RM3.09 juta diserah kepada Isa selepas terima `salam’

 

Image may contain: 8 people, people standing

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2019 untuk perbicaraan kes yang dihadapinya membabitkan rasuah lebih RM3 juta berhubung kelulusan pembelian sebuah hotel di Kuching. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, bahawa beliau memberi wang suapan berjumlah RM3.09 juta kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas menerima `salam’ daripada bekas Pengerusi Felda itu.

Ikhwan Zaidel, 59, berkata, wang bagi tujuan kerja-kerja politik yang diminta Mohd Isa itu diberi sebanyak sembilan kali dan dimasukkan ke dalam beg kertas untuk diserahkan kepada Muhammad Zahid Mohd Arip dalam sembilan pertemuan, untuk diberi kepada Mohd Isa.

Ikhwan dalam penyataan saksi berkata, beliau menyerahkan wang tersebut kepada Muhammad Zahid iaitu bekas pegawai khas kepada Mohd Isa, antara Julai 2014 hingga Disember 2015 di lokasi berbeza.

“Muhammad Zahid ada sekali sekala menghubungi saya untuk menyampaikan ‘salam’ daripada Tan Sri Isa. Saya memahami apa makna `salam’ tersebut dan akur atas permintaan (dana politik).

“Selepas dihubungi Muhammad Zahid, beliau akan menghubungi pemilik JV Evolution Sdn Bhd, Azizi Abdul Wahab, untuk mengeluarkan wang dan diserahkan kepadanya untuk beliau beri kepada Muhammad Zahid,” katanya ketika pemeriksaan utama pada hari ke-10 perbicaraan kes pecah amanah dan rasuah Mohd Isa berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) bernilai RM160 juta di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata, pada pertemuan pertama wang RM100,000 diisi dalam beg kertas dan diserahkan kepada Muhammad Zahid di Cigar Room Hotel PJ Hilton, pada Julai 2014.

“Saya maklum kepada beliau (Muhammad Zahid) wang RM100,000 akan ditolak daripada baki RM3 juta (dana politik) yang dijanjikan sebelum ini, yang mana ia menggunakan wang saya sendiri terlebih dahulu. Saya kemudian menyerahkan RM140,000 kepada Muhammad Zahid antara 21 Julai 2014 hingga 28 Julai 2014 di lokasi sama,” katanya.

Ikhwan yang juga bekas Pengarah Urusan Syarikat GAPSB berkata, pada Oktober 2014, Muhammad Zahid menghubunginya untuk menyampaikan ‘salam’ Mohd Isa dan beliau menghubungi Azizi untuk memintanya mengeluarkan wang berjumlah RM300,000.

Katanya, wang tersebut diserahkan kepada Muhammad Zahid di rumahnya (Ikhwan) di Sunway Opal Condominium, Petaling Jaya antara 17 Oktober hingga 24 Oktober 2014.

“Selang beberapa hari kemudian iaitu antara 5 hingga 10 November 2014, saya menyerahkan RM250,000 kepada Muhammad Zahid di rumah saya dan pada 25 Jun 2015 lebih kurang jam 11 malam, saya berjumpa Muhammad Zahid di rumah saya dan menyerahkan RM500,000 kepadanya,” katanya.

Ikhwan berkata, beliau menyerahkan RM500,000 lagi kepada Muhammad Zahid pada 9 Julai 2015, juga di rumahnya (Ikhwan).

Saksi itu berkata, pada Ogos 2015, beliau telah menyerahkan RM300,000 kepada Muhammad Zahid di rumah abangnya Roney di Semariang, Kuching dan kemudian menyerahkan RM500,000 kepada pegawai khas itu di kediamannya di Sunway Opal Condominium, Petaling Jaya, 12 September 2015 pukul 9.40 malam.

“Saya juga menyerahkan wang RM500,000 lagi kepada Muhammad Zahid di rumah saya pada 4 hingga 7 Disember 2015. Saya beritahu Muhammad Zahid bahawa bayaran ini merupakan bayaran terakhir daripada RM3 juta untuk Tan Sri Isa.

“Saya percaya kesemua wang yang saya berikan kepada Muhammad Zahid adalah untuk Tan Sri Isa. Selepas wang tersebut diserahkan, saya tidak ada lagi terima permintaan daripada Muhammad Zahid untuk mendapatkan wang bagi pihak Tan Sri Isa,” katanya.

Mohd Isa, 70, menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 11 Disember 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung petang ini.

– BERNAMA

RM3.09 juta diserah kepada Isa selepas terima `salam’

Kod rahsia” cara Isa Samad minta duit rasuah terbongkar di mahkamah

24 October
KOD rahsia cara bagaimana bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad memerlukan duit didedahkan di mahkamah.

Berita Harian melaporkan, setiap kali apabila Muhammad Zahid Mat Arip menyampaikan ‘salam’ kepada bekas Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel maka ia merupakan satu petanda.

Ikhwan, 59 dilapor memberitahu kepada Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa ‘salam’ yang disampaikan menerusi panggilan menunjukkan Muhammad Isa memerlukan wang dan wang itu akan diberikan menerusi Muhammad Zahid.

Menurutnya, Muhammad Zahid pada waktu tertentu akan menghubunginya untuk menyampaikan ‘salam’ dari Isa Samad, Dan beliau memahaminya.

“Kali terakhir Saya akur dengan permintaan dan serahkan wang kepada Muhammad Zahid adalah pada Julai 2014,”

“Jadi pada pemahaman saya selepas menerima panggilan dan ‘salam’ ini, Muhammad Zahid perlukan wang untuk diberikan kepada Mohd Isa,” dedahnya.

Perkara itu didedahkan oleh saksi ke 16, ketika membaca keterangan saksi pada hari ke-10 perbicaraan kes pecah amanah dan 9 pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta dihadapi oleh Mohd Isa berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Setiap kali dihubungi oleh Muhammad Zahid, beliau akan segera menghubungi pemilik JV Evolution Sdn Bhd Azizi Abdul Wahab bagi mendapatkan wang tunai.

Berikut butiran transaksi-transaksi yang didedahkan oleh Ikhwan.

RM140,000 antara 21 Julai hingga 28 Julai 2014 kepada Zahid Md Arip di Cigar Room, Hotel PJ Hilton dalam beg kertas.

RM300,000 antara 17 Oktober hingga 24 Oktober 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Sunway Opal, Petaling Jaya dalam beg kertas.

RM250,000 antara 5 November hingga 10 November 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM500,000 pada 26 Mei 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM500,000 pada 9 Julai 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM300,000 pertengahan bulan Ogos 2015 kepada Zahid Md Arip di rumah Roney Zaidell, Kuching (abang Ikhwan) dalam beg galas.

RM500,000 12 September 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM500,000 antara 4 Disember hingga 7 Disember 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

Pada 14 Disember 2018 Mohdd Isa mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching Sarawak.

– Milo Suam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s