Doa Penyembuhan Pesakit

13 PH

Doa Penyembuhan Pesakit

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مِرَارٍ أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ إِلَّا عَافَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ الْمَرَضِ

Daripada Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW baginda berkata: Barang siapa yang mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya kemudian ia membacakan (doa) di sebelahnya sebanyak tujuh kali: AS ALULLAAHAL ‘AZHIIM RABBAL ‘ARSYIL ‘AZHIIM AN YASYFIYAKA (aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arsy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu), maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut. (HR Abu Daud No: 2700) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara adab orang yang menziarahi pesakit ialah mendoakannya.

2. Barang siapa membacakan doa ini sebanyak 7 kali kepada pesakit yang belum sampai ajalnya, nescaya Allah akan menyembuhkan penyakitnya:

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Marilah kita bersifat RAHMAH, menziarahi orang sakit dan mendoakan mereka antaranya dengan doa ini.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Pahala Berterusan Walaupun Sakit Dan Musafir

12 PH

 

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Abu Burdah bin Abu Musa bahawa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba sakit atau dalam bermusafir (menempuh perjalanan), maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim (menetap di suatu tempat) dan dalam keadaan sihat.” (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1. Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika kita sihat dan bermukim (menetap di suatu tempat).

2. Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)

3. Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.

Marilah kita laksanakan amal soleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Mukmin Yang Dikagumi

11 PH

 

Mukmin Yang Dikagumi

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Daripada Shuhaib RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 5318) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan setiap musibah yang berlaku keatas dirinya.

2. Mukmin yang sempurna sentiasa bersyukur diatas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:

a. Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri
b. Cinta kepada Allah
c. Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah
d. Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut
e. Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah.

3. Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan reda. Dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

4. Ibnu Qayyim menyatakan: sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.

5. Seorang yang tidak beriman, hatinya sentiasa keluh kesah, jiwanya selalu meronta dan terseksa apabila ditimpa musibah. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.

6. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Dosa Rasuah Lebih Besar Dari Makan Babi – Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Image may contain: 5 people, people smiling, meme and text

1 BABI RASUAH1 LEBAI1 Khadam Terbaru Umno1 A BABI

Kongres Maruah Melayu dan Rasuah.
Mana maruah melayu kalau kongres itu sendiri tutup mata, pekakkan hati kepada amalan rashwah dalam UMNO dan Barisan Nasional?

Lokman Adam Mengancam Saksi Perbicaraan 1MDB – Mengambil Tugas SPRM Dan PDRM.

 

Image may contain: 1 person, text

SIAPA dia nak mengancam ugut terhadap saksi bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin pada perbicaraan kes jenayah 1MDB-Najib ??!

NAK ANCAM UGUT UNTUK APA ??!

Samseng ka !!

Lokman Adam Bos Pemantau Perkuburan Umnopas.

Mokthar Senik Ulamak Asuhan Pondok P.Tumboh Amat Berbisa

Image may contain: 1 person, smiling, text

Kenyataan Media
Oleh YB Edry Faizal
ADN Dusun Tua

Pada 28 Ogos 2019, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Mokthar Senik telah memuatnaik suatu status Facebook di profil Facebook-nya, “Mokhtar Dup” yang memfitnah saya.

Status Facebook tersebut antara lain mengandungi poster yang menggunakan foto saya tanpa kebenaran saya, dengan kata-kata kononnya saya mengatakan bahawa rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah kisah dongeng.

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Mokhtar Senik, menuntut, antara lain, supaya beliau menarik balik status tersebut dan memohon maaf kepada saya.

Mokhtar Senik telah membalas surat tuntutan peguam saya dengan mengatakan bahawa itu hanya ‘bahasa kesat/caci maki’ sahaja, tanpa membuat apa-apa permohonan maaf.

Oleh itu saya telah arahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Mokhar Senik.

Peguam-peguam saya telah pada 09 Oktober 2019 memfailkan tuntutan saya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Mokhtar Senik atas kausa tindakan fitnah (defamation) dan kepalsuan niat jahat (malicious falsehood) berkenaan dengan status Facebook tersebut.

Di dalam pernyataan tuntutan saya, saya memohon relief antara lain, gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan, permintaan maaf dan injunksi untuk menghalang Mokhtar Senik daripada menerbitkan kata-kata yang memfitnah saya lagi.

Tujuan saya memfailkan tuntutan tersebut adalah untuk menegakkan hak saya dan membersihkan nama baik saya yang telah dijejaskan oleh Mokhtar Senik.

Saya ingin menambah bahawa saya rasa amat kecewa kerana sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang mengakui paling Islam, Mokhtar Senik gagal melakukan tabayyun atau soal selidik yang diajarkan al-Quran. Atau hadis Nabi bahawa jika tiada perkara baik yang boleh diucapkan, lebih baik diam. Saya dulu sewaktu terima sebaran kononnya Mokhtar Senik menghantar gambar bogelnya kepada seorang gadis bernama Fikah, saya tidak menyebarkannya dan menolak penyebarannya kerana saya mahukan politik matang. Malangnya Mokhtar Senik tidak pula mengamalkan politik yang begitu.

Semoga tindakan ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataaan yang tidak pasti.

Kerajaan Sedia Peruntukan Untuk Usahawan Madu Kelulut

SIDANG PARLIMEN – BAGI meningkatkan pengeluaran madu kelulut dan menarik penyertaan belia dalam industri berkenaan, kerajaan menyediakan peruntukan kepada yang berminat menceburi bidang penternakan dan penghasilan madu itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, antaranya bawah Program Agropreneur Muda, peserta daripada golongan belia diberi bantuan dengan sasaran pengeluaran minimum 25 kilogram sebulan.

“Daripada jumlah itu, 20 peserta dibantu di bawah Program Agropreneur Muda berjumlah RM300,000 dalam bentuk input seperti sarang dan bongkah untuk pemeliharaan dan pengeluaran madu kelulut,” katanya.

Tun Dr. Mahathir Dan Anwar Ibrahim Antara Tokoh Islam Berpengaruh Dunia 2020.

KENAPA.. pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin dan bakal dipimpin tokoh Islam berpengaruh dunia..?

KENAPA.. #Bossku tak tersenarai langsung ??!

Krikk.. Krikk.. Krikk..

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-anwar-ibrahim-antara-tokoh-islam-berpengaruh-dunia-219175

NAJIB DAN HADI TERKENAL DENGAN 2 TOKOH MELAYU ISLAM YANG PALING KEJI DISEBABKAN SKANDAL PECAH AMANAH DAN ANALAN RASUAH BERKAITAN 1MDB DAN SRC INTERNATIONAL.

Najib Jual Tanah Kerajaan Bernilai RM4.4 Bilion – Menteri Kewangan Terbaik, Lim Guan Eng

Image may contain: 1 person, smiling, text

GENG LAWYER BURUK KELANTAN1 PAS PUTAR ALAM1 Hadi Mohon Bantuan Cina.1 jho low sifu1 Jho Low Sufi1 BIA 21 CINA 21 CINA 11 CINA 1 B1 CINA 1 A

 

Najib jual 16 tanah bernilai lebih RM4 bilion dengan hanya RUNDINGAN TERUS ketika beliau berkuasa dulu ??!

Masa tanah kerajaan & milik awam kena jual oleh Najib dulu kenapa tak buat ‘Kongres Maruah Melayu’ tiap-tiap tahun ??!

Kenapa bila UMNO-BN hilang kuasa rompak kekayaan negara baru skrg nk buat kongres ??!

Bukan PH tetapi BN jual tanah kerajaan -(9/10/2019)
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/09/bukan-ph-tetapi-bn-jual-tanah-kerajaan-kata-guan-eng/

Polis akan panggil Najib kes Nga didakwa hina sultan

 

1 PENIPU AAAA1 jho low sifu1 Jho Low Sufi

Polis akan memanggil bekas perdana menteri Najib Razak susulan laporan yang difailkan terhadapnya oleh setiausaha kepada Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berhubung dakwaan membuat hantaran palsu dalam talian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5, Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid memaklumkan anggota parlimen Pekan itu akan dipanggil dalam masa yang terdekat.

“Ya, kami akan merakamkan kenyataannya […] ia akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi kami belum menetapkan tarikh,” katanya kepada Malaysiakini.

Setiausaha sulit kanan Nga, Tan Tiong Yih membuat laporan terhadap Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh minggu lepas.

Iklan

Terdahulu hari ini, Nga menghabiskan hampir dua jam di Bukit Aman bagi direkodkan kenyataannya mengenai dakwaan membuat hantaran menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Mior, MP Teluk Intan itu hadir sebagai saksi dan polis akan memanggil semula Nga memandangkan beliau perlu menghadiri sidang parlimen hari ini, yang mana beliau ialah timbalan yang dipertua Dewan Rakyat.

Sementara itu bercakap kepada media di luar ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini, Nga dalam satu kenyataan ringkas menggesa polis menyiasat laman Facebook bekas perdana menteri Najib Razak kerana didakwa memuat naik berita palsu dengan niat untuk memfitnah.

Pada 2 Oktober lalu, pengiring Sultan Selangor membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun ‘Nga Kor Ming Super Fans Club’ yang didakwa menghasut masyarakat Cina membenci Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilik akaun berkenaan dikatakan mengajak orang Cina yang tidak puas hati membuat bantahan terhadap Sultan Selangor, susulan keputusan tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa digunakan di negeri itu.

Najib turut berkongsi hantaran itu melalui akaun Facebook miliknya dan mengaitkannya dengan Nga.

Nga bagaimanapun menegaskan akaun Facebook berkenaan adalah palsu dan hantaran berkenaan merupakan fitnah jahat terhadapnya.

Nga juga menuntut Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana memuat naik hantaran palsu di Facebook untuk menyemai kebencian di kalangan rakyat terhadap beliau dan DAP.

 

https://www.malaysiakini.com/news/494974?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2A1uz2e-5cEmkyyABwMU76aOqtUx4JWVjq5doVnh-cpfMicmZtbAE9Yeg