Buta kalau masih tak nampak Melayu dilayan kelas kedua – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Penjilat Umno Bersama Asyraf Wajdi Pembuat Fitnah.

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah hairan apabila masih ada pihak yang tidak nampak bangsa Melayu kini dilayan seperti kelas kedua.

Menyifatkan mereka itu sebagai ‘buta’, beliau kesal kerana bangsa Melayu seolah-olah dianaktirikan di negara dan tanah air sendiri.

Mengambil contoh isu kematian mendiang Teoh Beng Hock dan Allahyarham Muhammad Adib, beliau berkata, kedua-dua kes itu dibela secara tidak adil, hanya kerana perbezaan bangsa.

Katanya, walaupun sudah lebih 10 tahun pemergian Beng Hock, namun kematiannya masih dipertahankan oleh kaum Cina sehingga kini.

“Sebaliknya apabila kita bangkitkan isu Allahyarham Muhammad Adib, mereka minta kita diam,” katanya dalam temubual Wacana Sinar, Islam Pasca PRU 15, di Dewan Karangkraf, Kumpulan Karangkraf, di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Ridhuan mengakui isu tulisan khat di sekolah vernakular juga seperti tidak mendapat sokongan, malah ditentang oleh kaum Cina.

“Apabila masuk isu tulisan khat dan jawi, orang Melayu sudah dikira baik mengikut telunjuk mereka dengan membenarkan tulisan berkenaan jadi tiga muka surat daripada enam muka surat, itu pun mereka masih tidak puas hati lagi dengan mengadakan petisyen untuk batalkan pelaksanaan berkenaan.

“Umpama sudah diberi betis hendak peha. Dulu kita kata, ketegangan kaum semakin meningkat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), hari ini, bukan sahaja meningkat, malah melonjak naik, dan ianya disebabkan tindakan serta perkataan yang menyakitkan hati oleh parti rasis DAP,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengkritik seorang wartawan Cina yang tiada pengetahuan mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan walaupun berwarganegara Malaysia.

“Jika anda tonton YouTube hari ini, ada wartawan Cina mahu provok Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof, melalui soalan panasnya, tetapi apabila menteri berkenaan tanya semula mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan, beliau terdiam terpinga-pinga kerana tidak tahu.

“Itulah, duduk bergenerasi di negara kita, kerjanya hanya tahu provok orang, salahkan Melayu. Bayangkan rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu, Rukun negara dan Perlembagaaan, bagaimana kita nak jangka mereka menghormati agama Islam?” soalnya.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat di negara ini agar tidak mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang Melayu yang menerima kehadiran kaum lain di negara ini, ketika pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu dibuat.

“Saya amat memahami kenapa orang Melayu begitu baik, dengan memberikan kerjasama dan toleransi yang tiada tolok bandingnya.

“Sebaik-baik orang Melayu, tak pernah mereka Melayukan orang Cina atau India. Mereka juga kekal dengan cara hidup dan sekolah mereka,” katanya.

Buta kalau masih tak nampak Melayu dilayan kelas kedua

Pengerusi,Pengetua Maahad Pecah Amanah RM43,600.00

Image may contain: 1 person, text

Tu pun ada orang kritik kata nak menjatuhkan institusi maahad dan sekian2….konon nak memburuk2 kan lah…. padahal memang ada yang realiti.

Tak semua yang busuk…. tapi jangan menidakkan benda yang memang ada realiti nya.

APA MOTIF ANWAR IBRAHIM MENJAJA BERITA SETIAP KALI BERTEMU DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEKIRANYA BELIAU SENDIRI TIDAK IKHLAS DENGAN PM7 PADA HAKIKATNYA!!

APA MOTIF ANWAR IBRAHIM MENJAJA BERITA SETIAP KALI BERTEMU DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEKIRANYA BELIAU SENDIRI TIDAK IKHLAS DENGAN PM7 PADA HAKIKATNYA!!

Anwar ibrahim tak perlu menjaja berita setiap kali bertemu dengan PM!! Bagi saya anwar ibrahim amat tidak ikhlas dalam pelbagai segi dengan tun dr mahathir mohamad!!

Sekiranya anwar ibrahim seorang pemimpin yang ikhlas; beliau sepatutnya ambil tindakan disiplin keatas yb johari abdul, yb abdullah sani dan beberapa lagi pemimpin atau ahli pkr yang seringkali mencemuh tun dr mahathir mohamad!!

Selaku ahli parlimen PH dan pemimpin parti pkr yang berada di bawah bumbung PH kalangan bangang ini tidak boleh menyerang perdana menteri kerajaan PH!!

Ini perbuatan bodoh yang amat tidak beretika serta bakal mencemarkan imej PH yang kelihatan berbalah sesama sendiri bagi berebut jawatan!!

Amat sumbang untuk keseluruhan rakyat memerhati perbuatan jahat sesetengah kalangan yang gila kuasa dalam parti pkr!!

Selaku presiden parti pkr kenapa anwar ibrahim tidak melarang pemimpin-pemimpin tertinggi partinya dari menyerang tun dr mahathir mohamad?!

Tun dr mahathir mohamad adalah perdana menteri kerajaan PH yang dilantik secara konsensus dalam majlis presiden PH!!

Kenapa baru setahun lebih sikit tun dr mahathir mohamad jadi perdana menteri sesetengah kalangan bangang dalam parti pkr sudah mula menyerang serta mendesak beliau untuk serah kuasa kepada anwar ibrahim?!

Mana ada perjanjian bertulis dalam PH yang menyatakan bahawa tun dr mahathir mohamad kena serah kuasa dalam masa dua tahun setelah menjadi perdana menteri kepada penggantinya?!

Seandainya ada perjanjian bertulis; saya ingin lihat dan anwar ibrahim harus tunjuk kepada keseluruhan rakyat di negara kita!!

Sebab itu sekali lagi sekiranya kalangan bangang seperti yb abdullah sani dan yb johari abdul mencemuh tun dr mahathir mohamad; saya akan susun strategi secara berskala besar bagi menempis agenda jahat mereka dan tahu apa nak buat keatas puak bangang ini!! Tolong jangan terlalu kurang ajar serta melampau!!

Dalam isu ini bagi saya anwar ibrahim yang harus dipersalahkan!!

Beliau kelihatan seolah-olah mengizinkan segala bentuk perbuatan jahat yang berteraskan konspirasi dalam pkr untuk menjatuhkan tun dr mahathir mohamad sebagai PM7!!

Presiden pkr hanya diam ‘seribu bahasa’ dalam isu mendesak tun dr mahathir mohamad serah kuasa kepada beliau!! Mengapa begitu?!

Adakah anwar ibrahim itu sendiri yang merupakan ‘tangan ghaib’ menyusun strategi bagi mendesak tun dr mahathir mohamad untuk berundur?! Sesungguhnya juga, anwar ibrahim adalah pakar ‘baling batu’ sorok tangan’ dan sejarah sudah banyak kali membuktikannya!!

Dalam apa jua keadaan, saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa anwar ibrahim tidak layak untuk memimpin negara atas pelbagai alasan!!

Alasan-alasan ini akan saya huraikan satu persatu apabila tiba masa yang bersesuaian bagi mempertahankan kenyataan-kenyataan selama ini!!

Sesungguhnya juga, kita tidak harus takut pada sesama manusia khususnya manusia mungkar!! Kita hanya perlu takut kepada tuhan Yang Maha Esa semata-mata!!

Tidak perlu bagi anwar ibrahim menguar-uarkan segala perjumpaan beliau dengan tun dr mahathir mohamad sekiranya beliau sendiri tidak ikhlas dengan PM7 pada hakikatnya!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
17 Oktober 2019

Lagi satu pertemuan dgn PM yg sia2… https://www.facebook.com/16194831839/posts/10159662629736840?substory_index=0&sfns=mo

https://web.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/a.10150536192771840/10159662629736840/?type=3&theater

Salah guna kuasa: SPRM tahan dua pegawai Felda – Tahniah SPRM & Latheefa

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan dua pegawai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Pahang untuk siasatan kes salah guna kuasa membabitkan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, dua individu terbabit direman selama lima hari.

“Memang ada tangkapan dibuat. Kes ini masih disiasat dan maklumat lanjut saya akan berikan kemudian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memberitahu, identiti individu berkenaan tidak akan didedahkan.

“Identiti individu memang tidak dapat didedahkan. Kita hanya tahan namun individu itu masih belum disahkan bersalah selagi kita tidak buktikan mereka bersalah,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/52739/BERITA/Nasional/Salah-guna-kuasa-SPRM-tahan-dua-pegawai-Felda?fbclid=IwAR1uSo0oO0G78-ntPjMCISU0JA1mZn5srN7canMA2NKpWCusJ9IWF3Bm5pE
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/52739/BERITA/Nasional/Salah-guna-kuasa-SPRM-tahan-dua-pegawai-Felda?fbclid=IwAR1uSo0oO0G78-ntPjMCISU0JA1mZn5srN7canMA2NKpWCusJ9IWF3Bm5pE

Peguam Negara Tommy Thomas dilaporkan mendakwa Jho Low mencuri lebih RM41.8 bilion dana 1MDB.

Image may contain: people sitting

1-najib-haram. [downloaded with 1stBrowser]1 RAJA BOHONG1 Jho Low Sufi1 jho low sifu1 umno digantung1 umno rasuah

Peguam Negara Tommy Thomas dilaporkan mendakwa Jho Low mencuri lebih RM41.8 bilion dana 1MDB.

PUTRAJAYA; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh mengesahkan jumlah dana 1MDB yang diseleweng apabila ahli perniagaan Low Taek Jho ditahan.

“Nilai sebenar tidak akan dapat disahkan selagi kita tidak dapat menahan Jho Low,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Latheefa berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas yang berkata kerajaan percaya Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah melarikan lebih AS$10 bilion (RM41.8 bilion) dana 1MDB.

Sebelum ini Thomas juga berkata, pihak berkuasa Malaysia kini dalam perbincangan dengan Goldman Sachs untuk menggugurkan tuduhan jenayah terhadap tiga anak syarikat bank tersebut berkaitan dengan skandal 1MDB.

Putrajaya pada ketika ini sedang berusaha mendapatkan ganti rugi sebanyak AS$3.3 bilion (RM13.2 bilion) daripada bank AS itu dan menuduhnya membantu Jho Low dalam penyelewengan dana 1MDB.

Penyiasat pula berkata kira-kira AS$4.5 bilion (RM18 bilion) diseleweng daripada 1MDB.
Pada bulan Dis lalu, Malaysia memfailkan tuduhan terhadap Goldman Sachs (Asia) LLC, Goldman Sachs International (UK) dan Goldman Sachs (Singapura), dan menuntut AS$2.7 bilion (RM10.8 bilion) dalam bentuk denda dan pulangan sebanyak AS$600,000 (RM2.4 bilion).

Jho Low dipercayai bersembunyi di negara China dan terus mengawal kepentingan perniagaannya di Hong Kong. Akhir bulan lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberi bayangan Jho Low dijangka dibawa pulang ke Malaysia hujung tahun ini. Beliau berkata Jho Low dilindungi pihak tertentu untuk bersembunyi di sebuah negara menyebabkan dia sukar diekstradisi. Sukar untuk saya beri timeline (tempoh masa untuk bawa pulang Jho Low) sebab dia lari sudah terlalu lama namun saya berusaha untuk cuba percepatkannya, mungkin hujung tahun ini,” katanya.