Pertuduhan pecah amanah terhadap Najib lengkap, kata pendakwaan

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.

Pertuduhan pecah amanah terhadap Najib lengkap, kata pendakwaan

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak lengkap apabila wang RM42 juta diseleweng daripada SRC International Sdn Bhd.masuk ke dalam akaun peribadi Najib .

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berhujah dalam kes pecah amanah, kesalahan itu lengkap apabila terdapat penyelewengan yang tidak jujur berhubung dana RM42 juta tersebut.

“Kami menyatakan wang itu telah disalahgunakan daripada SRC International Sdn Bhd. Jadi kesalahan itu lengkap…persoalan mengenai resit wang itu tidak timbul. Ia tidak penting, tiada siapa yang kerugian atas kehilangan itu,” katanya dalam hujahan di akhir kes pendakwaan yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Sithambaram menjelaskan kes CBT dan pengubahan wang haram dua pertuduhan yang berbeza yang memerlukan elemen yang berbeza untuk membuktikannya, dan mereka tidak membuat pertuduhan yang tidak betul.

“Kerugian/kehilangan salah atau keuntungan salah bukanlah ‘ramuan’ yang perlu dibuktikan dalam CBT dan isu yang berkaitan dengan resit yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan bukanlah ‘bahan’ yang perlu dibuktikan dalam CBT.

“Resit itu bahan bagi kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). Sama ada ia adalah sama dengan RM42 juta dalam kes CBT bukanlah satu pertimbangan memandangkan bahannya berbeza,” katanya.

Menjawab hujah pihak pembelaan berkaitan kesahihan dan kebolehterimaan dokumen yang dikemukakan pihak pendakwaan sebagai bukti, Sithambaram berkata berdasarkan Seksyen 71 AMLA, membolehkan pendakwa raya atau pihak berkuasa untuk mendapatkan apa-apa dokumen atau salinan dokumen bawah akta itu.

“Undang-undang membenarkan ia untuk diterima,” katanya dan menambah Parlimen yang meluluskan undang-undang itu membuat perbezaan jelas mengenai bagaimana bukti itu ditunjukkan bawah akta ini, iaitu pertuduhan yang dihadapi Najib.

Najib, 66, berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ringgit kembali tinggi berbanding dolar AS

RINGGIT ZAMAN UMNO

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjejaki yuan China yang kukuh berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas China mengumumkan langkah-langkah untuk meningkatkan ekonominya, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1830/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1890 semasa ditutup pada Rabu.

Ahli Strategi Pasaran AxiTrader Asia Pacific Stephen Innes berkata bagaimanapun, dagangan yuan China sensitif kepada sentimen risiko global yang naik dan turun.

“Secara amnya, pasaran terus bergelut dengan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global yang kekurangan momentum.

“Pada masa ini, saya tidak melihat apa-apa kejayaan untuk ringgit hingga fasa satu perjanjian perdagangan AS-China dimeterai pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November,” katanya.

Innes berkata sentimen positif juga boleh disumbangkan oleh laporan berita baru-baru ini mengenai Jepun akan menyokong Thailand untuk memuktamadkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang lama tertangguh, bulan depan.

RCEP merupakan cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara 10 negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk Malaysia dan enam rakan FTA – China, Jepun, India, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0676/0714 daripada 3.0707/0734 dan naik berbanding yen kepada 3.8482/8533 daripada 3.8620/8651.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding pound British kepada 5.3890/3945 daripada 5.3794/3850 dan merosot berbanding euro kepada 4.6553/6614 daripada 4.6506/6557 pada Rabu.

– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2019/10/621198/ringgit-kembali-tinggi-berbanding-dolar?fbclid=IwAR3LMyUs4wUc8ieBr-PJyaQdHyApQ39d-bGycfGlrlffsQjAYIXaCFjytTE

Rakyat Kelantan Patut Saman Kerajaan Kelantan Yang Tidak Melaksanakan Manifesto PRU Ke 14.

Tak Ada ke rakyat Kelantan nak Saman kerajaan negeri.
Rasanya janji2 tu Ada yg puluhan tahun berulang 2…
Siapa tahu mana yg dah buat n mana yg belum..

Menteri Aswaja Impian Umnopas Akan Menjelma Demi Mempertahan Melayu Dan Islam.

Kes yang bakal dibuka tidak lama lagi.. Patutlah Hishamudin menggelupur sekarang ni.

Pas Perak Jadikan Masjid Seperti Pasar Lambak – Masjid Adalah Tempat Ibadat.

Image may contain: 2 people, people sitting

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG LARANGAN KEMPEN BMF DI MASJID.

Saya ingin merujuk laporan media berkenaan Kerajaan Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid.

1. Kerajaan Negeri Perak tidak menentang sebarang kempen yang dijalankan oleh mana-mana NGO dalam premis-premis kerajaan selama mana aktiviti tersebut selari dengan dasar dan polisi kerajaan. Dalam konteks masjid dan surau selain daripada di atas, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh parti-parti politik atau pihak-pihak lain yang didalangi oleh parti-parti politik adalah dilarang sama sekali.

2. Pihak kerajaan juga tidak mahu terlibat dengan kempen-kempen yang tidak selari dengan dasar dan polisi kerajaan yang sedang giat mempromosikan pensijilan dan penghasilan produk halal. Kempen-kempen seperti yang dianjurkan oleh BMF ini secara keseluruhannya akan memberi kesan negatif kepada konteks ekonomi dan keharmonian dalam konteks Malaysia.

3. Dalam konteks BMF, meskipun pihak penganjur mendakwa bahawa aktiviti tersebut dibuat atas nama NGO, namun laporan dan hasil siasatan yang diterima mendapati bahawa individu yang terlibat dalam pelancaran kempen tersebut di masjid berkenaan merupakan pimpinan bagi parti politik tertentu.

4. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan akan terus memperkasakan kempen untuk menggalakkan pensijilan dan penghasilan produk halal terutama dalam kalangan usahawan-usahawan Muslim dan bumiputera. Usaha ini akan dijalankan melalui agensi-agensi kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.

5. Sehubungan itu, pihak kerajaan akan terus berusaha untuk membantu meningkatkan penghasilan dan pendapatan usahawan Melayu Muslim terutamanya, dengan mempromosikan barang-barang keluaran mereka sama ada melalui pihak kerajaan negeri ataupun bekerjasama dengan agensi-agensi persekutuan yang lain. Antaranya, melalui penganjuran karnival-karnival jualan, ‘business matching’ serta program-program promosi termasuk mempromosikan hasil produk usahawan bumiputera ke luar negara.

“MENCARI YANG HALAL SATU KEWAJIPAN”

Haji Asmuni bin Awi
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan

  • AJK MASJID , JADIKAN MASJID TEMPAT MEMBAWANG.

Jual rumah kepada warga asing bantu tingkat modal

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomoc, Tan Sri FD Mansor (tengah) Glomac, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri FD Iskandar (dua dari kiri) dengan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan, Datuk Ikhwan Salim (dua dari kanan), Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Ali Abdul Kadir (kanan) dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Shan Choo semasa Mesyuarat ke-35 Glomac Berhad di Pusat Ekuestrian Bukit dan Resort Country Bukit Kiara. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

KUALA LUMPUR: Pembelian rumah oleh warga asing boleh merangsang ekonomi domestik negara dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerja jika ia dilaksanakan mengikut matlamat yang digariskan kerajaan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Bhd, Datuk Seri FD Iskandar, berkata pada masa ini, trend pembelian oleh warga asing bagi hartanah di Malaysia menunjukkan peningkatan.

“Seperti isu pembeli dari Hong Kong, kita tahu ada ramai dari negara itu yang berminat untuk membeli hartanah di Malaysia dan trend ini mula ditunjukkan sejak tiga bulan lalu.

“Jadi, sekarang ini jika kita boleh mendapatkan pembeli dari luar dan ia akan meningkatkan lebih banyak modal yang boleh dilaburkan semula dalam ekonomi domestik seterusnya dan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Seharusnya kita mengambil peluang berkenaan (menarik pelaburan ke Malaysia) daripada pelabur beralih ke negara lain,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-35 Glomac di sini.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berkata, tidak wujud masalah pemaju akan naikkan harga kediaman berikutan cadangan berkenaan kerana dilaksanakan selama setahun bermula tahun depan.

“Kempen itu hanya dilaksanakan untuk setahun dan akan berakhir pada 2020. Pelaksanaannya juga hanya terpakai bagi unit sudah siap (sedia ada).

“Jadi, jika pembeli tempatan hendak beli, mereka boleh beli,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 11 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan langkah pengurangan nilai ambang kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar dikurangkan daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing dan ia hanya terpakai kepada unit sedia ada yang masih tidak terjual dan berkuatkuasa dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020 saja.

Sementara itu, mengulas mengenai perancangan masa depan Glomac, FD Iskandar berkata, kumpulan merancang untuk mempergiatkan pelancaran baharu pada separuh kedua bagi tahun kewangan 2020 (TK20) yang membabitkan rangkaian produk luas dengan anggaran nilai pembangunan kasar berjumlah RM903 juta.

Pelancaran itu katanya, akan diteruskan bagi segmen pasaran pertengahan dan mampu milik, manakala projek kediaman bertanah di bandar seperti Saujana Perdana dan Saujana KLIA terus mencatatkan jualan kukuh.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2019/10/620983/jual-rumah-kepada-warga-asing-bantu-tingkat-modal?fbclid=IwAR31Th2UtovmtMpg5IxeHoGjQF0nQthwENvpFc03DU1mq_5ljgQup8HrWyY

GENG PINTU BELAKANG

Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting and text

Image may contain: 8 people, people smiling, suit and indoor

(GENG PINTU BELAKANG. ADA SAPA2 NK JOIN KA ?)

Sebelum PRU14, Mat Sabu dan geng2 Amanah memberi idea tubuhkan PH, kemudian disambut Wan Azizah serta Lim Kit Siang, masuk parti baru ketika itu Bersatu diketuai Tun Mahathir dan mereka sibuk bina Pakatan Harapan, Azmin dan kartel2nya duk sibuk pertahan Pakatan Rakyat yang sudah tidak wujud sebab lebih sayangkan jawatan Menteri Besar Selangor ketika itu daripada tanggungjawab utama kepada agenda perjuangan rakyat menumbangkan BN.

Bila Pakatan Harapan umum Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri SEMENTARA maksima 2 tahun dan Anwar ambil aleh jika Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya, dia dah juak-juaknya mula kecoh siap buat sidang media lagi.

Bila Pakatan Harapan sudah menang, dia perlekeh permuafakatan sesama Pakatan Harapan. Dia perlekeh janji2 konsesus mengatakan Tun M pm sementara sahaja sebelum Anwar ambil aleh. Sibuk dia pertahan Tun habiskan penggal hingga PRU15.

Azmin oh Azmin.

#gengPM8

Najib dan Peguamnya sudah mati akal

Jiblis dan Peguamnya mati akal , tak boleh nak bohong putar belit apa lagi,
Najib beri Jawapan dia terkejut duit berpuluh juta masuk ke dlm akaun dia😂
Bila pendakwaraya berkata , Najib dan peguamnya tidak pernah membuat sebarang laporan Polis berkenaan wang sebanyak Rm 42 juta yamg masuk kedalam akaun peribadi Najib Razak sebelum ini , malah wang yang masuk telah pun dibelanjakan dengan senang hati berjoli dengan anak bini serta kroni umno ,,,,
Agak agak la nak bohong pun UmNoNok Jiblis wooi 😂

Umno Bahagian Tanjung Piai Membantah Calon Wee Jeck Seng (MCA).

Hasil tarbiah dari Pak Levai.. Mungkin kuat sangat makan Rambutan Pak Amin yang RORA tanam.. Atau pun perlayarannya tiada kesudahan sehingga gagal dalam mencari tebing Tok Mufti..

Santapan terakhir untuk banduan akhir

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Najib tahu masanya sudah suntuk, jadi dia sedang memanfaatkan (masa yang tinggal) sehabis baik yang dia mampu.

#Bossku
#TolakNajib
#TolakUmno
#PertahankanMalaysia