Bazar Peduli Rakyat (BPR) Dapat Mengurangkan Kos 30% – Datuk Seri Salahuddin Ayub

Image may contain: 1 person, text

Kerajaan komited dalam mengurangkan beban rakyat terutama melibatkan barangan keperluan harian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menerusi pelaksanaan Program Bazar Peduli Rakyat (BPR), ia berjaya mengurangkan harga keperluan asas antara lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga di pasar awam.

Katanya, agensi-agensi di bawah kementeriannya (MOA) dilibatkan secara langsung dalam menjalankan inisiatif itu yang telah diadakan sebanyak 17 kali di sembilan lokasi.

“Jualan terus stok bekalan makanan, produk Agromas, sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri asas tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui Pusat Operasi FAMA.

“Jualan terus produk ikan dan hasilan laut oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT); dan jualan terus ayam, daging dan telur oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kawasan setempat.

Orang Melayu tak hilang kuasa. Yang hilang kuasa hanya Umno, MCA, dan MIC.

Image may contain: 7 people, people standing

Orang Melayu tak hilang kuasa. Yang hilang kuasa hanya Umno, MCA, dan MIC.

Itupun sebab mereka menyamun duit rakyat.

Negara kita diperintah dengan lebih baik hari ini. Urustadbir yang lebih telus, rakyat ada kebebasan menyatakan pandangan dan kritikan, institusi penting negara bebas bertindak tanpa kekangan dan campurangan politik, ketirisan perbelanjaan negara dikurangkan, agama terus dimartabatkan …

Agama turun utk mengajar manusia menyembah Tuhan, bukan menjadi berhala baru untuk disembah oleh manusia.

Hari ini ramai manusia menyembah agama, sehingga mereka lupa menyembah Tuhan.

Tuhan memerintahkan kita berlaku adil dan amanah, tetapi ada manusia yg menyokong kezaliman dan kecurangan kononnya atas nama agama.

Tuhan membenci sifat perkauman, bigotri dan racism tetapi ada juga manusia bersifat demikian kononnya atas nama agama.

Sebenarnya mereka ini menyembah Tuhan atau menyembah agama??

Jamzuri Ardani

 

No photo description available.

DUIT RAKYAT DAN NEGARA DIBUAT SEPERTI HARTA MAK BAPAK UMNO YANG PUNYA

DUIT RAKYAT DAN NEGARA DIBUAT SEPERTI HARTA MAK BAPAK UMNO YANG PUNYA

1 2 PEROSAK NEGARA1 ADAM DGN SATU DOSA1 ZALIM 11 SEDEKAH KE NERAKA1 SEDEKAH DITOLAK1 BERBAGAI BANGSA

 

DUIT RAKYAT DAN NEGARA DIBUAT SEPERTI HARTA MAK BAPAK UMNO YANG PUNYA

Malaysia hampir bankrap sebab 1MDB – Mahathir
News | Diterbitkan Hari ini 11:31 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:43 tengahari

Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, hampir suatu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi.

Perdana Menteri berkata, kerosakan tersebut bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga keinstitusian.

“Salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’, di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir berkata, ia akan mengambil banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah “apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”.

“Tidak dinafikan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) satu monstrositi, kita tidak akan dapat menilai sepenuhnya, kerosakan yang disebabkannya kepada negara,” katanya.

Melebihi rasuah dan tipu helah kewangan, perdana menteri berkata, seluruh jentera kerajaan telah disubversif dan dilemahkan.

Katanya, sejumlah besar pendapatan kerajaan kini perlu digunakan untuk membayar hutang dan jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk operasi dan pembangunan.

“Ia hampir suatu keajaiban yang negara ini tidak bankrap,” katanya.

Katanya, bagi memulih dan membangunkan negara, jentera kerajaan perlu dipulihkan dan efisien.

“Ini bermakna sifar rasuah, jika boleh. Semua usaha telah dilakukan untuk mencapainya. Mungkin kami telah mencapai beberapa kejayaan kerana pertumbuhan telah dikekalkan,” katanya.

Beliau menyatakan beberapa sasaran dalam Wawasan 2020 yang dibuat pada 1991 oleh kerajaan diketuainya sebelum ini, dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 tidak akan tercapai tahun hadapan selepas tergelincir disebabkan pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

Sebahagian daripada sasaran itu tidak ditinggalkan dan ia digabungkan ke dalam pelan tindakan Wawasan Kemakmuran Bersama dan apa yang tidak dicapai tahun hadapan, diharapkan dapat dicapai pada 2030 dan seterusnya, katanya.

Katanya ketika negara menetapkan untuk meningkatkan pendapatan kesemua kumpulan, etnik, penduduk bandar, luar bandar atau negeri, ia juga perlu meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor.

“Faktor yang paling penting ialah untuk menyediakan taraf hidup yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap untuk mengembalikan status kita sebagai Harimau Asia,” katanya.

“Objektifnya ialah untuk menjadikan setiap rakyat Malaysia merasakan dirinya mempunyai kepentingan dalam negara ini dan untuk mencapainya kita perlu pastikan pembangunan mampan dan pengagihan kekayaan ekonomi yang adil melalui pertumbuhan saksama pada semua peringkat pendapatan, kumpulan etnik, negeri dan kawasan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, ia bukan semata-mata satu impian dan kerajaan telah memasukkan Wawasan Kemakmuran Bersama pada Belanjawan 2020 dan menjangkakan ianya akan bermula pada 2021.

Sumber manusia Malaysia perlu dibangunkan supaya mereka tangkas menyesuaikan diri dalam pembangunan teknologi yang pesat, kerana teknologi pintar membolehkan negara membangun melonjak lebih daripada negara yang menggunakan era konvensional, katanya.

Katanya perlu diwujudkan satu masyarakat Malaysia baharu yang secara psikologinya bebas daripada kongkongan tradisi, selamat dan maju dan objektifnya adalah sebuah masyarakat demokratik yang matang.

“Sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika juga perlu diwujudkan, dengan menjadikan masa lalu sebagai pengajaran. Begitu juga sebuah masyarakat yang matang dan bertoleransi perlu dipupuk sementara ketidakseimbang dikurangkan.

Sistem, institusi dan amalan juga perlu memastikan adanya masyarakat yang seimbang dari segi ekonomi, kata Dr Mahathir dan menambah yang kestabilan masa hadapan negara akan lebih terjamin dan berterusan.

“Terdapat kemajuan dalam sebahagian daripada cabaran ini, walaupun ia tidak konsisten. Apa yang penting ialah – apabila kita bersatu diambang 2020, kita perlu belajar daripada kekurangan masa lalu dan mengandakan usaha kita,” katanya pada persidangan dua hari dianjurkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) yang berakhir esok.

– Bernama

Seorang lagi pegawai PAIP ditahan kes rasuah

KUANTAN: Seorang penolong pengurus syarikat Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) adalah antara dua ditahan hari ini kerana dipercayai terbabit rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta di negeri ini.

Penolong pengurus berusia 35 tahun itu ditahan jam 7.30 malam tadi manakala seorang pengurus syarikat swasta berusia 51 tahun ditahan jam 3.50 petang.

Sumber berkata, kedua-duanya ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di sini selepas dipanggil memberikan keterangan.

“Kedua-duanya disyaki bersekongkol dengan beberapa individu yang direman Jumaat lalu untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang.

“SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kuantan esok dan suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009,” katanya sumber itu di sini, malam ini.

Jumaat lalu, empat pegawai kanan PAIP dan tiga kontraktor direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta itu.

Semua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran dikenali Op Cuci yang dilancarkan SPRM.

Difahamkan, SPRM akan memohon lanjutan reman terhadap tujuh suspek terbabit esok bersama dua yang ditahan hari ini untuk membantu siasatan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/519546/seorang-lagi-pegawai-paip-ditahan-kes-rasuah?fbclid=IwAR05l9SIEhe5uX7sICbdOZg8RmDssRT6W2-8sysYO7e9FXrFRyIfvZOdMjw

Kenapa Nasharudin Mat Isa penting dalam kes RM90 juta? – Srikandi Malaya Official

Image may contain: 1 person, smiling, sitting

Kenapa Nasharudin Mat Isa penting dalam kes RM90 juta?

Nasharudin ini adalah petualang yang hendak membawa PAS untuk bersama dengan UMNO dari 2008 lagi. Cara dia menyalurkan duit ialah melalui Suwardi. Dan Suwardi ini pula telah di sebut 3 kali dalam audio Nik Mohamad Abduh sebagai bridge antara UMNO dan PAS. ingat Zahid Hamidi juga mengaku yang kerjasama sulit PAS dan UMNO sudah lebih 10 tahun

Bila Nasharudin di dakwa di mahkamah nanti, dia nak tak nak akan terpaksa buka semua cerita yang mahu di tutup selama ini. Saya yakin paling kurang Nik Abduh juga akan turut diheret dalam perbicaaan penggubahan wang haram. Kalau dapat sangkut yang lain macam takiri, tantawi, Dr Sam dan Abg Ipar Din Ayam, e.g. mana2 nama yang sangkut dalam audio nik abduh ( yang sudah disahkan sebagai asli oleh peguam presiden sendiri di london) itu sudah kira bonus.

Sebab ini juga mereka sanggup bayar 1.4 juta ringgit tarik balik saman di mahkamah London, kerana mereka tahu kalau Presiden di soal siasat oleh peguam Clare , rahsia mereka makan duit umno akan terbongkar.

“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya).”

(Surah Ali `Imraan : ayat 54)

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar; walaupun 7 bulan menunggu, akhirnya kebenaran itu muncul jua.

Saya berharap Nik Abduh segeralah bertaubat dan ingatlah ini semua kirafah sebab enta engkar pada pesanan Ayahanda ente supaya tidak berbaik-baik dengan UMNO.

Apa khabar Abdul Muein Abadi?

Macam mana pula dengan thesis macro anda yang kini backfire bila Nasharudin Mat Isa terbukti ada kaitan dengan RM90 juta ? Nasihat saya, bertakwalah pada Allah bila menulis. Anda telah memburukkan nama universiti dan bias anda telah membonsaikan judgement anda. Macam mana anda boleh yakin yang PAS suci sedangkan siasatan SPRM pun belum berakhir? Bila nak buat magnum opus 100 punca kegagalan PAS memerintah kelantan?

 

 

 

Zahid Hamidi Memiliki Banyak Syarikat – Rela Ke Lokap.

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Wowww…berderet…

Nama:
Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi
ID Baru:
530104-08-6055
Alamat:
389, Jalan Bayu Nyaman, Country Heights 43000 Kajang, Selangor

No Syarikat Nama Syarikat

098342 Kulim Enterprise Sdn Bhd
352275 Poliperkasa Realty Sdn Bhd
358454 Innovation Wood Sdn Bhd
284688 Eksekutif Kualiti Sdn Bhd
153388 YGP Holdings Sdn Bhd
118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan
017892 Federal Power Sdn Bhd
272712 Kelana Impian Sdn Bhd
235313 Excellent Sempuria (M) Sdn Bhd
413100 Rainbow Bay Sdn Bhd
064775 Measurement (Malaysia) Sdn Bhd
377274 Dutaace Industries Sdn Bhd
283239 Poliperkasa Sdn Bhd
128885 Airod Sdn Bhd
395240 Esprimax Sdn Bhd
273972 BCM Electronics Corporation Sdn Bhd
159826 Page Development Sdn Bhd
159407 Sabahmas Plantations Sdn Bhd
159414 Red Logging Sdn Bhd
159408 Gepa Lumber Sdn Bhd
159413 Logmerc Sdn Bhd
319744 Permodalan BSN Berhad
312664 Yadim Equities Sdn Bhd
312661 Yadim Holdings Sdn Bhd
133400 Kod Harta Sdn Bhd
317861 KHB-Jeffa Project Management Sdn Bhd
325617 Halmont Consultancy Sdn Bhd
003707 Seng Hup Corporation Berhad
450719 Comlenia Sdn Bhd
447252 Bank Simpanan Nasional Berhad
284036 Eratime Resources Sdn Bhd
043644 Timberwood Sdn Bhd
160143 YGPH Equities Sdn Bhd
222077 Perdana Sakti Sdn Bhd
338409 Aru Bina Sdn Bhd
224204 Interfund (Malaysia) Sdn Bhd
332468 Winpalm Development Sdn Bhd
341594 Poly Sepakat Sdn Bhd
239834 Pepeco Sdn Bhd
342561 Janawajib Sdn Bhd
143630 Kobena General Agencies Sdn Bhd
191854 Ramatex Textiles Industrial Sdn Bhd
043351 Gimmill Induatrial (M) Sdn Bhd
343658 Poliperkasa Property Sdn Bhd
357967 Westman Sdn Bhd
437450 Ira Development Sdn Bhd
412499 Tekgi Mahir Sdn Bhd
423512 Yayasan Akalbudi Sdn Bhd
129234 Comintel Sdn Bhd
053057 Bintang Angkasa Sdn Bhd
068090 Syarikat Capakaya Sdn Bhd
096429 Syarikat Kretam Plantations Sdn Bhd
048937 Syarikat Kretam Ladang Sdn Bhd
372672 Ramatex Berhad
357125 Tekala Corporation Berhad
377435 Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd
168285 Kretam Holdings Berhad
155095 Kretam Management Sdn Bhd
048881 Syarikat Kretam Mill Sdn Bhd
278196 Nilai Tamaddun Sdn Bhd
352042 Poliperkasa Corporation Sdn Bhd
281627 KHB Nanyang (Malaysia) Sdn Bhd
286028 Red Palm Oil Industries Sdn Bhd
261397 KHB Project Management Sdn Bhd
114724 Translab (M)Sdn Bhd
281431 Pantai Dalam Development Sdn Bhd
119031 N.H. Holdings Sdn Bhd
285544 Rising Resources Sdn Bhd
111606 E-Channel Sdn Bhd
282224 KHB Power Sdn Bhd
118860 Yayasan Gerakbakti Kebangsaan Sdn Bhd
258033 KHB Telecommunications Sdn Bhd
065099 Newcon Machinery Sdn Bhd
297195 KHB Nusantara Sdn Bhd
260309 KHB Construction Sdn Bhd
162659 YGPH Property Development Sdn Bhd
111795 Amaz Bina Sdn Bhd
265365 Luminous Square Sdn Bhd
122073 Jeffa Construction Sdn Bhd
323717 Wilahriang Sdn Bhd
316255 Tri-Man Corporation Sdn Bhd
304767 Yadim Development (Selangor) Sdn Bhd
315977 KHB Foodlinks Sdn Bhd
322827 Alglobe Progress Sdn Bhd
316256 DST Citra (M) Sdn Bhd
268052 KHB Foodchain Sdn Bhd
167994 KM Plantations Sdn Bhd
317863 KHB Project Management Holdings Sdn Bhd
271736 Top-Mech Cranes & Hoists (M)Sdn Bhd
261396 KHB Development Sdn Bhd
264151 KHB Realty Sdn Bhd
310479 KHB Management Sdn Bhd
343658 Poliperkasa Property Sdn Bhd
216824 White Horse Ceramic Industries Sdn Bhd

Sebarkan..📡
Biar rakyat buka mata…….

Semua MyKad dibeli warga China dibatal – Tahniah KDN Semasa PH.

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan kesemua MyKad yang dijual kepada warga China dalam kes yang berlaku di Pualu Pinang baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, tindakan yang sama turut dilakukan terhadap mana-mana kes penjualan MyKad secara haram yang berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

“Mana-mana pengeluaran MyKad yang sekiranya didapati JPN adalah menerusi cara salah, akan dibatalkan tanpa kompromi. Sesiapa yang terlibat dalam aktiviti ini perlu dikenakan tindakan berat tanpa pilih kasih

“Pihak kementerian memberikan kuasa penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh agar pihak yang didapati bersalah dapat didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah membatalkan MyKad yang dirampas daripada warga China di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sebelum ini, seorang penolong pengarah JPN Pulau Pinang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket menjual MyKad kepada warga asing di negeri itu.

Berikutan itu, beberapa pegawai dan kakitangan awam di Pulau Pinang dan di Putrajaya turut ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai terlibat dengan kes berkenaan.

Sementara itu, Mohd Azis berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 81,133 permohonan kewarganegaraan dalam tempoh lima tahun dari 2014 hingga 30 September 2019.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 13,151 permohonan dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia, manakala 57,236 permohonan sedang diproses dan 10,746 permohonan tidak diluluskan,” katanya sebagai menjawab soalan asal Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang bertanyakan tentang jumlah kewarganegaraan yang telah dimasukkan, bilangan diproses, dilulus serta ditolak daripada 2014 hingga kini.

Dalam tempoh yang sama, katanya, 264,192 pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) direkodkan JPN dengan pemegang MyPR dari Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 135,701 orang diikuti India 10,283 dan Filipina 38,131.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 166,116 pemegang MyPR adalah lelaki manakala 98,076 pemegang perempuan.

“Bagi pemegang MyPR mengikut kategori umur, 2,865 pemegang berusia antara 12 hingga 20 tahun, 162,856 (21 hingga 59 tahun) dan 98,471 (60 tahun dan ke atas),” katanya.

– BERNAMA

MPKK negeri diganti dengan MPKK Persekutuan – Tahniah Kerajaan PH Kerena Mengenang Jasa Para Pejuang PH.

Kerajaan persekutuan memperkenalkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Persekutuan berkuat kuasa tahu depan, bagi menggantikan MPKK negeri yang sebelum ini turut disertai wakil daripada parti kerajaan negeri.

Penyelaras MPKK Persekutuan negeri Kelantan, Sazmi Miah berkata, susulan itu pembentukan MPKK negeri dengan kerjasama antara PH dan kerajaan negeri Kelantan yang dibuat sebelum ini turut terbatal.

“Kita mendapat khabar gembira daripada menteri pembangunan luar bandar supaya PH di negeri yang dikuasai pembangkang supaya menubuhkan MPKK Persekutuan.

“Jadi MPKK Persekutuan akan bergerak berasingan daripada MPKK negeri yang dipelopori oleh wakil yang dilantik kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini kerajaan persekutuan memperkenalkan MPKK di peringkat negeri yang tidak ditadbir PH iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis yang dianggotai ahli lantikan negeri dan pusat.

Bagaimanapun formula kerjasama itu dilihat gagal khususnya di Kelantan apabila pihak kerajaan negeri dikatakan tidak dapat memberi kerjasama baik dalam memperkasakan program-program untuk rakyat.

Sebaliknya kata Sazmi, MPKK di Kelantan yang menerima dana kerajaan persekutuan mengambil kesempatan menjadikan penubuhan itu sebagai platform pergerakan program politik.

“Kita melihat perjalanan MPKK negeri sejak di awal penubuhan pada Mac lalu, terdapat penyalahgunaan dana dipelopori pihak parti pembangkang dengan menggunakan dana untuk program parti.

“Jadi kita lihat perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa sekali gus memberi tekanan tinggi kepada penggerak parti PH di peringkat akar umbi.

“Kita lihat pula perubahan politik semasa di mana kita cuba untuk berbaik-baik dengan pihak pembangkang dan bekerjasama dengan kerajaan negeri, tetapi sebaliknya yang berlaku. Mereka tidak memanfaatkan persahabatan yang cuba dijalin oleh kerajaan PH,” jelasnya.

Tambah beliau, PH Kelantan kini akan mengatur semula dan menambah keanggotaan MPKK Persekutuan termasuk melantik ahli dalam kalangan wanita dan belia.

“Kita akan susun dan menambah keanggotaan MPKK Persekutuan dengan mengambil lebih ramai ahli daripada pimpinan wanita dan belia.

“Bagi MPKK negeri yang dianggotai parti pembangkang (PAS), mereka boleh teruskan jika mahu dan bergantung kepada kerajaan negeri. Tapi tiada lagi dana daripada kerajaan persekutuan disalurkan,” kata Sazmi yang turut berterima kasih kepada menteri pembangunan luar bandar atas penambaikan itu.

https://m.malaysiakini.com/news/496755?fbclid=IwAR0EaF-XzbGQEvb3YqfX4Psmpe1H4SgltCHvT2B_q3zqXWSv7Dq1hxKkUGY

 

Kerajaan persekutuan memperkenalkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Persekutuan berkuat kuasa tahu depan, bagi menggantikan MPKK negeri yang sebelum ini turut disertai wakil daripada parti kerajaan negeri.

SPRM tahan bekas timbalan presiden PAS, akan dakwa esok – Tahniah SPRM & Latheefa.

Image may contain: 1 person, hat

Image may contain: 1 person, close-up

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

“SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh Datuk Dr Nasharudin Mat Isa esok, jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan akhbar.

SPRM juga mengesahkan Nasharudin ditahan pada jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

“Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” kata kenyataan itu.

Pada 8 Mac lalu, Nasharudin hadir di kompleks SPRM Pahang dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana oleh PAS daripada Umno.

Dakwaan berkenaan mengatakan pemimpin PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno sebagai balasan untuk memberi sokongan kepada parti komponen BN itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

PAS dan bekas presiden Umno, Najib Razak menafikan dakwaan berkenaan.

Selain bekas timbalan presiden PAS, SPRM telah memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan berhubung siasatan termasuklah Anggota Parlimen Bachok Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Husam Musa.

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya pada 6 Ogos 2016 telah mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima dana RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.

Isu itu timbul semula selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel berkenaan pada 1 Feb lepas.

https://www.malaysiakini.com/news/496804?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1xKNTFnquBZrJPkO3NUVs2oQvSjWNAjtLRwMUvlcoU5BIXYd2xOMdlJL4

21 Okt 2019
Alhamdulillah..
Ini bermakna, abduh, tantawi, hashim jasin bakal menerima nasib yg sama SPRM juga mengesahkan Nasharudin ditahan pada jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa pada 22 Oktober 2019, pukul 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Nasharudin bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

SPRM telah menahan Nasharudin pada pukul 2 petang ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.

*Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia**21 Oktober 2019*