Umnopas sepakat enggan patuh istihar harta – Mohon SPRM bertindak segera.

1 NASA UIA1 NASA MAKAN HARTA HARAM

1 AZHAR SOLAT TIDAK DITERIMA1 RASUAH NASHA DAN MAZA

Satu Hati dan Satu Perangai… Semoga Ke  Penjara Bersama.

Tahniah kepada YBM Khalid Samad – Terbaik Daripada Kerajaan Pakatan Harapan.

Image may contain: one or more people

Zaman umno bn tak leh nak selesai… Hebat Kerajaan PH… Tahniah kepada YBM Khalid Samad

Jika guna hujah Tuan Ibrahim, PAS dan UMNO pun patut diharamkan

1 NAJIB RASUAH1 PINTU BELAKANG1 NASA UIA

Kenyataan Media oleh Ketua DAPSY Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali

Berhubung cadangan PAS agar parti DAP diharamkan berdasarkan tiga sebab yang diberikan oleh Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man, saya menyifatkannya sebagai suatu cadangan yang sangat tidak beretika.

Dari ketiga-tiga contoh yang beliau berikan itu, ia tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk cadangan tersebut kerana dakwaan beliau itu boleh disiasat, malah ianya kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Kita perlu menunggu laporan siasatan, ada undang-undang yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Parti PAS seharusnya menumpukan usaha kerjasama politik mereka dengan UMNO, daripada sibuk mengganggu tugas-tugas pihak berkuasa yang sedang menyiasat, sebaliknya PAS seolah-olah sedang mendahului tugas polis. Ini sangat tidak beretika.

Jika saranan PAS mahu mengharamkan DAP atas hujah-hujah itu, saya kira UMNO dan PAS juga boleh diharamkan jika kita mengupas kembali sejarah parti-parti ini yang juga pernah menghuru-harakan negara.

Kita dapat lihat bagaimana kesan ‘Amanat Haji Hadi’ kepada ahli parti, penyokong dan masyarakat hingga hubungan masyarakat dan keluarga menjadi retak dan rosak akibat pengaruh ‘amanat’ itu. Hingga berlaku solat dua imam, perpecahan hubungan suami isteri, hingga berlaku serangan-serangan fizikal ketika itu. Kerajaan boleh saja mengharamkan PAS, tetapi tidak berlaku sedemikian.

Begitu juga dengan UMNO, kita semua dapat lihat bagaimana pemimpin-pemimpin elit mereka menggunakan kedudukan mereka menjarah harta rakyat hingga licin-licau. Elit-elit parti UMNO ini jugalah yang dipeluk oleh PAS, mereka ini juga yang membiakkan fahaman-fahaman perkauman sempit dalam setiap aktiviti politik mereka, di sekolah, di universiti hatta dalam jabatan kerajaan. Doktrinasi perkauman sempit UMNO ini membuat anggota masyarakat jadi kacau-bilau.

Tetapi dari sejarah-sejarah ini, adakah wajar UMNO dan PAS juga diharamkan? Kita berpolitik ada etika. Ada perkara bersifat politik yang hanya berbeza pendapat dan pendekatan. Berlawan pun ada etika didalam gelanggang, hormatilah etika itu. Apatah lagi kita muslim, ada tauladan yang boleh kita ambil contoh iaitu Nabi SAW. – Roketkini.com

https://www.roketkini.com/2019/10/26/jika-guna-hujah-tuan-ibrahim-pas-dan-umno-pun-patut-diharamkan/?fbclid=IwAR1wl65rLIMS1-cvhf8WT85pD-tRBaKJJ1Ibj3YHT8wY4oeRpRDe1qvhqh0

Kedudukan Tun M dan Anwar Dalam PH Telah Membunuh Roh Dan Jasad Umnopas Untuk Bangkit Kembali.

Image may contain: 4 people, people smiling, text

KENAPA.. pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin dan bakal dipimpin tokoh Islam berpengaruh dunia..?

KENAPA.. #Bossku tak tersenarai langsung ??!

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-anwar-ibrahim-antara-tokoh-islam-berpengaruh-dunia-219175

 

1 PINTU BELAKANG

30 Ahli Parlimen BN Lompat Bersatu – Ahmad Zahid Menafikan.

Ahmad Zahid nafi akan berlaku 30 Ahli Parlimen BN lompat Bersatu

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak sepkulasi  kononnya ada usaha untuk  menarik sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, spekulasi itu tidak akan berlaku sekiranya hanya dipersetujui sebelah pihak sahaja.

 “Bagaimana yang telah saya sebutkan pada Sabtu lalu, cadangan itu berbentuk spekulasi dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi saya yakin sistem demokrasi melalui PRU adalah asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

“Saya tidak fikir spekulasi itu adalah realiti dan jika ada kekhuatiran di pihak gabungan PH, jangan khuatir bahawa spekulasi itu tidak akan terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya dakwaan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedang berusaha menarik sokongansekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Umno dan BN   menyokong Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

Laporan memetik sumber itu juga berkata gerakan tersebut bermula sejak tahun lepas bertujuan menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri seperti yang dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa perdana menteri, yang dimeterai oleh pemimpin Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018.

Laporan itu turut menyebut “kerajaan pintu belakang” tanpa AMANAH  dan DAP,  boleh jadi kenyataan seawal bulan depan apabila Bersatu mempunyai kekuatan 60 kerusi Parlimen berbanding 28 yang ada sekarang.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/ahmad-zahid-nafi-akan-berlaku-30-ahli-parlimen-bn-lompat-bersatu/?fbclid=IwAR1vFRK5dEK3YKqMtvKOPmJLkIIvg8HTfRLMEF5f9C-oXMme_Cb95osCJPk