pada kita hanya setitik daripada luasnya lautan.

Selepas kematian Allahyarham, memang dalam satu majlis konvensyen saya membentangkan kerja kertas, dihadiri Presiden UMNO, ada menyebut nama saya tersenarai sebagai calon parlimen Tanjung Piai, tetapi tidak semestinya terpilih. Saya buat tidak tahu sahaja, kerana minat saya bukan ke arah itu.

Selepas kematian Allahyarham, artikel demi artikel telah saya lontarkan bahawa, MCA tidak boleh sekali dicalonkan, mestipun kononnya didakwa kerusi tradisi mereka. Tidak timbul soal kerusi tradisi MCA di kawasan majoriti Melayu. Kerusi MCA adalah di kawasan majoriti Cina, bukan kawasan majoriti Melayu.

Saya harap kelewatan Presiden UMNO mengumumkan calonnya, bukan kerana diugut atau didesak oleh MCA. MCA tidak boleh sama sekali diberikan kerusi Parlimen Tanjung Piai, kecuali saya difahamkan MCA sedang mencari ahlinya yang beragama Islam. Baguslah jika ada.

Namun, jika BN terus tidak mahu menerima nasihat menurunkan calon MCA yang ultra kiasu, menang belum pasti, kalah sudah tentu.

Cuma, katakan jika ditakdirkan MCA menang disebabkan oleh kebencian rakyat terhadap politik PH masa kini, maka sudah pasti MCA akan mencanangkan ‘kekuatan’ mereka dan terus mahukan kerusi tradisi di kawasan majoriti Melayu yang mereka kalah sebelum ini. Melayu sekali lagi rugi.

Jika ini berlaku, bermakna, BN akan terus memberikan kerusi kepada MCA pada PRU 15 akan datang. Katakan jika MCA terus menangPRU15 kawasan majoriti Melayu, kerusi MCA tetap kerusi ultra kiasu. Calon mereka tetap calon ultra kiasu. Calon ini tidak akan memperjuangkan sama nasib Melayu dan Islam. Tetapi tetap dengan semangat kecinaan dan terus Cina. Malah, kadangkala lebih Cina daripada DAP itu sendiri.

Jika ditakdirkan MCA menurunkan calon Cina yang beragama Islam, pun perlu diteliti. Adakah pengIslamannya, sekadar ingin berkahwin dengan orang Melayu atau pada masa sama ilmu Islamnya turut meningkat setelah perkahwinan berlaku. Dalam maksud, calon Muslim MCA, perlulah kuat akidahnya. Meletakkan kepentingan Islam melebihi kepentingan bangsa. Jangan berlaku sebalik, meletakkan kepentingan Cina mengatasi kepentingan Islam.

Kita tidak mahu nanti, walaupun calon MCA menurunkan calon Cina Muslim, tetapi setelah menang, tetap dengan kecinaan yang bersifat ultra seperti perjuangan MCA.

Saya dahulunya adalah ahli seumur hidup MCA. Saya menyertai MCA atas dasar dakwah, untuk menjadi jambatan dalam menyampaikan Islam. Tetapi MCA tidak melihat keberuntungan Cina Muslim dalam partinya. MCA menganggap Cina Muslim ini sebagai ancaman kepadanya.

Kemuncaknya, apabila MCA terang-terang menentang agenda Islam seperti RUU355, saya mengambi keputusan keluar daripada parti chauvinis ini. Saya harap pimpinan UMNO faham apa yang saya cuba sampaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Boleh khalwat dan zina jika urusan peribadi, tiada lagi ketukan pintu tengah malam- Menteri Agama (http://sabahkini2.com)

Boleh khalwat dan zina jika urusan peribadi, tiada lagi ketukan pintu tengah malam- Menteri Agama

1 MUJAHID

Zina, khalwat, LGBT, minum arak dan lain-lain jika peribadi itu urusan masing-masing bukan kerajaan. Urusan di sebalik pintu tertutup adalah urusan peribadi. Tiada lagi pecah pintu oleh pegawai agama.

KUALA LUMPUR – Selepas kumpulan LGBT dibenarkan kini tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan ia urusan peribadi.

“Katakanlah kamu melakukan sesuatu secara peribadi, dalam kawasan persendirian, saya tidak akan masuk campur.

“Contohnya, Islam melarang minum arak tetapi jika kamu melakukannya di dalam kawasan kamu sendiri, maka sebagai kerajaan, saya tidak akan masuk campur.

“Kebimbangan saya adalah apa yang berlaku di khalayak umum yang mencemarkan sensitiviti, sahsiah atau jenayah. Hanya itu yang kerajaan terlibat, bukan kerana kita mahu menjadi ‘polis moral’ tetapi kita mahu menjamin kesejahteraan awam,” katanya dalam temubual eksklusif bersama The Star.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan penguatkuasa memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

“Isu penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksplotasi untuk sesetengah kes. Adalah sangat penting mereka (pegawai penguatkuasa) tidak terlibat dalam lingkungan persendirian,” katanya.

Mujahid juga berkata, beliau sedang mencuba untuk mengubah minda penjawat awam yang digambarkan sebagai konservatif agama yang mahu menegakkan kesucian Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

Hanya Pegawai minda jumud memecah pintu orang yang disyaki berkhalwat.

 

[http://sabahkini2.com/en/news/1281/boleh-khalwat-dan-zina-jika-urusan-peribadi-tiada-lagi-ketukan-pintu-tengah-malam-menteri-agama/view?fbclid=IwAR2F3TovIir0L1zASjm6J27izy7jeX4gmC_slx1ZX05VVBvhaELvB5xaOUc]

Tubuh kerajaan pintu belakang pengkhianatan – Khalid

Tubuh kerajaan pintu belakang pengkhianatan - Khalid

Tubuh kerajaan pintu belakang pengkhianatan – Khalid

“Sekiranya komplot ini benar ia adalah satu usaha untuk membentuk kerajaan mengikut pintu belakang dan ia sangat tidak bermaruah,” katanya.

https://suarapakatandaily.com/archives/25273

Khalid Samad kata lompat parti tu pengkhianat & tidak demokratik…

BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN

Lompat Parti, Ibarat Ludah Dan Jilat Semula:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

Pembangkang gasak Hanipa isu lompat parti

Lompat parti – Anwar ada cukup MP guling Pak Lah pada 16 Sept 2008′

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
(Al-Nahl 16:116) |

https://suarapakatandaily.com/archives/25273

Zuraida: Tiada lagi isu PM ke-8, tiada lagi isu pengkhianatan

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Zuraida menegaskan gabungan itu tidak perlu lagi menyentuh atau membincangkan mengenai isu peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri kelapan.

Kata Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, ini kerana sudah tiba masanya pemimpin PH mula bekerja dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita dah tak nak sentuh isu ini. Tiada lagi isu perdana menteri kelapan, tak ada lagi isu pengkhianatan.

“Kita kena ‘move on’ dan mula buat kerja dan fokus kepada ekonomi dan beri perkhidmatan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Zuraida berkata demikian mengulas percubaan menghalang Presiden PKR, Anwar Ibrahim daripada menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Anwar ketika berucap dalam Kongres PKR di Sabah, semalam mendakwa ada ‘pengkhianat’ yang mahu menghalang peralihan kuasa jawatan perdana menteri diserahkan kepadanya.

Tanpa menamakan siapa, Anwar berkata pengkhianat itu banyak membuat tuduhan menunjukkan beliau tidak sabar untuk menjadi perdana menteri.

“Kita sebenarnya harap tumpukan ekonomi saya tak bincang sangat sebenarnya pasal transisi (perdana menteri. Tapi ada orang khianat dan ini yang masalahnya mereka kata Anwar tak sabar jadi perdana menteri.

“Saya dah tunggu 20 tahun, kalau Allah kata nak jadi (perdana menteri) maka jadilah,” kata Anwar.
Sementara itu, mengulas tuntutannya berhubung mesyuarat rekonsiliasi, Zuraida yang juga Naib Presiden PKR berkata beliau masih menunggu.

“Saya masih menunggu. Saya menunggu,” katanya ringkas.

Anwar pada 17 September menegaskan tidak bersedia dengan tuntutan anggota Parlimen Ampang itu agar “mesyuarat rekonsiliasi” diadakan antara presiden PKR itu dan pihak dalam parti itu yang tidak berpuas hati dengannya.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang mereka pulaukan.

Mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu bermesyuarat pada setiap bulan.

https://m.malaysiakini.com/news/497800

PRK P165 Tanjung Piai Terbukti Umnopas Dayus Dan Khadam MCA

1 BIA 21 BIA 31 jho low sifu1 Jho Low Sufi1 RAJA BOHONG1 RASUAH MAZA1 umno digantung

PRK P165 Tanjung Piai… yg tersurat dan yg tersirat… #GamePlan si Tua Kutty… WASPADA…!! BACA DAN HADAM…!!

Ini sebabnya Madey nak sgt UMNO letak calon di PRK Tanjung Piai.Madey pasang perangkap dan tanam periuk api.

Kita sebagai ahli UMNO sekadar mengungkapkan apa yang terbuku di hati.UMNO Tg. Piai mahukan calon dari UMNO namun MCA tetap berkeras mahukan calonnya.

Kiranya ini berlaku maka dengan sendirinya Barisan Nasional terbubar kerana dalam syarat Pendaftar Pertubuhan BN mesti ada sekurang kurangnya 3 anggota kerabat dan kalau MCA keluar maka bubarlah BN.

Andai BN bubar maka semua ahli Parlimen dan ADUN BN tidak lagi boleh dianggap sebagai Ahli Parlimen atau ADUN BN dan tentunya menggembirakan Madey serta parti Munger krn itu yang mereka hajati selama ini.

Dan lebih berat lagi kerajaan negeri Perlis dan Pahang tidak lagi boleh mendakwa ia sebagai kerajaan Barisan Nasional,semua ahli ahli dewan undangan negeri bertahap bebas. Aduhai pening kepala Presiden memikirkannya.

Apakah PRK Tanjung Piai merupakan noktah akhir BN? Jika begitu natijahnya macam mana kita mahu meghadapi PRU 15 nanti?

Perlu diingat ROS sedang mengintai untuk mencari punca dan sebab agar UMNO boleh diharamkan?

Untuk itu pengundi dan ahli UMNO Tanjung Piai khasnya sertai orang Johor khususnya harus memikirkan semasak masaknya natijah dan kesan dalam percaturan kerusi PRK Tanjung Piai ini.

Bagi saya, kalaupun kita menang (UMNO) ia tidak memungkinkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan,Putrajaya masih terus kekal di dominasikan oleh DAP.

Begitu juga kalau kita kalah ianya tidak membawa apa apa makna kerana jumlah pengundi di Tg.Piai Melayu cuma 52 % selebihnya bukan Melayu dan Inilah kesannya bila kita lalai dalam mendaftar pengundi. Moga dapat di jadikan pengajaran.

Jangan sampai ayam terlepas tangan bau najis.

Adalah lebih baik kita fokus untuk PRU 15… soal PRK Tg. Piai andai MCA kalah maka mudah kita membuat persediaan mengenal pasti calon dari UMNO dan masih punya waktu untuk menyelamatkan parti UMNO serta BN.

Kalaupun mereka menang masih boleh dibincang dengan kerusi tempat lain sebagai ganti kepada MCA.

Sesungguhnya saya amat bersimpati dengan DS Zahid. Situasinya ditelan mati emak diluah mati bapak.

Tak bagi pada UMNO maka beliau akan dituduh tidak berjiwa Melayu Islam.. jika UMNO dipilih,MCA keluar parti gabungan BN.

Krdt status : Kanda RAK Rafi Awg Kechik

Siapakah Kafir Harbi Yang Merosakkan Negara Sebenar ?

1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAM1 MCA TOLAK HUDUD.1 KEJAYAAN SYAITAN1 PENIPU AAAA1 3 King1 Khadam Terbaru Umno1 NAJIB HARAM1 NAJIB HADI PENYAMUN1 ALJZEERA1 BIA 21 BIA 31 Jho Low Sufi1 jho low sifu1 FITNAH1 PERBEZAAN PAS DAN ISLAM1 RASUAH NASHA DAN MAZA1 AZHAR SOLAT TIDAK DITERIMA

Kafir harbi: 13 soalan untuk Timbalan Presiden Pas

1. Siapakah penentu seseorang kafir itu harbi atau bukan? Adakah parti politik, individu atau institusi agama rasmi?

2. Jika penentunya adalah institusi agama rasmi, siapakah yang sudah difatwakan sebagai kafir harbi di Malaysia? Jika ada, sebutkan namanya.

3. Individu kafir yang sudah difatwakan kafir harbi oleh pemerintah hendaklah diperangi. Apakah wujud undang-undang yang membolehkan mereka diperangi? Jika ada, apa nama akta atau enakmen itu?

4. Apakah kaedah yang diguna untuk menentukan seseorang kafir atau sekumpulan kafir sebagai kafir harbi? Adakah melalui masuk parti tertentu, atau bagaimana?

5. Jika dikata masuk parti tertentu menjadi kafir harbi, bagaimana dengan orang Islam yang menyertai parti itu? Adakah orang Islam itu dikira kafir harbi juga?

6. Apa maksud memusuhi Islam? Adakah menolak hudud, menolak RUU 355? Atau membahaskan pelaksanaan hudud dari sudut perlembagaan dikira memusuhi Islam juga?

7. Adakah jika seseorang Muslim menolak Islam dalam versi yang Pas mahu (versi hukum hudud) dikira setaraf dengan kafir harbi? Jika tidak, apa status orang Islam sebegitu? Halal darah atau tidak?

8. Orang kafir di Malaysia mematuhi pemerintah dengan membayar cukai. Mematuhi pemerintah adalah menepati ajaran Islam. Pada masa yang sama dia tidak bersetuju dengan hudud dari sudut perlembagaan. Adakah dia dikira kafir harbi, sedangkan dia taat kepada pemerintah?

9. Jika penentuan kafir harbi boleh dibuat oleh suatu pihak (misalnya Pas) tetapi individu atau kumpulan yang dikafirharbikan oleh Pas itu tidak dihukum kafir harbi oleh pihak lain, atau oleh kerajaan, adakah dikira kafir harbi atau bukan?

10. Begitu pula, jika pihak yang tidak dikafirharbikan oleh Pas, tetapi dikafirharbikan oleh pihak lain, adakah dikira kafir harbi atau bukan?

11. Jika puak yang dimaksud kafir harbi oleh Pas ialah DAP misalnya, kerana kononnya DAP menentang Islam mengikut acuan Pas, bagaimana dengan MCA yang menentang hudud? Kafir harbi atau tidak?

12. Dalam sejarah kegunaan istilah kafir harbi, istilah itu merujuk kepada mereka yang bukan warganegara kepada negara Islam. Adakah orang kafir yang menjadi warganegara Malaysia adalah kafir harbi sedangkan Malaysia negara Islam?

13. Soalan terakhir, Timbalan Presiden Pas kata, dalam al-Quran dan hadis ada istilah kafir harbi. Boleh beri tahu ayat al-Quran mana dan hadis mana yang menyebut istilah itu?

Sesiapa yang berminat untuk tambah soalan, silakan.

* Penulis merupakan Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH. Tulisan di atas petikan dari akhbar Mingguan Amanah, Bil 172.

SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA ALLAH SWT GAGALKAN..

1 ALLAH SWT PERANCANG TERBAIK

SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA ALLAH GAGALKAN..

Zahid Hamidi kena berterima Kasih banyak dengan PAS.. Allah bukan mencuci Dosa kamu semua, tetapi cuba menguji untuk menambahkan Dosa Dosa Ashabiyah kamu..

Sebenarnya PAS dan Haji Hadi sendiri sudah sedaya upaya menyelamatkan UMNO sebelum PRU 14.. Tapi memang benar kata Zahid, Allah tak izinkan rencana Jahat ini menjadi Kenyataan..

Haji Hadi sudah cukup kuat mainkan peranannya pecahkan Pembangkang, Pecahkan Pakatan Rakyat dulu..Zahid kena berterima Kasih, sebagaimana US berterima kasih kepada Jihadis Takfiri yg dah berjaya hancurkan bumi Syria.. Cuma Allah tak izinkan kemenangan mereka..

Bayangkan Haji Hadi dan PAS dan berjaya mainkan peranannya menyerang Pakatan Rakyat, Ulama PAS sudah sedaya Upaya mengkafirkan, Munafiqkan lawan Poltiik depa, Doa ahzab..Doa laknat pun telah dilakukan dengan Jayanya.. Nak buat mcm mana Allah tak Izinkan hatta Doa itu datang dari Tuan Guru dan Ulama Dunia..

Haji Hadi dan Ulama PAS dah berusaha sedaya upaya mainkan sentimen Kaum, Kata DAP akan memerintah Negara..Lim Kit SInag Jadi Perdana Menteri, malah Hj Hadi kata jika Tun jadi PM, satu mala petaka besar untuk negara.. Haji Hadi serang dan hina Wan Azizah.. Serang Tun Mahathir.. Semua Hj Hadi lakukan sebaik mungkin menyelamatkan UMNO..

Ulama PAS dihantar ke bagunan 1MDB, ke bagunan Tabung Haji lalu membersihkan Dosa Dosa rasuah 1MDB dan Penyelewengan Kewangan Tabung Haji dengan fatwa “Puas Hati”.. Segalanya dilakukan PAS bagi menyelamatkan UMNO..

UMNO pun ada jasa kepada PAS.. UMNO berikan ruang TV dan Akhbar kepada PAS untuk serang DAP..serang PH.. UMNO berikan bantuan kewangan kepada PAS Terengganu dan PAS pusat.. UMNO berikan bantuan jentera Kerajaan seperti IKSIM, ISMA untuk minta ummat Melayu Sokong PAS jika tak mahu sokong UMNO.. Segalanya UMNO telah lakukan..

UMNO juga bantu PAS mainkan sandiwara Pembentangan RUU 355.. Lakonan pembentangan RUU355 di parlimen untuk nampakkan PAS pejuang Islam, dan PH penentang Islam..Semua dah dilakukan dengan Baik.. Cuma Allah tak izinkan.. Najib dan Penjarakan Ds Anwar.. dan Batalkan Logo dan lambang parti bersatu.. semuanya Allah tak izinkan..

Bersyukurlah kita rakyat Malaysia…Allah selamatkan kita dari kejahatan kelompok regim Najib dan UMNO, dan kelompok Khawarij dan Takfiri PAS.. Allah selamatkan kita dari fitnah Politik ketika Khawarij membantu Muawwiyah mengalahkan Saidina Ali dengan tipu daya.. Jadi bersyukur lah..

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ..

Mereka ini Merancang.. dan Allah lah sebaik baik Perancang,,

Mereka masih meneruskan rencana mereka..doakan kita terbebas dari fitnah jahat puak Khawarij ini…

Allah Maha Besar kekuasannya. C&P.

SARAWAK REPORT ULANGI TUDUHAN PAS TERIMA WANG BERJUTA2 DARI UMNO; BERANIKAH PAS SAMAN SEMULA SELEPAS TARIK BALIK SAMAN YG LALU DAN TERPAKSA BAYAR RM1.4 JUTA KEPADA CLAIRE???

HADI PENIPU1 DUSTAGENG LAWYER BURUK KELANTAN

GEMPAS!!! SARAWAK REPORT ULANGI TUDUHAN PAS TERIMA WANG BERJUTA2 DARI UMNO; BERANIKAH PAS SAMAN SEMULA SELEPAS TARIK BALIK SAMAN YG LALU DAN TERPAKSA BAYAR RM1.4 JUTA KEPADA CLAIRE???

http://www.sarawakreport.org/2019/10/forgive-and-forget/

Dalam artikel terbaru diatas, SR dakwa sebanyak tidak kurang dari RM3.5 juta telah dimasukkan oleh seorang yg didakwa ejen kepada DS Salleh Said Keruak kedalam “akaun pilihanraya PAS, untuk membiayai bayaran deposit bagi jumlah kerusi pilihanraya paling banyak yang pernah ditandingi oleh PAS dalam sejarah”. Suatu kad nama yg mempunyai lambang UMNO dan BN turut dipaparkan yang tertera nama DATUK SHAMSUL ZAIRIL KAMARUDDIN, Pegawai Khas kepada Datuk Seri Salleh Said Keruak, Bendahari Agung UMNO Malaysia. Artikel itu turut mendakwa bahwa “beg-beg yang penuh berisi wang tunai diserahkan oleh UMNO kepada penggerak2 kanan PAS beberapa hari sebelum pilihanraya (PRU 14)”

PAS nak saman atau nak buat diam saja? Kalau diam saja maknanya??? Mana maruah PAS sebagai sebuah parti yg kononnya memperjuangkan Islam dan kononnya bersih dari rasuah???

Kalau2 tok garu dan pentaksub2 lupa saya nak tolong ingatkan;

CLAIRE SAHKAN HADI BAYAR RM1.4 JUTA

https://www.malaysiakini.com/news/466092

# VIRALKAN RAKYAT MALAYSIA TOLAK PARTI PEROMPAK DAN KHADUMBNYA YANG BERTOPENGKAN AGAMA

Tiada Jawatan Exco Untuk Umno Di Negeri Kelantan dan Terengganu – TITM.

Image may contain: 1 person, text

1 NAJIB HADI PENYAMUN1 PENIPU AAAA

PERPADUAN UMMAAH SEKADAR HIBURAN SEMENTARA SAHAJA…

Sory Zahid !
Semua PRK kau tapau ! Kemudian ade hati nak mintak tempatkan exco BN di Kelantan dan Terengganu .

Setakat ini kejahatan BN dapat di hidu sedikit demi sedikit oleh PAS .PAS antara sedar dan tidak (pendek kata mamai) yang mereka sedang di perlembu dan di kambingkan oleh BN .

ahli PAS kena sedar BN sekadar mentongongkan kalian !