Rasulullah SAW Melarang Menjadikan Masjid Sebagai Pasar Perniagaan – Peringatan Kepada Golongan Rasis Di Malaysia.

1 HARAM NIAGA DI MASJID

HARAM JUAL DI MASJID

Kempen Jualan BMF Tetap Dijalankan Di Masjid Setiap Jumaat Di Perak

Kempen Buy Musl1m F1rst atau B.MF dirancakkan lagi dengan Pelancaran #B.MF Peringkat Masjid Negeri Perak hari ini. Menerusi program itu, para peniaga Islam berpeluang menjual produk keluaran Muslim di masjid-masjid di seluruh negeri pada setiap hari Jumaat.

Kempen #B.MF Peringkat Masjid Negeri Perak digerakkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pembela Um.mah (UM.MAH) Perak. Pengerusinya, Khalil Idham Lim Abdullah berkata, #B.MF Peringkat Masjid Negeri Perak dilancarkan untuk merancakkan lagi kempen B.MF.

Menurutnya, berjual beli di masjid pada hari Jumaat sudah menjadi budaya dan sudah wujud di banyak tempat. “Pada hari Jumaat, orang Islam akan datang ke masjid untuk solat Jumaat dan mereka akan beli produk-produk Muslim.

“Hari ini kita buat gimik pelancaran peringkat negeri dan selepas ini kita akan bergerak untuk satu masjid satu daerah. Kita juga akan gerakkan kempen ini ke semua masjid,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen tersebut di Masjid An Nur, Batu 8, Ulu Kinta dekat sini hari ini. Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s