Ayahanda Mati Kerana Melaporkan Rasuah Dalam AmBank TEMUBUAL EKSKLUSIF

Image may contain: 1 person, smiling, glasses and close-up

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Ayahanda Mati Kerana Melaporkan Rasuah Dalam AmBank TEMUBUAL EKSKLUSIF

Selepas beberapa hari berspekulasi, anak lelaki pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi telah mengesahkan secara terbuka bahawa dia percaya bapanya telah mati dibunuh kerana keterbukaannya pada rasa risau pada kegiatan rasuah di bank yang pernah dia uruskan dahulu.
Hussain Najadi telah ditembak mati dengan kejam di kawasan letak kereta di KL pada 29hb Julai 2013, sehari selepas dia membuat laporan polis berkenaan perkara itu.
Pascal najadi, anak mendiang Hussain, yang kini menetap di Moscow, yang telah bercakap dengan Sarawak Report pada petang ini dalam pengakuannya sendiri bahawa inilah motif pembunuhan mendiang bapanya.
Pascal mengatakan bahawa dia telah meninggalkan Malaysia buat kali terakhirnya pada 8hb Mac 2014, sama pada hari kehilangan pesawat MH370. Sejak itiu dia menganggap bahawa dia sekeluarga tidak lagi selamat (di Malaysia).
Dia memberitahu Sarawak Report bahawa kali terakhir dia melihat bapanya adalah empat hari sebelum bapanya mati dan bahawa sebelum itu bapanya telah bercakap mengenai isu yang mengganggunya.
Namun Pascal mengatakan bahawa dia tidak pernah diberitahu sama ada bapanya telah membuat laporan polis. Dia percaya bahawa dia mungkin telah melaporkan kerisauannya kepada pihak-pihak tertinggi.
Pascal juga mengatakan bahawa bapanya telah bercakap mengenai bagaimana dia telah menolak tawaran untuk terbabit dengan amalan rasuah yang ditawarkan oleh wakil-wakil dari UMNO.
Pascal Najadi berkata bahawa dia mengesyaki penutupan kes telah diperkuatkan kerana kegagalan pihak polis Malaysia mengesan dan menjejaki pelaku-pelaku serangan itu atau menjalankan siasatan yang sempurna.

Dan yang lebih mengecewakan adalah kegagalan pihak polis memaklumkan keluarganya atau menyoalsiasatnya mengenai sebarang bukti yang mungkin ada padanya mengenai kegiatan harian bapanya.
Dia hanya menerima sebuah panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang masih muda, yang tidak dapat berbual dalam bahasa Inggeris dengan sempurna, berkenaan kematian bapanya.
Selepas itu keluarganya tidak lagi dihubungi oleh pihak-pihak berkuasa, katanya.
Akhirnya pembunuh telah berjaya diberkas dan menamakan seorang lelaki yang mengupahnya dengan nilai RM20,000 untuk menembak Hussain Najadi. Namun, menurut Pascal, tiada sebarang bukti bahawa pihak polis telah menangkap pengupah itu, yang telah dikesan sebagai berada di Australia dan dipercayai mempunyai hubungan dengan orang-orang di peringkat tertinggi dalam kerajaan.
Pascal najadi, yang merupakan seorang pakar kewangan antarabangsa, mengatakan bahawa dia percaya akhirnya nanti pasaran antarabangsa, yang akan hilang kepercayaan pada Malaysia, akibat gejala rasuah berleluasa dan pengurusan kewangan yang tidak sempurna dan melulu.
Pascal Najadi memberitahu Sarawak Report bahawa kenyataan itu akan menjadi amat merbahaya kepada sesebuah rejim yang sentiasa bergantung harapan pada peminjaman dan pasaran-pasaran kewangan.

 

Harraz IskandarJeli Kito Blako

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=174889846992209&set=pcb.2728070510546937&type=3&theater

Terserlah Kehebatan Erdogan

Image may contain: 1 person

Erdogan membuktikan lagi sekali kebijaksanaan dia dalam mengendalikan operasi tenteranya di Utara Syria..

Apa yang Erdogan dapat capai ?!

1- Menakutkan militan Kurdi yang telah kuasai banyak kawasan di utara timur Syria sehingga anggota militan ini undur ke belakang dan tinggalkan bantak kawasan yang mereka rampas dari orang Arab.

2- Wujudkan kawasan yang aman dalam 35 KM di dalam tanah Syria dan sepanjang sempadan Syria – Turki supaya kembalikan penduduk rakyat Syria yang terpaksa larikan diri dari serangan tentera regim Al Assad dan militan militan Syiah dan juga jet pejuang Russia.

3- Puluhan ribu rakyat Syria telah kembali semula ke rumah rumah mereka dalam keadaan rasa selamat.

4- Turki dapat memastikan tiada lagi ancaman dari militan Kurdi sepanjang kawasan sempadannya.

5- Erdogan dapat beri kata dua kepada regim Basyar Al-Assad bahawa Turki boleh masuk lebih dalam lagi.

Moga Allah bantu Turki dan beri kekuatan kepada presiden Recyeb Erdogan yang pandai main politik dgn musuh musuh Islam dgn cukup bijaksana.

Mohib Khouli.
Sabtu 19 Okt 2019.

Harta Internet Turun 49% Dan 10 Kali Ganda Kelajuan – Tahniah. Gobind Singh Deo

Image may contain: 1 person, suit and text

Kejayaan Pakatan Harapan – Harga Internet Lebih Murah.

Harga internet turun 49% hanya dalam masa 18 bulan manakala kelajuan internet meningkat 10 kali ganda.

KENAPA HADI SUKA BERBOHONG ?

Image may contain: one or more people

[Infografik] Bilangan Kerusi Parlimen Pakatan Harapan 2019.
Sumber : Portal Rasmi Parlimen Malaysia

PAS dan Fitnah BERPISAH TIADA slps bersekongkol wala’ secara rasmi dgn UMNO !!!

PAS akan terus berterusan berbohong demi meneruskan sentimen perkauman & agama agar dapat perbodohkan rakyat dgn auta temberang lebai walaun PAS.

Takbirrrrr…

#PasKakiBohong
#ButaNombor
#BohongSyarie

10 BENDA PALING BEST BERLAKU DI MELAKA SEJAK PRU14. NO2 TU CUKUP MELEGAKAN UNTUK YANG BERKELUARGA

10 BENDA PALING BEST BERLAKU DI MELAKA SEJAK PRU14. NO2 TU CUKUP MELEGAKAN UNTUK YANG BERKELUARGA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

 

1. Projek Perumahan Untuk Rakyat

Ini ‘rare’, kepada rakyat Melaka ini berita memang terbaiklah, Kerajaan Melaka kini melaksanakan Projek 60 Perumahan Peduli Rumah Peduli diberikan secara percuma kepada rakyat memerlukan, Rumah Berkat sebagai rumah transit  bagi membantu pasangan suami isteri yang baru berkahwin, Rumah Belia khusus buat golongan belia. Amacam?

 

2. Hospital Kanak-Kanak dan Wanita

Pengumuman pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WCH) oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini ternyata bakal melegakan golongan ibu bapa negeri ini kerana umum mengetahui wad kanak-kanak dan wanita di hospital kerajaan sentiasa ‘full house’. Dengan terbinanya WCH itu, ia bakal menempatkan sebanyak 440 katil dijangka sekali gus mengurangkan kesesakan di Wad Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi di HM antara 35 hingga 40 peratus. Terima kasih kerajaan PH!

 

3. Petak letak kereta percuma Sabtu & Ahad

Kepada mereka yang kaki jalan, suka melancong di hari minggu, ini memang berita baik untuk anda. Mana tidaknya, setiap hari Sabtu dan Ahad, anda tidak perlu lagi membeli tiket parking MBMB, MPAG, MPHTJ dan MPJ kerana kerajaan PH mengumumkan parkir adalah percuma di setiap petak parkir PBT. Ia melibatkan 27,880 petak parkir kenderaan di bawah pentadbiran empat PBT di negeri ini.

 

4. Hari Bertemu Rakyat Perdana

Yang  terakhir, tak perlu nak cakap panjang lebar. Sekarang kita makin senang dan mudah nak jumpa dengan YB! Dengan wujudnya Hari Bersama Rakyat Perdana yang akan dijadikan sebagai agenda setiap suku tahun (4 kali setahun), kita dapat berjumpa sendiri dengan semua Exco Kerajaan Negeri Melaka bersama-sama Ketua Menteri pada hari Jumaat di Seri Bendahara. Syabas Kerajaan Negeri Melaka! Boleh dikatakan ini usaha yang baik untuk merapatkan lagi ukhwah antara rakyat dan kerajaan!

 

5. Pembukaan Laluan Baru Air Asia ke Pulau Pinang

AirAsia kini di Melaka? Ya, kini anda boleh menikmati penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad dari Melaka ke Pulau Pinang tujuh kali seminggu! Wow, menarik bukan? Makin rancak ekonomi Melaka, tidak mustahil boleh capai misi 20 juta pelancong tahun ini.

 

6. Perkhidmatan Bas Percuma

Satu lagi kemudahan yang memberi manfaat buat rakyat Melaka iaitu perkhidmatan bas percuma atau dikenali sebagai Bas Melaka Berwibawa. Memang ‘superb’ dan kira-kira 290,000 pengguna menikmati kemudahan percuma ini dengan jumlah subsidi RM1.4 juta. Serius, memang amat membantu.

 

7. ‘Flyover’ Persimpangan MITC Dan Peringgit Siap Dibina

Ha yang ini memang nampak lah kemajuan. ‘Flyover’ yang kita nantikan selama ini dah pun siap dan dibuka untuk kegunaan ramai. ‘Average’ masa yang kita boleh jimat ialah 20 minit! Pembukaan dua ‘flyover’ tersebut pada 11 Februari lalu memberikan keselesaan kepada masyarakat, sekali gus menyuraikan kesesakan lalu lintas di negeri ini.

 

8. 6 Bulan Sewa Percuma Buat Usahawan Wanita Yang Ingin Berniaga Di Kota Tun Fatimah

Berita baik untuk semua usahawan wanita! Kalau nak tahu, penjenamaan semula pusat perniagaan Kota Fesyen kepada Kota Tun Fatimah bakal memberi peluang usahawan wanita dalam memasarkan pelbagai produk yang mampu meraih pendapatan. Jom akak-akak semua kita kasi gegau!

 

9. Dermasiswa Pelajar Mesir

Dermasiswa Pelajar Mesir? Apa tu? Okay, ini adalah peruntukan sebanyak RM15 juta setahun yang disalurkan menerusi bidang pendidikan di negeri ini melalui pembiayaan pinjaman pendidikan dan Dermasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Untuk siapa? Mesti tertanya-tanyakan. Peruntukan ini akan disalurkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian pelbagai bidang ke luar negara khususnya pengajian di negara Timur Tengah. Jadi, kalau adik-adik yang berminat nak sambung ke Mesir atau mana-mana negara Timur Tengah, boleh je teruskan impian anda!

 

10. Pelayaran Kapal Kontena Pertama Di Tanjung Beruas

Sesuatu yang patut direkodkan dalam sejarah negeri Melaka ‘confirm’lah  merupakan pelayaran pertama oleh Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. di negeri ini selepas 45 tahun terbinanya Jeti Pelabuhan Tanjung Beruas! Pelayaran itu merupakan kapal kontena pertama yang berlabuh di negeri ini bagi memasarkan pasaran eksport syarikat terbabit ke Humen, China. Boleh dikatakan ini mampu peluang kepada kemajuan import dan eksport negeri kita! Inn shaa allah, ia sekaligus membuka lebih banyak ruang pekerjaan khusus untuk anak Melaka. Aamiin.

https://melakakini.my/10-inisiatif-terbaik-kerajaan-ph-melaka/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

 

NURUL IZZAH MENANG SAMAN FITNAH RM850,000.00

Image may contain: 1 person, smiling, text

BULAN OKTOBER ini sahaja 3 pemimpin dari pembangkang berkait kes #SamanFitnah. Lain tak bukan hanyalah dari parti-Islam PAS dan UMNO..

1) Ismail Sabri (UMNO) : kalah saman fitnah terhadap Nurul Izzah yang terpaksa merayu kurangkan ganti rugi daripada RM600,000 kepada RM450,000. -(17/10/2019)

2) Adun Jeneri (PAS) : Datuk Mahfuz Omar telah kemukakan writ saman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Muhammad Sanusi Md Nor kerana memfitnahnya di laman Facebook pada Julai lepas. -(18/10/2019)

3) Mokhtar Senik (PAS) : ADUN Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof menyaman Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mokhtar Senik susulan kiriman yang dimuat naik di Facebook ‘Mokhtar Dup’. -(10/10/2019)

Takbirrrrrr..

Berkat menuntut ilmu fitnah dari UMNO, amalan fitnah sudah menjadi makanan ruji mereka sejak mereka berta’awun wala’ dgn UMNO..

1 FITNAH

Bantuan Guaman MIC Kepada Pengganas LTTE, PAS tak anggap MIC sokong pengganas

Image may contain: 1 person, glasses and text

PAS tidak menganggap MIC menyokong keganasan ekoran langkah parti untuk kaum India itu memberikan bantuan khidmat guaman kepada suspek penyokong pertubuhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata tindakan mana-mana pihak menyediakan bantuan guaman atau khidmat peguam kepada seseorang suspek bertujuan memberikan mereka hak selaras dengan peruntukan undang-undang.

Takiyuddin yang juga seorang peguam berpengalaman berkata mengikut prinsip sedia ada, seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehinggalah ia dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

Mengenai isu penyokong LTTE yang ditahan pihak berkuasa, Takiyuddin berkata, sehingga kini tiada seorang pun anggota MIC yang ditangkap.

Justeru, katanya, PAS menganggap langkah MIC – yang kini menjadi salah satu sekutu rapat parti berkenaan – tidak wajar digambarkan sebagai menyokong keganasan.

“Bagi PAS langkah memberi khidmat peguam adalah bagi memastikan seseorang yang ditahan mendapat haknya seperti dijamin undang- undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis menahan tujuh individu termasuk exco Melaka, G Saminathan, dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran, kerana didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.


Baca PAS bukan parti radikal, kata MIC


Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan). Lima lagi ditahan hari ini menjadikan jumlahnya seramai 11 orang.

Susulan itu MIC menawarkan khidmat guaman kepada suspek terbabit selepas presidennya menyuarakan kebimbangan terhadap penahanan tersebut.

Kata Takiyuddin, sekiranya suspek berkenaan kemudian dibuktikan bersalah dan disabitkan oleh mahkamah, maka ketika itu semua pihak perlu akur dan menyerahkannya kepada proses undang-undang untuk dilaksanakan.

Pada masa sama anggota parlimen Kota Bharu itu menggesa kerajaan mengemukakan kertas putih di Parlimen mengenai kegiatan berbentuk sokongan kepada aktiviti keganasan di negara ini.

Katanya langkah tersebut sesuai dengan keperluan kepentingan awam dan keselamatan negara.

“Ia supaya mana-mana pihak – terutama pimpinan politik yang memesongkan pemikiran rakyat – dapat dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

Untuk rekod Malaysia menyenaraikan LTTE – yang berjuang untuk kepentingan kaum India di Sri Lanka dan mahukan kemerdekaan bagi negeri Tamil Eelam – sebagai salah satu pertubuhan pengganas.

Langkah sama turut diambil lebih 30 kerajaan lain di seluruh dunia.

Bila peguam DAP buat kerja sebagai peguam, PAS hentam.

Bila peguam MIC buat kerja sebagai peguam, PAS kata itu hanya menjunjung hak dan ‘innocent until proven guilty.