Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba 8.15 pagi di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Image may contain: 3 people, people smiling

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba 8.15 pagi di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau dijangka berhadapan kira-kira 45 pertuduhan berjumlah lebih RM100 juta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pertemuan YDP Yadim bersama YAB Perdana Menteri

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit

Pertemuan YDP Yadim bersama YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri berharap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dapat berperanan dalam menggerakkan usaha dakwah di setiap lapisan masyarakat terutama di kawasan pedalaman, terhadap golongan anak muda dan belia, mahasiswa serta remaja.

Demikian antara hasil pertemuan antara Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz di pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan pertama kali semenjak Nik Omar memegang amanah selaku Yang Dipertua badan dakwah ini berlangsung selama sejam dengan kedua tokoh ini bertukar pandangan dalam pelbagai perkara.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Y.Bhg Leftenan Kolonel Dato’ Dr. Samsu Adabi Haji Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Dalam pertemuan ini, Tun Dr Mahathir menyatakan pendapat beliau bahawa negara Islam pada hari ini lemah, kerana pepecahan dan cara pemahaman agama Islam itu sendiri.

Beliau menegaskan, Islam perlu difahami dan diambil dari sumber utama iaitu Al-Quran sendiri di samping mengambil hadis-hadis yang sahih sebagai rujukan.

Sementara itu, Nik Omar membawa dua perkara penting dalam pertemuan tersebut. Pertamanya jemputan YADIM kepada YAB Tun Dr Mahathir sebagai perasmi dalam acara penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara yang akan berlangsung pada November ini.

Dalam majlis itu nanti, beliau juga turut dijemput untuk menyampaikan amanat dan menerima resolusi multaqa berkenaan.

Keduanya Nik Omar menerangkan berkaitan hala tuju YADIM ke arah pemerkasaan usaha dakwah di Malaysia dari sudut strategi dan langkah ke depan.

Perdana Menteri menyambut baik segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh YADIM.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Nik Omar sempat menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada YAB Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan.

YADIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin nomnor satu negara ini kerana meluangkan masa berharga beliau untuk pertemuan ini.

 

Iran Berjaya Menghancurkan Dan Menguasai 4 Buah Negara Arab Islam Melalui Propaganda Amerika.

Sebelum dan selepas.

Parti Keadilan Rakyat mengambil inisiatif menjual makanan tradisi kaum India,Muruku bersempena sambutan Deepavali.

Buat julung kalinya, Parti Keadilan Rakyat mengambil inisiatif menjual makanan tradisi kaum India,Muruku bersempena sambutan Deepavali. Muruku Deepavali ini adalah inisiatif untuk membantu ibu tunggal yang tergolong dalam kategori B40. Presiden Anwar Ibrahim telah melancarkan jualan amal ini pada petang tadi.

Sebagai sebuah parti berbilang kaum terbesar di negara ini, KEADILAN meraikan perpaduan dalam kepelbagaian. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0122978640 / 0122983721.
Terima kasih Presiden DS Anwar Ibrahim
& Pimpinan Keadilan yang sudi menyokong inisiatif Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan ini.

For the very first time, KEADILAN will be selling Indian Traditional Murukku in conjunction with the Deepavali celebration. Being the largest multi-racial party of the Nation, KEADILAN embraces unity in diversity. This “murukku drive” is an initiative to help single mothers that belong to the B40 category. For inquiry please contact 0122978640 / 0122983721.

மலேசியாவின் மிகப்பெரிய பல்லின கொள்கை கட்சியான மக்கள் நீதி கட்சி வேற்றுமையை களைத்து ஒற்றுமையை மேலோங்க செய்யும் வண்ணம் தீபாவளி பண்டிகையை முன்னிட்டு முதன் முறையாக இந்தியர்களின் பாரம்பரிய பலகாரமான முறுக்கினை விற்பனைக்கு கொண்டுவந்துள்ளது. பி 40 பிரிவினை சேர்ந்த தனித்து வாழும் தாய்மார்களுக்கு உதவும் வண்ணம் இந்த முறுக்கு விற்பனை துவங்கப்பட்டுள்ளது. அனைவரும் இந்த முறுக்கினை வாங்கி மக்கள் நீதி கட்சியுடன் தீபாவளி திருநாளை மகிழ்ச்சியோடு கொண்டாடுமாறு கேட்டுக்கொள்கிறோம். மேல்விவரங்களுக்கு மேலே குறிப்பிட்டுள்ள கைத்தொலைபேசி எண்ணில் தொடர்பு கொள்ளவும். நன்றி.

Happy Deepavali! தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்!
Selamat menyambut Deepavali!
#DeepavaliKeadilan
#MurukuDeepavali

 

For the very first time, KEADILAN will be selling Indian Traditional Murukku in conjunction with the Deepavali celebration. Being the largest multi-racial party of the Nation, KEADILAN embraces unity in diversity. This “murukku drive” is an initiative to help single mothers that belong to the B40 category. For inquiry please contact 0122978640 / 0122983721.

மலேசியாவின் மிகப்பெரிய பல்லின கொள்கை கட்சியான மக்கள் நீதி கட்சி வேற்றுமையை களைத்து ஒற்றுமையை மேலோங்க செய்யும் வண்ணம் தீபாவளி பண்டிகையை முன்னிட்டு முதன் முறையாக இந்தியர்களின் பாரம்பரிய பலகாரமான முறுக்கினை விற்பனைக்கு கொண்டுவந்துள்ளது. பி 40 பிரிவினை சேர்ந்த தனித்து வாழும் தாய்மார்களுக்கு உதவும் வண்ணம் இந்த முறுக்கு விற்பனை துவங்கப்பட்டுள்ளது. அனைவரும் இந்த முறுக்கினை வாங்கி மக்கள் நீதி கட்சியுடன் தீபாவளி திருநாளை மகிழ்ச்சியோடு கொண்டாடுமாறு கேட்டுக்கொள்கிறோம். மேல்விவரங்களுக்கு மேலே குறிப்பிட்டுள்ள கைத்தொலைபேசி எண்ணில் தொடர்பு கொள்ளவும். நன்றி.

Happy Deepavali! தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்! #keadilan #muruku

For the very first time, KEADILAN will be selling Indian Traditional Murukku in conjunction with the Deepavali celebration. Being the largest multi-racial party of the Nation, KEADILAN embraces unity in diversity. This “murukku drive” is an initiative to help single mothers that belong to the B40 category. For inquiry please contact 0122978640 / 0122983721.

Malaysia’s biggest multi policy party, people’s justice party, bringing unity in the world for the first time on the occasion of Diwali Festival, it has been brought to the tradition of Indians for the first time. B 40 this twist is sold out to help mothers living in partition. We request everyone to buy this room and celebrate Diwali Festival with people’s justice party. Please contact on the mobile number mentioned above for the above details. Thank you.

Happy Diwali! Happy Diwali! #Keadilan #Murugan

— with Amk Negeri Sembilan and 48 others.

 

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Industri Utama Teresa Kok

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Fitnah lepas tu minta maaf! Dulu kes fitnah Liew Chin Tong harini dengan Teresa Kok!

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Industri Utama Teresa Kok kerana mengaitkanya dengan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 25 Disember lalu.

Jelasnya, ini berhubung insiden di himpunan pada tarikh tersebut yang mendakwa Kok mempunyai kaitan dengan pemaju One City Development yang merupakan pemilik tanah tapak kuil berkenaan.

RENTASAN MINGGUAN 041 | PANAS!!! AGENDA HALANG ANWAR JADI PM8 TERDEDAH?

 

MENARIK DALAM KERATAN BERITA 041

1. SAMPAI MASA KITA JIHAD MENENTANG FITNAH UMNO

2. TIADA KOMPROMI KEPADA PIHAK PERLEKEH AL-QURAN

3. ADA SARJANA TERLEWAT BANGKIT?

4. KERAJAAN PINTU BELAKANG UNTUK HALANG ANWAR JADI PM8

DR MUJAHID SUDAH MULA MENGGEMPUR BERITA TIDAK BENAR YANG DIKELUARKAN OLEH UMNOPAS TERHADAP DIRINYA – TAHNIAH DR. MUJAHID.

1 MUJAHID1 A CERDIK1 TUN SAYANG1 A TERANCAM1 PAS MOHON MAAF1 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU

*Mujahid mulakan tindakan perundangan pada Asyraf Wajdi*

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut sumber yang dekat dengan Mujahid, notis tuntutan telah pun diberi kepada Asyraf melalui peguamnya Noorazmir Zakaria.

Tindakan perundangan terhadap Asyraf dibuat selepas tempoh seminggu untuk memohon maaf – bermula 1 Oktober- telah berlalu ekoran dakwaan anggota parlimen Parit Buntar itu menjual aset-aset strategik Lembaga Tabung Haji serta beberapa tuduhan lain.

“Saman terhadap Asyraf dibuat selepas Mujahid beri masa seminggu kepada ketua pemuda Umno itu memohon maaf di atas pelbagai fitnah terhadap Tabung Haji yang dilakukan.

“Pada 3 Mei lalu, Asyraf keluarkan dakwaan kononnya umat Islam di negara ini kehilangan kuota tambahan untuk menunaikan haji kerana hubungan dingin antara kerajaan PH dengan Arab Saudi.

“Sebelum itu, pada Mac tahun ini Asyraf mendakwa aset TH diurus oleh bukan Islam.

Dan terbaru, dia mendakwa pula TH jual pegangan saham dalam TNB,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, Asyraf ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan setakat ini belum mendapat apa-apa notis tuntutan terhadapnya lagi.

Beliau juga menulis perkara itu di Facebook beliau.

“Wahai Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa, jangan hanya menggertak di laman Malaysiakini, kalau benar nak ambil tindakan undang-undang hantar sahaja notis ke pejabat Pemuda Umno.

“Kita berentap di mahkamah untuk cari kebenaran! Ikutlah prosedur perundangan, notis saman harus diserahkan kepada individu yang dituntut, bukan kepada media. Ikutlah rule of law (undang-undang),” katanya.

Sementara itu, dalam kes berlainan, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menetapkan tarikh sebutan kes saman Mujahid terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib pada 12 November depan.

Saman itu turut dibuat selepas Khusairi gagal membuat permohonan maaf kepada menteri tersebut setelah notis tuntutan diserahkan.

Pada Julai lalu, Khusairi melalui hantaran Facebooknya memuat naik satu poster yang menggunakan gambar Mujahid dengan tulisan mendakwa beliau meminta umat Islam tidak berkecil hati berhubung kes hina Nabi Muhammad kerana ia kes terpencil.

Ekoran itu, Mujahid menuntut Khusairi memohon maaf kerana memuat naik poster palsu berserta kapsyen yang mencemar imej beliau.