Pelan ganti PM telah sedia, jangan menyibuk, YB.Rsn Rayer beritahu PAS, Umno.

 

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.

Pelan ganti PM telah sedia, jangan menyibuk, YB.Rsn Rayer beritahu PAS, Umno.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jelutong mewakili DAP RSN Rayer hari ini membidas ahli Parlimen PAS dan Umno yang menyuarakan sokongan supaya Dr Mahathir Mohamad menyempurnakan tempoh lima tahun jawatan beliau sebagai perdana menteri dengan berkata, kemungkinan wujud tujuan serong lain yang sedang direncanakan.

Dalam satu kenyataan, Rayer berkata, kemungkinan terdapat “rancangan jahat” untuk menimbulkan pergeseran antara Mahathir dengan bakal pengganti beliau, Anwar Ibrahim.

“Saya juga mengesyaki bahawa perisytiharan sokongan ini bertujuan menggugat perpaduan dalam Pakatan Harapan (PH) dengan melaga-lagakan Mahathir dengan Anwar dan sebaliknya,” kata beliau.

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa peralihan jawatan perdana menteri telah dibincangkan dan dipersetujui antara Mahathir dan Anwar.

“Saya percaya apabila tiba waktunya, akan berlaku peralihan yang lancar dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri kelapan.”

Ahli Parlimen Umno, iaitu Mohd Shahran Abdullah (Paya Besar), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Adham Baba (Tenggara), Ismail Abdul Mutalib (Maran) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis) membuat perisytiharan menyokong Mahathir di lobi Parlimen semalam.

Mereka berkata, mereka menyokong gesaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali supaya Mahathir kekal mengetuai kerajaan sehingga tamat penggal kerana negara tidak akan mendapat kelebihan sekiranya berlaku peralihan kuasa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata di Dewan Rakyat, “jika berlaku sesuatu”, kesemua 18 ahli Parlimen parti itu akan menyokong Mahathir.

Rayer bagaimanapun berkata, gabungan PH dibentuk sebelum pilhan raya umum ke-14 lepas dan akan kekal utuh sama ada “dengan sokongan ahli Parlimen Umno dan PAS atau sebaliknya”.

“Nasihat saya kepada ahli Parlimen PAS dan Umno ialah ‘jaga hal sendiri dan jangan menyibuk’.

Duta Jepun kagumi Mahathir berjaya ‘sembuhkan’ negara Malaysia.

Duta Jepun kagumi Mahathir berjaya ‘sembuhkan’ negara

Dr Makio Miyagawa (kiri) mengucapkan ‘sayonara’ kepada Malaysia

Dr Makio Miyagawa mengucapkan ‘sayonara’ kepada Malaysia selepas lima setengah tahun berada di sini sebagai Duta Jepun dan memuji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sifatkan sebagai seorang pemimpin yang disayangi, dihormati dan dikagumi kerajaan, rakyat, ahli politik, pemimpin perniagaan Jepun.

“Sekiranya Tun Dr Mahathir seorang doktor perubatan, beliau pastinya telah menyembuhkan ramai pesakit tetapi beliau menjadi pemimpin politik dan beliau telah ‘menyembuhkan’ negara. Saya belajar banyak perkara daripadanya. Beliau pemimpin yang sangat baik dan saya harap beliau akan terus menjadi pemimpin yang baik.

“Semua orang di Jepun gembira mempunyai pemimpin sedemikian di Asia,” katanya kepada Bernama dalam wawancara sempena penamatan khidmat beliau di negara ini di kediaman rasminya di sini pada Khamis.

Dr Miyagawa, 68, yang memegang Ijazah Doktor Falsasah (PhD) dalam Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang dari Oxford University, berkata beliau akan merindui Malaysia apabila kembali ke negaranya pada Selasa ini tetapi berjanji akan kembali ke negara ini pada masa depan dalam persediaan untuk bersara daripada perkhidmatan diplomatik.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/duta-jepun-kagumi-mahathir-berjaya-sembuhkan-negara/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

RAHMATAN LIL ALAMIN (RLA) Menjadi Dasar Pentadbiran Islam

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, people sitting and indoor

Alhamdulillah.. Hadiah harijadi yang tidak ternilai. Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju RAHMATAN LIL ALAMIN menjadi Dasar Pentadbiran Islam. Tahniah kepada semua yang gigih berusaha.

#RahmatanLilAlamin
#Rahmah

Skandal 1MDB-Tanore: 1MDB bodoh bayar USD1 bilion bagi usahasama 1MDB-PSI – Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bodoh membayar US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus pegangan ekuiti dalam usahasama (JV) 1MDB dan Petro Saudi Holdings (Cayman) Ltd manakala PetroSaudi International Ltd (PSI) hanya menyuntik US$108 juta untuk mendapatkan 60 peratus syer.

PSI Cayman adalah anak syarikat PSI.

Aset minyak dan gas yang dikatakan milik PSI terletak di Argentina dan Turkmenistan, dinilai oleh firma Morse pada harga US$3.625 bilion.

Ketika ditanya oleh peguam utama yang mewakili Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata beliau menandatangani surat perjanjian berhubung JV bagi pihak 1MDB tetapi tidak ingat siapakah yang menandatangani bagi pihak PSI.

Muhammad Shafee: Penanda aras aset Argentina adalah pada US$108,109,651. Adakah anda ingat nilai untuk aset Turkeministan?

Shahrol Azral:US$3.518 bilion.

Muhammad Shafee: Jadi US$3.5 bilion, nilai aset di Argentina hanya US$108 juta.

Shahrol Azral: Ya.

Muhammad Shafee: Anda tahu aset Turkmenistan kemudian terbukti bukan milik PSI?

Shahrol Azral: Saya tidak ingat.

Muhammad Shafee kemudian merujuk satu laporan media kepada saksi tersebut yang menyatakan bahawa aset di Turkmenistan dimiliki oleh Buried Hill Energy (Cyprus) Co Ltd.

Menurut beliau, penerbitan itu telah memperoleh hak untuk semua dokumen yang dicuri daripada syarikat (PSI) oleh bekas eksekutif PSI Xavier Andre Justo sebelum dia melarikan diri ke Bangkok, Thailand.

Muhammad Shafee: Anda setuju dengan saya, jika aset Turkmenistan, bukan aset PSI, 1MDB perlu menyuntik hanya US$108 juta untuk memadankannya dengan aset Argentina.

Shahrol Azral: Betul.

Muhammad Shafee: Menarik, kerana kita kelihatan seperti orang bodoh. 1MDB kelihatan bodoh. 1MDB, seperti orang bodoh, menyuntik US$1 bilion untuk 40 peratus. Mereka (PSI) hanya memasukkan US$108 juta dan memperoleh 60 peratus.

Shahrlol Azral: Betul.

Terdahulu, Shahrol Azral bersetuju dengan cadangan oleh peguam bahawa dia tidak memaklumkan kepada lembaga pengarah 1MDB apabila mengetahui tentang pemilikan sebenar aset PSI Turkmenistan itu.

Muhammad Shafee: Pada suatu ketika, lama dahulu, anda mendapati bahawa ia bukan aset mereka.

Shahrol Azral: Bukan lama dahulu, ia pada tahun 2015 … Saya masih berada dalam Lembaga itu.

Muhammad Shafee: Apabila anda mengetahuinya, adakah anda membawa perkara itu kepada lembaga?

Shahrol Azral: Tidak

Shahrol Azral menambah, lembaga itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada masa itu langsung tidak dimaklumkan tentang maklumat penting itu.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunaan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

https://malaysiabaru-2018.blogspot.com/2019/10/skandal-1mdb-tanore-1mdb-bodoh-bayar.html?fbclid=IwAR3s8eoBZKIrRVJ95bIfHnZv2R44CwKRXUoP3YAFEgyqTpPT98i2sGxMEJo

Kunaseegaran dipenjara 18 bulan, denda RM300,000

MEMERANGI RASUAH ADALAH AMALAN PARA NABI DAN PERINTAH SUCI ALLAH SWT DALAM AL-QURAN AK-KARIM.

BEKAS Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Dr R Kunaseegaran dipenjara 18 bulan dan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM700,000, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Mahkamah mendapati perayu (Kunaseegaran) bersalah dan dia disabitkan dengan pertuduhan pilihan,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap, 15 September 2015 dan dua tahun penjara jika gagal membayar denda.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut membenarkan rayuan Kunasegaran untuk mengenepikan hukuman dan sabitan penjara lima tahun dan denda RM7 juta oleh Mahkamah Sesyen, tahun lalu.

“Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika mensabitkan hukuman terhadap perayu atas dua pertuduhan dihadapinya sebelum ini.

“Justeru, perayu dibebaskan dan dilepaskan daripada dua pertuduhan asal sebelum ini,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, Kunaseegaran didakwa menerima wang tunai sebanyak RM700,000 daripada Abdul Razar Abdullah yang mana mengetahui bahawa syarikat RAZ Medical Supplies Sdn Bhd, B&S Enterprise dan Caremed Global Sdn Bhd berkepentingan dan mempunyai dengan kerja-kerja rasminya.

Kesalahan itu dilakukan pada 5.15 petang, 15 September 2015 di Empire Shopping Gallery di Petaling Jaya.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Pada 25 Jun tahun lalu, Kunaseegaran dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM7 juta itu selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima suapan RM700,000 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal perubatan swasta, enam tahun lalu.

Kunaseegaran dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Meskipun hukuman penjara bagi kesalahan rasuah itu sudah tamat, Kunaseegaran, 56, masih ditahan reman berikutan dia juga tertuduh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/510691/kunaseegaran-dipenjara-18-bulan-denda-rm300000?fbclid=IwAR28ji-sqb7e3tvkTi4MI84EwMYC-KXBXYfwfBfc2n3c5JYTM0cY-vH9_cY

Geng Makan Dedak Najib Akan Mulakan Langkah Seribu Tetapi Rakyat Malaysia Sebagai Radar SPRM Amat Berkesan.

Lebai Nasa mungkin maki walaun sekarang sebab bila kes senyap walaun pula cabar SPRM ..90 juta mana..90 juta apa ceta…? Akhirnya kes up walaun senyap tak bekup. Nik Beduh tunggu ya…😹 Lebai Muhung bila nak jumpa sembah Tun M lagi? 🤣

Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB — in Al-Hada, Taif, K.S.A.

Terbukti Parti Islam Makan Rasuah Tanpa Malu Kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW

Image may contain: 1 person, text

HADI PENIPUDOA RASULULLAH UNTUK PEROMPAK1 NASA MAKAN HARTA HARAM1 RASUAH MAZA1 BABI RASUAH1 Khadam Terbaru Umno

Nasharudin menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

SIAPAKAH YANG MENERIMA DUIT-DUIT ITU ??!

MAHKAMAH BAKAL MEMBONGKARNYA KELAK !!! – Suara Rakyat — in Al-Hada, Taif, K.S.A.

Duit Rakyat RM80 Najib Bagi Jho Low Buka Kedai Jual Coli Dan Baju Dalam di USA.

Image may contain: 2 people, people smiling, text

PEJABAT JUAL PAKAIAN DALAM MEWAH Jho Low di London pun kena lelong ??!

PELABURAN KHAZANAH jual pakaian dalam mewah, coli dan sebagainya ketika Najib berkuasa dahulu telah rugi RM80 juta. Bila dah rugi puluh juta ringgit boleh pula Najib hapus-kira pelaburan tersebut ??! – Suara Rakyat

Yang masih sayangkan lagi Najib & Jho Low tu kenapa…!!