KES RASUAH DAN PECAH AMANAH ISA SAMAD

1 BABI RASUAH1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS

KES RASUAH DAN PECAH AMANAH ISA SAMAD

♦ Pembelian hotel Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak pada tahun 2014

◼1. Tan Sri Isa Samad telah dilantik oleh Najib sebagai Pengerusi FELDA dari tahun 2011 hingga 2017.

◼2. Isa Samad juga adalah Pengerusi dan Pengarah FICSB, anak syarikat FELDA.

◼3. Pada tahun 2013, Isa Samad mengarahkan CEO FICSB, Mohd Zaid Abdul Jalil untuk mengkaji cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites daripada Gagasan Abadi Properties (GAP).

◼4. Pada 26 Februari 2014 Lembaga Pengarah FICSB dimaklumkan oleh Zaid bahawa Hotel tersebut telah dinilai pada harga RM 138 juta.

◼5. Dalam mesyuarat yang sama, Isa Samad memutuskan untuk tidak meneruskan pembelian Hotel tersebut atas alasan ia tidak berdaya maju dan tidak membawa keuntungan kepada FICSB. Keputusan ini disampaikan kepada pihak Penjual pada 28 Februari 2014.

◼6. Dua minggu selepas mesyuarat itu, Isa Samad mengarahkan Zaid supaya mencadang semula pembelian Hotel tersebut selepas menerima surat tawaran baharu daripada GAP bertarikh 28 Mac 2014 pada harga RM 165 juta.

◼7. Pada 22 April 2014 GAP menawarkan pengurangan harga sebanyak RM 5 juta kepada RM 160 juta.

◼8. Zaid memaklumkan kepada Isa Samad bahawa Hotel tersebut telah dibuat penilaian semula pada harga RM 153 juta dan mencadangkan supaya harga dirunding diskaun sebanyak RM 10 juta (kepada RM 150 juta).

◼9. Walau bagaimana pun, Isa mengarahkan supaya harga tawaran daripada Penjual dikekalkan pada RM 160 juta dan di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 22 April 2014, Isa Samad meluluskan pembelian pada harga RM 160 juta.

◼10. Zaid memaklumkan bahawa pembelian Hotel tersebut oleh FICSB perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah FELDA kerana melebihi Mandat Kelulusan Pelaburan oleh Lembaga Pengarah FICSB iaitu had RM 100 juta dan ke bawah.

◼11. Isa Samad sebaliknya menyatakan kelulusan Lembaga Pengarah FELDA tidak diperlukan.

◼12. Perjanjian Jualbeli dimeterai pada 27 Jun 2014 dan pembayaran² yang dibuat oleh FICSB adalah bertentangan dengan Mandat yang diberikan oleh Lembaga Pengarah FELDA.

◼13. Pada 14 Disember 2018, Tan Sri Isa Samad telah didakwa di mahkamah di bawah Akta SPRM atas 9 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM 3,090,000 kerana membantu meluluskan pembelian Hotel tersebut.

◼14. Tan Sri Isa Samad juga telah didakwa kerana Pecah Amanah (CBT) kerana meluluskan pembelian Hotel tersebut tanpa kelulusan oleh Lembaga Pengarah FELDA.

RINGKASNYA, KES SAMAN ISA SAMAD (OKT) sebagai ‘mastermind’ pembelian Hotel yang asalnya ditawarkan sebanyak RM 138 juta dan didapati tidak menguntungkan, pada harga RM 160 juta iaitu RM 12 juta lebih tinggi, dengan melanggar Mandat Lembaga Pengarah FELDA, yang mana dia sendiri adalah Pengerusi kepada syarikat induk dan anak syarikat terbabit, dengan mendapat habuan sebanyak RM 3 juta!!!

C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s