ALLAH SWT MENOLAK SOLAT MEREKA YANG MAKAN HARTA HARAM.

1 NASA MAKAN HARTA HARAM1 TANJUNG PIAIHADI PENIPU

 

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas didakwa dengan 33 tuduhan di Mahkamah Masjitret Shah Alam.
Nasharudin yang sebelum ini pernah menjadi anggota parlimen sebanyak dua kali dituduh terbabit secara tidak langsung dalam tiga pengubahan wang haram, serta 30 kesalahan pecah amanah.
Jumlah wang yang terlibat bagi semua pertuduhan tersebut hampir mencecah nilai RM4 juta.
Untuk tuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, beliau didakwa menyalurkan dana hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang berjumlah RM302,069.60 – daripada Kementerian Kewangan untuk Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) – kepada tiga penerima lain melalui akaun syarikat miliknya, Wasatiyyah Centre For Peace Sdn Bhd.
Iklan
Kesalahan itu didakwa dilakukan Nasharudin pada Nov dan Dis 2018, iaitu kira-kira tiga bulan selepas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, mengarahkan operasi GMM ditamatkan.
Nasharudin dilantik sebagai pengerusi eksekutif (CEO) GMM pada 28 Okt 2015 sehinggalah operasi organisasi itu ditamatkan pada 31 Jul 2018.
Sementara itu 30 tuduhan pecah amanah dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Tuduhan itu didakwa dilakukan Nasharudin di antara 2015 dan 2018.
Cadang ikat jamin RM1.5j
Diamanahkan untuk menguruskan aset Yayasan Nassar, Nasharudin dituduh – antara lain – secara curang membuat bayaran sebanyak RM51,000 pada 22 Ogos 2016 sebagai bayaran fi katering majlis perkahwinan anak lelakinya.
Beliau juga – pada 1 Feb 2018 – dituduh secara curang membuat bayaran sebanyak RM25,756 kepada sebuah kolej swasta tempatan sebagai yuran pembelajaran anak lelakinya, selain menawarkan RM34,000 sebagai pinjaman kepada anak perempuannya.
Nasharudin juga dituduh menerima bayaran sebanyak RM321,274 sebagai gaji sebagai pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.
Baca Nasrudin, Mokhtar Senik beri keterangan di SPRM
Selain itu beliau didakwa menggunakan wang lebih setengah juta ringgit milik yayasan berkenaan untuk membeli beberapa unit lot kedai di Bandar Baru Bangi.
Sebagai CEO GMM, bekas anggota parlimen Bachok itu pula dituduh menyalurkan geran penyelidikan sebanyak RM2.6 juta untuk NGO berkenaan kepada syarikatnya, Wasatiyah Centre for Peace Sdn Bhd.
📷

Pertuduhan itu dibacakan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai dan Mohd Zaki Mohd Salleh di depan hakim Rozilah Salleh.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zaki Mohd Salleh, menawarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta bagi tuduhan berkaitan pengubahan wang haram, dan RM500,000 untuk dakwaan pecah amanah.
Katanya, mahkamah perlu meletakkan kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi sebelum menetapkan jumlah ikat jamin ke atas Nasharudin.
📷
Sementara itu peguam bela tertuduh, Mat Yunus Shariff, meminta kadar itu dikurangkan kepada RM150,000 untuk semua 33 tuduhan.
Kata peguam terbabit, Nasharudin memberikan kerjasama baik kepada SPRM sejak disiasat pada Jan lalu.
Semua akaun bank persendirian tertuduh serta akaun Yayasan Nassar juga, kata Mat Yunus, sudah dibekukan pihak berkuasa.
“Anak guam saya tidak dapat menyediakan jumlah tersebut (RM1 juta).
“Oleh sebab itu kami meminta mahkamah menetapkan jumlah yang lebih rendah dan kami mencadangkan RM150,000 bagi semua 33 pertuduhan,” katanya.
Mat Yunus juga memberitahu mahkamah, Nasharudin kini bergantung kepada gaji bulanan sebanyak RM4,700 serta pencen isterinya sebanyak RM3,469.
Hakim Rozilah Salleh kemudian menetapkan Nasharudin diikat jamin sebanyak RM330,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Rozilah kemudian menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan kes berkenaan.
https://www.malaysiakini.com/news/496877

Kerajaan Terengganu Tarik Balik Pemberian Lot Tanah Kepada Atlet Cemerlang

Kerajaan negeri menarik balik penyerahan ganjaran berupa lot tanah kediaman kepada dua pesilat negara, Razak Ghazali dan Siti Rahmah Mohamed Nasir.

Anak Terengganu, Razak dan Siti Rahmah yang menyumbang dua pingat emas buat negara pada Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 di Bali, Indonesia menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman pada 28 Disember 2016.

Sumber https://www.teganukita.net/2016/12/pesilat-negara-terima-lot-tanah.html

Permohonan tanah yang dibuat Razak dan Siti Rahmah pada 2017 di Padang Tebuk, Pengkalan Setar, Mukim Pengadang Buluh ditolak oleh Kerajaan Terengganu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu pada 5 Ogos 2019.

Selain Pentadbir Tanah Daerah, Jawatankuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu turut terdiri daripada wakil rakyat termasuklah YB ADUN Manir, YB ADUN Buluh Gading, YB ADUN Wakaf Mempelam, YB ADUN Bandar, YB ADUN Ladang, YB ADUN Batu Burok dan YB ADUN Alor Limbat.

Difahamkan, turut menerima nasib yang sama ialah 8 pemain Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila kerajaan negeri menarik balik pemberian lot tanah kediaman kepada Mohd Shahrun Nabil, Fitri Saari, Faizal Saari, Shahiram Zali, Hafizuddin Othman, Wan Mohd Hazrul, Amirul Mirza Rozi dan Mohd Hazrul Faiz.

Pengumuman dan penganugerahan itu dibuat pada 25 Oktober 2016 pada Majlis Penggiat Sukan, Penaja dan Atlet Olimpik, selepas THT mengekalkan kejuaraan Liga Hoki Premier dan Piala TNB tahun 2016.

Sumber http://www.stadiumastro.com/sports/sukan-lain/article/atlet-terengganu-dapat-penghargaan-tht-terima-insentif-terbesar/28628

https://www.terengganu.today/2019/10/kerajaan-terengganu-tarik-balik.html?m=1&fbclid=IwAR0vae_QJ0o90AEdstPIlMMDuLD1g6lCdjL9CGyK-tVF66s9s8046i5WVrk

Umnopas Kenduri Besar Di Mahkamah Kerana Rasuah Dan Pecah Amanah -Agama Islam Semakin Busuk Dan Tercemar.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and text

1 TANJUNG PIAI

KISAH PARTI UMNO PEROMPAK NEGARA PALING HEBAT DALAM SEJARAH KEMANUSIAAN DUNIA
PARTI PAS PENJUAL AGAMA BERSEKONGKOL DENGAN PENYAMUN,
BERSEMBUNYI DISEBALIK JUBAH DAN KETAYAP
SEHINGGA KAN MAHKAMAH FULLY BOOKED …BEREBUT NAK CHECK IN SUNGAI BULOH RESOLT 😂

Kenyataan Ronnie Liu adalah kenyataan peribadinya yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu tidak mewakili pendirian parti DAP.

Image may contain: 1 person, text

 

PIMPINAN PH MESTI BERHATI-HATI KERANA MUSUH UTAMA NEGARA SEKARANG, UMNOPAS SEDANG NAZAK DAN TERSEPIT. MEREKA SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA DEMI MENYELAMATKAN SISA-SISA HIDUP DI BUMI MALAYSIA.

Kenyataan daripada Sdr Ronnie Liu ini dilihat oleh kepimpinan DAP sebagai satu tindakan sabotaj yang serius untuk menjejaskan kestabilan dan memecahkan perpaduan dalam Kerajaan Pakatan Harapan.

Saya sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP akan merujuk beliau kepada Jawatankuasa Disiplin DAP.

Kenyataan Ronnie Liu adalah kenyataan peribadinya yang tidak bertanggungjawab. Kenyataan itu tidak mewakili pendirian parti DAP.

Tiada sesiapa pemimpin dalam Pakatan Harapan termasuk DAP boleh mempersoalkan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh 4 parti iaitu PPBM, PKR, Amanah dan DAP. Kita memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 melalui platform Pakatan Harapan.

Ini mandat yang telah diberikan oleh Rakyat kepada Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

No single leader from any component parties of Pakatan Harapan should talk about exclusion of any component parties.

This is a very strong message not only to Ronnie Liu but to everyone in Pakatan Harapan. No one should ever try to destabilise Pakatan Harapan. We will never tolerate that.

We are committed to Pakatan Harapan. We want to show our seriousness in upholding the unity of Pakatan Harapan.

Bekas CEO Institut Darul Ridzuan didakwa 58 pertuduhan pecah amanah

Bekas CEO Institut Darul Ridzuan didakwa 58 pertuduhan pecah amanah

IPOH: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Darul Ridzuan (IDR) Dr Mazalan Kamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 58 pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan jumlah lebih RM150,000.

Mazalan, 56, yang hadir ke mahkamah ditemani isterinya membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Mazalan, ketika beliau sebagai seorang CEO institut berkenaan dan dalam kapasiti tersebut, telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tertentu iaitu dana IDR Berhad, telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta tersebut dengan meluluskan pembayaran sejumlah RM153,871.82 ke akaun Kinta Riverfront Hotel & Suites Sdn Bhd melalui cek CIMB Bank Berhad.

Ia dilakukan bagi membuat bayaran sewa apartmen dan bil utiliti bagi setiap bulan, sedangkan pembayaran elaun sewa rumah telah dibayar kepada tertuduh, setiap bulan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Institut Darul Ridzuan Berhad, B-1-9, Greentown Suria, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said di sini, bermula dari 10 Jan 2014 hingga 30 Oktober 2018.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Mazalan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun dan dengan sebat, dan juga dikenakan denda.

Hakim Azman kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan pecah amanah jenayah itu dengan seorang penjamin selain menetapkan 26 Nov ini untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab, Mohamad Nazreen Zabarudin dan Nur Farhana Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Qadir Saqti Aros.

— BERNAMA

Bekas CEO Institut Darul Ridzuan didakwa 58 pertuduhan pecah amanah

Tarmizi Mohd Jam

Bagi kesemua pertuduhan itu, Mazalan, ketika beliau sebagai seorang CEO institut berkenaan dan dalam kapasiti tersebut, telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tertentu iaitu dana IDR Berhad, telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta tersebut dengan meluluskan pembayaran sejumlah RM153,871.82 ke akaun Kinta Riverfront Hotel & Suites Sdn Bhd melalui cek CIMB Bank Berhad. Amacam?

Sebelum perbicaraan, tiada siapa pertikai ketulenan tandatangan Najib

‘Sebelum perbicaraan, tiada siapa pertikai ketulenan tandatangan Najib’
Okt 22, 2019 (Dikemaskini Okt 22, 2019)
Hariz Mohd

KES NAJIB | Syarikat-syarikat yang didakwa terlibat dalam proses pemindahan RM42 juta daripada SRC International sehingga ia sampai ke akaun AmBank Najib Razak “semua agak gembira”, sehinggalah bekas perdana menteri itu didakwa di mahkamah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Ketika penghujahan pendakwaan, DPP V Sithambaran berkata hanya Najib yang mempertikai ketulenan tandatangannya yang membenarkan pemindahan RM32 juta keluar dari akaunnya pada Disember 2014 dan Februari 2015.

Malah pada ketika itu pun, katanya, isu tandatangan Najib hanya berbangkit kemudian (afterthought) kerana Najib tidak pernah membuat apa-apa rungutan berkenaan perkara itu sebelum perbicaraan.

Kata Sithambaran lagi, pemindahan RM42 juta daripada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) menggunakan tandatangan elektronik (e-signature), atau menurut pendakwaan tanda tangan ‘cut and paste’, tidak pernah dipertikai syarikat itu.

“Bank dibenarkan untuk menerima tanda tangan seumpama itu selaras dengan surat perlindungan (letter of indemnity) dan disahkan oleh (bekas pengurus perhubungan AmBank) Joanna Yu.

“Tidak pernah ada apa-apa dakwaan berkenaan kemasukan atau pengeluaran wang yang salah daripada SRC International dan GMSB berdasarkan tandatangan ‘cut and paste’ ini.

“Kegagalan mempertikai tandatangan ‘cut and paste’ ini ialah pengakuan oleh syarikat tersebut bahawa transaksi dana jutaan ringgit dibuat dengan kebenaran dan autoriti setiap syarikat.

Sehingga hari ini, pemindahan jutaan ringgit ini tidak dicabar oleh SRC dan GMSB. Hanya tertuduh yang mempertikai tandatangan ketika perbicaraan.

“Tiada siapa yang mengambil tindakan dan semua agak gembira, sehinggalah perbicaraan ini bermula. Saya menganggap ini tidak lebih sekadar afterthought (hal yang difikirkan kemudian),” katanya.

‘Wang telah digunakan’

Pihak pendakwaan juga menyangkal dakwaan pembelaan bahawa Jho Low mungkin memalsukan tandatangan Najib di dokumen bank, yang berkaitan dengan ‘transaksi terbalik’ kepada Permai Binaraya Sdn Bhd (Rm37 juta) Putra Perdana Construction Sdn Bhd (RM5 juta).

Ketika pemeriksaan balas dengan Yu, pihak pembelaan cuba menunjukkan Jho Low sebagai perancang untuk menterbalikkan transaksi sebanyak RM32 juta itu.

Joanna Yu
Sithambaran berhujah yang Najib tahu tentang transaksi itu kerana penyata bank diberikan kepada pemegang mandat akaunnya (Nik Faisal Ariff Kamil) tetapi bank tidak disaman kerana membuat silap transaksi.

“Malah ketika tertuduh menutup akaunnya pada Mac 2015, dia tidak bertanya kepada bank berkenaan RM32 juta yang ‘hilang’ dari akaunnya.

“Maka tertuduh tidak boleh mengubah pendiriannya – dengan berkata ia adalah (transaksi) ‘reversal’ tetapi pada satu ketika berkata dia tidak tahu apa-apa kerana tidak menandatangani P277 (dokumen berkaitan).”

Mahkamah juga diberitahu yang wang yang dikatakan masuk ke akaun Najib daripada keluarga diraja Saudi telah habis digunakan sebelum RM42 juta daripada SRC International masuk ke akaun itu.

Menurut Sithambaram, keterangan Yu mengesahkan bahawa sejumlah RM160 juta yang dimasukkan ke akaun Najib dengan nombor akhir 880 telah digunakan sepenuhnya sebelum 30 September 2014.

Akaun sama memiliki baki RM848,242.89 pada 26 Disember 2014, sebelum sejumlah RM27 juta daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd dimasukkan ke akaun itu.