LTTE Bukan Pengganas – Pemuda MIC

Image may contain: 1 person, text

KUALA LUMPUR: Seorang wakil pembangkang, Datuk C Sivaraajh (BN-MIC Cameron Highlands) menarik perhatian apabila mendakwa Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bukan kumpulan pengganas.

Sebaliknya, beliau yang juga Ketua Pemuda MIC mendakwa LTTE lebih menjurus kepada kumpulan pejuang kebebasan seperti kumpulan lain yang terbabit dalam gerakan pembebasan penindasan.

“Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini, LTTE bukan satu kumpulan pengganas tetapi pejuang kebebasan. Kita harus memberi penghormatan kepada kumpulan ini dan menjaga sentimen kaum lain.

“Begitu juga saya mohon jangan analisis sejarah mengikut hati sehingga menimbulkan kemarahan kepada orang dan kaum lain,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Selama tiga dekad, LTTE dikatakan bermaharajalela dengan mencetuskan pelbagai serangan dan konflik etnik di Sri Lanka.

LTTE turut dilabel sebagai pengganas antarabangsa oleh 32 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selain berstatus dikehendaki di India.

Sivaraajh turut menyokong usaha meminda Akta 164 Perlembagaan Persekutuan bagi menggugurkan Fasal 88A mengenai penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuanibu bapa.

“Ini adalah peluang keemasan bagi kerajaan meminda akta berkenaan,” katanya.

Syed Mokhtar Albukhary Beli Utusan Malaysia

No photo description available.

Jika betul, Alhamdulillah.. Harap utusan jd media penyebar berita yg telus & jujur dalam masa yg sama tidak propa dgn mementingkan mana² pihak yg berkepentingan, semoga maju jaya utusan
#supportutusan
#matihidupsemula

#BMF – Hadi Bersama Secret Recipe Kek

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Amaluddin Yusof

sambut birthday beli kek di kedai Secret Resipe. knp x support kedai org melayu Islam? byk je org melayu Islam pandai buat kek sedap2, malah ada jauh lg sedap dr Secret Resipe.. harga pl jauh lg murah.

 

Kami akan lawan, kata Umno pada SPRM

 

42 org yg menerima Surat cinta SPRM berhimpun di Pejabat umno. Kenapa Najib dan Zahid tak hadir?

Lebih 40 pemimpin Umno yang diarah mengembalikan dana yang diterima daripada Najib Razak sebelum ini bertekad untuk tidak akan tunduk kepada arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad, berkata dengan sikap yang begitu mereka juga bersedia berdepan dengan sebarang tindakan balas SPRM, termasuk didakwa di mahkamah.

“Kami tak akan terima tawaran ini, kalau mereka proses untuk mendakwa, dakwahlah.

“Kami akan lawan, kami akan tuntut hak kami,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap anggota parlimen Pontian, Ahmad Maslan.

Shahrir juga mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berbohong apabila mengumumkan bahawa 80 individu atau entiti itu menerima dana 1MDB melebihi RM500,000.

“Ia satu pembohong yang datang daripada ketua pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Menurut Shahrir ada antara individu atau entiti yang disenarai SPRM itu menerima wang hanya sebanyak RM100,000 atau RM200,000.

Buat secara berjemaah

Justeru kata bekas anggota parlimen Johor Bahru itu, Latheefa sepatutnya bersikap profesional dan tidak memalukan SPRM yang berpegang kepada cogan kata bebas, telus dan profesional.

Lebih daripada itu Shahrir berkata, mereka juga membantah apabila dikenakan ditawarkan kompaun sebanyak RM2.5 juta walaupun wang yang diterima hanya RM200,000.

“Itu tak betul,” katanya.

Pada 7 Okt lalu, SPRM mengeluarkan notis kompaun bernilai RM420 juta terhadap 80 individu dan entiti tertentu bagi mendapatkan semula dana 1MDB.

Menurut SPRM, tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Selain Ahmad, antara individu lain yang menerima notis itu ialah bekas pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak; dan bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad.

Antara entiti tersenarai pula ialah Puteri Umno Malaysia, Badan Perhubungan Umno Perak, 15 bahagian Umno, MIC dan Jawatankuasa Perhubungan MCA Selangor.

Sementara itu Ahmad berkata 42 pemimpin Umno di pelbagai peringkat bersepakat untuk membuat laporan polis secara “berjemaah” ke atas SPRM pada hari ini dan esok.

Katanya tindakan itu diambil sebagai simbolik bantahan Umno terhadap SPRM yang didakwa mereka berlaku kejam.

“Kami akan buat laporan polis secara berjemaah pada hari ini dan esok untuk menyatakan rasa tak puas hati terhadap notis yang diberi SPRM.

“Wang yang diterima daripada presiden parti ketika itu (Najib Razak) adalah dana politik dan dana politik dibenarkan mengikut undang-undang,” katanya.

Ahmad juga membangkitkan kemarahannya apabila mereka dituntut membayar kompaun lebih tinggi dan secara purata berbanding jumlah yang yang diterima.

Katanya, kompaun yang ditetapkan SPRM ialah RM2.5 juta walaupun wang yang diterima hanya RM10,000.

https://www.malaysiakini.com/news/495792?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2ayGV2xp80rcipmdlLXCe3_Br46iYIRuz1ozNrQwgYOGXh51PY3b841Os

 

Adnan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Makan Rasuah

Image may contain: 3 people

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor diperintah untuk membela diri berhubung pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tengku Adnan.

Tengku Adnan, 68 atas kapasitinya selaku penjawat awam dituduh menerima RM2 juta daripada Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd.

Cek tersebut didakwa didepositkan ke akaun bank CIMB milik Tadmansori Holding Sdn Bhd, di mana Tengku Adnan mempunyai kepentingan, dan diketahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.