DR MUJAHID SUDAH MULA MENGGEMPUR BERITA TIDAK BENAR YANG DIKELUARKAN OLEH UMNOPAS TERHADAP DIRINYA – TAHNIAH DR. MUJAHID.

1 MUJAHID1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 A TERANCAM1 PAS MOHON MAAF1 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU

*Mujahid mulakan tindakan perundangan pada Asyraf Wajdi*

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut sumber yang dekat dengan Mujahid, notis tuntutan telah pun diberi kepada Asyraf melalui peguamnya Noorazmir Zakaria.

Tindakan perundangan terhadap Asyraf dibuat selepas tempoh seminggu untuk memohon maaf – bermula 1 Oktober- telah berlalu ekoran dakwaan anggota parlimen Parit Buntar itu menjual aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji serta beberapa tuduhan lain.

“Saman terhadap Asyraf dibuat selepas Mujahid beri masa seminggu kepada ketua pemuda Umno itu memohon maaf di atas pelbagai fitnah terhadap Tabung Haji yang dilakukan.

“Pada 3 Mei lalu, Asyraf keluarkan dakwaan kononnya umat Islam di negara ini kehilangan kuota tambahan untuk menunaikan haji kerana hubungan dingin antara kerajaan PH dengan Arab Saudi.

“Sebelum itu, pada Mac tahun ini Asyraf mendakwa aset TH diurus oleh bukan Islam.

Dan terbaru, dia mendakwa pula TH jual pegangan saham dalam TNB,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, Asyraf ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan setakat ini belum mendapat apa-apa notis tuntutan terhadapnya lagi.

Beliau juga menulis perkara itu di Facebook beliau.

“Wahai Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa, jangan hanya menggertak di laman Malaysiakini, kalau benar nak ambil tindakan undang-undang hantar sahaja notis ke pejabat Pemuda Umno.

“Kita berentap di mahkamah untuk cari kebenaran! Ikutlah prosedur perundangan, notis saman harus diserahkan kepada individu yang dituntut, bukan kepada media. Ikutlah rule of law (undang-undang),” katanya.

Sementara itu, dalam kes berlainan, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menetapkan tarikh sebutan kes saman Mujahid terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib pada 12 November depan.

Saman itu turut dibuat selepas Khusairi gagal membuat permohonan maaf kepada menteri tersebut setelah notis tuntutan diserahkan.

Pada Julai lalu, Khusairi melalui hantaran Facebooknya memuat naik satu poster yang menggunakan gambar Mujahid dengan tulisan mendakwa beliau meminta umat Islam tidak berkecil hati berhubung kes hina Nabi Muhammad kerana ia kes terpencil.

Ekoran itu, Mujahid menuntut Khusairi memohon maaf kerana memuat naik poster palsu berserta kapsyen yang mencemar imej beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s