Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin berhubung 10 artikel .

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin berhubung 10 artikel dalam talian mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng menyaman Raja Petra berhubung beberapa siri artikel ‘Dari Fail SPRM’ yang disiarkan di laman blog Malaysia Today, dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, antara 24 Februari hingga 15 Mac.

Artikel yang didakwa memfitnah itu berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu dakwaan rasuah dalam projek infrastruktur Pulau Pinang.

https://web.facebook.com/sahabatdap/photos/a.660314030736356/2212534215514322/?type=3&theater

BEKAS Timbalan Presiden PAS Dr Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah – Tahniah SPRM & Latheefa.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 3 people, text

BEKAS Timbalan Presiden PAS Dr Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan jenayah mengubah wang haram dan pecah amanah melibatkan keseluruhan wang lebih RM4 juta.

Beliau didakwa dengan tiga kes mengubah wang haram berjumlah lebih kurang RM302,000 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Beliau juga dituduh 30 kes pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Kesiksaan melibatkan wang berjumlah RM3.72 juta.

#HasilTarbiyahPAS

Bekas Timbalan Presiden PAS.. RM4 juta
Presiden PAS.. berapa juta pula ??!

Kraf jahitan negara ke pasaran antarabangsa

Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Isham Ishak (dua kanan) menyaksikan pertukaran dokumen diantara Pengerusi, Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM), Fully Chye Goet Lee (tiga dari kanan) dengan Presiden Persatuan Muafakat One Belt One Road Malaysia (PMOBOR), Datuk Iskandar Sarudin (tiga dari kiri) selepas Majlis Menandatangani Mou antara PSJKM dan PMOBOR, di Sewing World Gallery, Skypark @ Onecity Mall. – Foto Owee Ah Chun

SUBANG JAYA: Seni kraf jahitan yang dihasilkan usahawan tempatan berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran global menerusi kerjasama pintar Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) dan Persatuan Muafakat One Belt One Road Malaysia (PMOBOR).

Kerjasama dipelopori Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani PSJKM dan PMOBOR, di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Isham Ishak, berkata MOU diharap membantu kedua-dua persatuan menjalinkan kerjasama untuk membawa hasil seni kraf ke pasaran antarabangsa selain menambah pendapatan ahli dengan jangkaan perolehan sehingga RM3,000 sebulan.

Beliau berkata, menerusi kerjasama ini juga kedua-dua pihak akan memanfaatkan teknologi maklumat dan pengetahuan industri 4.0 untuk digunakan ahli selain memberi nilai tambah kepada industri kraftangan negara.

“Inisiatif itu diharap membantu memasarkan produk kraf ke pasaran lebih luas dengan menyasarkan China memandangkan negara itu mempunyai peluang yang luas,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi PSJKM, Fully Chye Goet Lee dan Presiden PMOBOR, Datuk Iskandar Sarudin.

Isham berkata, MOTAC juga mempromosikan hasil seni jahitan berkenaan pada mesyuarat Penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 dan pameran budaya Asean (Asean Cultural) tahun depan.

Sementara itu, Iskandar Sarudin, berkata pihaknya sudah mengenal pasti institusi di China yang terbabit dalam mempromosikan hasil seni jahitan.

“Mereka memiliki teknologi dan kepakaran berkaitan bidang jahitan yang memberikan manfaat dan boleh menjadi platform bagi mengetengahkan produk kita,” katanya.

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2019/10/620471/kraf-jahitan-negara-ke-pasaran-antarabangsa?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys

Tiga pengedar dadah rakyat asing bakal ditembak mati di Bali

DUA wanita Thailand dan seorang lelaki Perancis bakal berdepan hukuman mati. – Foto AFP

DENPASAR: Dua wanita Thailand dan seorang lelaki Perancis bakal berdepan hukuman mati selepas mereka ditangkap ketika menyeludup dadah ke Bali.

Agensi kastam negara itu berkata, dua rakyat Thailand dikenali sebagai Kasarin Khamkhao dan Sanicha Maneetes dilaporkan menaiki penerbangan dari Bangkok minggu lalu sebelum ditahan pegawai bertugas yang menjumpai dadah jenis methamphetamine hampir sekilogram di bawah pakaian mereka di lapangan terbang di sini.

“Ujian makmal mengesahkan semua bungkusan mengandungi methamphetamine seberat 958gram,” kata ketua imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar memberitahu wartawan hari ini.

Kedua-dua suspek masing-masing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan operator kedai sewa motosikal di Thailand mungkin berdepan hukuman ditembak mati jika didapati bersalah.

Dalam kes berasingan, lelaki Perancis, Olivier Jover ditahan di Bali selepas satu bungkusan tertera alamat rumahnya mengandungi kokain seberat 22.5 gram berjaya dirampas semasa tiba di lapangan terbang di sini.

Dia juga bakal berdepan penjara seumur hidup atau ditembak mati.

Indonesia pernah menembak mati pesalah rakyat asing sebelum ini termasuk dua dalang kumpulan Bali Nine pada 2015. -AFP.

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/10/620106/tiga-pengedar-dadah-rakyat-asing-bakal-ditembak-mati-di-bali?fbclid=IwAR1Ff2do2tmc9AaIdFOKkS51eVsFFmr2bOZnHrb_mes34nnsFHtd4CXcz2E

Pendidikan percuma peringkat universiti

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dalam peringkat akhir meneliti mekanisme terbaik bagi menyediakan pendidikan percuma untuk pelajar universiti.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ia sekali gus membolehkan janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) itu akan ditunaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Pendidikan percuma kalau lihat di peringkat persekolahan (rendah dan menengah), memang tidak dikenakan bayaran yuran kepada murid sekolah dan itu dikira percuma.

“Apa yang dibincangkan (dalam manifesto) pendidikan percuma adalah di peringkat universiti.

“Selain itu, subsidi diberikan kerajaan, masih terdapat yuran minimum dibayar oleh pelajar (universiti) dan ini masih lagi di peringkat penelitian terakhir kita untuk melihat mekanisme terbaik.

“Insya-Allah dalam tempoh dua ke tiga tahun hadapan, kita akan cuba memastikan janji yang kita sebutkan itu, akan ditunaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai status pendidikan percuma untuk pelajar seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung statistik pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), Maszlee menjelaskan, jumlah deposit bagi tempoh Januari hingga September lalu adalah sebanyak RM475.6 juta.

Jumlah itu merekodkan peningkatan berbanding RM400.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut mempunyai produk lain iaitu SSPN-i Plus yang dilancarkan pada tahun 2015 dan prestasinya turut menunjukkan trend peningkatan.

“Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, jumlah deposit adalah sebanyak RM106 juta berbanding RM86 juta dalam tempoh sama tahun lalu dan RM31.6 juta untuk tahun 2017,” katanya.

2 Ulamak Pas, Nasrudin, Mokhtar Senik beri keterangan di SPRM

1 B NASA HARAM

Dua pemimpin PAS Pahang hadir di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana oleh PAS bernilai RM90 juta daripada Umno.

Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Mokhtar Senik tiba di perkarangan kompleks pada 9.50 pagi dan disusuli oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi tiba kira-kira 30 minit kemudian pada 10.25 pagi.

Kedua-dua mereka dilihat keluar dari pejabat itu kira-kira dua jam setengah kemudian.

Mokhtar yang ditemui pemberita mengesahkan kehadirannya adalah untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana itu dan dakwaan memiliki kenderaan mewah.

“Saya telah memberi kerjasama kepada pegawai SPRM yang pihak SPRM telah merakamkan percakapan saya tetapi tiada apa-apa dokumen yang diminta.

“Saya juga telah menjawab segala soalan berkaitan pengisytiharan pemilikan kenderaan. Saya hanya memiliki sebuah sahaja kereta iaitu jenis Toyota Fortuner dan semua soalan yang berkaitan bagi membantu siasatan,” katanya.

Mokhtar berkata SPRM juga bertanyakan mengenai penerimaan dana seperti yang didakwa tetapi beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan dakwaan berkenaan.

“Saya telah menjelaskan itu (dakwaan penerimaan dana) adalah satu fitnah dan hanya sekadar tomahan terhadap PAS.

“Bagi saya pihak yang mengemukakan dakwaan itu, mereka seharusnya memberi bukti dan membuat dakwaan secara rasmi kerana jika hanya dakwaan di media untuk mencetus persepsi politk semata-mata, saya kira ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Setakat ini SPRM telah memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan berhubung siasatan termasuklah Anggota Parlimen Bachok Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas Timbalan Presiden PAS, Dr Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Husam Musa.

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya pada 6 Ogos 2016 telah mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima dana RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.

Isu itu timbul semula selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel berkenaan pada 1 Feb lepas.

Pada 24 Februari lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull dilaporkan berkata pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun bank PAS.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/467112

Ulamak Pas Nasharudin mengaku tak bersalah Dalam Kes Pecah Amanah Dan (AMLATFPUAA- 2001).

1 NASA HARAM

1 A NASA HARAM

Lebai PARTI PAS LAHANAT ,
Berselindung dibalik jubah dan ketayap , sanggup menjual agama ,,,,
Bersekongkol dengan penyamun, halal haram tidak lagi dihiraukan ,,

ULAMAK PAS AMAT BERBANGGA DENGAN PERBUATAN JENAYAH YANG MEREKA LAKUKAN.

 

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas didakwa dengan 33 tuduhan di Mahkamah Masjitret Shah Alam.

Nasharudin yang sebelum ini pernah menjadi anggota parlimen sebanyak dua kali dituduh terbabit secara tidak langsung dalam tiga pengubahan wang haram, serta 30 kesalahan pecah amanah.

Jumlah wang yang terlibat bagi semua pertuduhan tersebut hampir mencecah nilai RM4 juta.

Untuk tuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, beliau didakwa menyalurkan dana hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang berjumlah RM302,069.60 – daripada Kementerian Kewangan untuk Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) – kepada tiga penerima lain melalui akaun syarikat miliknya, Wasatiyyah Centre For Peace Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Nasharudin pada Nov dan Dis 2018, iaitu kira-kira tiga bulan selepas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, mengarahkan operasi GMM ditamatkan.

Nasharudin dilantik sebagai pengerusi eksekutif (CEO) GMM pada 28 Okt 2015 sehinggalah operasi organisasi itu ditamatkan pada 31 Jul 2018.

Sementara itu 30 tuduhan pecah amanah dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Tuduhan itu didakwa dilakukan Nasharudin di antara 2015 dan 2018.

Cadang ikat jamin RM1.5j

Diamanahkan untuk menguruskan aset Yayasan Nassar, Nasharudin dituduh – antara lain – secara curang membuat bayaran sebanyak RM51,000 pada 22 Ogos 2016 sebagai bayaran fi katering majlis perkahwinan anak lelakinya.

Beliau juga – pada 1 Feb 2018 – dituduh secara curang membuat bayaran sebanyak RM25,756 kepada sebuah kolej swasta tempatan sebagai yuran pembelajaran anak lelakinya, selain menawarkan RM34,000 sebagai pinjaman kepada anak perempuannya.

Nasharudin juga dituduh menerima bayaran sebanyak RM321,274 sebagai gaji sebagai pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.

Selain itu beliau didakwa menggunakan wang lebih setengah juta ringgit milik yayasan berkenaan untuk membeli beberapa unit lot kedai di Bandar Baru Bangi.

Sebagai CEO GMM, bekas anggota parlimen Bachok itu pula dituduh menyalurkan geran penyelidikan sebanyak RM2.6 juta untuk NGO berkenaan kepada syarikatnya, Wasatiyah Centre for Peace Sdn Bhd.

Pertuduhan itu dibacakan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai dan Mohd Zaki Mohd Salleh di depan hakim Rozilah Salleh.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zaki Mohd Salleh, menawarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta bagi tuduhan berkaitan pengubahan wang haram, dan RM500,000 untuk dakwaan pecah amanah.

Katanya, mahkamah perlu meletakkan kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi sebelum menetapkan jumlah ikat jamin ke atas Nasharudin.

Sementara itu peguam bela tertuduh, Mat Yunus Shariff, meminta kadar itu dikurangkan kepada RM150,000 untuk semua 33 tuduhan.

Kata peguam terbabit, Nasharudin memberikan kerjasama baik kepada SPRM sejak disiasat pada Jan lalu.

Semua akaun bank persendirian tertuduh serta akaun Yayasan Nassar juga, kata Mat Yunus, sudah dibekukan pihak berkuasa.

“Anak guam saya tidak dapat menyediakan jumlah tersebut (RM1 juta).

“Oleh sebab itu kami meminta mahkamah menetapkan jumlah yang lebih rendah dan kami mencadangkan RM150,000 bagi semua 33 pertuduhan,” katanya.

Mat Yunus juga memberitahu mahkamah, Nasharudin kini bergantung kepada gaji bulanan sebanyak RM4,700 serta pencen isterinya sebanyak RM3,469.

Hakim Rozilah Salleh kemudian menetapkan Nasharudin diikat jamin sebanyak RM330,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Rozilah kemudian menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan kes berkenaan.